nuffnangku

Friday, August 19, 2016

Ada Apa Dengan Cinta.

Salam.
Aku memang suka sangat dengan Ada Apa Dengan Cinta yg 14 tahun lepas. Ceritanya warna warni dan memang best. Bagi aku tengok 100kali pun aku sanggup.

Setiapkali tengok, setiapkali tula jatuh cinta dekat Rangga. Haha. Well, biasalah masa tu muda lagi kan. Sekarang still suke Rangga. Laki sombong dan ' mahal' camtu. Ramai lah suka.

Selepas 14 tahun berlalu..

Aku memang tunggu Ada Apa dengan cinta yang kedua sebab masa tu ade desas desus kata tak lama lagi AADC kedua akan kuar. Rupanya yang tak lama itu memakan masa 14 tahun. Perghhh.

Dari aku umur 17 tahun now dah 31tahun. Giler la.Dari aku tak tahu apa tujuan dan arah tuju life aku masa tu til aku dah ade anak 2. Punya lama kan. Imagine lah

Tapi bila keluar AADC yang kedua. Aku rasa hmmmm. Aku tak tahu apa aku rasa. Cuma cerita nya mendatar. Ceritanya tentang apa yang jadi selama tempoh 14 tahun tu dengan tidak byk perkembangan yang ada. Tak berapa ade konflik, watak yang muncul pun berapa ketul tu jela dari awal cerita til akhir.

Terasa tempoh 14 tahun tu macam berlalu sia2. Terasa penantian itu sia2. So-so je. Garapan cerita nya aku rasa perlu kemas lagi. Aku macam ternantikan AADC kedua dari pihak lain yang masih sudi membuat semula cerita tu.

Aku lagi enjoy tgok aadc yang LINE pernah buat tempoh hari. Tu lagi terkesan.


Tak rasa pun nak tengok aadc ni lagi sekali. Dulu puisi dan lagu2 nya jadi igauab semua.sekarang,takde ape yang tertinggal terbekas di hati kot.


Thursday, August 18, 2016

Shopping online.

Salam.
Entahlah ape nak jadi. Haha.
Sekarang hari2 usha Lazada, Zalora, Poplook or 11street. Kadang takde ape nak beli pun, tapi saje window shopping. Gitu. Haha.

Yang latest,asik usha Watsons. Hmmm.

Pastu ade geng pulak yang suke usha2. #lambairatu dekat shira-zira-beybee. Bff aku. Sahabat sejati aku.

Oh yea. Hari tu dapat voucher dari Zalora. ALHAMDULILAH REZEKI.tu yang dok usha gak tengah fikir ape nak beli nih. Sume pun macam best. Haha. Dilema.

Argue.

Memang perangai aku dari dulu.
Aku memang jenis tak layan drama. Tak layan benda2 tak ade faedah ni.

Paling penting, aku 'tak cara' pun kat orang yang 'tak cara' kat aku. Baiklah aku hadap life aku yang sedia ada, fikir bagaimana nak perbaiki life sendiri,fikir bagaimana nak didik anak bla bla bla.

Lagipun,
Kenapa nak sensitif pasal orang yang tak pernah sensitif pasal kita pun. Life ni banyak lagi laluan nya. Bukan laluan tu je nak kena hadap.

Aku pun tak kuasa nak argue pada benda2 yang tak berapa penting ni. Dalam hidup ni, kawan datang dan pergi. Mana yang nak stay tu, die sentiasa ade 1001 cara untuk stay dengan kite, even sesulit mana pun. Mana yang taknak stay, die boleh create bjuta alasan.

Umur masing2 bukan awal 20-an pun nak ikutkan sangat ketakdewasaan tu. Masing2 lagi berapa tahun dah nak 35 pun.


Malas lah nak fikir.


Tuesday, August 16, 2016

12 ogos 2016

 Salam.
Jumaat lepas, 12 ogos 2016 aku plan jumpa dengan my bff. Tapi plan ni bukan dah plan lama2 pun. Aku buat last minit. Last minit ni ikut nasib la. Kalau ade rezeki, terus semua ok. Kalau takde rezeki kang, carta teratas wanita bz kalah PM adalah nuril or Pieka mesti ada hal.

Aku siap doa minta Allah izinkan kami bertemu. Haha. Sebab dah 8 bulan kot tak jumpa nuril. Padahal die duduk takde lah jauh pun dari aku. Pang! Haha.

So kali ni semua ok. Macam biasa, jumpa weekdays. Tapi masa terhaddd. Pas da jumpa tu, mesti rasa macam taknak balik sb nk sembang lagi sembang lagi sampai rasa puas. Tapi masalahnya tak pernah cukup pun.

Rindu pulak zaman study yag dah terlalu lama jauh kami tinggalkan ke belakang.Saat indah memang cepat berlalu kan. Takpe lah. Hidup memang mcm tu. Yang penting, kami teruskan friendship ni sampai bila2. Jgn putuskan persahabatan semata kite takde masa nak jumpa or semata takde effort untuk our friendship.

Macam biasa, tukang plan mesti aku. Aku ok je as long as aku tahu kawan2 aku ade effort nak keep in touch.( Yang jenis takde kesah segala benda tu, dah macam mana pula aku nak g set ngn korang. Leceh kot. Bila dah set nak jumpa, belum tentu akan datang.kang ade jela tetibe cancel. Letih kot.
Then, aku jugak eh yang kena set kan if nak jupa? Why org lain x set kan then ajak aku. So far aku x bz mana pun.ni bila korang jumpa, takde pulak ajak kami. Tapi takpelah.asal happy sudah)

Dekat fb ke ig ke, macam tak pernah kenal.takde pun effort nak keep in touch.kadang aku ade je kat komen korang yang bertahun da berlalu tu, boleh pulak korang komen semula n tag nama yg terlibat tapi nama aku x tag. Dah kenapaaa.aku dapat jgak notification kot. Pening la. Haha

Abaikan.
Aku bebel atas ni bukan untuk kesayangan aku yang bertiga ni. Aku hargai persahabatan yang kami ada. Aku harap biarlah kekal sampai bila2.

Biar lama tak jumpa pun,kalau jumpa aku rasa macam masa tak berubah. Kitorang boleh berbual gelak2 SAMA MACAM DULU. Bestnya.Dulu bila time lepak Fariz Maju or Brothers, mesti ade je snap2 pic. Masa tu x pangil selfie ke wefie lagi. Masa tu pangil posing la kot. Lupaaa. Haha.

Saat serumah dulu tu, memang best. Of coz ade kenangan best dengan tak best sikit kot(x igat daa) tapi kite pilih untuk mengenang yang best2 sebab yang best lagi banyakkkk dari yang tak best. InsyaAllah.Paling penting,kite masing2 kenal hati budi masing2. Itu yang mahal tuu. Imagine lah da serumah 4 tahun. Tak logik kalau masih tak kenal hati udi masing2.

Nak share pic sbg kenangan kami di ms2 akan datang.



Tenkiu sahabat. Kerana sentiasa ade di sisi. Allah pertemukan kite msti bersebab kan. Korang bestfriends i sampai bila2.InsyaAllah.

10 tahun kemudian...dorang bertiga ni je tak membesar. Umo dorang stop at 25 la kot.aku sorang je tua sorang2 (-____-')

Orang yang sama
 Tempat yang berbeza
Persahabatan yang sama

Bff!!

Penuh meja. Tak termasuk 3 budak comel.

Single tapi bz kalah najib. 

Bila dah berkumpul berempat, mula lah asik nak amik pic byk2.dari dulu til now,samaa je

Iman sibuk


Candid!

Motherhood journey yang baru beberapa bulan bermula haha.

Gosip? I love u both.

I love u diela.


Aku sayang sgt dorang. Aku harap 20 or 30 tahun lagi pun nanti, kami masih macam ni. Janji ok! Sape mungkir janki,aku sumpah jadi peti ais!
Last sekali. Tenkiu family sebab sudi jek teman i jumpa my bff( lap peluh pheww)

Next plan hope tercapai ok diela,nuril n pieka.

Monday, August 8, 2016

CONVERSE SNEAKER LOOK FOR WOMEN

Salam.

Everyone knows that Converse has been an all-time favourite choice of sneakers since we were in our teen years. We wear the trendy sneakers from Converse to school, college and while hanging out. It is simple and trendy for us to flaunt with anything we have on. The designs of the sneakers from the Converse brand are timeless and will never make you appear out of style.

For the ladies who are clueless on how to pull a look together wearing Converse sneaker collection, take a look at the various styles down below to give you an idea or two.

1. Feminine

Ladies who want to maintain that feminine touch while wearing sneakers can always pair the sneakers with a nice dress or skirt. Switch those sky high heels and platform wedges for a hint of boyish twist and walk out with confidence everywhere you go. Give your normal feminine look a rest once in a while and attempt some comfortable sneakers for a change.


2. Casual Chic

For the individuals who want that simple look, the casual outfit of top and jeans will do the trick. This is the most common look pulled of by many girls out there as it is comfortable and will never make you appear sloppy. Mix match the casual outfit you are wearing with the perfect Converse sneakers design and you are set to go.



3. Rugged Edge

For that extra rugged look, throw on a jacket over what you are wearing and match the sneakers in as well. You can accessorize the look with bangles or earrings and appear a little rough. This look is perfect if you want to spice up your normal casual wears into a whole new level and still rocking those trendy sneakers in place.



Wednesday, August 3, 2016

Potluck Syawal 30 julai 2016

Salam. 
Tahun ni geng khopandan buat potluck syawal setelah 5 tahun tak buat! Yang pertama 5 tahun lepas, then dengan bermacam masalah yang lain..so lepas 5 tahun baru ade sekali lagi.

Haha. Dah macam pilihanraya bak kate Awit. 5 tahun sekali haa nak buat potluck je pun, bukan buat kenduri or uma terbuka ala PM pun.hahaha.

Ni mesti kes xda selama 5tahun ni sebab ade yang preggy, berpantang, preggy lagi, yang lain pulak berpantang. Gitu. 

So this year, alhamdulilah Khopandan ( pasni intro as KP jela eh) dapat buat sekali lagi. Harap next year dan seterusnya dapat buat lagi. Seronok ok. Dengan khopandan ni, tak pernah tak best.

Masa nak plan, macam payah sket lah. Tapi kalau dah jumpa tu, rasa macam tak nak balik. Haha. Event mula kul 5 lebih camtu.til kul 7pm tu dah kena berkemas. Sebab malam tu Apis buat kenduri doa selamat sempena masuk umah baru dia.

So agak kelam kabut lah jugak. Aku dah kate event bertindih ni payah tapi takpelah.neva mind. Asal happy sudah. Nasib bebudak takde yang buat perangai walaupun berjam gak kat uma apis tu. Baby kecik tu biasa lah. Takde ape sangat.

Bebudak( anak2 kp) pun dah besar2. Dah boleh main sendiri ramai2. So dorang tak boring. Semua ade geng. Mak2 or bini2 pun ade geng. Bapak2 or yg bujang pun ade geng.so semua happy.

Banyak dalam blog ni aku citer pasal kp ni. Boleh cari under tag khopandan. Ade sejarah dan kenangan.

Paling tak boleh nak jangka, macam laki aku tu. Dulu2 kawan ngn wise, tomat, apis (sekadar sebut mana yang teringat jela). Masa tu mesti fikir kawan gitu2 jela. Macam bila dah kawen, dah la. Jupa bila terjumpa ke or ade sebab ke. Tapi tak pernah jangka pulak yang frendship bersambung- sambung sampai wife pun boleh sesama berkawan. Pastu anak2 pun berkawan.

Frendship ni berharga. Kalau boleh biarlah kekal sampai ke tua. Tak payah matikan separuh jalan ape yang kite dah lalui dan bina bersama.

Nak stay dalam 1 group bukan mudah. Tapi bila semua ade effort then kau tahu lah, nilai persahabatan tu letak duduk dalam hati dia setinggi mana kan. Khopandan ni kadang biasalah ade jek tak srfahaman. Pastu kdg x respon tp bila tiba hari nya,biasa nya 99 percent memang muncul. Alhamdulilah.

Pic potluck
Venue: rumah apis
Time: starting 5 pm


Yang join:
Apis
Samsul-sarah-iman-husna
Lan-leya
Tomat-zira-zahra-qayyum-aisyah
Tobek-shira-medina-mateen
Ajie-fatin
Mie-beybee-el
Wise-diniy-awit




Makanan








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...