nuffnangku

Friday, May 23, 2014

morning

Pagi ni awal giler Iman bangun.


Lari dari jadual kebiasaan.So nampaknya hari ni masak nasi lewatlah kot in case jap lagi dia tidur semula,aku pun nak join.Tapi rasanya better masak nasi sekarang,sementara aku tercongok tidur2 ayam teman Iman tengok babytv dan main trucks dia tu. Nanti dapat tidur kejap,bangun leh terus makan je kan


Dulu rajin betul update blog,semua benda kalau boleh nak cerita. Tapi sekarang,alahai tak tahu dah nak cerita apa. Kadang macam blur.Entahlah.



Mungkin faktor life dah berubah pun ye gak.Dulu masa muda,kawan-kawan kita macam ramai kan.Banyak cerita boleh update tapi makin sikit bila dah meningkat dewasa.bila umur pun dah nak 30 ni,lagi la tak berapa nak ramai.dah tak berapa nak ade benda nak diceritakan.Hari tu dengar kat hotfm kalau tak silap pasal BFF ni. Terkenangla jugak sebab aku jenis yang sayang kawan,jenis takde nak rs kedekut ilmu ke apa kalau dengan kawan baik ni.Tapi hati manusia,bukan kita leh baca.Ada yang amik kesempatan dan sangat dukacita lah aku rasa. Perkongsian yang sia2.


Eh,jauh melencong.


Kalau masa kecik2 dulu,kuantiti lagi penting dari kualiti kot.sebab macam best main pondok2 kawan ramai.main lari2,dengan kawan yang ramai kan.



Sekarang,macam beruntung giler kalau ada kawan2 berkualiti ni.yang sentiasa ada di sisi walau tak perlu 24 jam berwasap,calling2 tapi tak pernah terlepas update pasal diri masing2.



Tapi aku dah makin kurang ada kawan.kalau dulu masa kerja,ramai gak la kawan.zaman study pun sama.sekarang,kawan aku siapa je..anak dan suami je.dah tak ada sangat kawan rapat untuk kongsi cerita hari2 aku.



Mungkin aku pun makin malas nak berkongsi segala cerita di laman sosial ke blog ke atau mana2 lah.sebab dalam life ni,tak semua orang happy nak baca cerita happy kita atau nak tumpang simpati baca kisah sedih kita kan.manusia ni macam2 ragam.susah nak menilai mana yang kaca,mana permata.



Tapi aku ada gak beberapa group wassap dengan kawan2 zaman study #unitar dengan #khopandan.ni jela yang masih maintain.Alhamdulilah.masih update dengan info masing2.yang #khopandan ni asalnya lebih kepada kawan2 suami aku tu,then berkembang pada bini masing2.tiapkali kalau buat perjumpaan,agak excited jugaklah nak pergi sebab ahli juniordah makin bertambah.haha.



Aku malas nak fikir pasal kawan2 yang aku anggap dah pergi dari life aku-temporary atau permenant ni.yang aku ada,meneruskan life aku seadanya.Aku sahm kan.mana nak sama dah ngn orang yang ada master,ada keje gaji riban2 tu. Of coz aku diri tak sama tinggi dah,duduk tak sama besar dah pungungnya eh?



entri suka2.
Tak ada kaitan secara langsung dengan sesiapa.
Mana kawan2 yang selalu concern pasal aku tu,memang aku hargai sangat,terutama yang rajin tanya kabar via medium apa sekalipun-wassap,ig,fb ke blog ke.semualah.



Suami kata aku dah tak ramai kawan,sebab aku fokus pada famili.mungkin jugak. Benda remeh temeh ni kadang aku malas pk. Yang aku pk hari ni nak masak apa-suami balik nanti,kena pastikan rumah bersih walaupun tu bermakna aku kena kemas kali yang ke sepuluh sebab ada budak kecik ni jadi tukang sepah berkali2,kena jaga diri aku kesihatan aku dan buat benda2 yang aku suka.


Oklah.sekian.entri ni tak ada hala tujuan.sekadar update dari sahm.hehe





2 comments:

  1. u...i pon tak ramai kawan! sbb jenis i ni masa zaman uni asyik berkepit dgn housemate je...lps tu habis study terus kerja dgn family lagilah tak berkembang...hahahaha

    i tak kesah sgt pon sbb kadang2 ramai kawan ni pening kepala jugak..nak2 bila yg jenis "pelik2" ni...kihkih

    ReplyDelete
  2. sama lah i... kawan, they will come and go. baik focus pada family je. kawan kat office pun, kawan situ je tak sampai balik rumah...

    takpe, focus kat family lagi bahagia dunia n akhirat. tak mungkin anak2 kita akan betray kita kan... =)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...