nuffnangku

Wednesday, December 31, 2014

tahun 2014

Love of my life

Iman

Husna


Salam.
Tak lama lagi dah nak masuk tahun 2015.sekejap sangat masa berlalu. Seingat aku,akhir disember 2013 pun aku buat list untuk planning aku untuk tahun 2014. Ni dah tetiba disember 2014. Allah, cepat sangat masa berlalu.

Semua yang aku harapkan untuk tahun 2014, tak tercapai. Hahaha. Tapi aku dapat rezeki tak terduga- Nawaal Husna. Dapat tahu preggykan dia dalam januari, bersalin dalam september.

Allah sebaik perancang. Masa akhir tahun 2013,aku memang tak terfikir pun dalam tahun 2014 ni aku akan preggy semula dan dapat baby dalam tahun yang sama. Sebab kalau ikutkan aku nak preggy dalam tahun 2015,bersalin dalam tahun 2016. Hehe.

Disebabkan alahan preggy yang teruk sampai 5 bulan preggy, aku stop kan bisnes aku sekejap. Dalam setahun jugaklah stop, sebab after 5 bulan alahan tu, aku pun macam makin sarat,so tak larat nak menghadap manik dan jarum. So semua dalam list aku untuk tahun ni, terabai sia2.

Tahun ni banyak kejadian yang menguji iman dan kebergantungan kita pada Allah, macam kehilangan MH370, fligh MH17 yang ditembak jatuh dan terbaru, yang menyayat hati, peristiwa banjir di pantai timur. Serius sedih. Kalau ikutkan hati nak je jadi sukarelawan banjir. Tapi apakan daya, aku beranak kecil lagi. Cuma doa dan sedikit bantuan yang dapat di hulur. Sedih baca macam2 berita yang dikongsikan walaupun ada antaranya tiada kesahihan.

Tahun ni juga bukan tahun yang berapa elok untuk famili aku. Tapi tak mengapa, Allah menguji dengan sesuatu yang Dia tahu kita mampu tanggung, InsyaAllah. Doa orang teraniaya ni biasanya di makbulkan. Moga yang pecah amanah tu bertaubatlah sebelum mati,umur ko bukan lama lagi pun,dah tua dah korang laki bini tu khenss. Darah daging sendiri pun tak boleh harap, lagi baik percaya pada orang luar.

Tapi tak mengapa, semua tu hal dunia. Family aku masih baik2 aje. Allah ada, buat apa nak risau. Move on jela kan.

Aku harap tahun depan ni, ada sinar baru. Ada harapan dan semangat baru. Moga keluargaku makin murah rezeki dan terus diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Anak2 sihat dan dipermudahkan segala urusan agar perkembangan mental rohani fizikal jasmani diorang sempurna dan normal.

Aku pun tak tahu tahun 2015 ni, umur aku masih panjang ke tidak, harapnya dengan masih ada berbaki umur yang tinggal,makin aku bermanfaatlah pada Allah,agama,keluarga dan masyarakat.

Antara azam aku untuk tahun ni :
-Nak kurus, hahaha
-nak lebih berdedikasi  jadi seorang ibu
-Nak majukan diri dan bisnes
-Nak lebih positif
-Nak banyakkan memasak untuk famili. Hihi. Tahun 2014 ni kerap masak ok,hormon preggy barangkali.dalam seminggu,mungkin tak masak dalam sehari dua je. *tepukbahusendiri

Tuesday, December 30, 2014

Veil Nikah murah

Sticky post.scroll bawah untuk entri baru




Salam.

ni nak promote tentang bisnes veil my sis. So untuk bride to be mana2 yang cari veil atau shawl dengan harga murah dan mampu milik..jemput like fb lovelypearlshawl atau boleh search dekat instagram.

Dia ni selalu tolong aku masa aku aktif buat bisnes veil dulu.now aku stop sementara sebab preggy dan bersalin.Memandangkan dia masih baru buka bisnes, harga pun masih harga kasih sayang. So wassap dia ok untuk #veilmurah korang. InsyaAllah mampu milik

💋berminat utk tempah shawl atau veil applique diamond? Wassap ok untuk best price, InsyaAllah.

kaler shawl/veil bleh request ikut warna pilihan taw.

Wassap: 0176528411(jannah)atau boleh pm inbox fb
Search FB: lovelypearlshawl
Instagram: lovelypearl_veil_beading

Monday, December 15, 2014

tempahan veil nikah dan beading services dibuka seperti biasa.

Salam.
Hai korang. Dulu sebelum pregnant Husna,aku buat bisnes veil dan jahit manik kan. Then sebab alahan,setahun aku stop sekejap dari awal preggy til Husna dah selamat lahir.

Now,aku dah boleh manage anak2 dgn baik, so aku dah mula buka tempahan semula yea
 Untuk yang nak tempah, boleh terus wasap aku. Kalau nak tengok hasilkerja yang lepas2 boleh view instagram: dreamsisters_veil atau fb: dreamsisters .
Blog pun ade. InsyaAllah harga untuk veil yang simple macam pic bawah ni adalah bawah rm100 ok. Hehe.





Wednesday, November 19, 2014

Husna sebulan.

Salam.

Hari ni genap Husna 2 bulan. Tapi nak update hasil checkup sebulan dia dekat KKIA sebulan lepas.

Berat 

lahir: 3.6 kg
sebulan: 4.23 kg

Panjang 

lahir: 48 cm
sebulan: 56 cm

BMI: 13.4

Lilitan kepala

Lahir: 35cm
Sebulan: 36cm
---

Okla semuanya even berat tak naik banyak pun selagi bmi normal, maka tak perlu risau ye tak?

Husna fully BF.
Sesuatu yang aku tak pernah nak sangka aku akan lalui sebabnya dulu masa Iman, aku beria kot masa preggy sibuk kata nak susukan dia sampai 2 tahun. Tapi sudahnya seawal 12 hari kalau tak silap, Iman dah minum fm.

So belajar dari masa lalu. Kali ni tak ada nak aim ape2. 

Tapi Husna ni terrer bab bf. So aku dan dia sama2 menjayakan bab bf ni. Aku jenis taknak cakap terus terang,so mana yang faham ayat aku ni, faham la.mana tak faham, abaikan. Haha.

Dan yup, dah sebulan pun masih fully bf. Aku tak aim terus til 6 bulan,setahun or 2 tahun. Aku aim sebulan2. Kalau ada, ada lah rezeki dia.kalau tak ada, kita usaha rezeki lain.

😄

Tuesday, November 18, 2014

Antara 1st pregnancy dan 2nd pregnancy ku

Salam.

Kalau ikutkan masa preggykan Iman pun aku xda update sejak awal.Sebab entahlah ye. So untuk preggy kali kedua ni pun lebih kuranglah dan lagiiii kurang update. Bukan tak excited, tapi kita wat lek wat peace je dulu. Tapi best taw bila nak recall balik kisah preggykan Iman, aku baca balik je apa yg aku tulis kat blog ni. Tu pasal aku tetap update blog, untuk aku baca semula di kemudian hari. Aku dah tak ada diari.zaman sekolah dan zaman study dulu ada la diari.pastu malas.


Alahan
-1St pregnancy
Masa Iman dulu, sampai nak 4 bulan baru ok. Setiap bermula maghrib, aku akan muntah non stop. Bau orang masak pun aku geli. Tapi boleh makan. Selera ada je, cuma tak jaminlah muntah semula ke tak. prefer western food. Air 100plus memang bestfrend aku sepanjang preggy ni.Lemah dan lembik sepanjang 4 bulan tapi kadang2 masih gagahkan diri pergi kerja.

-2nd pregnancy
Alahan sampai 5 bulan. Teruk giler badan lembik dan lemah memang tak leh nak buat apa. Nasiblah dah tak kerja, tak tahulah kalau kerja camne nak handle. Memang lesu dan tak boleh nak bangun sangat. Peel muntah tetap bermula dari maghrib gak tapi teruk dua kali dari pregnancy yg dulu.

Pemakanan
-1st pregnancy
Tak adalah mengidam sangat. Boleh makan nasi,tak ada masalah. Tiapkali mual dan tak ada selera makan, kalau nampak western food je, terus berselera semula dan jarang muntah. Suka pada makanan yang agak masam sikit

-2nd pregnancy
Pun tak ada mengidam. sekadar teringin.cuma kali ni terlalu suka cempedak goreng. Tak pregnant pun memang suka cempedak goreng, bila dah pregnant lagilah berhantu. Kekerapan makan adalah seminggu dalam 3 kali. Wahaha. Ohh durian juga. Untung preggy masa musim buah ni. Bila teringin, senang nak cari. Lagisatu preggy masa bulan ramadhan dan raya kan. Lagilah bersyukur sebab bazar ramadhan adakan. Tak adalah payah nak cari apa2 yang di inginkan. Masa tu tergila2kan apam balik, putu mayam,putu piring. Kalau boleh, hari2 nak.

-Selama 5 bulan terawal tu aku tak boleh makan nasi. Cuma boleh makan roti canai atau burger kfc. Dok la hari2 minta ayah n adik aku g beli petang2 tu. Tu jela yang ok kalau makan. Sebab nasi dan jagung membuatkan aku rasa sakit bila muntah.

- Masa ni jugak, aku tak minat makanan western. Pernah muntah dalam kereta lepas makan burger kaw2 ke abg burn punya yang siap ada cheese bagai tu. Huhu. Aku paling suka makan makanan yang manis2 masa 2nd pregnancy ni.

-Kena masak sendiri kalau nak elak muntah. So hampir setiap hari masak je.

Penampilan
-1st pregnancy
Serabai je. Tak minat nak mekap pun. Kulit muka pun mengelupas dan kulit tak licin. Leher jadi hitam. Perut ada stretch mark .

-2nd pregnancy
Kulit muka elok. Tak ada masalah kulit. Macam tak suka keluar rumah kalau tak 'bersiap'.stretch mark pun tak ada. Yang dulu punya dah hilang. Hehe.

Berat badan
-1st pregnancy
Berat naik mendadak. Dari 64kg terus jadi 84kg. Pitam ok. Ambil masa dekat 2 tahun untuk aku dpt berat 62kg. Sebelum aku dapat tahu aku preggy kali kedua, aku di rasuk diet. Haha. Dan berjaya ok slim melim. Tetiba ku preggy. #bertabahlah

-2nd
Dari 63kg,jd 79kg. Hahaha. Sama je gemuk even aku kawal makan gak. Memang jenis aku mcm tu kot. So aku sekarang tgh gemuk gak even dah habis pantang. Nak diet macam tak boleh sebab aku bf baby. Huhu.

Emosi
-1st pregnancy
Macam over sensitif. Kerap terasa dan asik nak nangis

-2nd pregnancy
Ok je. Happy dan tak ada nak menangis tak tentu pasal

Sakit
1st pregnancy
Tak adalah sakit sgt. Cuma awal tu kerap pedih ulu hati. Kaki sembab dan bengkak. Kerap kena kebas tangan.

2nd pregnancy
Sakit pingang yang agak teruk yang mana setiap hari kena urut baru dapat tdo. Kalau tak, sakit betul... Kaki tak sembab langsung. Muka pun sembab bila dah 36 minggu.Awal2 xde.kebas tangan pun sama. Tapi mengangu la.sakittt.

Monday, November 17, 2014

Pengalaman Bersalin Husna

Salam.

Dah dekat 2 bulan umur Husna, baru tergerak hati nak update sebab utama, aku terkejar nak handle 2 anak. Wahaha.So inilah dia kisah bersalinkan anak perempuanku.


Khamis 18 Sept 2014
Bangun pagi utk kencing. Then tidur semula. masa tidur tu, asik rasa sakit je. Rasa sengal2 area perut. Cuba tdo til tengahari, tp rs sakit mcm tak boleh handle.Baby gerak aktif. Bgtau suami dah rasa sakit lain mcm.

Tengahari tu bangun, dah rasa lain macam sangat. Pergi mandi, tengok ada keluar darah, terus rasa blurr rasa happy. Terus siap2 mandi utk solat zohor n solat sunat taubat. Lepas solat, duduk bersandar kat katil dalam bilik sorang2 mengenang apa akan jadi selepas ni, terbayangkan Iman. Tetiba rasa macam dah nak mati je. 

Belum rasa nak pegi hospital sebab sakit on off. cuba kire contraction timer,gap tak konsisten. keadaan berterusan til malam. Malam tu ajak adik bongsu tido skali ngn aku n iman sebab macam dapat rasa masa dah dekat.

Jumaat, 19 Sept 2014
Sepanjang malam cuba tidur tapi tak boleh. Tiapkali contraction,Tuhan je yang tahu macamana aku menahan. sakit sangat tapi stil leh handle.Dekat subuh bila dah tak tahan sgt,ckp ngn mak ayah nak g hospital. Sebab kalau masa Iman, bila dah tak boleh nk pejam mata seminit pun,tu tandanya dah dekat sangat..ms iman,dengan rasa sakit yang lebih kurang,bila datang hospital,dah 5cm buka.so aku assume ,ni pun lbih kurang. Sebab aku nak sangat vbac(vaginal birth after cser). Saja nak pergi lambat sebab nak less stress tu semua la kan.

Dalam pukul 6 lebih pagi,admitted. Contraction makin kerap.Husben dah gerak dari KL. Bila buat VE, baru  3cm dilated. Tapi sakitnya,Tuhan jela yang tahu. Memang mengigil2,memang tak tahan sangat rasanya. Pastu doc pelatih,asik tanya history time beranak dulu,pasang jarum n macam2 lagi.Memang mengangu otak btul.phewww. Bertabahlah, sape suruh pergi gomen kan. Hehe.

Dorang tanya,kali ni nk vbac ke. Aku kate yea. So pergi scan. Dalam sakit gila  tu, kena turun katil,g katil selang sebelah utk scan.sabo jela.sakit kot. (-__-')

Doc terangkan risiko dan macam2 since aku dulu cser kan. Doc pakar pangil husben n discus lagi pasal vbac dan risiko..then sign borang utk vbac. Masa tu pun aku sakit sampai mengigil2, sambil pegang palang katil, rasa nyawa macam tengah d sedut2, Allah! beza btul sakitnya dengan sakit masa Iman dulu. Memang sangat lain. Masa iman, aku rilex,dah full dilated pun,sakit masih terkawal.Kali ni memang tak tahu la nak cakap macammana. Memang dah tak mampu nk handle.

Masuk labor room sebab dah 5cm. Aku lega ingatkan tak ada halangan dah nak vbac. Doc pun kate takkan induce or paksa aku,biar naturally since aku pernah cser,dorang risau rahim rupture ape smua kan.

Doc pelatih muda nak pasang tiub kencing. So die masukkan tiub tu.Ngilu nk mamp** tp stil tak bjaya.so die kua jap.amik amenda ntah.

Aku dalam labor room sorang je sebab husben boleh masuk bila bukaan dah 8cm nanti sebab dia tak ada ambil kursus peneman so tak boleh masuk awal2 (-__-')

Masa tu air ketuban pecah tetibe. Memancar2. Beberapa orang doc dtg check. Dorang buat muka pelik. Doc yang agak senior cakap kat aku,air ketuban dah pecah...

Dan baby dah berak dlm perut tau tp kite cube gak vbac ok..

Allah.
Boleh pula jadi sesuatu yang aku tak hangka dan tak pernah terfikir akan hadapinya...

Dlm sakit tu,dah tak dapat nak pk ape. Rasa tulang2 macam sedang dipatah2kan je masa tu. sakittt sgt.zikir pun baca ntah apa2. Rasa nak menangis je. Masa tu dah buka 6cm.

Then tetibe sorang doc yang lebih senior dr yang tadi datang check. Doc lelaki india ni datang dan bising2 kate ni bahaya. Tak boleh tungu lagi. Kena cser secepat mungkin.Allah.aku da sakit sgtkn. Memang dah tak fikir ape da. Fikir nak cepat settle. Nak cser ke vbac ke ape2 jela asalkn cepat rasa sakit ni berlalu.

So dorg buat persiapan untuk tolak aku ke ot. Husben aku pun doc dah pangil n terangkan risiko n mcm2.husben aku pn dah cuak.so terpaksa rela jela aku  cser skali lagi.

Dalam ot,kena bius separuh badan.Aku sedar gak cuma tak nampak apa2 sbb ade kain yang banyak depan muka aku.tp kali ni aku leh rasa. Masa Iman, aku tidur dan tak sedar! Rasa macam benda tajam lalu2 atas bdan aku. Tapi tak sakit. Rasa badan aku goyang2 kiri kanan.Then aku tidur, pastu dorg kejut aku,suh tgok baby. Tunjuk baby apa n suh kiss.

Pastu rasa lagi kat perut tu. Macam d buat sesuatu. Rasa dada sesak sket.takut ok.trus aku rasa nak tidur semula.

Masa tu gak aku nampak baby letak dlm tray. Diam n pandang sekeliling. Lepas settle, tolak ke wad utk rest.nak check kesan bius dah hilang ke belum. Bila dah ok je trus transfer ke wad biasa. 6 jam kena baring statik. Baby pun duduk nursery sebab nak pantau paru2  takut dah termakan poo. Lepas dah 6 jam, gagahkan diri untuk bangun duduk, minum dan makan. Sebab nak discaj cepat punya pasal.

Sabtu 20 Sept 2014
Esoknya baru baby dihantar dekat aku. Baru aku boleh terima pelawat iaitu familiku dan famili in law yang susah payah datang all the way from Pahang dan KL. Masa ni dah gagah berdiri dan berjalan, dah boleh pergi toilet sendiri.

Dan petang tu pertamakali Iman jumpa adik dia. Tak ada jeles ke apa. Elok je happy.Maghrib tu nurse check suhu, tetiba kata aku demam. Ahh sudah...

Ahad 21 Sept 2014
Pagi tu doc senior kata aku boleh discaj if suhu aku ok, maknanya tak demam dan baby tak ada kuning. So baby kena amik darah. Syukur result 8 je.Kalau 16 kena tahan lagi. Grrr. So tak ada apa masalah, kitorang boleh balik. Yeay.

Kali ni tak ada tumpah darah banyak. Cuma 400ml je. Even aku study pasal vbac, amik macam2 untuk mudahkan vbac, tapi dah takdir kot. Redha dan pasrah jela. Rezeki dan bahagian aku, dua2 pregnancy aku rasa sakit perit contraction tapi berakhir dengan cser.

Masa dah discaj, kitorang balik berempat je, aku husben iman dan baby. Masa tu tetiba aku rasa emosi sangat. Macam life tetiba berubah. Selalu dalam kereta, aku pangku Iman. Ni tetiba aku pangku baby baru. Tetiba Iman macam terpaksa berdikari sekelip mata-sedih ok. Susah nak digambarkan sebab aku tak pernah tinggalkan dia selama dia ada. Ni tetiba banyak yang berubah. Walaupun memang kehadiran baby di alu2kan, disambut dengan penuh rasa syukur, tapi yeah u know, semuanya dah tak sama macam sebelum ni.


Pertemuan kali pertama dalam hidup mereka

No katil aku

Details. Saja utk kenangan

Newborn sangat time ni. Hihi

Tidur jeee

Selepas beberapa hari

Comel


Muka beberapa jam lepas lahir




Wednesday, November 12, 2014

anak dua orang

Aku memang tak terrer nak handle anak 2. Pening. Tak reti manage masa :'(

Friday, November 7, 2014

Ada Apa Dengan Cinta-sekuel pendek pun best

Salam.

Link-ada apa dengan cinta

Happy ok bila ada sekuel Ada Apa Dengan Cinta (AADC) even pendek je pun tapi untuk seseorang yang dah tunggu sesuatu selama 12 tahun, 10 min pun dah melegakan. Dah mampu merungkai rindu terpendam. Ewahh. Haha.

Tahun 2002, aku 17 tahun. Muda belia. Belum nampak dunia luar pun. Masih berkisar pasal kawan2 sekolah.

Sekarang dah tahun 2014,aku dah 29 tahun. Dah kahwin dan dah ada 2 anak dah pun. Dah lalui bermacam.

Dulu aku suka Rangga.
Sekarang pun masih suka. Hahaha.
Gila punya setia kan?
Hahaha.

Aku rasa macam masih hafal lagi puisi2 dan lirik2 lagu dalam cerita tu. Pernahlah berangan nak pakwe macam dia. Lempang please** hahaha.

Even yang sekuel ni dibawakan oleh LINE, dalam 10 minit je pun, tapi tetap best. Tetap imbau kenangan ok. Rasa muda 12 tahun.

Kiranya AADC ni tua bersama2 aku dan peminat2 masa tula. Dengan si Nicholas dan Dian sekali ikut tua bersama. Bestnya. Siap bestfriend si Cinta tu pun ada semua.

Pergilah tengok.
Untuk yang pernah lalui saat manis masa ada AADC yang pertama dulu tu.
Sure macam arghhh. Tak tahulah nak cakap macam mana.
Macam terjumpa semula crush zaman tu. Hihi.

Friday, October 31, 2014

kau tetap ada mak bapak



Baca ayat2 fynn jamal dekat ig dia. Syahdu lah rasa hati dengan bait2 ayat. Terus pandang anak2.



Thursday, October 30, 2014

Kisah Jaundice Husna.

Salam.

Masa Iman, dia cuma kena kuning sehari je then dah ok. Tu pun sikit je kuning dia. So aku pun tak sure kenapa Iman terselamat dari kuning. Mungkinkah sebab pemakanan aku masa preggy atau sebab dia lahir lebih dari due date? Aku pun tak pasti. Tapi masa preggy Iman, aku memang amalkan makanan sunnah.

Masa Husna pun sama. Aku elakkan makanan yang kurang sihat. Tapi dia kena kuning agak lama. Dalam hari ke 18 kalau tak silap baru bacaan turun bawah 10. Bacaan bawah 10 baru di kira selamat. Btw aku berdarah O. Tu yang pelik kenapa masa Iman dulu, dia terselamat dari kuning..

19 sept - husna lahir.
21 sept- sepatutnya petang tu kitorang boleh discaj hospital tetapi pagi tu doktor buat rondaan n detect kuning pada Husna. Adoyai. Tengahari kena amik darah. Kalau bacaan kuning tinggi, kitorang tak boleh balik. Mestilah hati tak sudah berdoa kan. Pas amik darah, result 8. So lega, boleh balik rumah. Yeay.

#Result mesti 16 ke atas baru kena admitted dekat hospital. Hope kuning tak tinggi lah. Sebab sape lah sanggup nak duduk hospital semula la kan.

24 sept- nurse datang rumah. Dia check baby. Katanya kuning husna macam tinggi. Insist petang tu juga pergi klinikvkomuniti untuk amik darah. Kalau bacaan tinggi, kena admit. Adoi. Dalam pantang, dengan tak baik sakit lagi, gagahkan juga pergi klinik tu. Tapi aku tunggu dalam kereta je. Suami dan mak aku yang bawa husna pergi check up.

Bacaan: 11.8 mg/dl
Kena repeat esoknya.

25 sept-
Bacaan: 11.4 mg/dl
Ada turun sikit. So repeat lagi 2 hari.kali ni aku pergi dengan mak aku. Seksa ok dalam sakit tu nak berjalan. Sedih dan kesian sangat bila Husna meraung bila nurse cucuk tapak kaki amik darah.

Ada nurse amik darah, kejap sangat dan Husna cuma bunyi ek ek je then tidur semula. Ada seorang nurse ni, kalau dia yang amik darah, memang Husna meraung macam nak terkeluar anak tekak. Sedih sangat. Rasa nak nangis sama. Btw, tiapkali amik darah, bukan aku yang oegang baby. Aku tak sanggup lah.

27 sept-
Bacaan: 10.7 mg/dl
Turun. Syukur. Aku memang risau kalau kena admit. Serius.

Repeat lagi 2 hari

29 sept-
Bacaan: 11.6 mg/dl
Nak pitam rasa sebab entah kenapa tetiba bacaan naik. Runsing aku. Aku kalau boleh taknak ada kuning ni lagi. Tak sanggup hampir setiap hari kaki anak kena cucuk untuk amik darah.

30 sept- 10.6 mg/dl
Bacaan:10.6 mg/dl
Syukur. Bacaan turun.tapi susah sangat nak jadi bawah 10 kan. Nurse ada kata, kuning ni ada juga kaitan dengan tali pusat baby yang tak luruh tu.
 Repeat 2 okt pula

2 okt -
Bacaan: 10.8 mg/dl
Aik boleh plak naik sikit. Sabar jela.

Repeat 4 okt. Tapi aku malas nak pergi sebab aku tak cukup tidur, baby meragam malam tu.

7 okt-
Bacaan- 9.7 mg/dl
Syukur sgt sebab dah bawah paras 10. Kalau tahu boleh skip dan tak ada sape marah, baik lah aku skip dan tak pergi srlang sehari kan. Skema sangat. Aku follow je

Masa ni dah 19 hari. Doktor kata kalau dah lepas 15 hari dan bacaan dah turun, dah tak payah risau sebab bacaan akan terus turun dan turun. Lega sangat bila doktor kata dah tak perlu datang klinik lagi.

Sepanjang Husna jaundice, aku tak ada mandikan dia dengan air apa2 atau bagi makan apa2, cuma aku memang breastfeed je dia. Aku jela kalau makan tu, tak makan lada hitam, kunyit dan lain2.  Ada jr orang yang suggest beli ubat untuk kuning dekat sensei..bagi baby susu kambing. .tapi aku tak buat. Sebab malas. Dah kata susu ibu yang terbaik kan? Bagi jela. Senang keja. Kalau bacaan darah tu dah nak paras bahaya, maybe aku ikut juga cakap orang lain tu. Tapi sebab paras yang ok lagi, tu pasal aku cuma bf je dia.


Stress ok kena ulang alik klinik.
Sedih tengok kaki kecik tu kena cucuk selalu.
Lagi sedih bila dia meraung.
Lagisatu aku ni cukup tak berkenan nak dedahkan anak2 ni dekat udara yang tak berapa bersih ni. Kalau boleh, dalam pantang tu, memang aku taknak anak aku terdedah dengan kuman tu semua. Yela klinik kan. Yang datang kebanyakkan yang tak sihatla kan.


Wednesday, October 29, 2014

2nd pregnancy-checkup di KKIA sebelum continue dekat private

Salam.



Tajuk kemain panjangkan. Tak ada niat tertentu, cuma nak berkongsi perjalanan checkup aku sepanjang preggykan Husna. Biasa yang kita dengar kalau dah checkup dekat klinik ibu dan anak(KKIA) , biasanya akan continue terus til dekat bersalinkan?Atau kalau dekat private, terus jela dekat privatekan. Ataupun maintain dua2. Yang KK pergi yang private pun pergi.

Aku masa tu tak tahu boleh ke tidak kalau awal2 checkup dekat KK then teruskan dekat private je. Maksud aku yang private tu bukan specific klinik tau. Tapi pergi klinik yang ikut suka hati. Bahaha. Pening tak dengan ayat aku?

Macam ni, minggu ni pergi klinik A, next checkup klinik B- gitu lah. Mesti terfikir amenda logik buat macam tu la kan. Hehe.

Lepas buat UPT, aku pergi klinik Seri Indah Gombak untuk sahkan betul ke aku preggy ke tak. Tapi doktor tu taknak scan, katanya kandungan terlalu kecil, tak nampak pun kalau scan. Di sebabkan ni pregnancy kedua, aku tak adalah blur sangat. Oklah taknak scan kan, aku pun reti je kira sendiri edd aku berdasarkan tarikh hari pertama period aku yang terakhir. Aku tahu kalau awal, memang tak nampak pun kalau scan.

Then bermula episod mabuk2 aku tu, aku balik rumah parent. Tapi stil malas nak pergi klinik awal2 tu.

Bila dah 14 minggu baru pergi buat scan kali pertama dekat Pusat Rawatan An Nur untuk check. Alhamdulilah. Semua ok dan normal.


Sebab nak pergi KK tu kan kena bawa hasil scan tu, sebab tu aku g dulu Pusat Rawatan An Nur. Then dalam 16 minggu baru pergi KKIA terdekat. Reason aku pergi daftar,KK bila dah 16 minggu? Aku malas nak pergi dari awal sebab tahulah kan KK tu camne punya ramai orang. Risau aku muntah2 je kat situ nanti. Tu pun bila dah 16 minggu stil pergi bawa plastik untuk standby muntah.

16 minggu-24 minggu
Aku pergi KK area rumah parent dengan gap 2 minggu sekali. Setiapkali datang kena amik darah sebab HB aku memang low gila.kena bebel juga. Tensen ok. Nurse sempat buat lawatan ke rumah sebanyak 2 kali. Ni pun annoying bagi aku sebab nak datang tu bukan nak call dulu. Tetiba je ada depan pagar.

Then. Aku dah ok dari pregnancy sickness. Balik KL semula. Dengarnya KK area umah aku tu lagi ramai orang. Kena tunggu dalam 2-3 jam baru settle. Husben aku malas nak amik leave or time off memandangkan aku kena pergi dua minggu sekali kan. So dia suruh check dekat private je.

Kebetulan aku buat appointment dengan Jess untuk scan 3d 4d tu dekat Umra, Shah Alam. Masa pergi tu tetiba kena amik air kencing, berat bagai. Pelik gak sedangkan aku just datang untuk jumpa jezz je. Then after jumpa Jezz, kena pula jumpa doktor dekat Umra tu.

Tetiba kena amik suntikan kancing gigi tu. Lega juga la sebab memang aku spatutnya amik suntikan tu pun kan. Settle. Next app. lagi 2 minggu. So aku pun g jela checkup kat Umra tu. Tak banyak songeh. Just check up gitu je kan. 

Dalam 36 minggu, aku pergi checkup dekat Gombak medical center, kononnya nak tengoklah ok ke tak aku nak try VBAC. Doktor hamizah kalau tak silap. Dia scan semua then kata ok. Cuma aku kena kawal pemakanan supaya berat baby terkawal.

Then lepas tu, aku memang tak pergi checkup dekat mana2 pun. Aku just planning kalau dah edd  but still tak ada tanda, baru aku nak g checkup dekat mana2 private or pergi terus Hospital. Tapi tak jadilah sebab 39 minggu, Husna dah lahir. Hehe.

Bila masa nak bersalin tu, bawa jela buku pink tu. Tak ada masalah apepun even mula2 aku pergi KK then pastu g private lain2 tempat, asalkan semua details tu ada catat la kan. Oh ye, aku bersalin dekat Hospital Besar Melaka. 

Saturday, October 25, 2014

Hijrah aku setahun yang lepas

Salam.

Pic tahun lepas.ketika diet dan berjaya. Pada masa sebelum preggy. Wahaha. Sekarang aku dah double dari ni. Beranak punya hal.tehee

Sabtu ni genap setahun aku berhijrah dari free hair kepada bertudung. Aku mula pakai pada 5 nov 2013 bersamaan dengan maalhijrah. So tahun ni 25 oktober sempena maalhijrah, maknanya dah setahun aku bertudung.

Berhijrah dari free hair kepada bertudung ni, aku akui sebenarnya bukan satu tindakan yang mudah. Bukan satu keputusan yang simple. Berat untuk orang macam aku. Sebab aku kalau boleh, bila dah bertudung nanti, kalau boleh tak mahu buka tutup buka tutup. Erti lain, kejap pakai kejap tak pakai ( aku tak menghakimi sesiapa, ini tentang diri aku dan apa yang aku alami )

Bila bab bertudung, atau bab berhijrah ke arah yang lebih baik ni, yang paling sulit adalah bila kita kena istiqamah. Nak memulakan sesuatu, tak lah sepayah bila kita nak maintainkan atau bila nak istiqamah. Well, itu yang paling aku harapkan. Paling aku mohon agar aku istiqamah. Agar hati ni tak berbolak balik.

Maka, setelah aku yakin dengan hasrat hati termasuk impian suami yang selalu mendorong aku untuk bertudung maka maalhijrah tahun lepas aku perlahan2 mula bertudung.

Masa free hair dulu, walaupun syok je buat macam2 style pada rambut, kadang ada terdetik dalam hati juga untuk bertudung satu hari nanti. Cuma masa tu menunggu saat yang sesuai. Umpama menanti seru.

Sehingga satu hari aku terbaca tentang kisah arwah Yasmin J Hunwick dan dalam masa terdekat dapat berita kematian arwah Nadia Zahari(korang google pasal dorang ..nanti tahulah kisah mereka) aku rasa macam kematian tu kian hampir pada kita. Dan aku kagum tengok pic2 arwah nadia zahari dekat ig. (nadiazahari_ ) yang begitu terjaga auratnya. Kagum sangat. Admire.alfatihah untuk kedua2 nya.

Dalam beberapa malam aku tak dapat lelapkan mata masa tu, rasa macam eh esok aku ni hidup lagi ke tak.macamana kalau esok, celik mata je aku dah ada kat alam barzakh?

Serius aku takut.
Sebab banyak mana jela amal ibadat yang aku ada. Ada ke ibadat aku yang diterima Allah? Entah kalau ada yang seciput tu,entah2 dah terhapus dek sebab aku mengumpat orang ke, sakitkan hati orang ke, ter riak or takbur ke. Wallahualam. Sebab arwah Yasmin J hunwick sebelum kematian dia tu, dia ada mimpi pasal alam barzakh( boleh baca di blog arwah, dia ada ceritakan sebelum bbrapa bulan lepas tu dia meninggal)

Doakan aku istiqamah dan dapat perbaiki diri dari hari ke hari. Dah tentu aim aku nak jadi muslimah yang berhijab. Tapi slow slow aku sedang mencuba...

Doakan ya..

Tuesday, October 21, 2014

Cerita tentang second pregnancy aku

Salam.

Baby dah selamat lahir baru aku nak cerita pasal serba sedikit 2nd pregnancy ni. Tak ada pun sebenarnya, cuma cerita biasa2 untuk jadi kenangan aku nanti ;) Iman lahir pada 2012. Lepas dia lahir, aku belum terfikir nak bagi adik pada dia sebab aku rasa aku belum pandai nak manage dua anak, belum sedia nak bahagi2 kasih.

Masa tu rasa nak bagi semua kasih, semua perhatian dan semua semua yang kami mampu pada dia. ya, dia seorang.Masa tu rasa kalau dia je anak kami pun ok. Jadi anak tunggal.haha.

Sehinggalah satu hari tu, aku tengok dia main. Rasa macam alahai kesian sebab dia main sorang2. Rasa macam boring giler life die. Dah la die tak duduk nursery. Mana ada kawan2.Tetiba perasaan kesian tu datang macam tu je. Padahal da setahun lebih, aku tak pernah tengok or tak pernah nampak pun dari satu sudut betapa boringnya life Iman.

Selama setahun lebih juga aku cukup takut kalau aku preggy lagi. Boleh buat aku rasa macam nak pecah dada tiapkali period lewat sehari dua. Tapi semenjak dua menjak ni tetiba aku boleh detik dalam hati, kalau preggy lagi pun, tak pe,ok je.gitu tetiba semua bertukar.

Tapi aku tak adalah beria sangat nak preggy. Setakat imagine je kalau preggy lagi. Tehee. Sebab aku sebenarnya planning nak preggy lagi dalam akhir tahun 2014 or dalam tahun 2015 so that adik Iman lahir dalam tahun 2015 or 2016.

Tahun 2014 memang banyak sangat aku planning untuk majukan bisnes aku - dreamsisters tu.Tapi kita ni manusia biasa je. Kita merancang..Allah pun merancang. Perancangan Dia adalah yang lebih baik. Maka awal Januari aku mula rasa badan aku ni rasa semacam.

Mula ingat penangan diet(wahaha) sebab masa tu aku sedang dalam kemuncak berdiet dan memang berat dah turun dekat 4 kg.dan lagi sikit nak dapat berat yang aku idamkan. Again, kita merancang je Allah yang menentukan. Aku kan cser. So perut dan badan nak fit tu macam ambil masa. After dah nak dua tahun.. Baru badan aku nak fit tapi tula.. ku preggy lagi. Maka harapanlah nak kurus segera kan. Pas preggy nanti..ambil masa berapa lama lagi nak fit dan perut ni nak surut.

Gerak hati aku macam dapat rasa aku preggy lagi. Tapi takdelah sedih ke apa. Perasaan mendatar sebab tak check upt lagi. Period aku pun dah terlajak dekat seminggu. Sebab aku ni jenis period just lewat sehari atau awal sehari dari cycle tu je.

Isnin..
Masa husben aku g kerja, pagi2 tu aku dah buat upt. Mengigil2 tangan aku..berdebar2 nak tunggu result.
Sekali pas 5 minit..tak ada apa yang berlaku..
Aku macam kecewa..
Laa tak preggy ke?
Bila check upt tu..
Rupanya aku silap guna.ngek betul.membazir satu upt.
Nasib memang beli dua..
So yang satu lagi tu.. Baca betul2 sebab taknak tersilap lagi
Result, alhamdulilah. Tak dijangka pun akan preggy seawal ni.
Langsung tak rasa ralat..x sedih pun.
Rasa happy macam preggykan Iman dua tahun lps.

Cepat2 wassap husben.
Tapi tak bgtau result.
Buat ayat macam2 bagi dia cuak..nerves tunggu aku bgtau result.wahaha.

Memang anak kedua ni luar dari planning kami. Ibarat macam surprise.Hahaha. Kami rancang nak anak kedua dalam tahun 2015 macam tu. Tapi Allah mahu anugerahkannya dalam tahun 2014.
Kami terima dengan hati terbuka.
Tetap teruja macam baru pertamakali nak dapat anak.

Tambah teruja bila dah scan..dapat tahu bakal dapat baby girl.
Syukur.. Dah sepasang dah anak kami. :)

Tuesday, October 14, 2014

Dah selamat bersalin :)

Assalamualaikum.

Perkenalkan baby HUSNA
Alhamdulilah dah selamat bersalin pada 39minggu 4hari, pada 19 september 2014.

NUR NAWAAL HUSNA
TARIKH LAHIR : 19 SEPT 2014
TEMPAT LAHIR :  HOSPITAL BESAR, MELAKA
BERAT : 3.6KG, PANJANG : 48CM

Dah nak sebulan baru update. Hmmm. Mood rajin takde untuk update blog, hehe. Bukan sebab tak excited sebab dah dapat anak, tapi lagi excited kalau dapat tidur lama, kahkahh. 

Entri pengalaman bersalin, belum siap lagi. Nanti dah siap, aku publish k. Terpulanglah ada yang nak baca ke tidak. Hehe. 

Syukur Allah beri aku peluang dan kesempatan kali kedua untuk jadi seorang mama 'sekali lagi' . Sekarang, merasalah aku ada anak sepasang, yang mana memang aku harapkan, memang aku impikan.

#nawaalhusna


Saturday, October 4, 2014

salam aidil adha

Salam Aidil Adha untuk semua.

Sunday, September 14, 2014

pada masa yang sama..

Pada masa yang sama 2 tahun lepas.
38 minggu membawa perut.
Kiri : tahun 2012
kanan : tahun 2014

macam 2 tahun lepas juga, time2 ni rasa masa berlalu terlalu panjang, life stuck dekat satu stage.penantian tu satu penyeksaan yang tersangat. dan tak sure, kali ni bersalin nanti, macamana pula condition aku kan.hmmm.

Cepatlah keluar adik...
Mama papa n iman sedang tunggu ni...
Belum ada apa2 tanda langsung...

Friday, August 22, 2014

MH17, selamat pulang

Salam.

Hari ni redup, rasa syahdu. Rasa seolah hati pun ikut mendung. 20 jenazah dari #MH17 akhirnya berjaya di bawa pulang untuk di semadikan. Tak tahulah apa yang aku rasa, cuma rasa sayu, tersagat dan air mata macam mudah je nak kuar bila fikir, kalaulah aku yang berada di tempat kaum keluarga, sahabat2 mereka.

Perginya ramadhan, kembalinya hanya sebujur jasad. Allah, beratnya ujian dan dugaan yang terpaksa keluarga dan sahabat mereka harus tanggung. Moga diberikan semangat, kekuatan dan ketabahan melalui saat yang tak ramai mampu hadapi, tak ramai mampu berdepan.

Tak ada siapapun minta perkara macam ni terjadi dalam life. Tapi semua ketentuan Allah. Masih ada yang nak persoalkan itu ini. Persoalkan pemakaian pramugari, persoalkan itu ini. Kadang kalau kita ni tak ada benda elok nak dicakapkan, lebih baiklah diam.sesunguhnya kurang bercakap tu menyekat diri kita dari membuat pelbagai kerosakan hati dan fikiran. Orang dah pergi, usahlah di singkap aib yang ada( kalau ada), tutuplah aib yang kita nampak, InsyaAllah Allah juga akan jaga aib kita. Nampak tak betapa 'mereka' yang telah pergi ni(terutama yang beragama Islam)di beri Allah rahmat dan berkat? Tak semua orang bertuah bila kematiannya di doakn dengan begitu ramai orang, disolat jenazahkan di semua masjid di seluruh negeri pada hari jumaat? Allah telah mentakdirkan macam tu. Jumaatkan, confirm jumlah jemaah adalah lebih ramai dari hari biasa. Itu rezeki mereka yang telah 'pergi'.

Kita ni bukan tuhan. Hati pun tak bersih. Asik persoalkan itu ini padahal kita pun tak tahu akhir kita nanti macam mana kan.

Ada yang siap persoalkan KOS buat upacara penghormatan jenazah ni. Kau dah kenapa??? Duit dalam bank kau ke yang berkurang kot iye pun? Be sensitive lah, even bukan famili members korang pun. Isu berkabung pun satu hal.tak payahlah jadi isu sangat. Bukan berkabung tu ko g sembah berhala ke apa. Nak berkabung pakai baju hitam, pakailah. Nak pakai baju putih pun pakai jelah. Tak ada orang paksa. Niat tu lagi penting dari apa yang kau pakai. Bukan berkabung pakai pakaian srbijik rahib pun( untuk yang Islam), perkara simple usahlah disulitkan.

Moment of silence pun sama. Kalau kau islam, kau sedekahkan lah alfatihah. Kalau kau bukan islam, buatlah apa yang agama kau ajar. Tak susahkan. Ini pendapat aku.makin ramai pahlawan keyboard yang membiak bagai cendawan tumbuh lepas hujan, tapi tak cukup ilmu, kerjanya hanya nak bash.


Sedih mengenangkan anak co-pilot Ahmad Hakimi Hanapi yang belum mengerti apa2.Allah..

#mh17
#flyinghigh
#welcomehome
#MalaysiaBerkabung


Apalah perasaan famili dan sahabat #mh370 kan, menanti sesuatu yang lagi tak ada kepastian.

Thursday, August 21, 2014

penatttt

Preggy kali ni a bit sukar dari masa preggy iman dulu.tapi ade part lebih mudah,macam tula.vice versa.tapi satu je,til now,kalau aku makan makanan kedai mesti loya,mesti muntah. Nak elak muntah n loya tu, aku kena masak sendiri.

Makan makanan yang aku masak, baru perut rasa ok.so gigihlah hari2 aku ni masak. Haha. Terpaksa lah kalau tak,perut aku ni meragam, asik nak ke toilet untuk muntah.hoh.x sanggup.

Yang dapat benefit dek kerana hari2 aku masak adalah si husben hahaha. Balik keje je, tak menyempat tunggu dinner dah minta nasi. Haha.

Tak apalah dah ragam ibu preggy kan. Memacamlah. Selagi bleh ikut hormon ke apa ni,ikutkan jela walaupun penat. Tapi aku masak sekali je setiap hari. Aku biasanya masak lauk tengahari dan lauk yang sama bawa ke dinner lah. Lauk iman asing sebab biasanya lauk dia ni seboleh mungkin aku pastikan lengkap segala nutrien. Lengkap dengan sayur dan protein.

Bila start maghrib je, tenaga aku da kelip2. Haha. Dah tak larat. Hanya mampu bersadar rehat je or paling cergas pun buat susu anak or buatkan air untuk husben kalau dia minta.

Tuesday, August 19, 2014

suami kaki pukul

Salam.

Scary kan dengan tajuk entri ni.tajuk pun dah scary,ni kan pula kalau benda ni betul2 wujud. Nauzubillah. Mintalah jauh dari life sape2 pun. Sepanjang hari ni aku asik baca pasal kisah suami kaki pukul ni dan cubaan pisahkan anak dari ibu sebagai tekanan dalaman/emosi untuk si ibu.

Aku tak tahu pun apa masalah dalaman dorang atau cerita di sebalik nya. Cuma kalau salah camne pun atau apapun citer di sebalik semua ni, seorang suami tak patut kot naik tangan pada wife. Apatahlagi kalau sampai sepak terajang, mental betul laki camtu. Dayus!Suami tugasnya melindungi wife,anak. Bukannya mencederakan, menyakiti.

Nak kata darat sangat, orangnya berpelajaran tinggi, ada ilmu. Mana pergi ilmu tu?Apa guna belajar tinggi2 kalau otak letak kat lutut?sedih ok bila wujudnya lelaki2 dayus yang macam ni. Aku tak suka nak tulis benda tak best kat blog ni, tapi sebagai seorang wanita, sebagai seorang isteri, aku rasa kesian pada wife2 yang jd mangsa dera suami. Ada ke patut g pukul perempuan yang lemah? Kalau nak tunjuk kuat sangat, pergilah cari lawan yang sepatutnya.

Isu ni isu yang tak ada kesudahan. Sebenarnya ramai lagi wife2 yang jadi mangsa si suami,tapi dorang amik jalan memaafkan suami atas pelbagai alasan antaranya jaga aib suami. Huh. Ada yang takut untuk bertindak dek kerna tiada tempat bergantung dan macam2 lagi. Memang kesian. Kesian sangat dengan isteri2 yang tak punya kekuatan untuk bertindak ni. Terpaksa hidup dalam tekanan mental dan deraan fizikal sepanjang hayat.


Pengakuan, entri ini bukan tentang life aku. Ni cuma sekadar pendapat.
So far, selama 3 tahun aku kawen, alhamdulilah aku tak pernah di tengking,dipukul. Kalau ada salah pun, suami guna ayat yang paling soft untuk menegur. Aku tak pernah di jentik,dipukul atau disakiti mental atau fizikal.Suami memang sangat sabar. Alhamdulilah.

Untuk masyarakat,if ada sekeliling yang jadi mangsa penderaan suami, berilah mereka semangat, kekuatan untuk bangkit dan menuntut hak mereka. Tak ada isteri yang patut di jadikan mangsa keganasan rumahtangga. Famili pihak suami pun, janganlah butakan mata dan sokong benda2 camni atas apa alasan sekalipun. Harap anaknya dapat kembali kepada ibunya. Kesian sangat bila fikirkan apalah nasib si anak kecil tu. Bagaimana dia rindukan ibunya, dah la breastfeed lagi.of coz sangat rapat ngn ibu dia. Bodoh sangat orang yang sembunyikan anak kecil tu. Anak tak berdosa pun jadi mangsa. Sick!


#stopdomesticviolence
#returnrania

Wednesday, August 13, 2014

Yeay. Positif! Again?? Alhamdulilah, rezeki dari Allah.

Alhamdulilah.
ini adalah beberapa bulan yang lalu. wink!!~
rezeki tak di jangka, ibarat surpriseee gitu :)
nanti akan ku update cerita seterusnya ok. biasalah kan, mari salahkan hormone.


dulu, Iman punya UPT yang positif di link ini - UPT positif

Monday, August 11, 2014

Sambut Birthday Iman yang ke 2

Salam.


Selamat Hari Raya. Cerita raya nantilah esoklusa update yea.
Ni nak update cerita tertanguh berbulan dulu ni (-__-")
Untuk birthday yang kedua tahun, budak ni potong kek 3 kali ok. Haha. 3 kali di tempat yang berlainan pula tu, di negeri berlainan. bahaha.


Tahun lepas just celebrate dekat Melaka je -Birthday Iman yang pertama dan birthday iman(intro) .Tahun ni kebetulan dekat-dekat birthday Iman tu ada 2 event famili,so saja amik kesempatan untuk celebrate birthday Iman. Melaka sebab mak ngah Iman bertunang, perak sebab wedding ayah teh Iman.



Mula-mula kami sambut bertiga je dulu, beli sepotong kek je sebab esoknya nak gerak ke Perak. So dari kek membazir tak ade yang makan,elok lah sepotong je dulu.Yang makan pun, aku je. Hahaha.



29 Mei 2014-Home Sweet Home

 1btcaves
happy tengok api dekat lilin terlentok liuk. Abaikan sepah di belakang haha.




1btcaves1
Iman happy sebab amik pic guna monopod.



1btcaves2
potong kek bertiga



1btcaves3
Potong kek dan suap-suap. Yang penting budak ni happy. Itu yang priceless. Beli pizza dan makanlah kami bertiga. hehe.






Sambut birthday Iman kali kedua- Batu Gajah, Perak

30 Mei 2014


Ayah teh Iman nikah pada tarikh ni, jadi kitorang semua menginap dekat homestay dekat Perak ni.
Alang-alang semua dah berkumpul sekali, moh ler sambut sekali lagi birthday Iman ni.



3phg
Iman happy sangat masa ni.



3phg4
Pic last tu Iman tutup muka sebab segan bila ramai-ramai nyanyikan HAPPY BIRTHDAY untuk dia. haha.




3phg1
Kemain happy ok



3phg2
Iman dengan acik dia dan cousins. pic last dengan Aki dan tok dia. ramai lagi mak saudara dan ayah saudara Iman masa ni, tapi tak letak pic sebab ada yang tak berbaju dan ada yang tak bertudung. hehe. Biasalah kan dah malam, lepak je kat umah.


Sambut birthday Iman kali ketiga- Melaka
7 Jun 2014


Masa ni hari pertunangan mak ngah Iman.
malam tu potong kek kecil-kecilan antara ahli family je.
Kek Iman, nenek dia tempeh khas.
Sedap.
Suka sangat aku kat kek tu. Tapi tak tahulah neneknya tempah kat mana tu.





2mlk1
Iman mesti pelik banyak kali nya kena potong menda alah ni. haha.Tapi budak-budakkan, seronok sesaje je dia.




2mlk2
family kecilku.



2mlk
dengan family aku-Tu atok dan nenek Iman.




2mlk3
Dengan mak2 saudara dan nenek Iman :)




Syukurlah.
Walau majlis simple yang penting ada kenangan dan saat-saat macam ni yang sangat berharga.
Nanti dia dah besar, boleh tunjuk kenangan yang ada ni kan.


Doa aku untuk anak aku ni, tentulah yang baik-baik saje. Doa seorang ibu untuk anaknya, memang banyak. Terlampau banyak. Macam-macam nak di doakannya kan.Moga Allah makhbulkan setiap doaku buat amanah yang satu ini.

Saturday, July 26, 2014

salam syawal

Salam.

hari ni sure ramai yang dah on the way ke destinasi memasing kan. Aku pun sekarang dah ada kat kampung, even raya pertama tahun ni turn rumah aku.hihi.so balik menjenguk mil dan fil sebelum syawal then baru gerak ke rumah parent aku pula.

Bertabahlah aku ni if jem mengila nanti. Tapi rasanya dah kurang jem kot. Semalam dengan hari ni je jem teruk. Rasanya lah.

Oklah. Nak minta maaf dekat mana2 yang sudi singgah blog ni, dan terasa dengan mana2 entri dalam blog ni, kadang tu tak ada niat pun nak menyingung perasaan. Kadang tu, memang ada niat nak bagi terasa, eh?? Haha. Biasalah.blog ni kan medium luahan perasaan, dah macam diari. Walaupun sejak kahwin ni,blog bukan lagi medium aku update segalanya. Hehe.

Life bila dah kahwin ni, dah lain. Dah tenang,dah rilex2 je. Dah tua kan. Takkan nak memgeletis je memanjang. Eh melalut entah ke mana. Nantilah bila free ku update lagi. Ada lagi citer nak citer, tapi belum ada masa, belum ada mood.


Salam syawal

Friday, July 18, 2014

MH17

Aku dapat tahu malam tadi.
dalam kul 11 lebih camtu.
Masa tu berharap tu bukan betul2.
Berharap tu cuma rekaan sesetengah orang.
Tapi bila buka astro awani, Allah..memang benar2 terjadi.
Trauma mh370 tak habis lagi, sekali lagi kita di uji lagi.

Aku tak tahu apa yang aku rasa. Tapi terasa masa berlalu terlalu lambat hari ni.
Hati rasa mendung, rasa sebal macam sesak dan payah.
Setiap dari kita, ada ujian dan dugaan yang telah di tentukan.
Aku berharap keluarga dan sahabat anak kapal dan penumpang #mh17 bertabah menghadapi saat sukar seperti ini.

Ya terlalu sukar.
Mendengar khabar pesawat di tembak.
Allah. Di tembak sebab salah sangka.
Kalau ikut logik, boleh pulak ye main tembak tanpa kepastian?
tapi kun fa ya kun, telah Allah tetapkan takdir seperti itu.

Sedih dan sebak baca status salah seorang penumpang yang pulang ke Malaysia for good bersama semua ahli famili dia.

Status dia :
17 july 2014,starting our new hijrah. Alhamdulilah....

Allah. Seakan dia tahu penghijrahan yang panjang bakal bermula.
Moga dikurniakan barakah ramadhan sempena bulan yang lebih baik dari seribu bulan ni.


Tolonglah jangan sharing or sebarkan pic mangsa2.hormatilah perasaan kaum famili dorg. Aku yang bukan ada ahli famili terlibat ni pun,tak sanggup nak tengok. Be sensitive. Tak ada faedah pun unyuk kita berkongsi gambar2 macam tu. Aib orang,kehormatan orang,maruah orang,tutuplah srlagi boleh. Tambahan untuk orang yang telah tiada. Alfatihah untuk yang beragama Islam.

Wednesday, July 9, 2014

Judge

''Judging is preventing us from understanding a new truth. Free yourself from the rules of old judgments and create the space for new understanding.''

Biasalah manusia kan. Tak dapat lari dari nak judge orang lain. Bila dah judge, then buat kesimpulan sendiri. Tak salah nak judge orang, tapi biar bertempat. Biar kena pada masa dan keadaan. Kalau benda dah bertahun pun, masih nak judge,padahal orang tu dah move on, sampai bila orang tu nak free dari kisah silam?

Bila dia struggle cari jalan untuk move on, kite asik judge kisah silam dia. Yang lepas tu lepas lah. Nampak macam orang tu rilex tak ade apa, tapi kita tahu ke betapa dia struggle nak move on, nak terima perubahan baru,nak cari jalan pulang? Setiapkali kita judge dia dengan ungkit kisah lama dia, dia macam terpaksa bina keyakinan diri dia dari zero semula. Sebab nak move on ni, kita kena ketepikan masa lalu,kesilapan lalu.ketepikan ye, bukan lupakan. Tak boleh lupakan sebab itu pengalaman berharga. Bukan semua orang melalui apa yang kita lalui. Dan ada hikmah kenapa Allah beri kita peluang untuk lalui jalan tu.

Jadinya, instead of asik ingatkan dia pada masa lalu dia, why not bagi dia dorongan dan sokongan untuk move on. Bagi dia tangan untuk dia gengam meniti hari mendatang. Usah ungkit2 benda lepas yang dia cuba simpan dalam lipatan sejarah life dia.


Tak ada kena mengena antara hidup atau yang telah tiada.sekadar reminder je. Contoh kalau artis tu dah berhijrah, dah bertudung, buat apalah dok sibuk ungkit zaman seksi zaman tak kenal tuhan yang dia pernah lalui tu kan.Bagi ruang. Sebab kita pun tak tahu pengakhiran kita nanti macam mana. Tak pasti pun perjalanan kita ni nanti menuju ke mana.Hari ni yang kita ada, belum tentu selamanya kekal.salam.

Wednesday, July 2, 2014

1st-3rd ramadhan

Salam.

Saje je nak update,sebab tengah free ni.dari layan mata mrngantuk,baik lah g blogwalking dan update blog.

1st Ramadhan

Syukur sebab jatuh hari ahad kan. Jadi,ada peluang balik umah mak jumaat tu untuk sambut ramadhan sesama. Sabtu ajak famili makan dekat medan ikan bakar Umbai. Kedai fav tak buka, so g jela kedai mana yang rasa nak g. Lama giler tunggu makanan sampai.Aku rasa dekat sejam jugaklah menunggu. Sabar jela.Tak pelah,nak masuk bulan ramadhan kan, baru di uji sikit je pun dengan makanan lambat sampai (-__-')

Sementara tunggu makanan sampai tu, atok dan nenek serta maksu iman puaslah melayan budak lasak tu. Sibuk nak berjalan kuar kedai. Sibuk nak main tarik2 kerusi. Nasiblah orang tak berapa ramai, jadi tak adalah ganggu orang sangat. Tak boleh dilarang, kalau dilarang, menjerit2. Bingit rasa.hehe.

Melalut jauh.ok,pagi tu bangun sahur mak kejut. Hehe.bagi can la. Sebab kat umah sendiri aku gak yang kena bangun siapkan sahur, walaupun husben dengan baik hatinya bangun sama, tapi dia melepek je depan tv tengok bola  -__-'

Then siang tu konon nak g tengok movie. Bila lagi kan dapat tengok movie. Nak bawa Iman,aku rasa huru hara dalam tu nanti. Dari mental aku tergangu, ada baiknya tinggalkan dia dengan atok nenek je,pluas dorang memang nak luangkan lebih masa dengan budak tu.Then boleh tak lastly kitorang laki bini tak pergi pun tengok wayang.Padahal nak sangat tengok transformer tu. Sebabnya asik berbelah bagi nak tinggalkan Iman. Haha.

Last2 papa dia pun tak sampai hati kot, haruslah angkut dia bersama. Tak jadi tengok movie, sudahnya jalan2 je bertiga. Balik tu singgah bazar ramadhan cari kuih tepung pelita fav aku tu dengan roti john. Malam gerak balik KL.


2nd ramadhan

Sahur just panaskan ayam masak lemak yang mak bekalkan dan goreng telor hancur dengan mix vege,air teh panas. Berbuka,pergi bazar je. Husben tapau nasi berlauk,aku meekari dengan kuih2 manis

3rd ramadhan

Sahur dengan lauk daging masak paprik. Gigih ok pepagi masak. Hehe.padahal malam tu dah siapkan bahan semua.pagi tu tinggal campakkan je. Petang pula, hujan. So tak dapat g bazar. Just masak nasi dan telur bistik. Husben tapaukan ikan bakar ,beli area umah je. Dengan kuih manis yang banyak dan sedap ok. Malam tu dalam kul 10, g borong barang basah untuk seminggu dekat NSK. Area luar NSK tu ade pasar biasanya dengan kedai2. Beli durian dengan cempedak. Cempedak ni all time fav aku ok. Hari tu g bazar, ada orang jual 5 ketul rm3. Mahalnya. Baik beli yang belum masak,balik goreng. Puas makan  baru berapa je sekilo.

Tuesday, July 1, 2014

Cameron Highlands

Salam.

Sebenarnya cerita ni dah sebulan lebih berlalu. Tapi belum ada masa nak upload dan edit gambar, tu pasal lah bertangguh dekat dua bulan. Tapi demi untuk kenangan, nak juga update dekat blog :) Pegi pada 9 Mei 2014 selama 2 malam 3 hari.

Ini kali kedua pergi ke Cameron Highlands. Kali pertama masa honeymoon dulu, berdua jela kan masa tu. Kali ni jadi bertiga teehee, nostalgia sungguh.Sebenarnya kali ketiga, sebab mula2 dulu pergi dengan kawan-kawan.

9 Mei 2014
1gerak
Bismilah. Masa nak mulakan perjalanan.



Gerak dari Melaka sebab masa tu ada hal dekat Melaka. Gerak dalam pukul 10 kalau tak silap. Ding dong sana dingdong sini, sampai Cameron Highlands ( CH) dalam pukul 4 petang. Kitorang memang planning pergi ke CH kali ni hanya untuk rilex-rilex. Maknanya tak perlu banyak sangat tempat yang nak di kejar. Memang plan nak stay 2 malam kat sana supaya tak rushing.

Hari pertama tak ada buat apapun. Lepas check in Hotel, kitorang lepak hotel dulu. Baring- tidur-mandi semua-semualah. Pilih Hotel Country Lodge Resort sebab harga yang ok, terletak di tempat yang strategi dan bertambah confident lepas baca review Ctmah dan Yumie tentang hotel ni. Nanti ku buat entri lain untuk review hotel ini ye :)

2HOTELA
Hotel 

Then malam,just pergi Pasar Malam dekat depan hotel tu. Beli makanan dan balik hotel. Letih sangat tau berjam duduk dalam kereta :)

10 Mei 2014

3hr bigredstrawberrya
Big Red StrawberryFarm
Sarapan dekat Big Red Strawberry Farm yang ramai kata best makanan dekat sini. Dekat sangat dengan hotel yang kitorang duduk tu :)

4timetunnel9b
Time Tunnel

Untuk orang macam aku, Time Tunnel ni memang aku suka sangat. Banyak mengimbau memori. Entri lain untuk tempat ni ok sebab banyak pic nak sharing  :)

5b
Cameron Lavender
last sekali ke Cameron Lavender :) Ya Allah, anak aku tak reti duduk diam. Sabar jela.

11 Mei 2014

hari last, checkout dan borong apa yang patut termasuk strawberi, teh, jagung dan sayur-sayuran juga kaktus. Haha. Macam pelik tak sebab kitorang tak pergi ladang teh langsung? Masa honeymoon dulu dah pernah naik dah.Seksa ya amat nak sampai ke atas tu. Tu masa berdua kan. Ni dah bawa anak, lagi lah malas nak amik risiko. Jalan naik ke atas yang bahaya dan risau anak cranky. Kang dengan aku sekali cranky. Bahaha. so pergi singgah kat cafe cameron valley je tu dan tengok dari cafe tu je ladang teh. cukuplah tu kan. Then pulang. Ikut Tapah je, sebab husben kata lagi dekat. Walau bersimpang siur, tapi aku suka sebab banyak hutan. Sejuk je rasa dan dapat tengok life orang tempatan. :)

oklah.later yea.

Monday, June 30, 2014

Ramadhan 2014

Salam.

Ni scheduled entry.

Syukur tahun ni masih sempat sambut ramadhan.
Masih panjang umur lagi untuk hadap Ramadhan.
Moga tahun ni ramadhan membawa seribu erti yang lebih baik dari tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya.
Moga amalan kita di berikan ganjaran yang sebaiknya, InsyaAllah.
Selamat Berpuasa semua.

Macam biasa, sahur memang masak. Tak kiralah kalau time tu off pun. Hehehe ,sebab husben kan kena puasa.So memang gigih masak. Macam tahun lepas, bangun kul 4 untuk masak ok. Cuba juga masak malam-malam dengan harapan pagi nanti just panaskan je. Tapi berangan je ok. Bila malam,jadi berganda malas.Bila pagi bangun, mesti fikir, kan bagus malam tadi aku masak. Hahaha. Dasar malas.

Aku jenis wajib sahur. Dah di ajar sejak kecik lagi mesti sahur. Entah apasal kalau sahur pun, aku tengok orang lain macam tak ade selera nak makan. Aku ni kadang boleh tambah dekat 3 pingan ok, macam rasukan sangat. Haha Tapi aku rasa selama aku hidup ni adalah dalam 3 or 4 kali je aku tak sahur(time boleh puasa lah kan) sebab terlajak tidur, sedar-sedar dah azan subuh. bahaha.Tu pun sebab bila dah duduk sendiri. Kalaududuk dengan mak dulu, tak pernah miss.Yelah ada tukang kejut dan tukang masakkn makanan kan. Dulu tahu bangun, makan, lepas tu melepek je. Dah kahwin, rasalah. hahaha

Tapi tak apa. Aku enjoy bangun sahur dan siapkan sahur. Jangan tak tahu time study dulu pun, aku ni macam mak dah sebab akan bangun awal dari yang lain,prepare food untuk sahur then dah siap, kejutkan kengkawan. Baikkan i. haha.

Oklah. Selamat Berpuasa Semua :)


Wednesday, June 4, 2014

Selamat Hari Lahir yang kedua, Ziyadh Iman

2 tahun genap pada 31 mei 2014.

Celebrate kecil2an bertiga je dulu. Then baru celebrate dengan famili tok pahang dan atok melaka.
Nanti ada masa,ku up entri bergambar. Maka,jadi lah ini je dulu sebagai intro.



Mama papa sayang sangat dekat Iman.

Tuesday, May 27, 2014

Menjelang Birthday Iman yang ke 2

31 Mei 2014, Ziyadh Iman bakal masuk 2 tahun,InsyaAllah. Syukur Alhamdulilah sebab masih diberi peluang menjaga amanah Allah ini.Moga diberikan pinjaman ni lebih lama lagi.Amin



Macam tahun lepas, mungkin tak buat celebration besar2an pun. Hanya buat dikalangan famili. Tunggulah bila dah besar sikit,dah pandai faham birthday tu ape benda dan dah pandai minta nak tema itu ini, mama papa akan cuba celebrate besar2 sikit ye. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih.



Tapi harapnya tahun ni dapat sambut dengan dua2 belah famili-atok nenek melaka dan toki tok pahang.InsyaAllah.

Friday, May 23, 2014

morning

Pagi ni awal giler Iman bangun.


Lari dari jadual kebiasaan.So nampaknya hari ni masak nasi lewatlah kot in case jap lagi dia tidur semula,aku pun nak join.Tapi rasanya better masak nasi sekarang,sementara aku tercongok tidur2 ayam teman Iman tengok babytv dan main trucks dia tu. Nanti dapat tidur kejap,bangun leh terus makan je kan


Dulu rajin betul update blog,semua benda kalau boleh nak cerita. Tapi sekarang,alahai tak tahu dah nak cerita apa. Kadang macam blur.Entahlah.



Mungkin faktor life dah berubah pun ye gak.Dulu masa muda,kawan-kawan kita macam ramai kan.Banyak cerita boleh update tapi makin sikit bila dah meningkat dewasa.bila umur pun dah nak 30 ni,lagi la tak berapa nak ramai.dah tak berapa nak ade benda nak diceritakan.Hari tu dengar kat hotfm kalau tak silap pasal BFF ni. Terkenangla jugak sebab aku jenis yang sayang kawan,jenis takde nak rs kedekut ilmu ke apa kalau dengan kawan baik ni.Tapi hati manusia,bukan kita leh baca.Ada yang amik kesempatan dan sangat dukacita lah aku rasa. Perkongsian yang sia2.


Eh,jauh melencong.


Kalau masa kecik2 dulu,kuantiti lagi penting dari kualiti kot.sebab macam best main pondok2 kawan ramai.main lari2,dengan kawan yang ramai kan.



Sekarang,macam beruntung giler kalau ada kawan2 berkualiti ni.yang sentiasa ada di sisi walau tak perlu 24 jam berwasap,calling2 tapi tak pernah terlepas update pasal diri masing2.



Tapi aku dah makin kurang ada kawan.kalau dulu masa kerja,ramai gak la kawan.zaman study pun sama.sekarang,kawan aku siapa je..anak dan suami je.dah tak ada sangat kawan rapat untuk kongsi cerita hari2 aku.



Mungkin aku pun makin malas nak berkongsi segala cerita di laman sosial ke blog ke atau mana2 lah.sebab dalam life ni,tak semua orang happy nak baca cerita happy kita atau nak tumpang simpati baca kisah sedih kita kan.manusia ni macam2 ragam.susah nak menilai mana yang kaca,mana permata.



Tapi aku ada gak beberapa group wassap dengan kawan2 zaman study #unitar dengan #khopandan.ni jela yang masih maintain.Alhamdulilah.masih update dengan info masing2.yang #khopandan ni asalnya lebih kepada kawan2 suami aku tu,then berkembang pada bini masing2.tiapkali kalau buat perjumpaan,agak excited jugaklah nak pergi sebab ahli juniordah makin bertambah.haha.



Aku malas nak fikir pasal kawan2 yang aku anggap dah pergi dari life aku-temporary atau permenant ni.yang aku ada,meneruskan life aku seadanya.Aku sahm kan.mana nak sama dah ngn orang yang ada master,ada keje gaji riban2 tu. Of coz aku diri tak sama tinggi dah,duduk tak sama besar dah pungungnya eh?



entri suka2.
Tak ada kaitan secara langsung dengan sesiapa.
Mana kawan2 yang selalu concern pasal aku tu,memang aku hargai sangat,terutama yang rajin tanya kabar via medium apa sekalipun-wassap,ig,fb ke blog ke.semualah.



Suami kata aku dah tak ramai kawan,sebab aku fokus pada famili.mungkin jugak. Benda remeh temeh ni kadang aku malas pk. Yang aku pk hari ni nak masak apa-suami balik nanti,kena pastikan rumah bersih walaupun tu bermakna aku kena kemas kali yang ke sepuluh sebab ada budak kecik ni jadi tukang sepah berkali2,kena jaga diri aku kesihatan aku dan buat benda2 yang aku suka.


Oklah.sekian.entri ni tak ada hala tujuan.sekadar update dari sahm.hehe





Wednesday, March 26, 2014

MH370

24 Mac 2014. #MH370

Hmmm, entahlah.
Tak tahu apa yang aku rasakan sebenarnya.
Aku macam harap bukan itu pengakhiran. Bukan.
Tapi kalau itu takdirNya, siapa kita untuk menafikan.

Mereka tentunya telah membuat begitu banyak kebaikan semasa hayat sehingga dilimpahi dengan segala doa dari serata dunia, Insyaallah. Moga roh yang beragama Islam, ditempatkan di kalangan yang beriman.

Memang menangis dengar PC malam tadi. Menangis sampai rasa hati bagai disiat. Seperti ada sudut dalam ruang hati yang tak mungkin sembuh.

Alfatihah.

Biar apapun spekulasi atau kesimpulan, aku tetap mahu meyakini semua krew, captain dan FO telah melakukan yang terbaik.


Sunday, March 9, 2014

Pray for MH370

sejak semalam,aku memang tak buat apa, hanya tunggu update dari masa ke semasa.

Perasaan yang bermacam tu pun tak tahu nak cakap macammana. Risau,sedih,takut,tertanya dan bermacam.

Kadang, rasa berdebar. Air mata dah berapakali agaknya menitis mengharapkan semua yang terlibat selamat.

Tak tahu kenapa kali ni begitu terkesan.

Pada saat ni, bukan fahaman politik,warna kulit atau fahaman agama yang perlu dipersoalkan. Tapi cuma mengharapkan semua selamat.

Cuma mengharap keajaiban. Tak apalah kalau penjelasan sukar diterima akal, yang penting,semua penumpang selamat. Bagaimana agaknya mereka? Apakah yang sedang mereka hadapi?

saat ni, yang mengetahui segalanya hanyalah Allah. Pada Dia lah segala kebergantungan, segala pengharapan. Pada Dia,diletakkan segala kemungkinan.

Penantian ini tidak terhenti di sini.

Dalam saat getir ni,janganlah buat bermacam spekulasi,menyalahkan pilot,menyalahkan itu ini. Menyedihkan,sebab kita tak tahu apa sebenarnya yang terjadi,dan bagaimana terjadi. Aku percaya segala yang terjadi adalah ketentuan,dan mungkin penyebab itu hanya pengerak untuk ianya terjadi.

Moga semuanya selamat. Amin.

P/s:
plz la jgn selfie muka riang gembira pastu guna hashtag #prayformh370 .sedih kot tengok orang2 yang tak sensitif ni.

Wednesday, February 19, 2014

BE dari NUFFNANG

Salam.
Lama betul dah tak update blog. Tetiba rasa nak check BE Nuffnang.
Ada 3 yang ON GOING.
Hehe.ok la tu untuk orang yang tak selalu update blog macam aku ni. Alhamdulilah.

Friday, January 3, 2014

Azam tahun 2014

salam.
Jumaat pertama di tahun baru ni :) moga hari ni membawa berkat pada kita semua yea.
Tak sure la kenapa mood nak menulis ni tetiba datang semula.lol.


Ada angin jugak aku ni. Hehe. Mungkin salah satu azam tahun baru? Moga lah. Moga.


Azam tahun ni, tak ada yang specifik. Aku cuma aim nak jadi manusia yang lebih baik dari hari semalam. Lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Aku rasa banyak benda aku rasa nak buat tapi berlegar2 menjadi hanya 'rasa' nak buat tapi tak buat buat jugak.


Mama yang lebih penyabar. Since itulah keutamaan life aku sekarang, tugas menjadi mama, aku rasa aku perlu cari formula yang tepat untuk jadi mama yang baik. Baik bukan bermaksud jentik anak pun tak. No. Aku prefer jadi mak yang bersederhana dalam sayang anak, dalam marah anak. Balance. Time manja, manjalah. Time buat perangai,kau siap kau! Hahaha. Jadi asas utama adalah sabar. Sabar dalam didik anak. Sabar dalam mengawal anak. Sabar dalam berdepan dengan peel anak, contoh suka memanjat di tempat berbahaya, walau 10 kali dilarang, di alihkan perhatian, tetap juga nak panjat -___-'


isteri yang baik. Ini juga tugas utama aku. Biasalah kadang dah letih menjahit,jaga anak, kemas rumah--aku malas nak masak. Malas sangat. Tahu memang tak bagus. Jadi nak cuba dengan lebih gigih lagi. Tapikan husben aku main gym, jadinya dia sedang mengawal pemakanan dia sebab nak keep fit. Maka,kalau tak masak pun,dia ok je sebab dia nak elak makanan yang unhealthy ni. Masak beria kalau makan ciput, aku hangen. Hehe. Yang lain,tentunya nak lebih peka jaga diri, jaga aurat,jaga solat dan macam2 lagi. Hope tercapai.


Anak yang tahu kenang budi. Ni pun aku cuba perbaiki. Harap tercapai.


Nak lebih rajin tulis blog supaya dapat sponsor post lagi macam zalora hari tu, jadi dapat voucher.kahhkahhh. tak la.nak tulis untuk kepuasan diri sendiri. Tapi bila tak bz lah. Bila bz, kena utamakan yang utama. Lagisatu aku harap blog aku ni selari lah dengan kematangan usia aku.


Azam paling utama, yang dibawa dari tahun ke tahun- kurus!!!! Haha. Hampeh tau kalau tengok diri sendiri yang sekarang dengan 3 tahun lepas. Serius rasa macam aku ni tumpang body orang.kahkahkahh.


Yang lain, tak ingatlah. Sekarang dah kul 3:35 am,aku pun dah ngantuk.nite
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...