nuffnangku

Monday, April 29, 2013

Intai

Hello.
Mengintai ape tu?




posted from Bloggeroid

Thursday, April 25, 2013

Veil nikah untuk ditempah.

Ni antara veil yang ditempah customer.





sesuai dipakai untuk majlis nikah, sanding atau bertunang :)


Berminat? Harga murah je taw :)
Boleh email sy : veelara85@gmail.com atau pm saya di page dreamsisters

posted from Bloggeroid

Friday, April 19, 2013

Berdiri dan byebye.

Salam jumaat :)


Berdiri.

Sebenarnya sejak 9 bulan lagi iman dah acah2 diri ni. Tapi nak menapak macam belum ada confident lagi. Kalau kita pimpin dua belah tangan dia, kemain laju dia berjalan TAPI jalan sambil berjingkit --'

Hahaha.

Kalau kita pimpin sebelah tangan dia je, lambat betul dia jalan dan tersasar sana sini.

Sebelum ni kalau berdiri, mesti berpaut pada something. Dalam seminggu ni papa mama perasan Iman berdiri dari duduk. Meaning that, dari dia duduk tu, dia cangkung dan terus berdiri tanpa bantuan sofa atau apa2 untuk dipegang.

Lepastu 2 hari lepas aku perasan, dia berdiri aambil goyang2 montot sebab layan lagu kat babytv @_@' Mama tak pernah ajar joget or menari k :'( hahaha

Memang rasa tak sabar nak tengok dia berjalan. Tapi tak adalah mendesak dia. Aku percaya pada kemampuan dia, sampai masa nya nanti, berjalanlah dia ( insyaAllah) walaupun lewat ke apa dari anak orang. Macam bye bye dab tepuk amai2 tu, dekat sebulan gak aku ajar, tapi dia buat derk je.

So tak apalah. Sebab dia lagi ralit belek tayar kereta sport mainan yang papa dia beli dari belajar bye2 :(

Mungkin Iman kata ' apa jadahnya nak belajar byebye segala padahal 24 jam ngadap mama je, mama is boring' wahaha.




Serius, aku memang tak suka pun ucap byebye dekat orang. Byebye / goodbye = selamat tinggal. Noo..aku prefer ucap ' jumpa lagi ye' hehe.
posted from Bloggeroid

Tuesday, April 16, 2013

Lama dah tak update blog



Salam. Agak bz kebelakangan ni. Sebab tu blog tak berupdate. Saja nak tunjuk gambar ziyadh iman bila papa dia tak ada.

Berkepit je.

Kalau papa dia ade, pandang mama macam lutsinar. Grrrrr.

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 10, 2013

Rumah, perasaan yang susah nak diterangkan...

Tak lama lagi dah nak pindah.

Tapi rasa sedih pula fikir rumah yang ditinggalkan ni. Sebab di rumah ni la, kitorang berdua memulakan perjalanan hidup baru kami lepas kahwin. Di sini kitorang belajar bagaimana hidup berdua-- berkongsi susah dan senang, bergelak tawa dan bergaduh manja semua.

Berdikit kitorang memulakan hidup sebagai suami isteri. Tapi disebabkan kitorang memang dah plan nak pindah dalam setahun dua lepas kahwin, kitorang memang tak beli banyak barang-barang besar, leceh nak berangkut bagai. Kitorang beli yang asas je macam peti ais, mesin basuh, katil. tu je. Yang lain macam sofa, memang tak beli sebab dekat rumah tu memang ada sofa. meja makan pun. sebab memang dah planning nanti masuk rumah baru, baru beli semua baru.

Di rumah ini juga kitorang mula membuat persiapan menyambut ahli baru kami. Perlahan-lahan ubahsuai suasana dalam rumah ni demi anak yang bakal lahir (iman ). di sini juga kitorang menjadi papa mama pada Iman. ahh, banyak sangat kenangannya kan.

Iman pun dah nak setahun......
adik ipar aku pun dah pindah lepas setahun tinggal dengan kitorang, memang terasa bila dia tak tinggal dengan kitorang dah.
adik ipar aku baik, berdikari dan selalu tolong aksk ipar dia ni basuh pingan, hehe.

Rasa sayang nak pergi dari rumah ni.....
tapi apakan daya, tentu saja rumah sendiri lebih baik dari rumah sewa...
berharap yang baik-baik saja bakal menemui kami nanti....
moga perjalanan baru kami sekeluarga dilindungi, dirahmati dan sentiasa di bawah rahmatNya.


aku ni bercakap, macamlah aku nak pindah dok oversea. hahaha. padahal pindah rumah je pun.. -____-'

Wednesday, April 3, 2013

Bila terlebih Prihatin!

Bila si baby ni terlebih prihatin, gini lah jadinya. Semua pun dia nak 'tolong' .


Tengoklah baby sape lah ni -_-'

Beginilah keadaannya bila punyai anak yang sedang rancak explore 'semua' benda disekeliling dia. Semua ok. Kang tak bagi, menangis. sekarang pandai dah, kalau kita larang dan alihkan dari dia, dah pandai nangis tanda nak juga. Grrr

Kita panggil baby dalam gambar ni sebagai 'pembantu' hahaha. Mana tak nya, kerja yang aku boleh settle kan dalam sejam dua, jadi berejam weyy sebab ada pembantu ni lah. Aku kemas, dia sepah. Aku susun, dia kumbar ( selongkar), aku masukkan dalam kotak, dia gegarkan kotak tu dan naik atas kotak tu -__-'

Akhirnya, aku pun malas, sebab buat dua ke tiga kali kerja berulang-ulang, sambil membebel. Sambil keluarkan suara garang. Dah memang tahap terpaling garang dah aku, tapi baby ni, buat derk je -________-

Pusing kepala den.










wordless wednesday yang dah terbanyak ayat. hahaha



*master bedroom dah settle cat.
*feature wall dah settle cat
*sofa dan meja makan dah sampai
*aircond dah sampai, cuma belum install je lagi.
*lampu 90 peratus settle. Berbaki lagi 3 lampu jer tak pasang lagi.


Monday, April 1, 2013

IMAN: 10 bulan.


31 mac, genap 10 bulan. Alhamdulilah. Genap lagi 2 bulan, nak setahun. Cepat betul masa berlalu. Macam tak percaya. Di sebalik life yang kelam kabut sebab ada baby, terdapat kemanisan-kemanisan yang hanya parent je alami. Anak ni umpama madu, dan dia juga racun.

Racun bilamana, papa mama baru nak dinner kat luar, makanan baru je sampai, anak dah buat bunyi nyamuk. Sudahnya papa mama makan macam nak pergi lumba lari. Makan bersepah je sebab nak cepat @_@ . Kahkahkah.

Dengan Iman, kami belajar macam mana nak jadi mak bapak orang. Sebab kitorang memang tak ada pengalaman pun. Datang rumah orang, jenguk or layan baby sejam dua TAKKAN sama dengan hadap baby 24 jam #kesatpeluh

Dengan dia juga, banyak try and error. Kikiki. Betul lah. Kadang-kadang tak semua dekat dalam buku tu betul. Or dalam internet tu perlu kita ikut je. Paling penting, serasikan dan faham cara dan taste anak kita, kan. Mana yang aku rasa tak mudarat, tak sulit, aku ok jer ikut style mak aku :-)

Ok. Cukuplah.
Macam tak percaya dah 10 bulan. Tak sabar nak tunggu, dia pandai apa pula bila dah 10 bulan kan.

Later,
Lara


#letih
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...