nuffnangku

Wednesday, June 29, 2016

Iftar 2016 dengan Khopandan Fellas.

Salam.

We have 3 types of friends in life
-friends4 a reason
-Friends 4 a season
And 
-friend for a lifetime.

In this case.mereka 'tapauing' kesemua types.haha. sebab apa cakap camtu,sebab dari mula kenal,kitorang berkawan.til now,frendship kitorg tetap sama.

Masa berlalu.
Masa berubah.
Dari kebanyakkan slim kurus sampai lah hari ni melebar ( hihi).
Dari semua bujang, baru bercinta or baru ade komitmen til hari ni da beranak pinak, bagi aku setiapkali jumpa/ gathering, memang best. Serius best.

Setakat ni, iftar setiapkali ramadhan, belum pernah miss. Setiap tahun memang khopandan( kp) akan gathering. Kebiasaannya 98% ahli akan ada. Yang beberapa peratus takde tu,sebab komitment kerja.

Dulu. Hanya berapa kerat je ahli kp. Haha. Dalam 8 kot. X sure.nnti kire semula.haha. masatu cuma divide pada 2 group= group boy and group girl.
Tapi sekarang.dah ada 3 group

Group ladies.
Group laki.
Dan group junior. Junior kp dah menimbun ok hahah.

Semalam. Group lelaki semua kuar dari bilik vip ni sebab dorang nak berbual sesama dorang ( bising lettew sebab budak2 main lari2 jerit2).
So dalam bilik vip yang kitorang pilih tu, tinggalkan group ladies n bebudak. Bebudak xleh kuar.habis berterabur nanti hahah.

So yang mak2 sibuk main try2 lipstik. Sebab sekarang nak raya kan.so memag beybee, shira n zira rajin update lipstik yang dorang aim or beli. So beybee bg pakai lipstik mac yang neelofa pakai tu.apentah nama. So pakai lah. Memang nampak obvious sebab aku,zira n shira mmg bukan jenis pakai kaler tu. Haha. Dah kena tegur bila group laki masuk semula. Haha.

Bebudak pulak lepas bebas main sesama dorang. Memang happening. Aku harap anak2 kami akan berkawan sampai dorang besar. Jaga frendship mcm kami yang memulakan ni.

Frendship ni dah lalui jalan yang panjang ok.dari awal lelaki2 ni mula berkawan, then jangkit ke girlfrend( now da jd wife) dan sekarang anak2. Harap biarlah terus-terusan smua ini. InsyaAllah.



The ladies.

The gentleman dan anak2

Khopandan fellas 2016-diniy da balik dlu sb keje.sid pn.

Free style

Nak bagi duit raya

Beratur untuk amik duit raya dari apis( our leader)

Gelagat junior hehe

Candid

Anak tomat zira angkat baju . Nak tunjuk 6pax die. Haha.husben aku gelakkkan cam ape je. Haha

Lipstik neelofaaaa

Amboi.pasal duit raya.semua sangup beratur

So comel

Lagi 3 junior xda.


Hope ade gathering raya, pakai baju raya,menu raya. InsyaAllah.

Sekian,aku yang melaporkan
Sarah

Tuesday, June 21, 2016

PEDOFILIA.

Salam.
Sejak akhir2 ni makin menjadi2 kes2 pedo ni. Sejujurnya dunia akhir zaman ni, memang dah nazak sangat. Aku jadi fobia nak hidup zmn camni. Makin ramai yang sakit otak, sakit jiwa. Tak tahulah nak kata camne. Tapi sape yg ada anak, faham kot perasaan seorang mak bapak.

Zaman sekarang, anak lelaki ke anak girl je, tetap ada risiko besar jadi mangsa pedofilia ni.

Hanya mampu berdoa, Allah lindungkan anak2 kita dari benda2 mcm ni. Moga diizinkan aku terus bernyawa ,terus ada kudrat untuk handle anak sendiri. Zaman sekarang, tak tahu lah pada siapa yang kita boleh percaya.

Moga dijauhkan anak2 dari semua bencana ni. Amin.

Monday, June 20, 2016

SELAMAT HARI BAPA.

Salam.

Selamat Hari Bapa untuk lelaki2 hebat dalam life aku.

Pertama sekali.
Dah tentu my first true love- ayah aku.
My life is better because of him. Ayah yang supportive. Dalam bebel2 dia, tetap tak abaikan kami anak2 nya.Kalau diberi 1000 hayat pun padaku, tetap aku tak mampu nak balas segala jasa, segala kasih syg dia.

Dulu masa zaman sekolah.
Kan kena bangun awal pagi.umah kitorang takde shower bagai tu. Yang ada air kolah.sejuknya, tak payah cakaplah. Tapi kami adik beradik, memang mak atau ayah bergilir sediakan air panas untuk kami mandi.dari aku darjah 1 sampai tingkatan 6 ko.Tu baru sesimple benda yang dorang sediakan untuk kami. Benda besar2 lagi lah banyak. Nak cerita, 100 entry pun belum cukup kot.Moga segala jasa mak ayah, Allah balas dengan kedudukan tertinggi di syurga.InsyaAllah.

Kedua. Untuk papa pada anak2 ku.
Terima kasih atas segala2nya yang papa dah sediakan untuk keselesaan dan kemudahan untuk anak2.Paling simple, setiap hari bacakan story book memalam dgn ank2. Percayalah benda simple camtu, bila anak dah besar panjang, akan jadi antara perkara yang dirindui nak diulang kembali.terima kasih kerana bersabar melayan kerenah anak2 dan usaha turuti kehendak anak2. Termasuk sudi layan anak girl main bear.hihi.

Sesuatu yang kite berdua tak pernah sangka sblm kawen dulu- Ada anak2 penyeri ,kehidupan.

Ketiga- ayah mentuaku.

Terima kasih kerana menjadi abah pada suamiku. Mendidik dia sampai dia tahu segala tanggungjwb nya terhadap kami.


Terima Kasih.

Wednesday, June 15, 2016

Kawan Lama : Friendship terlerai.


Terbaca ni kat fb. So ,pinjam letak sini yea.
Exactly how i feel. Sebijik macam apa yang aku rasa bertahun sudah. Kadang aku tertanya, mana silap nya sampai kita yang sangat rapat dulu,sekarang dah jadi orang yang sangat asing.

Kisah kawan 1.

Masa sekolah, aku tak ramai bestfriend pun. Aku hanya ada beberapa. Dalam beberapa tu, ada sorang yang aku terpaling sayang. Saja guna terpaling sayang sebab nak menyatakan kasih syg aku sebagai sahabat pada dia, memang syg yang betul2. Aku syg kawan aku. Kami rapat. Selalu lepak sesama. Aku rajin datang rumah dia. Walaupun kena datang rumah dia, naik bas,naik teksi, aku sanggup je. Kalau ikutkan budak sekolah menengah, berapa jela duit yang dia ada nak diperhabiskan pada teksi dan bas tu. Tapi aku sanggup. Sebab aku rasa seronok dengan psahabatan kami. Aku happy. Susah dia,susahlah aku. Sedih dia,sedihlah aku.happy dia,happylah aku.camtu la friendship kitorang.

Masa berlalu.

Dia budak pandai. Aku pulak tak berapa cerdik nak terus bawa aliran sains
 Aku g form 6.Dia terus bersinar. Jadi makin cantik,makin pandai,makin segalanya lah. Jarang berhubung, tapi aku x amik port.kalau aku ada masa,memang aku cari dia.

Ya.Memang aku tak jemu cari dia.

Masa berlalu lagi.,dan lagi.dia dapat study luar negara. Masa dia tak pergi lagi, aku bagitau dia,aku sedih. Sebab aku rasa persahabatan kitorang mcm hmmm. Dia kate dont wori.dia tak lupa aku. Tapi aku tahu apa yang aku maksudkan. Aku tahu apa yang aku rasakan..Selama dia kat sana, ada beberapakali dia balik sini, tapi tak pernah sekalipun dia berusaha untuk jumpa aku. Alasan dia,tak sempat.

Tak apalah. Aku tak kisah.

Akhirnya pas dia habis study,dia balik sini. Janji nak bagi no baru dia kat aku.memang tak de pun.aku je beria minta kat ig dia.tapi selang beberapa hari pas dia balik,ada je die lepak dgn kawan dia nama S. Terasanya aku.

Faham kan betapa kita rasa x sabar nak jumpa dia. Rasa bersungguh. Tapi hmmm..masa berlalu lagi. Tapi dia tak pernah pum contact aku evwn thru wassap. Fb or ig pun tak pernah lah muncul.padahal follow n frend ni.

Aku kerap fikir. Runsing.tertanya2 Apa salah aku. Mana kurangnya persahabatan ni.Semuakabar dia,aku amik tahu melalui ig dan fb dia. Kalau alasan bz, kita sekarang huhidup dalam zaman wassap. Simple hello or hai da memadai.

Akhirnya aku unfollow ig dia.aku unfriend dia kat fb. Sebab aku tak mampu nak tahan rasa sedih sebab friendship kami hancur macam tu je.

 Kisah kawan 2&3
kami rapat masa form 6. Rapat sgt. Aku bkongsi segala suka duka dgn mereka. Tapi tu pun sama. Peel sama macam kisah kawan 1 tu.aku unfriend mereka di fb.


-=======

Aku tarik diri dari letihnya mengharap sahabat kita,persahabatan kita jadi mcm dulu. Aku tarik diri.

Aku tak pernah let go. Korang yang let go semua kenangan kita,semua persahabatan kita.aku cuma move on sebab aku letih tertanya2. Mungkin aku belum cukup bagus untuk terus jd kawan korang.

Aku luahkan kat sini, benda yang aku pendam bertahun.
Terima kasih sahabat kerna pernah hadir,.terima kasih kerna membuatkan aku sedar,letak duduk diri aku.

Wednesday, June 8, 2016

Pre-Ramadhan dating dgn group mommy BFF.

Salam.
5 Jun 2016. kitorang plan last minit je, nak jumpa ahad,kul 2 dan tempat pun ahad tula baru decide.haha. nampak x betapa last minit sangat. Tapi takpe.yang penting,plan jadi. Sejak zira pantang bersalin,dah discuss konon nak jupe sebelum die naik keje, sampai ke sudah tak adanya jumpa. So hold dlu. Baru2 ni,semua semangat semula nak jumpa jugak sebelum puasa,maka nah!

kitorang ni ahli khopandan, tapi sebab dah jadi mak2, kitorang ade second group untuk discuss hal perihal kitorang. Mostly pasal life,family dan anak la. Macam2 kite share kat situ. Masing2 ade peel masing2, tapi so far baik2 aje. Mula dulu group tu mommy khopandan, pastu now da tuka jd BFF. Heee.

Kitorang ni berempat je. Tapi plus partner dan anak masing2 , jadilah seramai 16 orang. 16 orang ko! Haha. Betapa berkembang maju dah group kami ni.G lepak kat Mohazz kampung baru,sebab tempat lain semua full. Maklumlah sok tu puasa, jd smua orang amik kesempatan nak lunch ngn family kot?

Beybee bawa serawa durian yang die buat night before. Alhamdulilah.rezeki.sedap. kalau takde aral melintang, ramadhan ni plan jumpa lagi.heee.


Mommy dan pewaris2 nya. Hahahah.

Bapak2 dan anak2 kebanggaan mereka. Haha.

Selfie!

Group BFF.

Berterabur jela bebudak ni lari satu kedai
 Hahah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...