nuffnangku

Tuesday, May 31, 2016

Selamat Hari Lahir ke 4, Ziyadh Iman!

Salam.
Pejam celik pejam celik, dah 4 tahun dah anak pertama aku. Rasa macam baru beberapa bulan lepas tengok dia baby2 lagi.now dah macam orang bujang. Haha. Aku seboleh mungkin akan cube celebrate birthday die setiap tahun even hanya dengan seketul kek. InsyaAllah. Sebab setiap hari yang berlalu, sangat bermakna. Apatahlagi setiapkali birthday. Sambutlah selagi nyawa dikandung badan.selagi anak masih berada di sisi.nanti dah besar,mungkin die sibuk nak celebrate degan kawan2 die dulu kan. Hehe.

Tahun ni, die minat dengan Upin Ipin. So nah kek di tempah khas dengan edible images upin ipin, aku tempah dari favorite baker aku- Kak Hawa ( lissa&rayyah cupcakes). Aku mula tempah kat kak hawa dari zaman merisik.tempah cupcakes.then kek kawen,kek hantaran dan sekarang berlarutan ke kek birthday anak2 haha.Kek kak Hawa sedap,x manis sangat,tekstur perfect dan dah seminggu pn kek die masih tak kering.

Iman yang pilih design ni lepas aku tunjukkn beberapa design lain.so ikutkan je,asalkan die happy. Sambut awal 2 minggu dengan family aku sebab dah nak balik kl.



Kek upin ipin Ziyadh Iman.

Family kecilku.

My girl&my boy. Anugerah yang paling terimdah dalam life aku.

Tiuppp.

Kagumm.



My family.sorang xda dlm pic sbb tgh berpantang haha.

Ziyadh Iman,
If one day awk baca blog mama ni. Mama harap awk tahu, mama sayang awk sangat. Awk yang pertama menjadikan mama seorang ibu. Dengan awk, mama belajar from zero to hero dalam menjadi seorang mak. Banyak kesilapan,banyak pengalaman baru awk bg pada mama. 4 tahun kita bersama, mama harap masih panjang jodoh kita di masa2 akan datang.mama harap masih diberi izin dan peluang untuk perbaiki diri mama supaya match dgn awk,dgn keperluan awk,dgn kerenah awk,dgn perangai awk.


Mama harap awk membesar dgn sihat ,dgn baik.  Membesar dgn nilai2 murni, dgn sifat perikemanusiaan yang tinggi,jadi orang yang baik2,yang pelihara hati dan jiwanya.insyaAllah. semoga diri awk terpelihara dari sifat tercela,dari fitnah dunia. Semoga awk selalu di lindungi Allah bila tiada dalam jagaan kami. InsyaAllah. 

Selamat Hari Lahir Ziyadh Iman. Hari di mana ..yang mama ade pada masa tu hanyalah nyawa. Dan itu yang mama gadaikan demi lahirkan awk 4 thn lepas. Love u!









Monday, May 23, 2016

TINY TIGRE KIDS, design 'rare' giler untuk kanak-kanak.

Salam.

Aku suka anak-anak aku pakai pakaian yang simple, tapi sedikit 'rare' dan masih mengekalkan ciri-ciri kanak-kanak. Aku tak suka nak dress up kan macam orang dewasa. Budak kan? biarlah dia jadi budak sementara masih dia berpeluang nak jadi seorang budak. Hehe.

Pertamakali tengok design-design dari TinyTigreKids ni, masa husben aku beli raglan kaler merah untuk Iman, aku memang looking frward untuk design latest dorang. Simple tapi different. Tak over. Harga sangat affordable.

Korang jangan kata, aku promote sebab anak aku jadi model bju ni. Hihi. Kita pakai, kita suka then baru lah kita promote, ye dak?

Dengan tagline
"Clothing for cool kids with street cred by TinyTigreKids. How will you style your kid?" dan saluran yang betul, aku yakin brand ni boleh pergi jauh sebab kreatif dan simple. nampak style.

Ni bukan bisnes kami laki bini ok. hehe. kalau korang nak online shopping leh visit 

 www.fawkl.co or leh tengok instagram tinytigrekids
















my personal fav.




Made with finest quality material, 100% cotton and super quality bright rubber dye. Available in 4 sizes;

S - 1y/o
M - 2-3y/o
L - 4-5y/o
XL - 6-7y/o

Hurry choose one for your kids! 
Also available at www.fawkl.co


Hot item! Raglan Tee 'Councillor'
.
Saiz & Umur
S - 1 thn 
M - 2-3 thn 
L - 4-5 thn (Stok terhad)
XL - 6 thn (Tiada Stok)
.
Harga: RM30.00
.
Juga terdapat di @clashmagaza &@kids_fg
.


Hot item! Tee 'Gone Surfing' & 'Sailorman'
.
Saiz & Umur
S - 1 thn 
M - 2-3 thn (Stok terhad)
L - 4-5 thn (Stok terhad)
XL - 6 thn (Stok terhad)
.
Harga: RM30.00
.
Juga terdapat di @clashmagaza &@kids_fg

Friday, May 20, 2016

Basikal Baru untuk ImanHusna Dari Aki.

12940225_1676770289230932_2070022834_n


12531056_579573692219252_1952852553_n


12519533_1566316563698620_1057686667_n

Terima kasih Aki untuk basikal baru Iman Husna.
Nampak tak #nawaalhusna tu, kaki tak sampai kot.tapi kenapa beli jugak basikal ni utk die…

sbb die melalak meraung nak basikal yg ni jugak.taknak basikal lain.
yg lebih baby-friendly pun die xnak.keraskan badan bila aku nak letak atas basikal yg mcm baby2 pakai tu.die nak yg ni.muktamad.

Dalam kete,meraung sb die ingatkan basikal utk die tu x beli.(@_@) Dah mcm muda belia da iman ngn basikal baru ni. Bday present in advance kira nya ni.
#ziyadhiman (10 april 2016)

Thursday, May 19, 2016

Ahmad Ilham Munawwar.


Assalamualaikum.
Hihi. Jangan terkejut pulak ye.ni bukan anak ketiga aku. Hehe.Ni anak buah pertamaku untuk side belah aku. Bayi comel ni anak adik aku.

Lahir pada 07 Mei 2016. berat 3.1 kg . cser.
ni budak terlebih due ni, haha. Due sepatutnya 29 April. Tapi nak jugak jadi geng Abang Iman , lahir bulan mei. Maka mei la lahirnya. Mak dia dah kena induce and sakit berjam, tapi poor progress setelah berjam, maka akhirnya selamat lahir melalui cser. Alhamdulilah.

malam adik aku admitted tu, aku tak boleh tidur pun. Tidur tak lena, risau bimbang semua ada. Cuak tak payah cakaplah padahal aku ni dah dua kali bersalin pon kan. Tapi klau diri sendiri, taklah rasa ngeri sangat berbanding bila kita tengah tunggu khabar dari orang lain yang tengah nak bersalin tu. Haha. 
bila husben dia update kate dah selamat bersalin, masa tu aku dalam kete otw balik umah parent lah, luruh gak air mata sebab lahir seorang lagi khalifah dengan selamat. Alhamdulilah.

nama di beri Ahmad Ilham Munawwar. tak banyak kerenah pun. haha.

Tuesday, May 17, 2016

Perkembangan Husna: 1 tahun 7 bulan

Salam.

kali ni nak update pasal perkembangan anak kedua pulak, hehe. Dia ni memang jarang-jarang aku update. Sebab sangat bz.


Hello, Lara shamsyul
This month, you'll notice that your toddler's powers of observation are getting sharper. She'll laugh at something that's obviously wrong -- like calling a giraffe a zebra or calling a brother a sister. And she'll notice when a favourite toy is missing an eye or has lost a patch of fur. Her language skills are maturing, too. Although you may understand less than half of what your toddler says, she understands most of the words you use around her. She may also put together pairs of words, like "Me go" or "You put".

 
-Husna ni banyak terpengaruh dengan Iman. Dah hidup berdua kan, main bersama-gaduh pun bersama (-___-').

-Tapi dia ni memang pantas imitiate orang dewasa dan iman.
-dah banyak words dia.antaranya,mama,nak makan. mama, nak susu.
-suka bersih2, tak suka comot2
-pantang rambut mengurai2 tutup muka dia,haha.
-suka pakai baju lawa2,then pergi kat mama or papa dia, siap tanya : cantik? haha
-dia ni jenis manja giler dan cepat emo. perintah dia tolonglah ikut,kalau tak mengundang dia melalak. hmmm.
-suka baby (tapi sorry,no baby from mama ok )
-sangat penyayang
-boleh sharing, tapi tengok keadaan
-kalau tanya
          "sape nama?"
           dia jawab "mannn" (pengaruh iman yang sangat besar dalam life dia,hahaha) bila tanya mana husna, dia tahu nama dia husna. confuse aku ngn budak kecik ni
-pandai suap makan minum sendiri
-sangat suka teddy bear
-suke berebut handbag mama,barang mekap mama
-masih bf.tak campur susu lagi sebab dia taknak.
-kadang2 boleh mengalah dengan Iman, kadang2 dia belasah iman kalau iman amik hak dia, kadang-kadang dia sengaja pedajal iman. haha.nasib lah
-sangat manja dengan papa dia.



Wednesday, May 11, 2016

Perkembangan Ziyadh Iman

Salam.

Masa zaman baru dapat anak, blog ni memang penuh update pasal anak bujang sorang tu. Tapi makin lama, aku rasa macam taknak terlalu dedahkan anak2 di media sosial ni. So sebab tu aku kurang upload pic diorang di merata tempat, KECUALI di ig.

Tapi ig pun, taklah setiap masa aku upload.

 Aku pilih2 certain event dan certain kisah je untuk di share sebagai diari, sebagai kenangan sebab aku ni pelupa. Dulu rajin tulis dalam diari. Lepas tu malas dah nak buat dalam diari, so tulis blog. Lepas tu malas jugak, maka instagram ajelah yang aku rajin sikit buat masa ni.Lepas ni kalau masih malas, tak payah nak bermedia sosial la,haha.

Sempena bulan mei ni bulan kelahiran Iman, so aku rasa macam nak update sikitlah perkembangan dia yang aku masih ingat masa taip ni. Mana aku lupa tu, lenkali lah aku update. haha, (kalau rajin)

31 Mei 2016, genap 4 tahun.
InsyaAllah dan Alhamdulilah.

1) pemakanan

bab makan, memang die tak berapa nak ade masalah. Dia tak memilih sangat. Masa dulu je dia cuma nak makanan yang di blend. Lama-lama dah ok. Makan minum dia, aku kalau boleh memang sehari tu memang had kan gula dan makanan manis ni semua. Had kan je, nak larang terus memang susah sebab dah besarkan, dah pandai minta.

makan memang dah lama dah aku suruh suap sendiri. Cuma makan guna tangan, baru tahun ni belajar sikit-sikit. Bukan apa, berterabur tu yang malas nak hadap. Tapi rasanya dah sampai masa nya untuk belajar makan guna tangan.

2) speech delay
ya, aku tak malu nak akui anak aku yang ni memang speech delay. Umur 2 tahun masih tak bercakap lagi. Aku usaha untuk ikut tips-tips yang aku dapat melalui join speech theraphy group dekat fb dan banyakkan membaca. Sekarang alhamdulilah. Dia belum boleh bercerita panjang-panjang dan belum boleh jwab soalan-soalan yang panjng-panjang tapi alhamdulilah. Anak ini memang nampak ada usaha nak improvekan speech delay die tu. Cakap memang dah banyak dan tak ade bahasa german langsung pun aku dah cukup bersyukur

3)Belum sekolah lagi.
bab ni entahlah. Aku dan papa belum sedia lagi nak hantar die.Mungkin next year.

4)Urus diri sendiri
aku rasa bila umur dah mula nak masuk 4 tahun ni, aku mula slow2 ajar dia urus diri sendiri. Sebab aku memang bukan mak yang rajin nak ikut peel anak dan tak rajin sentiasa nak uruskan anak pada perkara yang dia sepatutnya dah boleh belajar handle sendiri.

antara perkara/ benda yang dia perlu buat sendiri
-ambil cawan sendiri bila nak minum air.
-ambil cawan dari rak pingan dan bawa ke meja makan.
-tuang air minuman sendiri ke dalam cawan
-suap sendiri.
-baju kotor masukkan sendiri ke bakul baju kotor
-bila mandi, sabun  dan gosok  badan sendiri
-gosok gigi sendiri
-lap badan sendiri lepas mandi
-pergi toilet sendiri untu shii. buka lampu toilet sendiri.
-pakai seluar dan baju sendiri
-kemas mainan sendri
-tolong basuhkan tangan adik, kalau tangan adik kotor.
-pakai sandal sendiri
-on/off tv dan kipas sendiri.

etc. yang lain dah tak berapa ingat.

5)diaper free.
siang memang dah free. malam jela. aku belum rajin.Kalau di ikutkan biasa dia bangun pagi, kering je pampers tu.

6)masih belum tidur sendiri--tunggulah 1 day nnti ye.

tu je kot buat masa ni. bye. nah pic latest budak ni.haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...