nuffnangku

Wednesday, June 15, 2016

Kawan Lama : Friendship terlerai.


Terbaca ni kat fb. So ,pinjam letak sini yea.
Exactly how i feel. Sebijik macam apa yang aku rasa bertahun sudah. Kadang aku tertanya, mana silap nya sampai kita yang sangat rapat dulu,sekarang dah jadi orang yang sangat asing.

Kisah kawan 1.

Masa sekolah, aku tak ramai bestfriend pun. Aku hanya ada beberapa. Dalam beberapa tu, ada sorang yang aku terpaling sayang. Saja guna terpaling sayang sebab nak menyatakan kasih syg aku sebagai sahabat pada dia, memang syg yang betul2. Aku syg kawan aku. Kami rapat. Selalu lepak sesama. Aku rajin datang rumah dia. Walaupun kena datang rumah dia, naik bas,naik teksi, aku sanggup je. Kalau ikutkan budak sekolah menengah, berapa jela duit yang dia ada nak diperhabiskan pada teksi dan bas tu. Tapi aku sanggup. Sebab aku rasa seronok dengan psahabatan kami. Aku happy. Susah dia,susahlah aku. Sedih dia,sedihlah aku.happy dia,happylah aku.camtu la friendship kitorang.

Masa berlalu.

Dia budak pandai. Aku pulak tak berapa cerdik nak terus bawa aliran sains
 Aku g form 6.Dia terus bersinar. Jadi makin cantik,makin pandai,makin segalanya lah. Jarang berhubung, tapi aku x amik port.kalau aku ada masa,memang aku cari dia.

Ya.Memang aku tak jemu cari dia.

Masa berlalu lagi.,dan lagi.dia dapat study luar negara. Masa dia tak pergi lagi, aku bagitau dia,aku sedih. Sebab aku rasa persahabatan kitorang mcm hmmm. Dia kate dont wori.dia tak lupa aku. Tapi aku tahu apa yang aku maksudkan. Aku tahu apa yang aku rasakan..Selama dia kat sana, ada beberapakali dia balik sini, tapi tak pernah sekalipun dia berusaha untuk jumpa aku. Alasan dia,tak sempat.

Tak apalah. Aku tak kisah.

Akhirnya pas dia habis study,dia balik sini. Janji nak bagi no baru dia kat aku.memang tak de pun.aku je beria minta kat ig dia.tapi selang beberapa hari pas dia balik,ada je die lepak dgn kawan dia nama S. Terasanya aku.

Faham kan betapa kita rasa x sabar nak jumpa dia. Rasa bersungguh. Tapi hmmm..masa berlalu lagi. Tapi dia tak pernah pum contact aku evwn thru wassap. Fb or ig pun tak pernah lah muncul.padahal follow n frend ni.

Aku kerap fikir. Runsing.tertanya2 Apa salah aku. Mana kurangnya persahabatan ni.Semuakabar dia,aku amik tahu melalui ig dan fb dia. Kalau alasan bz, kita sekarang huhidup dalam zaman wassap. Simple hello or hai da memadai.

Akhirnya aku unfollow ig dia.aku unfriend dia kat fb. Sebab aku tak mampu nak tahan rasa sedih sebab friendship kami hancur macam tu je.

 Kisah kawan 2&3
kami rapat masa form 6. Rapat sgt. Aku bkongsi segala suka duka dgn mereka. Tapi tu pun sama. Peel sama macam kisah kawan 1 tu.aku unfriend mereka di fb.


-=======

Aku tarik diri dari letihnya mengharap sahabat kita,persahabatan kita jadi mcm dulu. Aku tarik diri.

Aku tak pernah let go. Korang yang let go semua kenangan kita,semua persahabatan kita.aku cuma move on sebab aku letih tertanya2. Mungkin aku belum cukup bagus untuk terus jd kawan korang.

Aku luahkan kat sini, benda yang aku pendam bertahun.
Terima kasih sahabat kerna pernah hadir,.terima kasih kerna membuatkan aku sedar,letak duduk diri aku.

2 comments:

  1. Sama macam ape yg akak rase dan alami jugak...sabar ye sarah.mungkin ade hikmah Allah jadikn semua ni buat kita.suami dan anak2 kita adalah sahabat baik kita sekarang.....

    ReplyDelete
  2. sebagai seorang pembaca tegar blog u ni, i macam tau je vee sapa kawan #1 u tu. i pun ada. pun sama mcam u tak tau mana silap. tp kami still contact wasap. tp tu la. still mcm takde chmistry tau. sembang gitu gitu je...

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...