nuffnangku

Tuesday, December 31, 2013

... Selamat Tinggal 2013.

Salam.

Hari terakhir di tahun 2013. Tak sure tahun 2014 nanti, masih panjang umur atau tidak. Moga masih diberikan peluang oleh Allah untuk terus perbaiki diri. Kalau tak diberi peluang untuk hidup sehari lagi?Tak tahu nak kata apa, Allah! tak tertangung rasa takut tu...

Oklah. Entri ni sekadar untuk aku kenang kembali apa yang dah berlaku tahun ni, mungkin sebagai sempadan untuk diri sendiri, sebagai kenangan atau sebagai pelajaran untuk tempuh hidup yang bakal mendatang.Tahun ni memang banyak benda jadi, kalau nak difikirkan, memang rasa macam tak happy, tapi selain tu, sebenarnya banyak lagi yang indah dari yang tak best.

Ini just nak imbas kembali apa yang aku dah buat or apa yang dah terjadi untuk tahun ini.



DIRI SENDIRI
-SAHM sepenuhnya untuk this year. Tahun 2012, aku mula jadi SAHM sejak Mei 2012(Ziyadh Iman lahir).So 2012, aku bukan sepenuhnya SAHM( Stay At Home Mom).

-Awal-awal jadi SAHM dulu, aku selalu rasa tak best. Rasa tak best sebab tengok orang sekeliling sibuk berkejar membina kerjaya, sambung study, sambung buat master,kumpul harta benda, melancong sana-sini, tapi aku, sejak tak kerja, begitulah semua impian dan cita-cita pun ikut tepu macam aku. Berlalu macam tu aje.Tapi aku tak ada rasa nak sambung master pun. Cukuplah dengan ijazah sarjana muda yang ada tu. hehehe

-Tapi menjadi SAHM ni banyak mengajar aku- mengenal diri aku sendiri, ajar diri sendiri untuk berpada-pada dalam hidup ni. Dulu masa pegang duit(ketika masih kerja) aku boros. Tiap-tiap bulan shopping, beli barang branded,dari designer,nak melawa je, sekarang, aku tahu mana letak duduk diri aku ni. Sesuatu yang buat aku insaf dan audit diri :) sebab duit kalau sendiri punya, memang rasa tak ingat dunia nak shopping, tapi kalau duit yang suami bagi untuk guna, memang aku pilih yang paling minimum, hehehe. Siap survey yang paling murah, paling best.Sebab titik peluh suami, memang tak tergamak la aku nak buat membazir kepada yang bukan-bukan.Bukan mudah kot nak tangung anak bini pada zaman segala benda pun naik harga. Tapi syukur, rezeki dari Allah tak pernah putus kalau diusahakan.

-Hijrah. siapa yang frend dekat FB dan intagram aku, tahulah aku dah beberapa bulan berhijrah. Dorongan dan didikan suami, antara pengerak utama.Sanggup dia berbelanja besar nak tolong aku tukar wardrobe dari baju-baju tak muslimah kepada yang bercirikan islamik. Aku masih merangkak dalam mencari diri sendiri, doakan aku tetap istiqamah yea.Perlahan-lahan aku cuba ikut seperti yang dituntut syariat. Moga ada lah jalan untuk aku dekatkan diri yang hina ni dengan Allah. 


KERJAYA
-tahun ni aku mula bekerja dari rumah, walaupun sekadar online business, tapi aku curahkan segalanya untuk itu. Sesuatu yang aku impikan sejak tahun 2010 tapi tak ada kekuatan untuk memulakannya. So rasanya 2013 adalah tahun di mana hati aku tergerak nak mulakan nya. Dari SAHM kepada WAHM (Working At Home Mom).

-Cita-cita, impian dan apa yang aku angankan, aku jadikan realiti. Tapi tak mudah. Bukan senang. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang perlu aku tempuh, tapi tu tak patahkan semangat aku. Aku anggap itu asam garam dalam bisnes.Berapakali airmata jatuh, hati terluka dan rasa 'down' yang aku hadap. Tapi bila pandang muka anak, aku kuatkan hati-aku buat ini sebab dia-kerana dia-demi dia.

-WAHM ni memang bukan mudah kalau kita jual benda-benda yang custom-made/ handmade ni. Kau perlu berlari lebih pantas dari detik jam, perlu tidur lebih kurang dari tidur orang lain, perlu bekerja lebih masa dan lebih skop kerja dari orang yang makan gaji, perlu lebih gigih dan perlu lebih tabah. itu yang aku belajar selama tempuh online bisnes ni sebab kau perlu jadi mak dan isteri untuk jawatan housewife, bos dan kuli untuk WAHM

-Tapi bila dapat customer yang baik, yang berpuas hati dengan hasil kerja kita, memang buat aku rasa bersemangat

-Bila dapat bagi duit hasil titik peluh pada mak ayah, hanya Allah je yang tahu perasaan tu camne rasa bestnya. Bila dapat bantu suami (suami tak pernah minta pun) dalam hal ehwal Iman, rasa berbaloi sangat aku selalu tidur kul 4 -6 pagi, hehe.


FAMILY
Alhamdulilah sebab masih ada suami yang penyabar, anak yang menguji kesabaran( hahaha) , famili aku dan famili mentua yang sangat baik dan supportive. Mil dan Sil selalu beri aku barang-barang untuk bisnes. Syukur.




Harapan untuk 2014
-Nak KURUS ( hahaha)
-Nak majukan diri lagi
-Nak jadi muslimah yang baik
dan banyak lagi...malas nak taip. hahaha

Even 2013 bukan tahun yang agak baik kalau di bandingkan dengan 2012, tapi tak apalah. Hidup bukan selalunya berada di atas. Kadang kita di bawah. Mungkin Allah letak kita di bawah supaya kita discover benda-benda yang selama ni mata kita tak berapa nampak sebab bz pandang yang atas je. Itu aku. Aku redha dan bersyukur dengan apa yang aku ada. Walau tidak gah macam orang lain, tak apa. Ada anak dan suami, cukup dah untuk jadi nadi yang buat aku masih mampu bangun tiapkali jatuh.Lagipun itu bahagian dan rezeki masing-masing. Perlahan-lahan mula semula dari bawah......



Hopefully 2014 lebih manis dari 2013. InsyaAllah, amin! Selamat Tahun Baru 2014!


Monday, December 30, 2013

Iman beriadah.

Salam.

8 Dec 2013 hari tu kitorang bawa Iman lepak-lepak/riadah di Taman Layang-Layang. Memandangkan hari tu memang kitorang tak ada agenda sangat, maka singgahlah kami 3 beranak ke situ.Pagi tu keluar settlekan urusan postage barang customer, balik tu singgah situ.

Aku check dekat website Poslaju, tengok mana branch or kiosk yang ada buka pada hari Ahad. Branch dekat Aeon Kepong buka, so pergi sana, lalu lah taman layang-layang ni. Rupanya tutup sebab ahad minggu pertama lol. Di sebabkan urusan postage tu sangat urgent, aku aim midvalley or KLCC je. Sebab sana, InsyaAllah everyday memang buka. Cuma dari kepong nak ke KLCC tu 'merasa' la kan. Singgah KLCC untuk pos je semata, then terus ke Taman Layang-Layang sebab dah janji dengan Iman. Even dia bukan faham pun apa itu janji, tapi sesekali bagi dia explore dunia sekeliling dia adalah seronok hokehh.

Hehe, mak bapak yang terlebih seronok :)


20131208_174002
meredah padang, melihat dia geli-geli main rumput :)


iman padang1
pandang langit, tengok layang-layang,redah rumput

iman padang2
berlari je kejenya-sibuk nak kejar baby girl yang naik basikal dengan parent dia yang baju oren tu.Iman nak kejar girl tu dan nak lari lintas baby girl tu. motif? nak tunjuk dia lagi cepat or nak tunjuk dia pandai lari? ahaha.


iman padang3
tengok. lagi cepat dari papa.


kenapa mama tak ada dalam pic? mama tukang amik gambar dan mama tukang jaga makanan dan duduk setempat je,kakaaaakaka. Cuaca elok, taman tu bersih, orang-orangnya pun elok,so lainkali memang datang lagi,insyaAllah.


Seronok tengok anak belajar mengenal dunia yang luas, kenal alam, kenal rumput, langit, tengok persekitaran.Aktiviti ni memang tak maal pun tapi priceless :)

Friday, December 27, 2013

Rambut Baru Iman

Salam.

Iman dah potong rambut masa awal dec kalau tak silap. Papa dia yang pilih style rambut baru Iman. Kalau dengan mama, memang tak lah rambut gitu. Haruslah ala-ala cute gitu. 

Lepas potong rambut tu je, speechless. Sebab tak pernah-pernah Iman botak camtu. Memang nampak lain sangat, dah macam individu lain. ahaha. Memang terserlah lah muka papa dia. Kan? nampak boy sangat-sangat.

sebelum dan selepas.

Makin dah besar ni, nak potong rambut budak ni kemain susah. Serius, meraung melalak, kepala gerak kiri kanan, meronta -__-' so itu lah antara reason kenapa papa pilih style hampir botak tu, supaya lambat panjang, lambatlah nak tempuh saat amukan di kedai gunting rambut lol

GA : Umie Sue 1st Giveaway

Anjuran : Puan Sue
Tema : Anak Mengemas Rumah


20130930_181527

Mula-mula Iman ni memang rajin menyapu. Lepas tu amboi, bila nak siap kalau mata tu asik kat tv je. Aptb lah bibik ni,hahaaha. Anak aku memang pantang jumpa penyapu.Memang nak menyapu je kejenya. Kadang pukul 11 malam pun, gasaknya menyapu seluruh rumah, sabooo jela.

Thursday, December 26, 2013

Pretzels Choc Best Area Melaka

Salam.
Ni bukan iklan free or iklan berbayar.


Tapi review dari aku je. Kebetulan kawan aku jadi agen dan dia jual. Tengok macam best. Harga pun tak adalah mahal. So aku pun order dua bekas yang sederhana(Medium). Satu yang choc dan satu lagi almond.


untuk area Melaka,sape yang teringin nak cuba2 rasa boleh contact or mesej or whatsapp (whatsapp available malam je)Aina 012-953 0304, dia akan hantar sendiri dekat kita if korang order.


Kalau tak silap,yang mini box harga bermula dari rm10,medium dalam rm20.
Sedap lah yang choc tu.yang almond tu ada rasa masin2 sikit.tapi yang choc tu rasa macam makan rocky stick. Tahu ke rocky stick?ala yang budak2 suka makan tu. Bestttt.


So sape nak order ctc Aina ok 0129530304



Wednesday, December 25, 2013

Ibu Rafif first GIVEAWAY!

Salam.
Sekarang pukul 4:47 AM dan aku sedang blogwalking, pastu tergerak hati nak join GIVEAWAY Ibu Rafif ni.Nasib masih sempat. Haha.


Ini syarat2 nya. Mudah je.
Contest ni senang je. 
Ibu2 mesti buat satu entry dan tempek gambar anak sedang bermain/belajar di playroom/playcorner masing2. Hehe. Mesti la guna gambar anak sendiri ye. Anak betul. Anak tekak tak layan. 

Syarat2;
Follow blog i dlu. Ada kat tepi ni. Tekan je follow!done
Buat entry dengan meletakkan SEKEPING saje gambar. (Gambar paling best)done
Terangkan la tentang situasi gambar tersebut. (Contoh anak tengah main piano baru beli guna duit bonus ke.lol) done
Once dah joint, nanti tempek link di ruangan komen ye. (I akan check one by one)done

Itu saje! Tarikh tutup penyertaan: 31 December 2013 (lambat lagi)


So aku pilih pic ni.

20131108_121247

Iman ni dah makin besar, dah makin banyak akal. Sekarang, dah pandai sangat memanjat. Kalau dapat panjat, memang nak duduk atas meja jela kerjanya. Sambil kecahkan huruf-huruf tu. Selalunya pepagi, rumah memang bersih dan kemas. Tunggulah petang sikit, dari dapur sampai ke bilik tidur penuh dengan mainan dia je. Huruf-huruf ni pun berteraburlah serata rumah.

Selagi anak happy, emak pun happy. Happy dalam keterpaksaan, Haha

Saturday, December 21, 2013

Nak kejar yang mana satu?

Bila dah kawen dan dah ada anak,life macam lebih fokus untuk anak dan suami. Banyak benda / perkara yang perlu kita lepaskan demi sebuah perkahwinan dan demi sebuah family.

Tapi yang indah tu lagi banyaklah dalam perkahwinan dan dalam sesebuah keluarga,kan?

Ini bukan entri komplen, or entri nak mengira kekurangan ,keburukan.entri ini lebih kepada saja2.

Sebelum ada anak, sebelum kahwin, aku berangan nak kerja best2, gaji pun best.Serius. Memang tu yang paling aku nak kan sangat. Dengan ijazah yang aku ada,aku target pada gaji dan kedudukan yang macam best. Hehe.

Tapi bila masuk dunia pekerjaan, even tempat macam best ( read : kepala rimau ) aku rasa macam dah alami mimpi buruk sangat.Serius,masa tu lagi harap aku dipengsankan sekejap ke dari nak hadap manusia2 bernama bos. Diulangi bos.bukan leader.yang kerjanya asik cover diri sendiri,tapi konon macam dah buat amal jariah sangat. Ada yang duduk goyang kaki,tapi time kerja sibuk buka website ibu2 bapak2 tapi tiapkali gaji,gaji dia 2 kali ganda dari aku.serius aku rasa nak giler. Bukan nak giler sebab jeles.

Tapi sebab aku terpaksa buat kerja dia jugak. Kerja sendiri pun dah berlambak,then tambah kerja orang.Selama 4 tahun, tak ada apa yang berubah.

Tensen sangat masa tu.Aku selalu sakit. Tiap bulan sakit.sebab luaran aku memang ok.otak aku,mental aku? Macam tunggu masa nak shut down je.Time tu, aku jaga sistem yang mengawal kredit kad. Tapi manual oh. Sakit kepala aku.

Dan lepas tu, aku preggy pun, tak ada siapa pun nak ambil kira tentang tu. Yang dorang tahu,lepaskan diri sendiri je.

Bila Iman lahir,yeah.aku ambil keputusan untuk jaga dia sendiri. Melepaskan apa yang aku cita2 kan, demi cita2 baru yang datang dalam hidup aku. Macam sekelip mata semuanya bertukar.

Then, serius kadang aku tak ada masa pun nak lepak dengan kawan. Jadual aku memang ikut jadual anak. Tapi sekarang dunia teknologikan.boleh wassap,fb dan instagram. Jadinya sesekali bila berwassap dengan kawan2, rasa best nya. Teringat zaman dulu2-zaman free and young.

Hehe.
Aku rasa masa terlalu cepat berlalu.iman pun kejap je dah nak 2 tahun. Membesarkan anak, bukan mudah. Tapi hari2 kena belajar tentang dia.

Dan sekarang, tak rasa nak kerja semula.Aku beri diri aku masa untuk setahun dua lagi untuk buat apa yang aku suka. Untuk ikut impian aku,cita2 aku. Aku nak tahu setakat mana aku mampu,aku nak uji. Aku nak cabar diri aku sendiri untuk pertahankan cita2 aku yang baru tu dan pertahankan keyakinan aku tu bahawa-- rezeki dari Allah.bukan manusia yang tentukan.doakanlah aku berjaya yea.

Suami pendorong kuat,tak pernah mengeluh bantu aku.iman pengacau paling tegar.kahhkahhkahhh.kidding.

Ok la.entri ni tak ada hala tuju sangat.tapi ini realiti diri aku.tata

Friday, December 13, 2013

DreamSisters.


STICKY NOTE. untuk entri baru, scroll di bawah yea :)

20131208_124741


LIKE here : DREAMSISTERS

Lace And Beads lovers. Custom-made bridal veil, bridal shawl, casual shawl and hijab :) It's something adorable and affordable.pm us for enquiry.wassap : 0172158954

Wednesday, December 11, 2013

Ziyadh Iman: 18 bulan.

Salam.

Rasa macam lama sangat2 tak update pasal perkembangan ziyadh iman kan. Tapi memang niat bila dah start setahun(12 month) nak kurangkan update tentang dia.

Maybe nak update 2 bulan sekali.

Tapi biasalah, niat jeeee. Haha. Sejak setahun, tak pernah update kot. Then sekarang, dia dah 18 bulan, bermakna 1 tahun 6 bulan. Bermakna lagi 6 bulan je nak 2 tahun.zzzzzz.

Rasa macam kejap pula masa berlalu.

Ok. Aku update mana yang aku ingat la yea. Mana yang tak ingat tu,lenkali la update. Heee.

MAKAN
-anak aku memang seorang yang suka makan (setakat ni.dan Alhamdulilah). Kalau aku tengok dia macam tak berselera terutama kalau makan kat kedai or masa makan nestum,so aku akan masakkan untuk dia. So far, dia berselera je makan apa yang aku masak.

-Aku da letak garam dalam makanan dia tapi belum sampai tahap rasa sama macam makanan kita.

-Iman ni lain sikit. Dia tak reti kunyah.tak reti dan tak suka makan makanan bertekstur. So aku ikutkan je. Nak blend sokmo,so blend. Tak ada hal. Even ramai pelik sebab dia dah setahun lebih,gigi pun dah banyak tapi tak makan makanan macam kita.Dia cuma nak bubur yang di blend.so aku ikutkan je. Asalkan selera makan dia tahap memuaskan hati,aku anggap specialty dia lain sikit.

- baru2 ni dia tetiba pandai makan makanan kita.aku kagum sangat.padahal berapa lama aku dok ajar,tak berjaya.asik tercekik je.dan tetibe dia boleh kunyah,boleh makan macam biasa dengan begitu sekelip mata. Pelik dan kagum.

SUSU
dari dulu aku rasa dia ni memang kuat minum susu. Sekarang minum 9 oz x 5 kali. Tapi kadang tak cukup jugak. So ada masa 12 oz sekali minum.

Sebelum ni minum susu Ilham.Tapi kadang bila travel,susah sangat nak cari susu ni.so kitorang decide tukar susu pada S26

BERCAKAP
- belum ada gaya bahasa kita.masih di tahap bahasa alien -_-'
-pandai bagi arahan dengan nada suara lain2 dan aku boleh faham arahan2 atau permintaan dia tu, hahaha.

SKILL
- terer panjat segala tempat, termasuk meja makan.so umah kitorang,meja makan tak berkerusi.kerusi di simpan dalam bilik. Hahaha
-dah tahu kegunaan kebanyakan barang dalam rumah. Contoh kegunaan remote,kunci,alat pemutar skru
-Pandai buang pampers yang dah dipakai dalam tong sampah.tapi aku mendapati pampers yang belum dipakai pun akan dibuang di tempat yang sama.lol. mujurlah tong sampah untuk dalam bilik punya.kalau tong sampah dapur tu,memang tekanan jiwa jugakla aku ni.
- oh yea,baju dan seluar kotor dia juga akan di buang dalam tong sampah.-____-'
- ada sekali tu,dia ambil kunci umah papa dia,terus pergi drkat pintu dan godek2 macam orang tengah nak buka pintu. Masalah masa tu adalah pukul 2 pagi.saborrr jela.
-Pandai marah
-kalau kena marah,cembeng
-suke ketuk pintu dan dinding.huhhhuhu
-suke menjerit

Ni jela yang ingat.yang lain,tak ingat.hihi

Pic yang agak botak tu yang latest.hahaha.sebab payah sangat nak gunting rambut,melalak,meraung macam kena apa,jadi botakkan simit supaya take time nak g kedai gunting rambut lagi sekali. Hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...