nuffnangku

Monday, June 20, 2016

SELAMAT HARI BAPA.

Salam.

Selamat Hari Bapa untuk lelaki2 hebat dalam life aku.

Pertama sekali.
Dah tentu my first true love- ayah aku.
My life is better because of him. Ayah yang supportive. Dalam bebel2 dia, tetap tak abaikan kami anak2 nya.Kalau diberi 1000 hayat pun padaku, tetap aku tak mampu nak balas segala jasa, segala kasih syg dia.

Dulu masa zaman sekolah.
Kan kena bangun awal pagi.umah kitorang takde shower bagai tu. Yang ada air kolah.sejuknya, tak payah cakaplah. Tapi kami adik beradik, memang mak atau ayah bergilir sediakan air panas untuk kami mandi.dari aku darjah 1 sampai tingkatan 6 ko.Tu baru sesimple benda yang dorang sediakan untuk kami. Benda besar2 lagi lah banyak. Nak cerita, 100 entry pun belum cukup kot.Moga segala jasa mak ayah, Allah balas dengan kedudukan tertinggi di syurga.InsyaAllah.

Kedua. Untuk papa pada anak2 ku.
Terima kasih atas segala2nya yang papa dah sediakan untuk keselesaan dan kemudahan untuk anak2.Paling simple, setiap hari bacakan story book memalam dgn ank2. Percayalah benda simple camtu, bila anak dah besar panjang, akan jadi antara perkara yang dirindui nak diulang kembali.terima kasih kerana bersabar melayan kerenah anak2 dan usaha turuti kehendak anak2. Termasuk sudi layan anak girl main bear.hihi.

Sesuatu yang kite berdua tak pernah sangka sblm kawen dulu- Ada anak2 penyeri ,kehidupan.

Ketiga- ayah mentuaku.

Terima kasih kerana menjadi abah pada suamiku. Mendidik dia sampai dia tahu segala tanggungjwb nya terhadap kami.


Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...