nuffnangku

Friday, July 19, 2013

puasa part 2

Hahaha. Siap ada part lagi.

Ok.sehari sebelum puasa, aku pening nak bangun n tidur kul berapa kan?  Ok, bila dah start puasa, ni rutin aku-- aku tidur kul 2 pagi. Dalam kul 4 bangun untuk masak sahur. Kadang dok menung hadap kuali sebab ngantuk dan blurr nak masak apa. Sebelim tidur dah siap pk, tapi sebab ngantuk kadang2 lupa or buat keje lambat atau buat sesuatu yang entah apa2,, mamai kan. Hahaha.

Selalu berazam nak masak dalam kul 8 or 10, then sahur nanti just panaskan. Hmmm. Well
malas menguasai diri. Tapi sok tu bangun untuk masak,pun menyesal gak apsal tak masak malam sebelum. Hahaha. Isu terbesar adalah malas- menyesal- malas.

Hahaha.

Rutin aku bila puasa ni bermula seawal kul 4 pagi la kan.  Masak sahur, cuci pingan sikit ( ikut mood, dtg mood malas pagi nanti baru cuci.haha), dalam kul 6 lebih tidur. Kadang terdrag sikit sebab candy crush. Hehe. Tidur semula til pukul 10 sebab Iman bangun kul 9 or 10, kadang ngantuk sangat aku tidur dan biarkan dia main sendiri. Tapi pintu bilik kunci supaya dia main dalam bilik je. Selamat sebab semua yang berbahaya awal2 dah simpan. Tapi tak lama pun iman benarkan aku tidur sebelum mata aku dikorek or diraba -_-'

Then bangun mandikan dia. Siapkan dia. Pastu aku pula mandi. Dia duduk tengok babytv, aku kemas2 apa yang patut. Kadang dia 'tolong' sama. So bergaduhlah kami dua beranak. Siapkan makan dia, pung pang pung pang dah kul 3 lebih. Biasanya dia minum susu dan tidur. Dalam kul 5 bangun, tunggu papa dan bersiap g bazar. Waktu berbuka memang biasanya beli kat bazar je sebab nafsu puasa tu kan, hari2 pk makanan berbeza. Tapi kitorg tak beli banyak2 pun.

Berbuka.

Rutinku diteruskan lagi dengan iman bila husben g terawih. Badan dah letih, iman pula agaknya bosan asik hadap aku, then bermula lah peel dia. Merengek ke apa ke. Kadang geram gak aku dengan dia. Pastu husben balik, iman happylah,langsung tak merengek ke apa. Masa ni aku jahit sikit2 or pilih2 manik untuk order seterusnya. Dalam kul 12 iman tdo ngan papa dia.

Aku free.

Teruskan menjahit sebab tenang betul menjahit masa sunyi. Masa dorg tidur aku pun menjahit dalam bilik yang sama, sebab sunyikan. Takut aku terlelap pula hahaha. Pukul 2 pagi tidur dan pukul 4 pagi bangun.

Haaa. Berapa jam aku tidur tu.

Aku dah terbiasa tidur tak lama. Lagipun puasa ni even dengan seorang toddler yang tak reti dok diam,aku tak rasa letih,lapar or dahaga. Mungkin sebab siang aku pasif. Hahaha. Buat yang mana perlu je.

Rutin yang sama, diulang setiap hari.
  :)

Tuesday, July 9, 2013

Puasa.

Harap masih panjang umur nak puasa esok hari. Tengah fikir menu apa nak masak sahur esok.

Ya masak.

Laki dah pesan, sahur kena masak.hoho. Tapi terfikir jugak, nanti aku nak tidur kul berapa dan pukul berapa pula kena bangun masak kan?

Aku start menjahit pukul 11 /12 malam. Sebab masa tu Iman dah tidur. Kalau tak tidur lagi,aku sakit jiwa asik nak kena alih barang yang akhirnya akan mrmbuatkan manik aku ru berterabur.aku benci part tu.sakit jiwa tengok manik bercampur.Jadi jalan selamat adalah selepas dia tidur.

Pastu kusyuk menjahit kadang terdrag til kul 3 or 4,kalau puasa ni,confirmlah pastu kena masak sahur pula kn. Tidur siang dapat 2 jam je masa petang,masa iman tidur.

Hoho.

Bolrh kurus ni.haha

Monday, July 8, 2013

Love

I love them.

Saturday, July 6, 2013

Kawan

Salam.

Hi. Entri ni just nak isi masa sementara tunggu husben beli tiket apa ntah tu(aktiviti2 dia la tu).

Bila dah kawen, jumlah kawan yang selalu ada tu macam berkurang. Tak la kata life aku ni kosong benau tak berkawan. Tapi as a manusia, yes kita perlukan kawan kan. Kadang memang rasa lah kawan2 ni makin jauh. Mungkin masing2 dah ada life sendiri maka seorang kawan yang pernah jadi bestfriend dia ni, di lupakan terus. Ni bukan entri menuju pada orang perseorangan. Tapi general.just apa yang aku rasa,apa yang ada dalam fikiran aku,dalam hati.

Kalau tanya aku, bagi aku berkawan kalau boleh biarlah sampai mati. Bukan susah sesekali bila ada masa terluang, a simple hai dah boleh menceriakan hidup seseorang. Seaeorang yang bernama kawan. Kawan yang pernah mewarnakan hari2 lalu.

Kalau tanya aku, yea. Aku kecewa dengan certain kawan yang tenggelam timbul macam apa. I mean aku tak harapkan 24 hrs ko wassap aku, mesej aku untuk tanya khabar. Tapi sesekali sebulan,a simple hye, insyaAllah sudah membuatkan aku rasa happy.

Kan macam sesetengah perkara lagi syok kongsi dengan kawan baik
Even dah kahwin pun. Contoh, weyy aku tengok baju yang jual kat kedai dot dot tu lawa lah. Ko rasa ok tak kalau aku pakai?

Hal2 macam tu yang best dikongsi dengan kawan baik.

Sejujurnya, memang aku tak ramai dah bestfriend. Ada yang aku sendiri dah tak kuasa nak amik taw.  Tapi yang mana sudi selalu di sisi aku, melihat saat aku terjatuh,terduduk dan tergekincir dan sanggup menghulur tangan membantu ku, yeah. Terima kasih.

Kawan/sahabat..perlu saling menyokong. Perlu selalu ada walau jarak jauh mana pun.walau bz macam mana pun.

Rasa kecewa yang membuatkan aku memilih untuk berdiam. Memilih untuk melalui hidupku dengan jalanku sendiri.

Dan sahabat yang masih sudi mengambil tahu jatuh bangun ku, terima kasih. Kau sahabat yang tak mampu aku nilaikan dengan duit. Tak mampu aku nilaikan dengan apapun. Kau tak ternilai.

Terima kasih kawan. Atas semua rasa.

Entri bosan menunggu. Ngehngehngeh. Jem teruk area umah tadi. Fuhhh

Friday, July 5, 2013

tolong

Test.

Kenapa dari 4 julai aku x boleh buka blog sendiriiiii?

Wednesday, July 3, 2013

Resepi Cheesekut.

Salam.
Dekat group mommy gojes blogger tu resepi ni dah jadi fenomena baru untuk mak-mak. Memandangkan bahannya pun mudah, so rajinlah aku nak membuatnya  :)
Kebetulan, sabtu tu tak ke mana, tinggal berdua dengan Iman, jadi resepi simple menjadi pilihan.

Resepi dari nadia hairi.

Aku buat versi aku sendiri sebab aku malas nak g beli susu fullcream tu. Kan sebab tinggal berdua je ngan Iman.Bahan-bahan lain memang dah sedia ada kat umah ni, termasuk creamcheese. Creamcheese tu aku beli sesaja hari tu, sebab belum datang mood nak buat apa dengan creamcheese tu.

Resepi :
biskut creamcrackers
susu pekat manis
creamcheese(turtura)
susu fullcream(aku gantikan dengan white coffee)

cara :
-putar creamcheese sampai dah kembang, tapi jangan cair la
-masukkan suku cawan susu pekat manis, rasa dulu. Kalau x cukup ok manisnya macam yang korang nak,tambah la lagi yea. Ikut suka.
-Masukkan 2 or 3 sudu susu fullcream tu.*aku tak letak sebab x beli kan

Siap.

then,
-Celup biskut dalam air white coffee tadi
-Celup taw. Bukan rendam. Tapi jangan terlalu sekelip mata, sebab kalau biskut tu tak lembut(lembut ye,bukan lembik) nanti potong, jadi tak senonoh sebab keras
-Letak biskut tu dalam bekas. Susun elok2
pastu lapiskan dengan adunan creamcheese tadi. Buat sampai habis adunan creamcheese tadi. Nak lawa dan sedap, pastikan creamcheese tu tebal di bahagian atas yea.
Then sejukkan dalam peti ais.

Pic step by step, tak amik. Hehe.

Boleh tengok resepi asal dekat blog nadia hairi
* resepi ni sama konsep dengan kek batik milo or ala2 tiramisu.so if xda biskut creamcrackers,ok je kot tukar pada biskut marie,or if susu xda pun,ok je tukar ke coffee,milo,coklat--suka hati koranglah. Be creative.hihi

My own version of cheesecake biscuits  : cheesekut.

Makan sejuk2 adalah best

Yummy.

Monday, July 1, 2013

si 1 tahun 1 bulan baby.

Sepatutnya bukan baby lagi. Well. Biarlah masih dipanggil baby selagi belum ada baby baru yang lebih layak dipanggil baby. Wahaha.

Not now. Maybe lagi 2 or 3 or 4 tahun lagi untuk seorang baby baru. Kalau sekarang, aku belum bersedia. Tapi kalau rezeki awal, alhamdulilah. Tapi untuk orang cser, macam aku ni, aku perlukan 2 tahun rest sebab impact cser tu pada aku sangat sangat besar.

Berat badan yang naik mendadak masa pregnant, jadi sampai 20 kg dari yang asal, dah setahun ni baru slow slow dapat fit kan badan. Fit sikit dari sebelum ni. Jangan ko g bayangkan aku slim melim, memang taaak la kan. Haha.

Aku tetiba jadi macam di pam2, so ada kesannya pada area perut aku yang kena belah tu. So aku sendiri tak yakin mampu nak pregnant dalam setahun dua ni. Aku perlukan rehat. Well, jangan korang g hambur aku ke maki lak bila aku cakap camni dengan tuduh aku tolak rezeki bla bla. Ni tentang diri aku. Keadaan kesihatan aku la. Decision aku dan suami setuju.

The rest, kita serah pada yang maha berkuasa.

Ok. Iman genap 1 tahun 1 bulan hari ni. Cepat sangat dah jadi anak bujang. Tak ingat sangat perkembangan dia sebab setiap hari ade jela kerja nya tu.

-berjalan memang terer sangat dah
-tak suka baby. Serius.
- dah mula taknak orang lain
Sebelum setahun,dia rilex je sapepun nak pegang dukung dia.sekarang, memilih dahh
-Da mula belajar nak melompat dengan sendiri. Hari2 aku tengok dia praktis. Aigooo. Macam mana gayanya bila dah mula melompat? Habislaaa.
-Gila kan remote. Sekarang dah pandai buat eksperimen. Kalau remote tv, dia tekan2 sambil acu kat tv.dia nak tengok apa yang berubah. Kalau remote kipas, dia acu kan ke kipas. Sape yang akan meroyan? Mama la. Tengah syok tengok tv, tetiba hilang siaran. Sekali dua tak apala.tp banyak kali. Sobsss
-kalau kita sorokkan barang,dia dah pandai cari
-tabiat baru, suka celupkan jari dalam bubur dia.selalu aku berperang dengan dia. Sebab aku tepis tangan kiri dia,tangan kanandia dah sampai dalam bubur tu.aku lap tangan kanan dia, tangan kiri pulak dah sampai. Fuh. Aku rasa nak kena tekanan darah tinggi je
-dia kalau nak main apa2 dengan papa dia,mesti nak tunjuk dekat aku.kalau Ku bagi respon,makin seronok la dia
-stroller dah simpan dalam muzium.wahaha.
- pantangla mama papa nak manja sikit, dia datang dan nak duduk dekat tengah2. Hahaha.

Alhamdulilah

Memanjat. Dia aim pasu bunga tu
Sepahkan diari mama
Amik angin

Nampak tak tv tu dah hilang siaran. Tengok kat tangan dia tu
Nak ajak mandi pun payah. G lari sana sini
Hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...