nuffnangku

Friday, July 1, 2016

Adab.

Semakin hari, manusia semakin hilang adab.
Samada sedar, atau tidak.
Jagalah adab, terutama di media sosial.
Media sosial ni, dunia tanpa had. Tanpa sempadan. Tanpa kawalan. Kita sendiri yang kena usaha kawal diri kita, kawal tingkah laku,kawal bahasa, kawal apa yang perlu di kongsi, apa yang tak perlu di kongsi.

Mungkin bagi kita.tak ada apepun.
Tapi yang membaca. Terutama status yang bercerita pasal kekurangan family or kekurangan mentua( sekadar cth). Orang lain ynng membaca ni, mereka dah bawa satu persepsi pada yang berkaitan dalam status tersebut.

Betul pemakaian tak mencerminkan peribadi seseorang. Betul, setiap perlakuan jangan di hukum pada pakaian si pemakai. Tapi jika dah elok semuanya terjaga, semuanya mengikut syariat, maka jagalah juga adab dalam status atau di komen. Berhati2 dalam menulis status yang meluahkan perasaan atau ketidakpuasan hati. Sebab takut mengaib kan.

Lagisatu nak tambah, isu makan di public dalam bulan ramadhan untuk orang perempuan yang datang period. Kenapalah nak dilantang2kam perkara2 yang tak penting mcm ni?kan banyak lagi benda lebih berfaedah kita boleh buat,boleh fikirkan dalam dunia ni. Ramadhan ni hanya sebulan je dalam setahun. Datang period mungkin dalam 6-8 hari secara purata. Itu pun kau tak mampu nak tahan lapar ke yam?  Masa dulu lah, kalau beli pad kat kedai runcit cina, siap nyonya tu balutkan pad tu dengan suratkhabar sebab  segan. Segan nak beli pad. Segan kalau orang tahu kita tak puasa. Segan nak makan depan orang puasa walaupun dalam rumah. Ye.segan.segan nak makan depan bapak,abang2 or adik.

Tapi maryam lee nak laungkan hak makan di khalayak ketika period. Biar betul. Di mana malu mu?di mana adab mu? Tak salah. Tapi jagalah adab. Manusia yang berilmu, berpendidikan, kalau tidak ada adab, maka hilanglah seri nya,hilanglah aura nya.

#maryamlee

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...