nuffnangku

Tuesday, May 31, 2016

Selamat Hari Lahir ke 4, Ziyadh Iman!

Salam.
Pejam celik pejam celik, dah 4 tahun dah anak pertama aku. Rasa macam baru beberapa bulan lepas tengok dia baby2 lagi.now dah macam orang bujang. Haha. Aku seboleh mungkin akan cube celebrate birthday die setiap tahun even hanya dengan seketul kek. InsyaAllah. Sebab setiap hari yang berlalu, sangat bermakna. Apatahlagi setiapkali birthday. Sambutlah selagi nyawa dikandung badan.selagi anak masih berada di sisi.nanti dah besar,mungkin die sibuk nak celebrate degan kawan2 die dulu kan. Hehe.

Tahun ni, die minat dengan Upin Ipin. So nah kek di tempah khas dengan edible images upin ipin, aku tempah dari favorite baker aku- Kak Hawa ( lissa&rayyah cupcakes). Aku mula tempah kat kak hawa dari zaman merisik.tempah cupcakes.then kek kawen,kek hantaran dan sekarang berlarutan ke kek birthday anak2 haha.Kek kak Hawa sedap,x manis sangat,tekstur perfect dan dah seminggu pn kek die masih tak kering.

Iman yang pilih design ni lepas aku tunjukkn beberapa design lain.so ikutkan je,asalkan die happy. Sambut awal 2 minggu dengan family aku sebab dah nak balik kl.



Kek upin ipin Ziyadh Iman.

Family kecilku.

My girl&my boy. Anugerah yang paling terimdah dalam life aku.

Tiuppp.

Kagumm.



My family.sorang xda dlm pic sbb tgh berpantang haha.

Ziyadh Iman,
If one day awk baca blog mama ni. Mama harap awk tahu, mama sayang awk sangat. Awk yang pertama menjadikan mama seorang ibu. Dengan awk, mama belajar from zero to hero dalam menjadi seorang mak. Banyak kesilapan,banyak pengalaman baru awk bg pada mama. 4 tahun kita bersama, mama harap masih panjang jodoh kita di masa2 akan datang.mama harap masih diberi izin dan peluang untuk perbaiki diri mama supaya match dgn awk,dgn keperluan awk,dgn kerenah awk,dgn perangai awk.


Mama harap awk membesar dgn sihat ,dgn baik.  Membesar dgn nilai2 murni, dgn sifat perikemanusiaan yang tinggi,jadi orang yang baik2,yang pelihara hati dan jiwanya.insyaAllah. semoga diri awk terpelihara dari sifat tercela,dari fitnah dunia. Semoga awk selalu di lindungi Allah bila tiada dalam jagaan kami. InsyaAllah. 

Selamat Hari Lahir Ziyadh Iman. Hari di mana ..yang mama ade pada masa tu hanyalah nyawa. Dan itu yang mama gadaikan demi lahirkan awk 4 thn lepas. Love u!









1 comment:

  1. happy birthday iman..semoga menjadi anak yg soleh dan bole membawa mama papa ke syurga..amin

    p.s acik dtg ke blog mama awak ni pun pasal awak la..hihi

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...