nuffnangku

Wednesday, May 11, 2016

Perkembangan Ziyadh Iman

Salam.

Masa zaman baru dapat anak, blog ni memang penuh update pasal anak bujang sorang tu. Tapi makin lama, aku rasa macam taknak terlalu dedahkan anak2 di media sosial ni. So sebab tu aku kurang upload pic diorang di merata tempat, KECUALI di ig.

Tapi ig pun, taklah setiap masa aku upload.

 Aku pilih2 certain event dan certain kisah je untuk di share sebagai diari, sebagai kenangan sebab aku ni pelupa. Dulu rajin tulis dalam diari. Lepas tu malas dah nak buat dalam diari, so tulis blog. Lepas tu malas jugak, maka instagram ajelah yang aku rajin sikit buat masa ni.Lepas ni kalau masih malas, tak payah nak bermedia sosial la,haha.

Sempena bulan mei ni bulan kelahiran Iman, so aku rasa macam nak update sikitlah perkembangan dia yang aku masih ingat masa taip ni. Mana aku lupa tu, lenkali lah aku update. haha, (kalau rajin)

31 Mei 2016, genap 4 tahun.
InsyaAllah dan Alhamdulilah.

1) pemakanan

bab makan, memang die tak berapa nak ade masalah. Dia tak memilih sangat. Masa dulu je dia cuma nak makanan yang di blend. Lama-lama dah ok. Makan minum dia, aku kalau boleh memang sehari tu memang had kan gula dan makanan manis ni semua. Had kan je, nak larang terus memang susah sebab dah besarkan, dah pandai minta.

makan memang dah lama dah aku suruh suap sendiri. Cuma makan guna tangan, baru tahun ni belajar sikit-sikit. Bukan apa, berterabur tu yang malas nak hadap. Tapi rasanya dah sampai masa nya untuk belajar makan guna tangan.

2) speech delay
ya, aku tak malu nak akui anak aku yang ni memang speech delay. Umur 2 tahun masih tak bercakap lagi. Aku usaha untuk ikut tips-tips yang aku dapat melalui join speech theraphy group dekat fb dan banyakkan membaca. Sekarang alhamdulilah. Dia belum boleh bercerita panjang-panjang dan belum boleh jwab soalan-soalan yang panjng-panjang tapi alhamdulilah. Anak ini memang nampak ada usaha nak improvekan speech delay die tu. Cakap memang dah banyak dan tak ade bahasa german langsung pun aku dah cukup bersyukur

3)Belum sekolah lagi.
bab ni entahlah. Aku dan papa belum sedia lagi nak hantar die.Mungkin next year.

4)Urus diri sendiri
aku rasa bila umur dah mula nak masuk 4 tahun ni, aku mula slow2 ajar dia urus diri sendiri. Sebab aku memang bukan mak yang rajin nak ikut peel anak dan tak rajin sentiasa nak uruskan anak pada perkara yang dia sepatutnya dah boleh belajar handle sendiri.

antara perkara/ benda yang dia perlu buat sendiri
-ambil cawan sendiri bila nak minum air.
-ambil cawan dari rak pingan dan bawa ke meja makan.
-tuang air minuman sendiri ke dalam cawan
-suap sendiri.
-baju kotor masukkan sendiri ke bakul baju kotor
-bila mandi, sabun  dan gosok  badan sendiri
-gosok gigi sendiri
-lap badan sendiri lepas mandi
-pergi toilet sendiri untu shii. buka lampu toilet sendiri.
-pakai seluar dan baju sendiri
-kemas mainan sendri
-tolong basuhkan tangan adik, kalau tangan adik kotor.
-pakai sandal sendiri
-on/off tv dan kipas sendiri.

etc. yang lain dah tak berapa ingat.

5)diaper free.
siang memang dah free. malam jela. aku belum rajin.Kalau di ikutkan biasa dia bangun pagi, kering je pampers tu.

6)masih belum tidur sendiri--tunggulah 1 day nnti ye.

tu je kot buat masa ni. bye. nah pic latest budak ni.haha.

1 comment:

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...