nuffnangku

Friday, September 27, 2013

Mr.Little Gentleman style

Salam.
Tak tahu nak update apa, padahal ada bermacam cerita. Mungkin mood yang tak ada. Atau idea,hmmm apa-apa la kan.
Lama jugak tak letak pic budak ni kat sini.Sape yang ada instagram i, dah muak kot tengok pic budak ni. Hehe.
Baru bangun tidur

Style simple dan kemas
Style ranggi.hahaha.
Smart
Sempoi.sesuqi untuk lepak2
Moden

Bahahaha. Aku suka pakaikan iman ikut situasi dan tempat nak pergi tu. Ikut keadaan. Even semua baju aku yang pilih tapi harus dapat approval papa nya.Nak beli pun dah tentulah kena dapat approval,sebab papa yang membayar. Hahaha.selipar dan kasut ada beberapa,tapi iman belum selesa kot.so pakai je yang ini dulu.

Wednesday, September 25, 2013

Pneumococcal Vaksin.

http://heartstoryteller.blogspot.com/2013/05/pneumococcal-synflorix-vs-prevenar.html

Salam.

Iman dah 1 tahun 4 bulan, baru kami pergi suntik vaksin ni.Sepatutnya lagi awal, lagi bagus. Tapi lebih digalakkan untuk anak2 yang duduk di nursery yang bercampur dengan anak-anak orang lain. Even Iman duduk rumah pun, rasanya tak salah nak suntik this vaksin.

Papa Iman yang insist nak suruh ambil this vaksin.

So Isnin 23 sept, kami pergi Klinik Seri Indah Gombak untuk ambil suntikan ni. Tak perlu appointment. Sekali suntik RM210.Ada satu lagi dos which is bulan november nanti.

Nak tahu lebih lanjut tentang ni boleh klik kat link atas tu. Blog Umi QI ( Julia) ye. Dia dah letak penerangan yang details tu.



** bila masuk bilik doktor, Iman dah resah gelisah. Macam dah tahu-tahu je. Bila nak suntik tu, kemain melalak. Masa suntik tu. Tapi keluar je bilik doktor, boleh berlari dan gelak2 -__-'



Bagi aku dan suami, kitorang tak pro or fanatik tentang vaksin. Tak juga fanatik tentang anti vaksin. Kami pilih mana yang perlu, mana yang tak. Sebagai usaha, selebihnya Allah yang maha mengetahui.

Saturday, September 14, 2013

pelupa

Biasalah manusia mudah lupa. Aku ni kadang pun macam tu. Asik fikir kelebihan yang ada pada orang,asik fikir bila nak  macam orang tu orang ni.

Padahal aku tak perasan kot apa yang aku ada.

Biasalah manusia kan. Selalu nampak yang jauh2, yang dekat2 rabun.huahaha.

Astagfirullah al Azim,lalai dan alpa betul aku.

Wednesday, September 11, 2013

Cara didik Iman yang berusia setahun lebih

Salam.

Ada terbaca dari blog nana farhana trntang cara dia didik farish. Aku pun nak share cara aku didik Iman. Hihi. Sebenarnya lama dah datang idea, tapi tak tahu macam mana nak cerita. So marilah saya bercerita ikut cara yang senang aku dan korang faham.kekeke.

Orang kata baby ni otak diorang macam span. Senang serap ilmu. senang terima ilmu. Aku tak nafikan. Aku percaya memang baby mudah terima ilmu, terang hati. Yelah, diorang makan apa je kan. Mana ada makan makanan yang diragui halal haram, jarang makan makanan yang tak elok, dosa pun besar mana sangat,maka tu antara punca kenapa dorang ni mudah serap ilmu.

Aku kagum dengan parent yang rajin buat home tuition kat umah. Rajin ajar anak. Macam mimi. Rajin giler ajar rafif.

Lain anak,lain parent nya. Maka lainlqh cara ajar dan cara asuhannya,ye dak?

Bagi aku, aku personally (read : pendapat aku untuk hidup anak aku,jangan blame aku atas pendapat aku ni pulak yea.ni pendapat aku sebagai ibu iman dan pendapat ini untuk iman, ngeee).ok sambung. Aku personally lebih prefer bagi dia kebebasan explore dunia sekeliling dia. Nak panjat? Nak melompat? Nak berlari? Nak sepahkan barang? Go on. Tak apa. Aku ada untuk kemaskan semula, untuk pantau. * bab kemaskan semula bila aku rajinla.kahkahkah.

Aku x tetapkan apa2 jadual untuk dia. Sebab aku sendiri pun bukan manusia berjadual.aku jenis manusia gaya time frame. Contoh, dalam pukul 8 nanti nak kuar berjalan.

So aku akan bajet sendirilah apa nak buat,apa nak disiapkan,nak kemas. Aku tak boleh ikut jadual contohnya,kul 7 kena bersiap sebab pukul 8 nak keluar.ahh,gitu la.

Senang cerita,aku bukan manusia yang specific. Aku jenis yang boleh adjuat something untuk disesuaikan dengan something.gitu.

Weyy.jauh betul aku melalut.

Macam iman pun sama. Aku rasa dia bosan dan tak fokus kalau aku dok suh dia hadap aku sambil aku baca abc ke 123.

Aku perasan iman jenis yang cepat belajar kalau benda tu kita bagi dia buat sendiri sambil kita betulkan mana yang dia silap. Dia akan buat silap banyak kali tapi lama2 dia akan mampu serap ilmu tu.

Sekarang dia baru setahun lebih, jadi aku prefer dia main ikut suka dia,buat apa yang dia nak,tapi tetap tegah kalau dia buat something yang berbahaya.

Mungkin bila dia dah 3 tahun,baru aku mulakan dengan buku. Tapi tak bermaksud, sekarang dia x sentuh buku. Ada je buku kat umah ni. Cuma dia sekadar tengok gambar tak sampai berapa saat sebelum panjat sofa, tekan button remote dan bermacam lagi.so biarlah.

Sementara dia masih kecil, masih belum ada masalah dalam hidupnya,belum ada bimbang dalam hatinya,belum ada beban dalam kepalanya,belum ada berat nak digalas, aku nak biarkan dia melalui zamannya dengan tenang, dengan happy.

Nanti dah tua macam kita2 ni, dah bermacam masalah nak difikirkan. Aku memang nak disik dia mengikut zamannya,mengikut tahap usianya. InsyaAllah

Macam nana, aku pun tak memaksa atau mengidamkan untuk dia jadi apa bila besar nanti. Yang aku harapkan diajadi manusia. Jadi anak yang menyejukkan hati,jadi abang(aku x preggy lagi ok) yang menjadi pelindung adik2,jadi suami yang bertangungjawab.

Amin.

Thursday, September 5, 2013

Contest : Family Potret Raya

Ni aku nak join contest ni.hihi.harap sempatla kan.
Caranya senang je;
1. Buat satu entri tajuk dengan tajuk Contest: Family Potret Raya.
2. Tepek kan aje 1 gambar yang uols dah pilih untuk join contest.
3. Bawah gambar just letak Family Potret Raya yang di link ke entri ini.
4. Last, korang letak link contest korang dekat entri ini. 
Contest dari  :
http://notadyatie.blogspot.com/2013/08/contest-family-potret-raya.html?m=1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...