nuffnangku

Monday, July 24, 2017

Kawan dan Pulmonary Embolism

Salam.
Blog ni dah jarang update. Pembaca pun mungkin takde dah haha. Tapi saje aku nak bercerita pasal apa yang ade dlm hati aku.

Sekadar meluahkan.

Aku tak ramai kawan pun. Tapi kalau aku anggap kawan aku, memang aku sayang sunguh2. Well, kawan dtg dan pergi. Ada yg tiba2 menyepi. Ada yg kejap ada, kejap takde. Ada yg kite menjauhkan diri pun, dia tetap dtg dekat kat kita.

Salah sorang kawan baik aku, Hazwani. Meninggal 6 jan lepas. Ada aku citer pasal die, di post2 sebelum ni.

Dia ni jenis kawan...yang tak pernah tinggalkan aku. Tak pernah. Walau apapun keadaan aku, dia sentiasa bersedia membantu kalau die mampu. Ada masa2 nya, hubungan kami rengang. Tapi dia tak pernah jauh. Tak pernah.

Die tak pernah pegi jauh....
Tapi sekali die pergi..
Jauh sangat2..
Sampai tak mampu aku nak kejar die...

Die pergi sebab Pulmonary Embolism.
Berapa ramai ibu preggy dan yang dah bersalin ...alert pasal ni?tolonglah alert dan ambil langkah2 berjaga2.tlg.

Arwah pergi selepas 12hari bersalin.imagine baby yang berusia 12 hari yang hilang mommy. Kesian kan.


Untuk yang masih belum alert. Sila baca

http://www.mmgazette.com/pulmonary-embolism-pembunuh-senyap-wanita-dr-mardiana-kipli/

Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin. 

Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut. Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem. Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi.

Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian.

Darah wanita sewaktu mengandung adalah lebih pekat daripada biasa. Selain itu, bayi yang membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar. Kebiasaannya, fenomena darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar di bahagian kaki, ianya akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis. Mangsa akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan.

Sekiranya masalah ini tidak diberi rawatan awal, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism. Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana darah beku itu berasal daripada injap jantung yang dihidapi oleh pesakit-pesakit jantung.

“Dulu saya bersalin, ok jer. Tak ada pun apa-apa masalah. Kenapa kali ini doktor kata saya berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini?’

Semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang adalah terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolism kerana darah anda lebih pekat daripada biasa. 

Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung menjadi lebih tinggi sekiranya anda:
Berumur lebih daripada 35 tahun
Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
Menjalani pembedahan caesarean
Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
Dehidrasi
Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin
Penyakit yang menyebabkan kelikatan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang. Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
Kandungan kembar
Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein)

Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa. Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah. Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi. Ini disebabkan darah beku yang pecah ini boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.

Tanda-tanda awal adalah:
Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
Sukar untuk bernafas
Sakit dada
Batuk berdarah
Nadi sangat laju
Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism. Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera. 

Sekiranya, semua keputusannya negative, barulah pihak doktor akan menarik masalah lega dan yakin bahawa anda mungkin mendapat simtom sebegini disebabkan penyakit lain.
‘Sekiranya saya tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan pulmonary embolism?’
Ada beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit darah beku pada saluran darah atau pulmonary embolism sekiranya anda tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi:
Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi
Aktif bergerak dan berjalan
Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh
Ubat suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan memberi anda suntikan ini semasa mengandung atau selepas bersalin untuk tempoh masa tertentu dan perlu disuntik setiap hari. Suntikan ini terbukti berkesan untuk mencegah pembentukan darah beku dalam saluran darah. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya ada berisiko tinggi dan memerlukan suntikan ini .

Kebanyak orang awam kurang mendapat pengetahuan mengenai masalah pulmonary embolism kerana kes ini jarang diumumkan di dalam surat khabar, berita atau media sosial. Ini merupakan faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh orang ramai. 

Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital. Dengan itu, sekiranya ada berisiko tinggi untuk mendapat penyakit darah beku atau pulmonary embolism, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera terutamanya jika ada mengalami simtom awal seperti dinyatakan di atas. Pencegahan awal lebih baik daripada penyesalan. Jangan biarkan ibu kepada anak anda pergi dan tak akan kembali lagi.

Dr. Mardiana Kipli M.D (UNIMAS) merupakan seorang pakar Obsterik dan Ginekologi yang bertugas di Kuching.

Monday, May 15, 2017

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu untuk kedua mak (mak n mak mentua ku).
.
Untuk mak:Terima kasih mak sbb sntiasa berusaha utk bhgiakan ank2 dr kecil til now.n skg cucu pula. Tak mgkin kami dpt bls stiap yg pna mak buat n korbankn utk kami smua.
.
Untuk mak(mak mentua): terima kasih sbb mak didik anak mak sebaik2nya hinggakan dia menjadi sebaik2 suami utk sy n sebaik2 ayah utk iman n husna.terima kasih sbb terima sy seadanya.

Wednesday, February 8, 2017

Wedding Adik Beybee. Khopandan.








Venue: laman cinta nirwana
21/01/2017


Monday, February 6, 2017

Alfatihah sahabatku Nur Hazwani Mustaffa

Alfatihah Nur Hazwani Mustafa
26 June 1985 - 06 Jan 2017.
Perlu aku coretkan di sini supaya rasa berat dlm ht ni, dpt diluahkn.
.

Aku tak tahu apa aku rasa. Ape perasaan aku. Aku rasa mcm semua ni khayalan,mcm mimpi yang sekejap.
Pagi td aku tgok langit. Matahari terik tapi awan lindungi terik tu.suasana jd redup2.apsal ntah hati aku berbisik, orang baik mn yg meninggal hr ni agaknya sb langit n suasana redup2 sepoi2.sumpah itu yg terdetik. Allahu. Masa tu aku msih x tahu lg perkhabaran yg bakal aku terima.
.
Yan wasap tnya,wani dah meninggal eh. Aku ingatkan wani mn. Aku tak fikir pun kau sahabat. Aku betul2 tak fikir. Aku x sangka pun. Aku tanya husben kau. Die mengiyakan.
.
Aku rasa hati aku bagai kaca terhempas di batu. Hati aku retak. Ya Allah, aku tak tahu. Wani meninggal pg td. Masa tgh bsiap utk majlis cukur jambul anak die yg baru 12 hari,die tgh pakai baju,die terjatuh. Kisah dia mcm tu je.tu yg husben die bgtau aku. Die tak sakit ape2 tp mmg tgh berpantang.
.
Lps die selamat bersalin 26/12 aku fikir nak pegi tgok die. Tapi die kate dlm 2-3 hari ni die nak blik kelantan, bpantang kt sana. Aku kesian kt die,so die pn kte xpelah lepas pantang nnti jumpa kat kl.
.
Aku tnya,bl blik kl nnti? Lps pantang ke.
Die kate, tak tahu lg....
.
Patutlah kau tak tahu sahabat! Rupanya Allah telah memangil kau kembali kepadanya sblm kau slmt habis berpantang. Allah. Aku tak tahu nak rasa ape. Aku sedih memikirkan nasib baby H yg baru lepas 12 hari tu. Aku sedih pk keadaan Hannah yg kau jg sdiri selama ni slama nk dkt 5 tahun. Bagaimana anak2 ini akan mengharungi hari2 mendatang tnpa kau kawan?
.
Kau, sahabat yg sgt baik. Kau mesra n murah dgn senyuman. Kau tak pernah pandang rendah dkt org yg kurang mampu dr kau.kalau aku nk tulis satu2 kebaikan kau, aku pn xmampu nk hbiskannya.
Kau pergi pd hr yg baik. Pd dlm keadaan kau tgh berpantang.
.
Sahabat. Tenanglah kau di sisi Illahi. Satu sudut dlm ht aku utk kau, telah kosong pd saat kau pergi.aku ralat kita tak ade kesempatan utk btemu lg.
.
kasihnya aku dkat kau, aku beadingkan baju nikah kau pnuh teliti sbg hadiah kawen utk kau, aku bg kau pakai veil nikah aku, yg aku xnak sewa or share pun dgn org lain.aku syg ko, Wani!

Friday, February 3, 2017

Happy birthday nuril




Happy birthday @nuryl102 .Semoga panjang umo murah rezeki selalu. Kahwin bl da jupe yg sesuai.bl jupe y mampu syg kite dgn seadanya.jgn kawen sb kwn2 lain da kawen. Ingat taw.

2005 til now, mcm2 jugak dah aku lalui dgn die. Yg mgkin org lain xtaw.kwn2 lain xtaw.X mgkin aku lupa org yg dok kutip aku ms aku tgh frust menonggeng sbb bcinta(demn u ex bf,hahaha)..kne dump ngn bf waktu g bday party ank akk ex bf nuril(ape kite wat kt uma tu kn,pelik btul).hahaha.

x mgkin aku lupa org y slalu bg ayat2 positif ms aku down,org yg sama2 maki bitch ms aku cte psl kisah lama2 dulu hahaha.org y suke mkn byk2 mcm aku( dlu la.ms metabolisme aku tinggi.skg mkn byk,nangis la tgok angka kt penimbang).nuril pn da x mkn byk daa.

Segarang-garang aku ms zmn U,nuril ni lg garang.. I guess garang die til now.haha.roar!🐯aku ,beransur pegi mgikut usia kahkah.aku n die bleh duduk semeja pastu buat hal sendiri x endah dunia luar,teruk x teruk kitorg ni. Bleh duduk berjam tepi jln termenung ms lps interview dlu( ko ingt x kite slalu buang ms).lepak sesaja,xpyh ckap la.mmg menimbun pic aku melepak ade je cik nuril d sisi.

Die ni ade ms mcm penyelamat dunia.ade ms die jnis ignorant. Lantak p la dunia nk terbalik ke apa,klu die kte xnak,die kesah ape kau siapa.n aku kene tolerate perangai ignorant die ni.klu x,xtaw ape jd hahaha.

Tapi aku tahu,perangai aku pn bukan elok sgt.sape kenal aku,taw la betapa serabutnya aku.betapa aku ni mcm kaklong antara kitorg berempat.cpt sensitif,cpt marah ,suke nak organise,mastermind hahaha. Tq slalu tolerate gak ngn aku. I guess tu antara resepi kite stil bff slps bp tahun blalu.

Pic aku n ko x byk. Sb msti ade kaka or lala. Tp its ok.tu maknanya rara,wawa,kaka n lala  @rith_red @airienadiela  msih bsama selepas bp tahun da berlalu.

I love u once. I love u still. Always have. And always will. Nuril single lg. Sape nak ngurat,aku tapis dlu hahaha..selamat melangkah ke angka 30 ok. Ingat aku,ingatlah dgn happy yg aku 2 tahun awl mentua dr ko(😭😭😭😭😭)

Friday, January 6, 2017

2017

Happy New Year 2017.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...