nuffnangku

Friday, August 19, 2016

Ada Apa Dengan Cinta.

Salam.
Aku memang suka sangat dengan Ada Apa Dengan Cinta yg 14 tahun lepas. Ceritanya warna warni dan memang best. Bagi aku tengok 100kali pun aku sanggup.

Setiapkali tengok, setiapkali tula jatuh cinta dekat Rangga. Haha. Well, biasalah masa tu muda lagi kan. Sekarang still suke Rangga. Laki sombong dan ' mahal' camtu. Ramai lah suka.

Selepas 14 tahun berlalu..

Aku memang tunggu Ada Apa dengan cinta yang kedua sebab masa tu ade desas desus kata tak lama lagi AADC kedua akan kuar. Rupanya yang tak lama itu memakan masa 14 tahun. Perghhh.

Dari aku umur 17 tahun now dah 31tahun. Giler la.Dari aku tak tahu apa tujuan dan arah tuju life aku masa tu til aku dah ade anak 2. Punya lama kan. Imagine lah

Tapi bila keluar AADC yang kedua. Aku rasa hmmmm. Aku tak tahu apa aku rasa. Cuma cerita nya mendatar. Ceritanya tentang apa yang jadi selama tempoh 14 tahun tu dengan tidak byk perkembangan yang ada. Tak berapa ade konflik, watak yang muncul pun berapa ketul tu jela dari awal cerita til akhir.

Terasa tempoh 14 tahun tu macam berlalu sia2. Terasa penantian itu sia2. So-so je. Garapan cerita nya aku rasa perlu kemas lagi. Aku macam ternantikan AADC kedua dari pihak lain yang masih sudi membuat semula cerita tu.

Aku lagi enjoy tgok aadc yang LINE pernah buat tempoh hari. Tu lagi terkesan.


Tak rasa pun nak tengok aadc ni lagi sekali. Dulu puisi dan lagu2 nya jadi igauab semua.sekarang,takde ape yang tertinggal terbekas di hati kot.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...