nuffnangku

Friday, July 22, 2016

Ramadhan dah lama berlalu. Tapi nak cerita jugak untuk rekod sendiri.

Salam. Kemain panjang tajuk. Tak tahu nak tulis tajuk apa.so pilih tajuk yang bila dah bertahun berlalu pun, bila nak cari balik, tak susah. Hehe

So nak cerita sedikit sebagai catatan je. Untuk diri sendiri. Tahun ni ramadhan agak berbeza dari tahun2 sebelum. Tahun2 sebelum, memang bangun sahur masak nasi dan lauk. Sepanjang ramadhan. Tapi this year, ade la dalam 2-3 kali je makan nasi tapi dlm kuantiti yang sikit dgn lauk boring telor goreng just incase, memang taknak selera sgt.

kami laki bini bangun sahur TAPI takde masak nasi, takde makan nasi. Kebanyakkan nya kitorang makan overnight oat or makan telor dgn roti je. Hehe.

Aik. Kenapa macam tu? Dah takde bajet ke? Tak la. Cuma kitorang tukar corak pemakanan. Secara sukarela. Takde paksaan ke apa. Rasa macam makan banyak sangat pun cam tak best.

Berbuka pun sama. Kitorang takde beria beli kuih ke air manis pun. Beli memang beli.tapi untuk anak2 je. Memang tu pun aim dorang g bazar. Hehe. Kami beli benda simple dlm kuantiti yg cukup je untuk mkn berdua mcm roti john.

Tapi kadang aku makan nasi jugak. Tapi tak banyak. Dalam segengam je. Cukup. Dulu fikir kalau sahur x makan nasi.l, mesti tak larat. Tapi sebenarnya ok je.takde beza pun. Bila makan lebih sket dari biasa, mula rasa senak dan loya sebab perut sebu je.

Kuih raya, memang tak beli pun. Dua2 umah memang ade buat. Baju raya pun kitorang beli last2 untuk kami berempat.sepanjang ramadhan, memang takde kuar sgt. Banyak rest dekat umah je.

Tahun ni pun takde berbuka dgn kawan2 sgt. Cuma maintain berbuka dgn khopandan jek.

Wednesday, July 20, 2016

Iman dan Husna

Doktor Husna sedang check gigi pesakit.



Doktor Tan sedang amik heart rate pesakit kot.

Camnilah dorang bila petang2. Mak die tahan mata je ngantuk even bukan jenis tidur petang pun.

Takpe. Main imaginasi camni bagus untuk perkembangan dorg. 

Monday, July 11, 2016

Syawal 2016 #teamrumahsendiri

Salam
 Tahun ni giliran beraya di rumah sendiri. Tahun lepas rumah mentua.Isnin
 4 July husben still kerja macam biasa. Dalam kul 11 baru gerak balik rumah parent aku. Sampai dalam kul 2 pagi cmtu. Tak berapa jem. Tapi xda la clear sgt. Tapi masih ok lah.

Dari Isnin-selasa(sahur n bbuka dgn keluarga)-rabu( raya pertama)- khamis( raya kedua)- jaat(raya ke 3 gerak ke rumah mentua pulak) til selasa( insyaAllah).

Raya tahun ni kitorang bersederhana je. Asal cukup syarat raya. Gitu. Haha. Tahun lepas, takde mood tulis blog. Tahun ni ade plak. So ade la entry syawal.kuikui.

Tahun ni kami #teampurple.


Mak anak dua.

Hai la budak2 ni.

My family. Ape la budak berdua ni wat.

Puteri dan putera ku sayang.

My family. 4 orang je. Takde plan pun buat masa ni nak jadikan berlima. Haha
 Da ade sepasang kan. Lex lex dulu.

Friday, July 1, 2016

Adab.

Semakin hari, manusia semakin hilang adab.
Samada sedar, atau tidak.
Jagalah adab, terutama di media sosial.
Media sosial ni, dunia tanpa had. Tanpa sempadan. Tanpa kawalan. Kita sendiri yang kena usaha kawal diri kita, kawal tingkah laku,kawal bahasa, kawal apa yang perlu di kongsi, apa yang tak perlu di kongsi.

Mungkin bagi kita.tak ada apepun.
Tapi yang membaca. Terutama status yang bercerita pasal kekurangan family or kekurangan mentua( sekadar cth). Orang lain ynng membaca ni, mereka dah bawa satu persepsi pada yang berkaitan dalam status tersebut.

Betul pemakaian tak mencerminkan peribadi seseorang. Betul, setiap perlakuan jangan di hukum pada pakaian si pemakai. Tapi jika dah elok semuanya terjaga, semuanya mengikut syariat, maka jagalah juga adab dalam status atau di komen. Berhati2 dalam menulis status yang meluahkan perasaan atau ketidakpuasan hati. Sebab takut mengaib kan.

Lagisatu nak tambah, isu makan di public dalam bulan ramadhan untuk orang perempuan yang datang period. Kenapalah nak dilantang2kam perkara2 yang tak penting mcm ni?kan banyak lagi benda lebih berfaedah kita boleh buat,boleh fikirkan dalam dunia ni. Ramadhan ni hanya sebulan je dalam setahun. Datang period mungkin dalam 6-8 hari secara purata. Itu pun kau tak mampu nak tahan lapar ke yam?  Masa dulu lah, kalau beli pad kat kedai runcit cina, siap nyonya tu balutkan pad tu dengan suratkhabar sebab  segan. Segan nak beli pad. Segan kalau orang tahu kita tak puasa. Segan nak makan depan orang puasa walaupun dalam rumah. Ye.segan.segan nak makan depan bapak,abang2 or adik.

Tapi maryam lee nak laungkan hak makan di khalayak ketika period. Biar betul. Di mana malu mu?di mana adab mu? Tak salah. Tapi jagalah adab. Manusia yang berilmu, berpendidikan, kalau tidak ada adab, maka hilanglah seri nya,hilanglah aura nya.

#maryamlee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...