nuffnangku

Friday, June 28, 2013

Gathering Gojes Blogger Supermum and baby

mula-mula melalak je keje si iman ni.then tetiba ok pulak dapat main benda ni.

Abg fayel steady je.tengoklah iman tu.huhu

Hahaha.doc ni garang taw.

Yeay.ngan elman yang comey

Ni la ammar dan asz. Ammar ni suka senyum taw

Akhirnya jumpa jugak.qi dan ammar memang comel :)

I is peminat aty.wakaka.

Mommy2 yang gojes  :)

Huwaa.x reti rotate. Iman dan abg kawasan,afiq. Hihi

Alisha ku sayang

Wahhh

Eiii.muka die

Kusyukknya


Salam

Tempat :  kidzoona, aeon AU2

Nak update tentang gathering Gojes Blogger Supermum and Baby,walaupun aku yang paling lewat update kot,tapi sekurangnya update la kan, buat kenangan
Ni 1st time aku join mana2 gathering yang melibatkan orang2 yang aku tak pernah kenal secara 'real',hanya di alam maya.haha. Sebab aku ni masalah terbesar aku adalah aku pemalu giler. Sangat!

Selalu aku tengok je kat group tu update tentang gathering,tapi sebab jauh dari rumah aku dan tak free, maka aku tak join. Tapi kali ni punya,kebetulan aku dan famili tak ada apa agenda sangat cuma lepas tu je aku rushing sikit sebab ada kerja. Pagi tu aku free la.
Dah set elok2,aku pun dah planning nak bawa apa untuk potluck, tetiba pagi sabtu tu sorang-sorang update,area kepong dah jerebu. Area umah aku pun dah ketara sangat jerebu.

Kalau dorang proceed taman layang2 tu,aku memang tak join. Suami aku confirm tak bagi, demi anak kan.

So aku baca gitu dan ura2 macam nak cancel. Lepas baca,kebetulan aku ada hal,memang tak buka fb langsung. Alih2 malam dalam kul 11 lebih, aku buka fb, gathering on cuma berubah tempat.

Mulanya aku rasa macam tak nak pergi sebab aku tak beli pun gift untuk exchange nanti.malu lah nak datang tangan kosong jer. Tapi akhirnya aku buat keputusan untuk pergi juga. Exchange gift tu pepandai lah nanti adjust.
Lagi seronok bila baca ASMIZA/AMMAR dan CTMAH/ALISHA pun ada. Entah,aku rasa macam seronok pula kalau dapat jumpa dorg. Selama ni baca je blog dorg,ni dapat jumpa live,macam best je rasa :)

Pastu tengok macam ramai giler akan datang. Wah,inikali lah.kikiki.#memain jela. Nak jugak jumpa ciknaa,kak mimy,erin polkadot,anez,pinky momma,ju (sekadar sebut bbrapa nama je taw,xlarat nak taip semua)dan paling penting, nak jumpa Aty. Entah kenapa. Mungkin sebab aku memang baca blog dia dari masa dia kawen dulu tu.
Segan juga bila pertamakali jumpa semua. Ada yang aku kenal,ada yang tak.ada yang cam,ada yang langsung aku tak cam macam yana mk.hihi.
Tapi aku tak sempat nak beramah mesra, Iman merengek dan menangis. Mungkin tak biasa tempat meriah macam tu.hmmm.
So bila dah tak larat nak handle rengekan dia,suami ajak balik.huhhhh.

Tapi sempatlah aku haihaibyebye dengan yang mana sempat.jomla tengok pic.tak banyak pun tapi cukup lah buat kenangan  :)
Haa.ni update guna phone,so tak reti aku nak susun pic tu.hihi. thanx semua mommies. Seronok dapat jumpa semua. Seronok dapat jupe Aty-qaleef, asz-ammar,ctmah-alisha,ciknaa-afiq,kak mimy-fayel,anis,anez,nadt,ju-qi,hidayah hiddencity-zain,erin-aish dan semua lah.
Huhuhu.ku hutang exchange gift dekat yumie.ngeee.

Nota  :  sebenarnya teringin gak nak jumpa dengan nana/farish,etty/umar,dyll/aryan,intan/chacha..sebab kenal dorang lama lagi.sejak zamsn group BBF ,thrn beralih pada NCOL n kemudian SIS yang tetiba lesap tuwww. Ni je kot yang masih berbaki dari group yang hilang tu.ni je yang x remove i lagi.wakaka.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, June 20, 2013

Birthday Iman.

Salam :)

Birthday Iman jatuh pada hari jumaat 31 mei 2013. Alhamdulilah genap setahun dah budak gedik tu :p

Masa memang cepat betul berlalu kan. Rasa macam baru je lepas bersalin, tapi sedar tsk sedar dah setahun dah. Agaknya bila umur makin meningkat, memang terasa sangat masa tu cepat berlalu kan.

Dulu masa zaman sekolah, asik cakap bila lah nak dewasa, nak kerja cepat, nak umur 20 cepat :'(

Kitorang balik Melaka jumaat malam, sebab atok nenek Melaka dah booking Iman sebulan lebih awal. Kitorang ikutkan je, sebab style aku mudah-- sape nak celebrate bday iman, buat aje, tak ada salahnya pun kalau Iman potong kek banyak2 kali pun. Dia budak lagi, apa tahu, yang penting dia seronok sebab jadi perhatian.

Ni hajat mak ayah aku untuk cucu diorang, aku sikit pun tak keluarkan bajet atau apapun. Memang tujuannya untuk kumpulkan family TERDEKAT je. So memang tak ramai pun, anak beranak je. Sebab tu aku pun tak ada jemput sesiapa. Deko pun sangat simple, setakat letak belon. Aku ingat nak jugak diy sikit, tapi tak sempat. Sebab masa tu aku ada tempahan veil urgent nak kena buat.

Ni kira birthday part MELAKA la ye. Part KL,insyaAllah papa n mama buat juga untuk Iman, tapi bulan syawal nanti. Masa tu insyaAllah akan jemput kwn2 papa n mama Iman ke teratak kecik kami. Aku nak guna dewan area umah tu, tapi belum available lagi sebab belum buka untuk sewaan. Ahhh, benci betul. Kalau tak, best betul sebab luas lah jugak. Harap menjelang syawal, dewan dah available.

Masa tu, i nak try deko. Hihi. Aku ni sebenarnya memang tak reti nak tengok majlis kosong je, mesti tangan gatal nak deko. Buruk pun buruk lah, janji aku sendiri puas hati.



Suasana.



Birthday boy yang tak reti duduk diam.



Potong kek!


Muka masam sebab tak dapat jalan, haha




Orang potong kek guna pisau, mamat ni?..



Yeah..tu dia. Guna jari pun bolehhh.




Terus main dgn hadiah yang paklong bagi.

Seronok. Terima kasih mak ayah sebab sambut birthday Iman. Alhamdulilah.

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 19, 2013

Hari Bapa.

Salam.

Ahad hari tu kemain semangat aku tulis entry via bloggerdroid, panjang betul ayatnya tapi kan..tapi..bila aku klik publish, amik masa lama dan akhirnya entry tu hilang entah ke mana. Berasap je rasa.

So kali ni, memang payah lah nak tulis panjang2 dah.

:)

Selamat Hari BAPA untuk papa Iman, atok Iman dan to'ki Iman


Saturday, June 15, 2013

...

Test

Lately susah benar nak post thry blogger droid ni.haishhh

posted from Bloggeroid

Thursday, June 6, 2013

Pemakanan Anak.

Salam.

Anak makin dah setahun, rasa macam makin kurang cerita yang nak diceritakan. Tapi just nak tulis untuk kenangan mungkin. Aku bukan jenis yang cerewet bab makan anak. Tapi tak adalah simply hentam je bagi makan kat Iman, tidak. Certain makanan boleh, certain makanan is A BIG NO.

Nestum, aku bagi. Dalam seminggu sekali je or dalam 2 minggu sekali.

Makanan bergula memang tak bagi pun dia untuk makan sampai kenyang. Kalau sekadar cecah kat lidah, yes, aku ada buat. Tapi sangat jarang. Dia pun tak berminat kalau aku cecahkan makanan manis yang bukan makanan dia. Biskut heinz tu aku ada bagi sebagai snack. Tahu memang ada gula, tapi aku tak rasa itu akan memudaratkan dia. Aku bagi je kalau aku rasa tak memudaratkan.

Aku tak cerewet pun.

Tapi of coz aku prefer makanan yang dimasak di rumah dari yang instant. Sesekali boleh, tapi bukan selalu. Budak baru nak developt mental dan fizikal perlukan pemakanan yang seimbang dan kukuh. Err, macam mana nak terangkan bab kukuh tu ye? Senang cerita makanan berkhasiat.

Aku ni memang tak sempurna pun. Tapi dalam diri ni adalah juga cita-cita nak Iman mendalami ilmu agama(Insyaa Allah) dan ingin dia terang hati terima apa-apa pembelajaran, jadi kena lah jaga pemakanan dia sedari awal supaya tak masuk makanan-makanan subhah apatahlagi yang haram.

Macam aku kata tadi lah, aku tak cerewet pun tapi aku jaga apa dia makan. Setakat ni alhamdulilah sangat, aku duduk di kalangan famili yang menerima baik segala usaha aku, baik famili aku mahupun famili in law. Suami aku pun dek sebab dapat bini yang rajin membaca, dia pun terikut sama kawal pemakanan anak. Kitorang bukan kejam, bukan fussy atau nak tunjuk bagus, just kite bagi anak makan sesuatu tu ikut tahap umur dia lah ye. Before this memang aku tak bagi langsung yogurt berperisa, tapi sejak dah setahun ni, bagi lah sikit buat merasa. Suka dia, manis kan.

Aku pun tak berminat nak kawal pemakanan anak orang, no. Im not that type of person yang sibuk nak jaga tepi kain orang. Kalau orang tanya dan minta advice, yes aku bagi. Kalau tak tanya, aku pun rasa tak perlu nak tunjuk pandai, kekeke.

Dalam bubur dia, selalunya aku masukkan kismis doa atau kurma.Memang aku amalkan kurma / kismis sejak pregnant lagi. Ni dah lahir, bagi teruslah dalam makanan dia. Iman tak fussy bab makan.Cuma dia kurang suka ada protein dalam makanan dia kot. Kalau sikit dan terasa sangat, dia boleh tolerate. Kalau sampai boleh rasa, dia tak berapa minat. Contoh ayam, telor atau slamon, kalaububur dia ada rasa salah satu ni, memang tak habislah dia makan.

Wednesday, June 5, 2013

Iman Berjalan : wordless Wednesday


Dah dapat kaki ni, baru kitorang ajar dia berjalan siap pakai kasut. Yang kelakarnya, setiapkali nak berkasut, melalak-lalak ok. Tapi bila dah pakai, boleh berjalan, terus je nak berjalan tanpa henti.

orang tak pernah berjalan kat luar rumah kan. Harus dia pelik tengok segala line kuning ke putih atas jalan kat tempat parking ni haa. Kelakar je.

bersungguh betul Iman berjalan.Hahaha


Masa berlalu terlalu pantas......


Wordless wednesday.zzzzz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...