nuffnangku

Friday, May 31, 2013

dari mama untuk iman.

31 Mei 2012, Hari yang mengubah hidup papa dan mama dalam sekelip mata. Err, not really sekelip mata lah kan, tapi dunia berputar menjadi begitu berbeza. Terlalu banyak bezanya sebelum ada kamu dan selepas ada kamu. Sebelum mama pregnant, selalu fikir, apa akan jadi pada aku bila ada anak nanti? Macam mana aku nak jaga anak nanti, sebab aku tak reti jaga bayi.

Bila dah pregnant, hati jadi makin bimbang, makin risau. Selalu mama nangis sebab takut tak dapat bentuk kamu, amanah Allah yang satu ni supaya dapat jadi anak yang soleh, supaya jadi anak yang baik, jadi pemimpin masa depan yang bertimbang rasa dan jujur, jadi suami dan bapa yang baik macam papa kamu.

Tapi bila lahirnya kamu...

Semuanya berubah ibarat sekelip mata. Mama tak kata mudah nya menjaga dan mengasuh kamu, tapi mama berazam, mama akan sentiasa berusaha mengenali kamu, berusaha menjadi mak yang terbaik supaya kamu rasa memang berbaloi syurga itu berada di bawah telapak kaki mama. Mama tak pernah ada pengalaman jaga baby, asuh baby. Pegang baby baru lahir pun tak pernah, dan mama melakukan yang PERTAMA KALI itulah semuanya bersama kamu.

Selalu orang lain pesan dekat mama( masa pregnant) supaya menghargai masa tidur yang ada. Mama angguk tapi setakat itu jela. Dalam hati siap rasa macam hal tu sengaja ditakut-takutkan pada mama. Nah.. Sekali hari pertama kamu berdua dengan mama di hospital lagi kamu meragam taknak tidur sepanjang malam, siap kasi hadiah melalak2. Lepas tu baby2 yang lain pun ikut sama. Kesian mak diorang, mesti marah kat kita kan -_-' dan betul la apa yang orang lain pesan tu. Struggle mama nak follow jadual tidur kamu. Sampai sekarang ni pun, dah setahun, mama masih ikut certain jadual kamu, tapi of coz mama dah leh bajet jadual kamu dan dah pandai manage masa.

Mama banyak belajar tentang kamu. Belajar dari zero sampailah sekarang kamu dah setahun, bermacam ilmu yang kamu bagi pada papa dan mama. Setiap hari adalah hari menimba ilmu buat mama. Dan setiap hari juga hari yang membanggakan mama. Dari seorang bayi yang baru lahir, belum reti apa-apa, sekarang kamu dah melangkah jauh. Membesar dan cerdik dan membentuk peribadi kamu sendiri, kamu bukan lagi newborn/ bayi tapi kamu manusia kecil yang ada personaliti kamu yang tersendiri. Yang dah ada kehendak dan keinginan sendiri, dah pandai tunjuk dan luah emosi.

Apalagi yang boleh mama katakan, yang mampu mama ucapkan...Hanya syukur sebab sehingga ke saat ini, Allah masih mengkurniakan pinjaman Dia yang satu ini pada mama, ya masih. Kamu lah pinjaman dan amanah dari Allah buat mama dan papa. Walaupun kami selalu leka dan lalai, dan belum tentu mampu jadi ibu ayah terbaik untuk kamu, tapi Allah yang maha pemurah telah kurniakan kami anak yang cukup sempurna. Allahuakbar!

Melihat sempurnanya kamu zahir dan mental, hanya segala pujian pada Allah yang telah memberikan segalanya.

Mama memang garang, panas baran, memang cepat marah tapi kamu tahukan mama sayang pada kamu. Papa kamu lagilah belum sekalipun selama kamu setahun ni dia marah pada kamu. Setiap ragam kamu, dia layan dengan penuh kasih sayang. Oh lupa, papa tak macam mama ok. Papa tak garang, bukan panas baran dan sokmo cool. Gituww. 

Mama rasa macam baru beberapa bulan melahirkan kamu. Baru beberapa bulan... Tapi sungguh cepat masa berlalu, padahal mama masih belum lupa segala suasana, kesakitan dan kegembiraan yang ada, demi kamu. Mama sayang kamu. Selalu dan sentiasa...




 31 Mei 2013.. Selamat hari lahir buat anak yang ku kandung selama 40 minggu 5 hari. Seorang anak yang kalau kau minta nyawa pun dari aku, akan aku beri. Insyaa Allah. Jadilah anak yang baik-baik yang menyejukkan hati dan jiwa kedua orang tuanya, yang tak melupakan keluarganya dan sentiasa merendah diri. Yang tak lupa pada agama dan tak hidup pada jalan yang salah. Amin. Luahan mama untuk iman.

Wednesday, May 22, 2013

Birthday IMAN.

Salam.

Sekarang ni macam dah kurang idea nak berblog. Dalam seminggu nak ada 1 entry pun rasa bercinta nak update. Lagisatu, sekarang ada lah sikit rezeki dari dreamsisters, so memang jadual hidup aku pun dah terbahagi lagi. Benda ni manage sendiri kan. So kadang-kadang masuk fb pun semata nak check pm mesej kat page tu je. Bila dah dok reply, aku pun kadang2 jadi ralit.huhuhu. tu belum lagi bila ada yang order last minit. Apa2pun, sikit ke banyak tempahan untuk dreamsisters, aku tetap bersyukur. Allah maha pemurah.

Ok. Lari tajuk jauh sangat.

Aku dah bincang dengan papa iman, so kitorg decide nak celebrate bday dia bila syawal nanti.senang.

Tapi atuk nenek dah excited nak buat makan-makan.Aku ok jr.seronok plak rasa bila iman akan potong kek byk2 kan.

Ok.nite.aku ngantuk sangat

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 15, 2013

Iman Berjalan.

Salam.

Jarang sangat aku ni update sekarang ni kan. Apa yang di bz kan sangat aku pun tak tahu. Lagilah update pasal Iman pun jarang dah. selalu aku sempat upload pic dekat instagram jelah. Kawan-kawan blogger pun ramai dah dekat sana, so macam tak ada apa sangat pun kalau tak update dekat sini kan. Hehe.

Ini nak cerita...

Selama ni Iman ni memang berdiri berpaut pada something, macam sofa ke kerusi ke. Berjalan dari sofa ke sofa memang hebat dah. Memanjat pun sama. Tapi dia ni bukan jenis lasak. Mula-mula memang gerun je aku tengok dia nak turun sofa tu. Dari jatuh tak memasal, so aku ajar dia cara turun sofa dengan selamat, beberapakali ajar je dah pass. Legaa.

Masuk 10 bulan, dia dah pandai berdiri tanpa sokongan. Berdiri jela. Geraknya tidak.Lepas tu aku tengokdia dah boleh terus berdiri tanpa perlu berpaut, maknanyadari dia tengah duduk tu terus berdiri. Setiapkali dia buat benda baru, memang aku akan cakap - pandainya anak mama ni. pandainya iye. Lepas tu dia buat muka bangga dan gaya bangga giler. Faham kot orang puji dia, kan.

aku memang teringin nak dia cepat berjalan. Tapi tak adalah nak paksa.

Hari-hari dok cakap tatih kat dia. Dia buat tak layan je.Bila kita pimpin dia untuk berjalan, dia gi berjalan sambil berjingkit, hahaha.Kadang-kadang malas aku nak layan.

ada satu hari tu, masa Iman dah nak lena( belum lena sangat, sebab mata dia belum katup rapat) aku cakap dekat dia - berjalan lah cepat ye, kalau boleh sebelum birthday. Mama teringin nak tengok.

Aku tak paksa pun, cuma saja nak tengok, sebab tu aku cakap camtu. kan baby kalau dia dalam keadaan belum lena sepenuhnya, kalau kita cakap kita sayang dia, or pesan dekat dia, minda separuh sedar dia tu akan proses input.Aku baca dekat mana entah, lupa.


Dan tak pernah-pernah dia mampu berjalan tanpa sokongan, pada hari aku pesan tu 8 Mei 2013 (siang),malam tu dia berjalan 5 langkah tanpa berpaut pada apa-apa ( Kebetulan je la kan) tapi depan papa dia je sebab masa tu aku tengah cuci pingan so tak nampak dia. Kali kedua baru masa tu aku tengok sekali, terus record dan sent dekat atok nenek dia kat melaka tu. Happy giler la kitorang laki bini. Sejak hari tu memang berjalan -jatuh jelah kerja dia.



8 Mei 2013 - berjalan tanpa sokongan buat kali pertama.

10 Mei pula famili aku datang. Atok nenek dia ada kan, so dia pun nak eksen la kan. Berjalan sana-sini lah dia sampai dah lebih 10 langkah dah. Tapi kadang-kadang kalau nak cepat sangat, dia merangkak je. Hahaha. Bila orang happy dia tengah jalan tu, dia pun bangga lah -_-' Siap nak berlari tu sampai kadang-kadang tergolek. Sabar jelaaaa kan.

14 Mei 2013- makin confident dan mampu berjalan sambil pegang barang. contoh remote.

Terkedek-kedek berjalan.
Yeay! Lepas ni baru nak pergi cari sandal dan kasut untuk dia. Tapi dia belum bolehlah nak dibenarkan berjalan dekat mall tu. Practice lagi ok Iman!

Wednesday, May 8, 2013

PRU13,annoying?

Salam.

Pening kepala aku baca news feed yang bermacam tu. Hehehe. Yang dok sharing bermacam, yang update status ada yang update elok-elok, yang marah-marah pun ada. Bermacam ragam.

Aku pun ada sharing, tapi satu ke dua je kot pastu malas. Yang aku sharing pun, bukan yang nak membakar sape2.tak kuasa aku.Rasa macam tak perlu. Memang tak perlu pun. Sebab sebelum sharing, aku fikir ada faedah tak?

pada pendapat aku, ini pendapat aku je k, kalau orang tu memang dah pilih A, kau cerita atau bongkarkan macammana pun memang tak membawa apa-apa faedah.tak ada nye dia nak g tukar jadi B pula kan. Samalah kalau orang tu dah pilih B. Kau bagi 1 juta fakta pun dia memang tetap dengan B. Gitu lah.

Pada aku, apa-apa hal pun biarlah orang 'atas' yang buat kerja. Diorang leader kan. Kadang rasanya orang atas rilex-rilex aje, yang dok gaduh dok maki hamun orang2 bawah ni. Kalau dok mengamuk sindir-sindir pun, setakat kat fb kan. Fb tu kan yang jadi friend ngan kita hampir 95 percent adalah family, kawan-kawan sekolah, kawan opis, jiran.

Tak pasal-pasal putuskan silaturrahim. Nauzubillah.

Macam-macam isu keluar. Tuduh-menuduh, cerca mencerca. Maki hamun. Gaduh sesama sendiri. Apa dah jadi dengan rakyat Malaysia ek? (Read : rakyat malaysia)

Aku tak minat nak cari hal atau update status yang boleh buat kawan-kawan aku terasa or sakit hati. Bukan aku atas pagar k. Since 2006 /2008 lagi aku memang sokong pihak tu. Tapi aku ni tak minat nak bergaduh, tak minat nak sindir perli jadah tu semua. Dan aku pun tak minat nak baca segala maki hamun cerca cerca tu semua. Rasa annoying. Rasa otak macam terganggu -_-'


*stop spreading hate and fear, people....just stop...please.....semua benda/ hal dalam dunia ni ada caranya. Menegur jangan sampai memaki hamun. Berkias/sindir perli jangan sampai terputus ukhwah.
posted from Bloggeroid

Saturday, May 4, 2013

Aqil Hamzah

Al-fatihah untuk Aqil.

Dapat tahu dari status mimi malam tadi. Aku sekarang agak bz sikit, so memang jarang sangat update blog ke fb or singgah kat group gojes tu lelama. Biasanya sebeulm tidur aku jenguk sekejap2 je mana-mana. Tapi hati aku macam kena rentap bila tengok pic aqil yang masa tu tengah admitted.

Rasa berderau.

Tak sudah-sudah aku doa supaya anak tu selamat dan sihat. Nak pergi melawat, memang aku tak sempat. Nak hulur derma pun tak sempat. Buka Fb dah malam buta, hurmmm.

Bila aku juga seorang mak, aku tak mampu nak tafsirkan macammana parent Aqil melalui semua ni.Aku tak mampu nak fikir macam mana parent dia akan melalui semuanya yang secara tiba-tiba hilang dari pandangan. Ya allah! dugaan tu sangat berat.

Memang dunia ni hanya pinjaman. Anak juga adalah pinjaman.

Al fatihah.

Thursday, May 2, 2013

Blog Lara Shamsyul : Kisah Sebuah Perjalanan Hidup genap 4 tahun.

Semalam genap 4 tahun blog ni aku buat.

Aku mula tulis blog sekitar tahun 2009 gak. Tapi blog ni bukan blog pertama yang aku tulis. Ini dia blog pertama yang aku tulis : http://veelarachemical.blogspot.com tapi aku dah privatekan sebab banyak sangat pengacau. Dulu masa aku baru lagi menulis, masih muda lagi baru 24 tahun, jadi aku tulis betul-betul macam diari, kononnya online diary lah. Tapi tak sangka pula jadi lain sebab masalah stalker. Masa tu memang aku menulis agak jujur dan kebudak-budakkan, naif lah katakannn.euwww.

Kemudian, aku move on ke blog ni. Blog sekarang ni lah : http://laramorreno.blogspot.com/

Tak ingat dah apa nama yang aku guna mula-mula. Oh ye, blog yang private tu memang tak ada update apa dah sejak private, terbiar macam tu je. Sebab aku pun menyampah baca blog tu, rasa gedik nak mamp je blog aku dulu tu, mihmihmih.

Tapi aku jumpa cara nak import entri dari blog lama tu ke blog ni. So aku import semua dah.

Dekat blog ni lah aku mula tulis betul-betul sikit. Aku belajar sharing apa yang patut aku sharing dan apa yang tak patut aku sharing. Aku belajar sesetengah perkara perlu aku tapis dulu dan ada yang perlu aku jujur je. Tapi blog aku ni 'matang dan dewasa' seiring tuan dia lah. Hihihi. Sekarang umur aku pun dah 28 tahun, jadi apa yang aku tulis lebih banyak kepada kisah anak. Sesuai dengan status baru aku-ibu anak sorang. Hihi.

Dulu aku menulis syok sendiri je kot, kahhkahkah. Sekarang, aku dah kenal ramai blogger terutama ibu-ibu geng gojes mommy. Ya, FB aku tu ramai blogger je. Instagram pun sama. Hari-hari aku dok scroll satu-satu pic anak-anak comel dekat instagram tu. Baca update mereka, baca perkembangan anak-anak soleh/solehah tu. Kadang aku komen, kadang aku baca je. #kumpulanmakyangsukauploadgambaranak  ini bukan group ke apa, tapi hashtag ibu-ibu suka suka guna sebab memang sedar diri tu memang asik upload pic anak je. Hehe. Dulu belum ada anak, gigih lah posing amik gambar muka sendiri, sekarang tak lalu lah aku nak snap dan upload muka sendiri. Ok sesekali aku upload gak tapi 99 peratus instagram aku tu muka anak je.

Dulu nama blog aku ni bermacam, sebab aku belum jumpa nama yang betul-betul tepat nak describe kan blog aku ni jenis blog yang macam mana. Akhirnya aku decide guna nama - LARA SHAMSYUL  je -- mudah, ringkas dan orang memang tahu pun blog ini lebih menjurus pada tuan punya blog. Kemudian, aku pening lagi nak tulis description apa, sampai akhirnya aku rasa yang paling tepat adalah - kisah sebuah perjalanan hidup. Sebab kat blog aku ni memang banyak aku tulis apa yang berlaku sekitar life aku. Kalau korang rajin baca dari mula aku buat blog -2009 sampai ke hari ni 2013, korang dapat baca tentang kisah  aku dari baru bercinta - banyak konflik - banyak kenang kisah2 lalu - putus cinta - merisik - planning nak kahwin ( ni tak banyak sangat aku tulis ) - life lepas jadi isteri orang - pregnant - sampai lah hadirnya ziyadh iman.

Dulu ayat aku agak skema, sampai naik menyampah aku nak tulis sebab tak reti guna ayat dengan betul, sampailah tahun lepas, aku decide guna bahasa rojak dengan ejaan sukehati aku je, jadi aku rasa lebih bebas, lebih sempoi dan mudah untuk aku tulis blog, rasa macam apa aku tulis tu, tu lah gaya aku bercakap :)

Blog aku ni tak ramai sangat orang baca, tapi ada lah sikit dan membantu juga lah nuffnang aku tu, hihi secara tak langsung. Dan thanx pada follower dan readers aku. Juga kawan-kawan yang selalu tinggalkan komen. Aku happy baca bila ada yang respon.  Dan tentulah happy menulis. Juga silent readers.strangers dan stalker. Korang memang best. Selamat datang, selamat berkenalan dan terima kasih sudi singgah blog aku.

Niat aku tulis blog memang dah tak ada nak hentam orang ke , sindir ke, sarkastik ke apa. Aku berniat untuk sharing pengalaman aku. Atau tulis sebagai ingatan dan kenangan untuk diri aku dan keluarga. Nanti lagi setahun dua baca balik blog ni, syahdunya terkenang kisah-kisah yang pernah terjadi. Banyak suka duka dekat blog ni. Banyak. Bila baca balik, macam-macam feeling yang aku rasa.

Masa baru kahwin, aku tanya laki aku, boleh lagi ke tulis blog?
Dia kata ' Boleh, tapi dengan syarat - tak payah cerita sangat pasal rumahtangga'
Jadi, tu yang aku pegang. Taknak lah kebenaran tu ditarik -__- Aku faham maksud dia, cerita pasal rumahtangga tu macam kalau gaduh pun nak cerita, dan hal-hal dalam kain pun nak khabar ke orang.

Dan lagi satu, memang ada certain hal aku memang tanya dulu dekat suami aku before aku update sampailah sekarang . Hehe.

Cukuplah setakat ni dulu yea. Hihi.

Selamat Ulangtahun Blogku. Marilah men'tua' bersama-samaku. 

hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...