nuffnangku

Saturday, March 30, 2013

Deko Bilik Baby Yang Aku Suka.

Bila dah ada baby, harus fikirkan pasal bilik baby juga kan, walaupun Iman tak tidur asing, stil tidur dengan parent, tapi bilik baby ni penting. Penting sebab nak biasakan dia, kalau nak main, ada tempat khas, nak tidur pun camtu juga. Tak nak bersepah je, sebab mama bukan manusia rajin, hahaha.

Ini semua idea deco yang aku ambil dari google. Ada yang aku berkenan dan akan cuba apply dekat bilik 
Iman. Berjaya ke tak, tu nanti aku update.
Harap aku tak diserang kemalasan atau mati idea.

Semuanya aku d.i.y je kot, aku sendiri yang akan buat. Mungkin. Hehe.Aku ni jenis manusia yang suka buat sendiri sesuatu tu, sebab aku rasa ada kepuasan bila berjaya d.i.y. Kalau GAGAL, aku rasa nak musnahkan je semua, hahaha

Jom tengok pic di bawah ni.

mungkin akan ada pic seperti ini

simple tapi bukan warna yang macam ni

 macam serabut, tapi aku suka sebab nampak macam alam sekitar je

ini ok.

 aku minat ada huruf ABC ni.

 macam ni pun dah cukup cun bagi aku. Tapi aku tak rasa macam mudah nak buat. Aku tak suka yang rumit-rumit ni.


Paling berkenan dengan wall painting yang macam ni.


suka pokok ni. gigih tak aku nak lukis dan warnakan nanti? We will see...

kan dah kata, aku tertarik dengan pokok2 macam ni

ini yang paling menarik hati.

Kalau boleh aku taknak bilik tu sekadar bilik. Kalau boleh nak jadi tempat dia explore, belajar dan gunakan daya pemikiran kritis dan inovatif. Gittew taw ayat.

Taknak semak dan serabut dengan banyak perabot. Nak simple je. Iman memang akan ada bilik dia sendiri, yang akan di 'personalised' demi dia. Mama lah yang suka idea mengarut ni. Kalau ikut papa, biar jadi je bilik normal tu. hihi

Friday, March 29, 2013

My Love Story : How We Met.

25 Mac 2013
Genap 2 tahun, kitorang bernikah.

Alhamdulilah.
Segala puji pada Maha Suci Allah yang telah menentukan ikatan jodoh ini. Aku rasa tak pernah lagi aku cerita pasal kisah kitorang. Kalau tak tulis, takut nanti lama-lama nanti jadi lupa, walaupun tak logik boleh lupa, tapi perlu tulis supaya tak ada part pun yang tercicir. Dan ini juga untuk Iman, juga untuk anak-anak yang bakal datang, kalau diizinkan suatu hari nanti, InsyaAllah.

Disclaimer : Ada nama watak yang mungkin aku tukar nama. Dan apa yang aku ceritakan adalah dari side seorang aku. Aku tak cerita dari side orang lain. Lagisatu kalau ada persamaan kisah aku ni dengan kisah korang, aku nak bagitahu, semua ini adalah secara kebetulan dan tak ada kena-mengena dengan korang.

2) cerita agak panjang, harap jangan bosan dan sudi baca, peace

-- pause


Jun 2008.
Masa aku study dekat kolej, aku ada bestfriend yang sangat rapat dengan aku- Diela. Sehinggalah kitorang habis study, aku masih stay dekat rumah sewa tu. Rumah tu terlalu selesa buat aku, cuma tak semesra masa kitorang ramai-ramai duduk situ. sampai satu hari tu, Diela buat desicion untuk pindah keluar dari rumah tu, sebab nak stay dengan adik dia. Aku rasa kehilangan yang amat sangat. Macam patah tangan sebab kitorang terlalu banyak berkongsi suka duka, rahsia dan macam-macam lagi.

Kemudian, Diela dapat kerja di company yang cukup kalau  aku namakan sebagai ABC je.Oh ye, before tu kitorang bertiga walau duduk lain-lain rumah gigih cari kerja sama-sama ( aku, Diela dan Nuril ). Bila Diela dah dapat kerja, so aku dan Nuril je lah masih gigih ke hulu ke hilir dengan resume. Sampai satu hari aku dapat kerja dekat company GHI. Company ABC ni sub-company pada GHI. Dan kebetulan di tempatkan bangunan yang sama dengan Diela. Aku tingkat 9, Diela tingkat 11.

Alhamdulilah, tak ada yang lebih buat aku happy bila dapat bersama dengan bestfriend aku tu. Serius. Sampai sekarang, kalau dengan dia, memang aku happy.

Lunch dengan Diela.

Dan bermulalah episod aku lunch hari-hari dengan Diela. Sesekali dia bawa sekali akak-akak opis dia. Atau dia bawa budak-budak laki opis dia. Diela nak kenalkan aku dengan seorang budak opis dia, nama ape ntah aku dah lupa. Orang panggil Kia kot. Aku lupa daaa :( So aku kawan kejap dengan mamat tu tapi aku tak leh go on pun, sebab mamat tu semacam. Lagipun masa tu serius, aku ramai giler kawan lelaki. Yela masa tu aku betul-betul single. Baru setahun putus cinta dengan couple yang masa tu akucintamatipunya. Tapi aku ada relationship dengan sorang lagi mamat ni, tapi masing-masing tak ada kata putus sebab dia balik JB, aku pun tak rasa nak teruskan lagi relationship tu. Tapi kalau dia datang KL, kitorang jumpa ramai-ramai lah, gitu.

Masa tu aku happy dengan life aku.Aku tak memilih kawan asalkan senonoh dah la. Yang tak senonoh ni memang aku tak minat. Tapi tu cerita lama. Sila ingat part ni, sebab nanti korang terpaksa dengar kisah sedih aku pula. Teheee.

Ok, sambung semula.

Marah Dan Berasap!

Hinggalah one fine day, seperti biasa aku tungu Diela di Ground Floor. tunggu sebelah lif. Diela turun dengan 6 ke 7 orang opismate dia. Aku macam 'Erkk. ramai giler?' tapi dalam hati jelaaa. Aku ni ada satu perangai, kalau aku tak kenal, memang susah sangat aku nak ramah atau buka mulut. Muka pun jangan harap nak bermanis. Seriussss. Ni sejak azali, tak boleh ubah pun. Diorang ramai-ramai gelak-gelak jalan depan. Aku dengan Diela jalan belakang diorang. Diela mesti tahu yang aku segan dan kekok. Kitorang makan dekat foodcourt area opis.

Semua dah ada makanan masing-masing.  Aku pun. Meja yang kitorang duduk tu, meja panjang. Aku duduk paling tepi. Sebelah aku Diela. Depan aku ni ada seorang lelaki yang nampak friendly sangat. Sangat okehh. Diela dan officematenya yang perempuan tak sudah2 usik-usik dan bergurau dengan lelaki depan aku ni. Aku? aku terasa diri mcm lutsinar di situ :) tapi sempatlah aku komen dalam hati, kalau tak silap - aku cop laki tu laki gedik, uewww. So makan dengan senyap aje. Aku tak kuasa nak beramah mesra.


officemate lain punya kedudukan, aku malas lukis. teheeee.

Ok, lepas tu terjadi sesuatu yang kalau aku fikir hari ni, aku pun taktahu kenapa aku annoying giler dengan mamat tu. Hahaha. Begini ....

Sambil kitorang makan tu, datang sorang peminta sedekah berpakaian sami buddha ( pakaian kaler oren tu, tanpa kasut)dekat dengan meja makan kitorang. Dekat dengan aku lah kan. Lelaki annoying tu dan beberapa kawan dia bagi sedekah dekat orang tu. Tapi aku tak bagi. Sebab tak rasa nak bagi pun.

" Hish...tak baik tak derma" tetiba laki tu tersengih-sengih cakap macam tu dekat aku ( ayat ni memang sebijik macam ni uolls)
Darah aku menyirap sampai ke otak. Gitu. Tapi betul tau. Aku sangat hangin, berasap dan bermacam lagi lah. Dah lah aku menyampah dengan perangai dia yang macam gedik dan suka buat lawak entah apa-apa tu.

"suka hati sayalah.ini duit saya, bukan duit awak,yang awak nak sibuk kenapa!  suara aku meninggi, keras. marah yang memang langsung tak fikir nak cover cun :) aku bangun, terus cuci tangan (nasib baik sudah habis makan). Arghh. Tak boleh bla la mamat tu. Benci giler aku. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh segarang tu, itu kali pertamakali aku marah seseorang begitu direct pada kali pertama jumpa. Kali pertama jumpa ok. Gilerrr.

Laki annoying tu Acoi / Shamsyul.



Bersambung...

entah apsal annoying sangat dia waktu tu kan - sekarang, padan lah muka. Dah jadi syurga aku pun, grrrr Lara 2013

Tuesday, March 26, 2013

Anniversarry yang ke 2. ohmaiii.


Semalam, 25 mac 2013.
pada tarikh yang sama 2 tahun lepas, 25 mac 2011, aku sah jadi isteri pada suami aku, tepat pukul 4.02pm. Alhamdulilah dan syukur sebab dalam tak sedar, kitorang dah 2 tahun kahwin.

rasa macam 'eh, 2 tahun dah?'

dan untuk tempoh 2 tahun yang syahdu ni -- ZIYADH IMAN adalah satu bundle of joy untuk hidup kitorang, ganjaran dan saham untuk dunia dan akhirat, insyaAllah, juga our lifetime comitment.

Dulu sebelum kahwin aku lalui bermacam ujian dan dugaan, juga 'drama' sampai tak pasti kenapa aku jumpa atau ayat lebih tepat 'dijumpakan' dengan lelaki ini. Aku cari jawapan,
tak dapat pun. Rupanya jawapan tu hanya ALLAH yang tahu. Jodoh pertemuan tu kan rahsia Allah.

Syukur. Itu saja yang mampu aku sebut. Takde kata lebih manis dari rasa bersyukur sebab ada suami macam dia. Tak banyak kerenah, tak banyak hal dan sentiasa cuba permudahkan aku. Jarang nak cakap pasal kekurangan aku, keburukan aku. Jarang nak judge aku, nak kongkong atau suruh aku ikut cakap dia. Jarang, kalau ada pun, mesti bersebab. Ya, bersebab.

Dia suami yang baik. Juga papa yang penyayang. Kalau pergi mana-mana, memang Iman tu dengan dia, aku pula merewang ke tempat lain :-) serba boleh bab uruskan anak. Tukar pampers, buat susu, suap makan, mandikan dan basuh poopoo, semua pass dengan baik sekali. Juga pandai entertain anak. Pernah tak aku mention yang iman lebih rapat dengan papa dia berbanding mama!sobssss.

Aku tak tahu masa depan akan membawa kami ke mana. Aku cuma harap dapat hidup dan mati sebagai isteri dia sahaja. Harap doa dan permintaanku di tunaikan Allah, AMIN.
posted from Bloggeroid

Friday, March 22, 2013

Biodata Ziyadh Iman

imanomey

Nama : Ziyadh Iman
Tarikh Lahir : 31 Mei 2012
Cara Dilahir : Emergency Cser
Usia: 9 Bulan 3 Minggu
Warna Kegemaran : tak pasti :p
Kartun Kegemaran : Kebanyakkannya Dari BabyTV - Hungry Henry, Charlie' And The Numbers, Oliver Discover
Minuman Kegemaran : Susu Frisolac
Minuman Yang Paling Dibenci : Air Suam!
Makanan Kegemaran : Bubur Ayam Dengan Bayam Dan Keledek
Makanan Cepat Boring : Nestum
Bilangan Gigi Yang Terkini : 4 Batang, 2 lagi sedang berusaha nak muncul juga :)

Kemahiran :
1) celup jari dalam air pepsi mama ( malam tadi baru buat)
2) celup semua jari dalam air suam mama
3) jatuhkan telefon rumah tu dan modem wifi ke lantai
4) jatuhkan remote astro dan tv ke lantai, serentak lagi ada feel -_-'
5) suka baling, buang dan ambil periuk belanga, nasib baik semua plastik je.haha
6) merangkak laju-laju pergi ke dapur sebab tahu dapur adalah kawasan larangan. Jadi bila ada peluang, harus pecut cepat-cepat sebelum papa ambil atau mama bising
7)suka tutup air paip yang sedang keluar dengan jari, nanti terpercik kena muka sendiri ( padan muka)

Kesukaan :
suka main piano untuk baby tu, dengan feeling macam pemain piano. (serius, budak ni feeling betul bila ketuk keypad piano baby tu ) hahaha

Seorang yang suka berdukung.
bukan pemalu, tapi tak peramah pun.
ramai puji dia budak baik sebab diam aje, comel, baby besar dan lain-lain lagi.
kulit cerah padahal papa mama tak cerah. Hagagaga
Tepuk papa ketika papa tengah tidur
Seorang yang tidur lasak
Suka idpeluk masa tidur, kalau mama atau papa tak peluk, dalam tidur tu dia golek sendiri ke celah ketiak salah seorang -__-'


cukuplah setakat ni, nanti sambung lagi. ada banyak yang tak ingat lah buat masa sekarang



Wednesday, March 20, 2013

Thanx Nuffnang.


ni BE ketiga tahun ni, Alhamdulilah. Even tak lah gempak macam orang lain punya, tapi syukur. Rezeki tetap rezeki, walau sesikit atau sebanyak mana pun iya, selagi ianya dari sumber dan cara yang halal kan, Alhamdulilah.

~senyum. Hari tu dah sedih bila BE feb dah habis. Hihi. Selang sehari dua masuk yang baru. Yeay.

Thanx nuffnang.
posted from Bloggeroid

Tuesday, March 19, 2013

Rendam oat again, nak jawab soalan fifi :-)

hihi. Baik jawab dalam entri baru, senang sikit. Sebab baru perasan, entri aku semalam tak berapa lengkap. Hihi.



1) pas rendam tu kita masak semua eh?
Yup. Kena masak semua. Sebab tu bila nak masak, sukat je berapa anggaran yang korang nak guna dalam seminggu dua.

2)bila dah masak semua, lebih tu kena frozen ke?
Betul.kena frozenkan. Tapi nak lagi senang, blend and tapis pas masak tu dan frozenkan. Normally tahan lama sama macam puri. Tapi untuk elakkan nutrien makin hilang, better frozenkan untuk kegunaan seminggu dua. So still fresh

3)oat tu rasa masam tak sebab lemon?
So far,dah 3 kali i buat, rasa tak masam. Rasa oat biasa tu je. Air rendaman tu tak payah buang. Bila nak masak esoknya, terus tambah air lagi macam kita nak masak bubur tu. So sebab tu before nak rendam, make sure dah basuh oat tu bersih2.

Tapi kalau korang tak confident, bila nak masak tu, leh je buang air rendaman dan tambah air baru.

4)oat tu tak basi?
Masa rendam tu oat akan bau masam sikit, tapi tak basi dan tak effect pada rasa.

Soalan ctmah :
7 bulan dah boleh makan oat?
Yup. Dah boleh. :-)

posted from Bloggeroid

Cara rendam oat dengan betul.

Ini untuk rolled oat ye. Bukan instant oat. Kalau instant oat tu, rendam sekejap dengan air panas je, macam biasa.



Ini je bahan-bahannya. Mudah. Bukan guna banyak benda pun kan :-)

1 cawan rolled oat
1 cawan air
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar jus lemon

Campur semua dalam satu bekas. Tutup gitu je untuk tempoh lebih 12 jam :-)
Mesti korang rasa macam lama giler nak tunggu kan. Bila rendam tu, bajetlah untuk buat makan dalam seminggu punya, so tak adalah hari-hari korang nak kena hadap rendam merendam ni kan.

Tips : mula rendam dalam pukul 7 malam. So sok pagi dah boleh guna untuk masak dah kan.


Oat yang sedang di masak. Serius, aku suka bau oat.

Kenapa kena rendam oat ni sampai macam ni?
1) supaya sistem penghadaman koran / baby lebih mudah di hadap.
2)oat tu masih di level bijian, maksudnya masih lagi biji benih. So sifat dia macam, walau apapun terjadi, dia tetap nak jalankan tugas dia sebagai sebarkan beni pok tu. Sebab tu susah nak dihadamkan

Nak baca lebih lanjut, g sini : http://rendambijirin.blogspot.com

Hope baby korang suka makan oat :-)

posted from Bloggeroid

Friday, March 15, 2013

Interior Design Yang Aku suka :)

Aku memang suka style Scandinavian. Serius suka. Tapi kena realistik sebab aku tak yakin aku MAMPU nak maintainkan majoriti besar warna putih pada semua benda :) Tapi aku memang peminat tegar warna putih. Hish...Jom tengok beberapa gambar yang aku suka nak jadikan sumber inspirasi then untuk berangan pun ye juga (:

 Dapur
Bestkan kalau ada tingkap macam tu. Boleh duduk-duduk sambil makan homemade kek. Hahhaha


Ruang Makan
Simple dan tak sarat, ada tingkap lagi :)


 Ruang Tamu
haruslah yang selesa dan sofa empuk. Aku rimas kalau banyak sangat perabot :)


Bilik Iman
Kalau rajin, aku nak buat sesuatu yang macam ni dekat bilik dia. Again, kalau rajinnn. Hahaha


Bilik Tidur
kalau perasan semua deko aku suka putih dan simple tapi tapi untuk bilik tidur aku prefer something yang macam ni, lampu malap, bedsheet warna gelap, dinding pun warna gelap. Bestkan? Rasa mengantuk je kalau masuk dalam bilik :)

Well, ini inspirasi je. Tak mungkinlah aku terrer nak deko jadi cun sampai camni. hihi. Berangan kan free je.

Thursday, March 14, 2013

Yeay!

Tapi feeling ni untuk esoklah kan :(


posted from Bloggeroid

Wednesday, March 13, 2013

Penting, nak beritahu ni....

Assalamualaikum. Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Hehe.
Nak beritahu ini...


DSC_0782done


Mula-mula nak bagitau, aku baru officially mulakan bisnes online ni pada hari ni 13.03.13. Harap semua readers aku, follower dan termasuk silent reader atau sesiapa yang secara tak sengaja tersinggah sini, harap sudi beri sokongan pada aku.

Aku masih baru dalam bidang ni.  Masih bertatih. Hanya dengan sokongan dan LIKE atau FOLLOW anda aje lah yang dapat membantu aku bertatih dan bangun :) Harap ada rezeki untuk anak-anak kami.Amin.

DREAMSISTERS : owner bersama aku dan kawan aku, Wani sebab kitorang buat 2 Fesyen Line yang berbeza yang combine under 1 label, iaitu Dreamsisters. Aku khusus pada bridal veil yang custom-made dan ready-made dan dia fokus pada hijab. Dan kami memilih tagline : Affordable . Adorable, meaning that semuanya mampu milik :)


facebook : Dreamsisters - jom like sini :)
dan juga di Instagram : dreamsisters

TEASER :

ds1

coming soon... dalam masa terdekat. InsyaAllah.

Tuesday, March 12, 2013

Kelebihan Ada Anak Lelaki.

Boleh jadi geng papa. 
Untunglah kan. 
Jadi mekanik pun sama-sama. 
Main kereta remote control pun sama-sama. 
Mama je tak ada geng nak ajak main anak patung barbie. 
Yela, tak apa lah. Sobsobbsobbb
Balik dari Tesco je terus dua beranak ni test kereta yang diorang baru beli ni.
Sabar jela.
Ini lah kononnya kelebihan ada anak lelaki, boleh jadi geng papa ar. huh

Friday, March 8, 2013

Cara Berkasih Sayang Suami Isteri Mengikut Sunnah Rasulullah SAW.

Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
1. Tidur satu selimut bersama isteri

2. Memakai wangi-wangian
3. Mandi bersama isteri
4. Menyikat rambut suami
5. Membantu isteri di dapur
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
10.Berjalan berpegangan tangan

Semoga kita semua dapat mencontohi Baginda. InsyaAllah. Cinta lepas kahwin itu lebih indah 
♥ mana yg belum kita amalkn tu, jom lah amalkan supaya rumahtangga lebih harmoni dan lebih mesra. 

Wednesday, March 6, 2013

Overnight

Wordless wednesday

Hishhhh.

posted from Bloggeroid

SEGMEN : SAYA NAK 'UP'KAN FOLLOWER SAMPAI TAK LALU MAKAN

join segmen dari blog ini :  http://loveprettydinda.blogspot.com
 jom tengok apa syarat-syaratnya.

Syarat-syaratnya amat mudah :


* Follow blog Noor yang ala-ala bajet comey tu.. huhu..( done)


* Buat 1 entri bertajuk " SEGMEN : SAYA NAK 'UP'KAN FOLLOWER SAMPAI TAK LALU MAKAN"( done)

* Tampal Banner yang kat atas tuh right click dan copy image url pun boleh , dan backlink kat blog nih. Maknanya kalau ada orang klik banner yang korang tampal tu, terus masuk Noor punya segmen. ( done)

* Tag minimum seorang rakan anda. ( done) tag : http://nanameer-patrickstar.blogspot.com





Tarikh tutup 29 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 12 MAC 2013.

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH


Masuk segmen dari blog ini : http://hanyadihatiku.blogspot.com

syarat segmen ini :

1. Tajuk entry - SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH  (done)

2. Letak banner segmen  (wajib) done

3. Letak JUMLAH FOLLOWER TERKINI (367 -done)

4. Mana-mana kawan baru boleh je follow blog ni. (jangan risau, nanti saya follow balik ye)-dah follow lama dah,tapi x follow semula pun :)

Baby 9 Bulanku.


Berat : 9.4 kg jer. Masa 6 bln 8.7 kg. sikit betul naiknya, padahal makan banyak. normal kot?

Tuesday, March 5, 2013

Perkembangan Iman : 8 bulan.

Iman dah masuk 9 bulan. Alamak, kejap betul masa berlalu. Lagi 3 bulan dah setahun. Hmm, tengah fikir nak buat birthday party Iman ni. Agak-agak ada yang nak datang tak? Of coz aku buat kat kl :-) Mood : tanya serius ni.hihi

Ok. Nak update apa yang dah dilalui oleh budak debab ni selama masuk umur 8 bulan.

Merangkak
Super fast. Kalau dia tahu orang larang dia pergi satu tempat tu, atau tahu orang datang nak angkat dia dari g tempat tu, dia akan merangkak laju giler macam nak lari, sambil gelak-gelak. Dah pandai merangkak ke mana-mana sendiri, normally suka pergi dapur sorang-sorang sebab nak main lesung batu yang aku memang letak bawah je. Aku suka guna lesung batu kalau nak tumbuk bawang, sebab tak berapa lumat macam pakai blender. Entah dah memang jenis aku masak suke tengok hampas-hampas bawang tu. Eh lari topik.

Makan
Sekarang makin seronok nak memasak makanan dia, sebab dia jarang taknak makan. Aku jarang buat stok frozen makanan dia, biasa serve fresh je. Aku selalu masak untuk 2 kali makan ( lunch and dinner), biasa minum petang aku buat makanan lain yang tak berat sangat tapi tetap mengenyangkan:-) lagipun dia dah 8 bulan, lagi banyak makanan yang dia dah boleh makan, so memang excited. Tapi kadang-kadang kalau balik berjalan, aku bagi nestum, sebab tak sempat nak masak. Kalau bawa bekal, kadang-kadang dia nak makan, kadang taknak. Tak tahu sebab apa.

Memanjat
Terrer dah.

Campak barang.
Lagi terrer. Blender mama dah cacat 1 kaki sebab kena campak ke lantai oleh ziyadh iman.

Gigi.
Gigi pertama di kesan pada 28 jan. Bila 28 feb, check semula, total gigi adalah 4 batang. Aik, dalam masa sebulan begitu pantas tumbuhnya? Alhamdulilah dia tak ada gatal gusi atau demam. Tapi, dia tak reti kunyah makanan lagi. Aku pernah try bagi yang tekstur kasar sikit, dia tercekik. Gila ar aku punya panik, dah la masa tu aku sorang je. Taubat takmo try lagi. Nantilah, bila aku dah yakin nanti, aku try lagi. Buat masa sekarang, tak apala, semua pun aku blend jerr -_-'

Tak pilih kasih.
Yesza, sesiapapun boleh dukung dia, pegang dia. Dia tak ada hal. Dia bukan jenis nak berkepit dengan parent je.

Respon.
Dah pandai bagi respon gelak2 bila tengok tv. Sebelum ni kalau dia suka sesuatu kartun tu, dia akan senyum memanjang je. Kalau nampak parent dia, dia akan bagi senyuman termanis sekali. Caiirrrrr.

Explore
Memang tengah suka explore benda2 dekat sekeliling dia termasuk remote astro, suis dan kipas. Grrrrr. Stresss,mama hokehhh.

Pampers.
Pakai pampers adalah umpama istihar perang dekat dia. Ahhh aku benci part pakai pampers.asik kena tendang dengan dia.

Itu je kot. Yang lain tu basic2 dan biasa2 aje la kot.
posted from Bloggeroid

Lahad Datu.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani...

Aku yang berada di semenanjung, tetap risau dan sedih dengan keadaan di sana. Bila buka fb, ada je yang dok sharing bermacam info tentang keadaan dan isu di sana. Ada yang aku baca dan ada yang aku skip. Ada yang aku rasa nak hide terus dari keluar dekat news feed tu, yang aku nak hide, of coz yang dok cerita pasal isu-isu berbaur politik.

Bila keadaan semakin genting, boleh tak kalau korang semua tolak tepi sekejap fahaman politik masing-masing? Its not about politic issue anymore. Its about nyawa manusia, people. Come on la, be sensitive.

Annoying sangat pada yang tak sudah-sudah menyalahkan pihak itu, pihak ini. Mostly yang jadi wartawan tak berbayar ni, adalah orang yang tak berada di sana, tak merasai keadaan tegang tu sendiri.

Dari menyalahkan pihak itu ini, dari sharing info yang entah mana sahihnya, dari memberi komen-komen yang kadang-kadang macam tak berperasaan langsung, apakata kita sama-sama hantar doa pada yang sedang berjuang dekat sana, yang sedang bertahan, anak-anak kecil, ibu-ibu di sana, famili-famili kawan kita di sana supaya sentiasa dilindungi, diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Juga isteri-isteri, anak-anak dan kaum keluarga pejuang kita yang dah ditugaskan di sana semoga mereka juga diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini.

Ini bukan pasal politik. Ini bukan pasal semenanjung dan sabah sarawak. Ini pasal tanah air kita, malaysia.

Sebak dan pilu bila baca update satu persatu pahlawan kita gugur. Ini bukan perkara main-main. Tolong sensitif sikit, boleh tak?maaf kalau entri ini annoying juga. Tapi ini blog aku dan ini apa yang aku rasa.

Alfatihah untuk semua pahlawan beragama Islam yang gugur. Juga takziah untuk pahlawan yang bukan beragama Islam.kalau aku yang ditempat mereka...... aku takkan mampu. Allahuakbar.
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...