nuffnangku

Friday, August 30, 2013

Makanan Iman-Lunch

Untuk lunch tadi. Mana yang ada ig aku, dah tengoklah pic ni. Seriously sekarang rasa lagi mudah ber ig je dari nak berblog. Plus kawan2 blog pun mostly mmg ade ig. Lagi mudah.

Ok lupa. Hari ni bagi iman makan udang 1st time. Hope tak ada alahan. Buat sup mix dengan labu. Even tanpa garam gula, memang manis sebab ada labu dan udangkan.

Resepi campak2 je.
Guna semua bahan yang ada dalam pic tu.

Actually.aku hampir setiap hari masak makanan Iman, cuma tak berapa rajin nak upload pic dan tulis resepi. Hihi.

Wednesday, August 28, 2013

Wordless wednesday

Bertiga.
Lebih baik. Lebih indah. Lebih bermakna.

Monday, August 26, 2013

Relakan jiwa

Serius aku suka sangat lagu ni. Tapi lagu ni tak ada kaitan pun dengan life aku yang sekarang ni. Cuma aku suka ayat-ayat yang digunakan. Maksud tersirat banyak.

Hari- hari la juga aku dengar

Tapi memang hampir kesemua lagu hazama aku layan :)

Lirik Lagu Relakan Jiwa : Hazama

Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku

Tuesday, August 20, 2013

Iftar Bersama my dear love, 403

Assalamualaikum.

Sorry baru sekarang nak update tentang iftar yang dah berlalu. Update ketika syawal pun dah berapa hari berlalu. Hmmm, better late than never la kot. Hahaha.

Mereka ni, aku anggap seumpama famili aku. Someone yang begitu dekat dalam hati aku. Even tak selalu contact ( tapi sekarang, dah ade group wassap) diorang ni tak pernah dan takkan (insyaAllah) aku lupakan sampai bila-bila. Sayang sangat aku dekat diorang.

Sebabnya, diorang tak pernah judge aku. Selalu memahami aku dan paling penting, tak pernah lupakan aku. Sebab tu aku sayang giler dekat dorang. Susah nak cari kawan yang macam ni. Kitorang kenal since tahun 2005. Dan sampai sekarang, masih tak lost contact. Masih tahu update masing-masing.

Aku bersalin diorang sudi datang jauh2. Sudi jenguk aku dan Iman dekat rumah. Kalau ajak keluar, jarang dorang tolak, kecuali kalau dorang ada hal yang betul-betul tak dapat di elakkan. Alhamdulilah, aku dapat kawan-kawan yang macam ni.

Kitorang pernah serumah dulu. Jadinya masing-masing dah tahu perangai sorang-sorang, baik buruk sorang-sorang. Diorang kenal aku. Kenal baik buruk aku, cara aku marah, cara aku tidur,cara aku bebel,cara aku ngamuk,cara aku putus cinta ( wakakaka) dan cara aku bercinta pun dorang tahu. Diorang tengok jatuh bangun aku.

Tapi sampai sekarang, aku tak percaya, aku yang kahwin dulu di antara diorang. Sebabnya, dulu aku yang paling heartbroken ( bukan dengan suami aku ni. Masa tu lelaki itu tak wujud lagi dalam hidup aku okeh). Wakakaka. Lepas tu kawan dengan ramai orang. Tak sangka aku settle down dulu dan aku datang reunion kali ni dengan bawa anak. Ahh,mak mak sangat dah aku ni. Sobssss.

Ok, cerita aku menyimpang jauh.

Tahun lepas aku masih berpantang dekat Melaka, jadinya iftar dengan 403 ni suam-suam kuku kot. Seingat aku, berapa je yang ada. Tahun ni alhamdulilah ada rezeki kita iftar semeja kan.


Masanya singkat, tapi sangat bermakna :) 

u5
Kami.
Dari kiri yang berdiri : azreen, zarien,kimi
Dari kiri duduk : hajar,mas,nuril,diela,aku dan Mr.baby You, hahaha.

u8
kami pilih makan berhidang. menu discuss dalam wassap hokeh :) dengan pemantauan guru besar. zarin

u7
suasana. Sibuklah kena umpan anak aku dengan gadget dulu baru dapat sentuh dia, kakaka.

u6
suasana.

u3
Mr. little Gentleman yang bz amat. Sibuk nak SABOTAJ kuah tomyam dalam mangkuk aku tengah pegang tu. Aku makan paling last hokehh. Cara sabotaj adalah dengan cubaan memasukkan sudu ke dalam mangkuk itu dengan cara yang seganas boleh -___-'

u2
nampak tak muka dia. pic1 : cubaan mencari peluang
pic 2 : agak bengang sebab macam gagal. hahaahah.

965386_479904995436853_90841273_o-1
ni muka tensen.

Mula-mula Iman agak merengek, biasalah dia. Kalau dah berdukung tu, jangan haraplah nak jejak tanah. Letak sikit nangis. Papa dia rajin lah nak layan kerenah anak. Aku? Jangan haraplah. Teeheee. Lepas tu makin lama, makin ok sebab dia dapat bergerak bebas, disamping perutnya kenyang sebab makan bubur ikan salmon yang mama bekalkan dari rumah. So dia ok lah sebab orang lain makan, dia pun makan. Buktinya pic yang ada Iman tu, ada pic termos ok dekat dengan dia tu.


Ok, jom berkenalan dengan AHLI PERSATUAN, wahaha.


u4
ATAS
kiri: diela dan arif
kanan : azreen dan suami, nuar

BAWAH
kiri : mas dan suami, hazizan
kanan : aku dan familiku yang gebu sokmo.kakakaak.

704782_479909568769729_1186957743_o-1
ni pula, untuk golongan single, single not available or single and available, mana-mana pun boleh.
dari KIRI :Kimi, Zarien, Hajar dan Nuril

u1
Atas : pic time duduk tak aci lah, tak dapat dikesan sape rendah tapi pura-pura tinggi (kurang tinggi) dan sape yang betul-betul tinggi.hahaha
Bawah : haaa. tak leh tipu da.kakakaak.

Sorry, usik2 je. Jangan marah. Ala, aku tahu korang semua memang faham sangat dah ngan aku.

rindu korang
rindu UNITAR
rindu kenangan kita
rindu kelana jaya
rindu rumah bernombor 403
rindu lepak brothers
rindu. rindu yang aku tahu macamana rindu pun, aku tak dapat putarkan saat yang pernah berlalu. Tapi aku tak menyesal. Kenal korang, macam satu rahmat yang Allah bagi dekat aku. Alhamdulilah.

Monday, August 19, 2013

Syawal 2013 Di Pekan Nenasi, Pahang.

Assalamualaikum.

familiku1
famili kecilku.

Alhamdulilah, tahun ni kali ketiga beraya sebagai seorang isteri dan kali kedua sebagai mak orang. Tahun ni lagi seronok sebab anak dah pandai berjalan, berlari, merayap hahaha. Tapi memang berbeza raya sebelum ada anak dan selepas ada anak. Apa-apapun syukur sebab masih berpeluang merasakan saat2 indah ini.

Tahun ni giliran beraya hari raya PERTAMA di kampung suami.

Macam biasa, kitorang memang apply sistem giliran, walau apapun terjadi, Insya Allah akan cuba juga mengikut giliran ni sebab ni penting. Kalau boleh, kitorang nak adil dan tak memberat ke salah satu famili je. Bagi kitorang, kedua belah famili sama penting :)

Memandangkan aku tak bekerja, maka isu cuti bukan lagi satu masalah. Masa kerja dulu, nak submit cuti punya debor macam nak pergi mana je, debor sebab takut cuti tak approve atau debor takut partner relief pun nak cuti pada masa yang sama. Pastu kena gaduh(masuk bilik bos dan bagitau reason kenapa nak cuti juga pada masa tu) huh.

Suami amik cuti sebelum raya ( isnin-rabu )

Jadual planning Raya untuk tahun ni :)
sabtu-isnin :  KL (settlekan persiapan terakhir sebab kitorang tak ada masa nak buat preparation awal :)
selasa : gerak balik ke Pahang(kampung suami),dekat waktu berbuka baru sampai 
rabu : pahang
khamis : pahang
jumaat : gerak balik ke melaka :) , sampai melaka dalam kul 8 malam huh
sabtu : melaka
ahad : gerak balik kl (mlm)

nampak macam lebih ke Pahang kan? sebabnya masa bulan puasa, kitorang langsung tak balik sana, maka gantilah dengan sehari lebih :) Melaka kurang sikit tak apa sebab awal ramadhan hari tu kitorang dah balik sana.

Macam biasa, mil dan fil aku ni kalau semua anak dia balik, diorang rajin memasak yang best-best. Antaranya, mee kari, ketam masak lada kot?, sambal udang dna petai, bubur lambuk, sate. Ahhh, sedap gilerrr.

1 Syawal 2013

Hari raya pertama kami dimulakan dengan BLACKOUT! hahaha. bukan yang Anwar Ibrahim tu, tapi memang blackout kaw-kaw punya. Selama ni tak pernah lah lama macam tu. Dari kul 6 pagi sampai kul 3 petang kot. Nasib lah raya kan. Gigihlah sarung baju kurung lagi. tapi serius, macam tak tercela pun raya kitorang even berpanas camtu.

Lagi sadis, malam tu adik ipar aku gosokkn baju untuk satu famili. Semua pass baju dekat dia. Aku tak la. Sebab macam apa pula kan. Laki aku pun dah siap pass baju jubah dia kat adik dia. Aku kononnya nak tunggu pagi baru nak iron kan. Haaa hambek lah ko. Sampai ke sudah, aku dan Iman pakai baju tak bergosok.

Hahaha.

Meroyan kejap aku dekat suami. hahaha.

nenasi2
orang paling excited beraya.

Mamat ni malam raya tidur kul 3 pagi hokeyy. tu pasal mata aku ada macam panda sikit. kekeke. Saja nak salahkan Iman, padahal aku tido kul 4 disebabkan nak manikkan baju raya aku tu. Sadis ok, aku sibuk sepanjang ramadhan(alhamdulilah) siapkan baju customer, sampaikan nak jahit manik untuk baju sendiri pun tak ada masa, masa yang ada malam raya tu jela. Mana lagi nak patch borderlace n manik lagi kan. pasrah. Dah tu anak pun nak tidur lambat. Sibuk lah aku bergaduh dengan dia sebab dia nak manik2 tu utk diterabur kan:"(

nenasi3
tak sabar betul nak keluar rumah.

nenasi4
terkedek-kedek berjalan follow cousin2 dia. tak nak berpimpin langsung ok. nak jalan sendiri.

familiku2
Kami. Iman saje la tu taknak pandang kamera

nenasi5
iman bersama famili belah papa :) Iman lah orang paling bz.

Iman orang yang paling bz. Nasib baik ramai boleh jaga. Kalau tak kejap-kejap dia nak keluar rumah. Kelakar ok bila aunty, makteh ayahteh dan uncle dia kejap-kejap kena dukung dan kejar dia. hahaha. Tapi semua tak larat pun nak dukung lama2.

Paling mencabar, malam raya tu, kat dapur sibuk masak ketupat dan nak bakar sate, Iman kejap-kejap nak pergi dapur nak main api masak ketupat tu. Aku ulang- MAIN API ok -_-' padahal dapur tu punya la berliku jalannya, biasalahkan rumah ala kampung, tapi budak kecik ni boleh pula ingat jalan. Eh aku citer macam berliku sangat rumah tu. Tak lah. Sape ade umah kampung tu, fahamlah kot maksud aku. Sebab orang kampung ni, diorang tak bina rumah sekaligus. Dia tambah sikit demi sedikit.

Contoh kalau anak nak kawen, haa dia binalah sebuah bilik lagi untuk anak tu. Lainkali nak kenduri lagi, naik lagi sekawasan sambung ngn rumah sedia ada, gitu lah.

Iman ulang alik ke dapur lebih 10 kali kot. Nasiblaaa mak pak sedaranya melayan. Hahaha. Budak baru nak kenal dunia, bukan reti takut apa. Kalau dilarang pun, tak adanya dia heran *redhoo jela.

2 Syawal : Bergerak pulang ke Melaka.

Tapi dalam kul 4 petang baru kitorang gerak. Sebab hari tu, ada buat kenduri tahlil dan makan-makan dekat rumah arwah nenek suami aku. Semua mak pak sedara serta cousin dia berkumpul dekat situ. Kitorang sibuk berkemas dan lepas husben balik solat jumaat, baru kitorang bergerak ke rumah pantai. Memang rumah tu terletak dekat pantai.

Setiapkali balik sana, pantai adalah tempat paling aku nak tuju. wahaha. Best sebab bersih dan tak tercemar. Kali ni pun sempat lagi kitorang pergi. Tu dalam entri lainlah aku buat ek. Macam banyak sangat pula pic nak dimasukkan dalam satu entri. Jadi macam serabut sikit.


969397_10201326452499022_1339513460_n
bersama fil,mil dan sil :)

1146584_10201353314210548_1336188326_n-1
2 Syawal 2013- tak ada nak sedondon. tema, pakai apa saja.hihi.


Ok, itu jela kot cerita raya di kampung suami. Aku tulis untuk rekod dan kenangan :)

nenasi1
CANDID! hahaha.

Bila dah ramai, bukan senang nak dapat pic satu famili dengan memasing muka elok. Hahahah. Nasiblah kan.

nenasi1a
baru ok. Cuma anakku tak pandang kamera, nasiblaaa kan.

Semuanya berjalan lancar. Tak ada adegan sentap ke apa. Orang suap makan pelik2 dekat anak aku pun tak ada, btw aku bukan jenis obses ok, hehe. Tapi tak ada pun yang nak suap-suap.

Oh yea orang komen pasal aku 'gemok' pun tak ada. (Puasa hari tu berat aku 63kg, sekarang 65kg . ohoooi. nak turun  2kg tu sikit punya susah, nak tambah tak payah nak susah payah pun, sobssss)

so aku sungguh happy. Semuanya baik-baik belaka. Best sebab ada mr.little gentleman ni, Ziyadh Iman, itu yang paling utama :) Dia sorang je baju raya berpasang-pasang.



p/s : Sampai hari ni aku teringat-ingat lagi sambal belacan mix mangga yang mak sedara husben buat. Sedap, pedas dan hmmmm, aku makan tambah 3 kali. Wahahaha.okbye.

Sunday, August 18, 2013

Ada apa dengan cinta.

Hari ni perut memulas, suami isteri kena. Hahaha. Tapi aku ni jarang teruk sampai kena ulang alik banyak kali ke toilet.

Tapi tak confident nak keluar. Risau jem, then memulas. Haaa mati. Ni penangan memulas, terus rasa macam dah kurus.

Tengah tengok cerita Ada Apa Dengan Cinta.

Dulu aku addict giler cerita ni. Sampai hafal puisi si rangga tu. Siap cari cd ori lagi. Sebab masa tu aku mmg remaja pun lagi. Hahaha. Cerita ni best. Lagu-lagu pun superb.

Cerita tentang persahabatan dan cinta. Masa kita remaja, memang dua perkara ni penting giler. Tapi bila dah kawen, bagi aku dua2 hal masih penting.

Cuma cara kita berkawan tu agak berbeza sikitlah dari zaman remaja. Dulu topik utama - budak lelaki hensem, skola, parent, cerita dekat tv

Sekarang tentang anak, resepi, rumahtangga( more to manage not the privacy part,jangan salah faham)

Memang rindu zaman remaja. Zaman cinta remaja. Zaman study,l. Zaman masa dekat U pun awesome.

Aku tak ramai kawan masa awal2 dekat U sebab aku anti sosial. Tapi aku ade kawan2 yg berkualiti.

Yang penting bukan kuantiti, tapi kualiti. Kalau berkawan dengan aku,mudah je. Aku tak peduli kau siapa, latar belakang kau, yang penting kau kawan dengan aku ikhlas tak? Kalau ikhlas, mari berkawan sampai mati. Boleh?

ok.jatuh cinta lagi dengan Rangga

dunia.

Apa dah jadi dengan dunia hari ini?

Mana cinta.mana kasih syg.mana keamanan telah kita lemparkan?

Thursday, August 15, 2013

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum


20130808_122338-1

Tak sempat lagi nak update cerita pasal raya. So update sedikit dulu lah yea. Kami pilih ( aku yang decide, hahaha) warna grey-silver. untuk raya pertama :) sedondon gitu. Tapi tak satu ton warna sebab kalau satu ton semua, macam boring. Hahaha.

Salam Aidilfitri untuk semua pembacaku. kawan-kawan bloggerku dan sesiapa jua lah.

Sunday, August 4, 2013

Veil dan shawl untuk nikah, bertunang

Salam. Jemputlah cuci mata melihat hasil kerja aku dan partner aku ni.
Berminat?
-boleh wassap/mesej  0172158954 /
0129631056
-boleh email di veelara85@gmail.com
-Boleh pm kami terus di dreamsisters page yea.

Saturday, August 3, 2013

Persiapan Syawal.

Salam.

Tahun ni tahun kedua aku beraya sebagai seorang mak. Tahun lepas, Iman dalam 3 bulan camtu lah. Even masa tu dia belum reti apa sangat pun,aku tetap rasa excited. Tetap cari baju melayu untuk dia.

Tahun ni dia dah besar, dah berjalan.

Lagi excited nak buat persiapan raya untuk dia. Aku dan papa dia tak kisah pun baju kami tak berganti, tapi untuk Iman, kami cuba sediakan dari hujung rambut sampai hujung kaki, InsyaAllah. Walaupun tak adalah semua barang mahal, sebab kami bersederhana, ikut kemampuan. Yang penting, kelengkapan dia di penuhi

Tahun ni giliran kampung husben.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...