nuffnangku

Wednesday, February 27, 2013

Resepi oat dengan labu dan epal yang yummy, 8m ++

Aku baru perkenalkan oat dekat Iman sebab aku dah boring hari-hari bagi dia bubur nasi. Aku tengah tunggu dia pandai kunyah je, pastu memang nak bagi segala jenis mi, segala jenis makanan untuk baby yang sesuai dengan umur dia.

Macam sekarang, semua kena blend.

Tapi alhamdulilah lah sebab dia ada selera nak makan. Aku perasan Iman ni kalau dua ke tiga hari ulang resepi lebih kurang, dia makan tapi buat muka tak excited, mesti cakap dalam hati lettew, boring dah hari-hari makan benda yang sama. Hihi.

Yang leceh bila nak bagi oat ni, sebab kena rendam oat paling kurang 12 jam sebelum nak masak, untuk rolled oat. The next entry, aku bagitahu macam mana nak rendam oat dan kenapa kena rendam. Sekarang aku taip guna tab, so agak susah nak update.

Jom, tengok resepi. Untuk korang yang nak cari resepi-resepi yang pernah aku letak, boleh cari di ruang sebelah kanan under label -solidfood.

BAHAN - BAHAN :

Rolled oat ( ambil sukatan untuk 2 kali makan, macam Iman aku ambil lebih kurang 10 sudu besar )
Bawang merah ( yang kecil )
Bawang putih (yang kecil )
Unsalted butter ( 1 sudu besar )
Sweet potato / keledek warna oren ( sepotong, di dadu)
Epal ( 1/2 biji, buang kulit, dadu kan)
Labu ( sepotong labu, dipotong dadu )
Cheese ( untuk pekatkan dan buat ia berkrim )
Kismis/kurma ( ikut suka, supaya ada rasa manis )


Cara :


Rolled oat yang dah direndam semalaman, di masak terlebih dahulu, macam masak nasi.



Labu dan epal dibuang kulit dan biji. Bawang merah dan putih.

Tumiskan bawang merah dan putih dengan unsalted butter. Kalau tak ada, tumis dengan minyak zaitun. Sampai bawang layu, masukkan air sedikit. Kemudian masukkan sweet potato dan labu serta kismis. Biar sekejap sampai lembut. Kemudian, masukkan epal. Bila semua dah lembut, masukkan oat yang dah dimasak tadi. Pastikan api kecil je, sebab taknak oat berketul. Gaul rata. Last sekali masukkan cheese. Siap!

Resepi ni untuk 2 kali makan.


Inilah rupanya. Sedap. Ada rasa manis-manis dan creamyyyy! Tapi versi Iman, semua blend. Hihi. Iman suka. Makan habis, alhamdulilah.

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 26, 2013

Rumah Kami, InsyaAllah.

Dengan Nama Allah dan Dengan Izin-Nya, hari ni aku nak kongsi sedikit pasal rumah kitorang-- Rumah Keluarga kecil Mr.Shamsyul.

aaa
... Di sini kami meneruskan kehidupan nanti. Again, hanya dengan izin Allah.

Seingat aku, aku tak pernah cerita secara khusus tentang rumah yang bakal kitorang duduk. Kalau ada, sorry, aku lupa. Suami aku beli rumah ni sejak tahun 2009 lagi. Ingat lagi masa tu dia cakap, nanti bila siap, aku lah suri dekat rumah tu, boleh hias-hias rumah tu. Padahal masa tu kitorang LANGSUNG tak ada perancangan nak kahwin, ada konflik drama swasta lagi. Tapi, yelah, dah jodoh. Alhamdulilah.

301220124326a
My Boss and My PA. Hahaha.

Dia submit loan dan beli rumah tu akhir tahun 2009, disember 2009. Rumah tu dijangka siap tahun 2012.

Alhamdulilah. Memang siap seperti jangkaan sejak Julai 2012 lagi. Tapi nak tunggu kunci tu je, azab, hihi. So pada 30 Disember 2012, kitorang disuruh datang opis ambil kunci dan boleh melawat rumah. Perasaannya, Allah aje yang tahu. Berkobar-kobar dan excited. Rumah sendiri punya feeling adalah berbeza dari rumah sewa. Jangan salah faham. Aku bercakap tentang diri aku sendiri. Sejak bulan mei 2011 kitorang menyewa sebuah rumah ni, memang sayang rumah sekarang ni sebab di rumah sewa itulah kitorang belajar hidup berdua. Belajar bagaimana bertatih nak mulakan kehidupan berumahtangga, dan beranak pinak pula.Lagipun tuan rumah pun baik dan memang boleh bertolak ansur, persekitaran pun dekat dengan LRT, shopping complex dan 10 min je ke Times Square, Pavilion. Memang best lah duduk area sekarang ni. Tapi sampai bila nak sewa kan, lagipun sebab ada rezeki masuk rumah sendiri. So feelingnya memang lain.

Hanya syukur yang dapat di ucapkan pada Allah atas rezeki ini. Rezeki Ziyadh Iman.

So sekarang ni memang tengah bz survey perabot dan macam-macam lagi. Kitorang tak renovate banyak. Kalau ada pun, berperingkat. Tapi buat masa sekarang, memang tak ada perancangan nak renovate segala sebab yang tingal kat rumah tu pun 3 orang je nanti kan. So no need major renovation untuk besarkan itu ini atau tambah itu ini.

Lagisatu, kitorang pun tak ada pening-pening sangat nak fikir banyak benda, sebab kitorang dua-dua ni jenis yang simple, so memang nak apply less is more. Dan paling penting, rumah itu syurga kami-begitulah konsepnya. Aku pening kepala kot kalau perabot banyak sangat atau banyak sangat hiasan. Dan tambah pening bila dah ada tukang kemas. Tahu-tahu jelah baby boy kan. Tak sanggup imagine barang bersepah atau pecah kena baling. Noooo!!!!

tingkap
pemandangan di luar rumah.

Ada anak kecik, buat cara ada anak kecik -_-' Ok, fahammm.

Dah saat akhir sebelum dapat kunci ni, memang ada banyak dugaan dan hanya Allah je yang maha mengetahui. Akhirnya syukur. Semuanya dah selesai. Lega. Tu yang baru nak share. Rumah kitorang ni of coz lah bukan banglo. Rumah panjang zaman moden je. Ini rumah kedua Ziyadh Iman lah. Sebab mama dah ada sebuah rumah dah. Kalau jadi apa-apa pada mama, rumah tu memang hak Ziyadh Iman, InsyaAllah. Rumah papa ni pun. Sobss. tetiba sedih. Tak pasal-pasal je kan. Haha.

736081_4838512516400_602878038_o
pasni hari-hari boleh letak budak ni dekat sini. hahaha. evil laugh.

Dan yang paling best, sebab kitorang berjiran dengan kawan suami aku. Masa bujang, laki aku duduk serumah dengan kawan dia ni. Kerja pun di tempat yang sama ( dulu ), so memang bestfriend. Bila dah kawen pun ,still bestfriend. Lepas tu aku pun dah berkawan dengan isteri dia, Kak Nani. So lepas ni lagi bestlah kan. Ada geng lepak. Iman pun boleh berkawan. Sebab macam sekarang ni, life Iman asik dengan orang yang lebih tua, so aku takut dia tak berapa reti berkawan. Lepas ni, ada kawan dah :)

aa
Iman nampak pelik sebab tengah melompat. See, ni rumah kosong semata, belum ada apa-apa perabot pun, kitorang dah rilex je lepak macam ni. Bila rumah dah siap nanti, hehehe.

Security 24 jam dan strict. Ada cctv,swimming pool,gim dan entah, ada macam-macam lagi kot.

Oklah, itu sahaja setakat ni. Nanti update lagi. Entri ini ditulis dengan kebenaran suami aku. Sebab ditulis, bukan ada niat apa-apa melainkan nak ceritakan kisah sebuah perjalanan hidup. Certain info dirahsiakan demi keselamatan. Hehe. Seronok tengok pic dekor rumah ni.

Monday, February 25, 2013

Resepi Bubur Nasi campur Telur. Dan cara nak perkenalkan telur pada baby usia 8 bulan.


RESEPI :
1 biji bawang merah ( aku pilih yang kecik je )
1 ulas bawang putih, pun yang paling kecil
beberapa ekor ikan bilis
beberapa helai daun bayam
1 sudu besar kuning telur.


CARA :
tanak bubur.
sambil tu tumis bawang merah, putih dan bilis semua tu dengan olive oil.
masukkan dalam bubur.
bila dah nak masak, masukkan 1 sudu besar telur merah dalam bubur. akhir sekali bayam.

p/s : kalau nak tumis, guna Pure Olive Oil ye. Tu memang untuk menumis.


Ini pertamakali aku letak telur dalam bubur nasi Iman. Untuk yang belum tahu, telur ni macam makanan yang paling kita nak alert bila nak bagi pada baby, sebab takut baby alergic. Sebab tu digalakkan untuk intro pada baby bila dia dah 8 bulan. Penting sebab ada baby memang alah pada telur. Nanti masa dia usia 1 tahun before kena cucuk,  kena pastikan anak lulus ujian telor ni. Kalau masa korang intro telur ni anak ada tanda-tanda alergik dengan telur, better pergi klinik untuk dapatkan injection.

Updated cara introduce telur (ikut PPUM - MMRTELUR)

kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat.
- telur kena pastikan betul2 masak
- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.

Cara nk intro:
Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja 
Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)

Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur 
Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya 
Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu



sumber dari : HSFFYB

Saturday, February 23, 2013

Resepi bubur baby paling simple :)


Ini resepi bubur yang aku masak masa Iman berusia 7 bulan. Aku dah upload dekat instagram, tapi nak upload semula dekat sini, sebab ada kawan aku baru nak bagi anak dia solid food. Nanti senang dia nak cari resepi dekat sini.

Resepi ni ada ayam. Ini pertamakali aku intro ayam dekat dia, masa dia 7 Bulan 3 Minggu. Sepatutnya 8 bulan baru boleh intro. Tapi lepas intro tengok Iman ok je, so pass. Badan dia pun tak ada merah-merah, poopoo biasa je. Alhamdulilah.

Bahan-bahan :
beras ( segengam )
lobak merah ( dalam seinci)
daun sawi ( 2 atau 3 helai )
ayam seketul kecil

Cara : 
-tanak bubur dulu. 
-hiris lobak kecil-kecil, ayam potong dadu, bersihkan dan basuh. siat daun sawi. 
-masukkan ayam. Kemudian lobak dan akhir sekali daun sawi bila bubur hampir masak. tunggu sampai lobak jadi lembut. dan siap!
walaupun tanpa garam, tapi bila campur aym, rasanya memang not bad. sedap :)


Friday, February 22, 2013

Resepi Bubur Nasi Campur Labu dan Keledek.

Bahan-bahan :
-bawang merah, sebiji, dihiris
-3 biji kismis, nak letak lebih pun boleh. Aku nak pelbagaikan rasa, sebab tu aku letak sikit sebab nak baby lebih explore rasa keledek tu.sebelum ni dah selalu letak kismis ni :)
-labu, sepotong kecil
-keledek oren, sepotong kecil
-daun bayam, beberapa helai


Cara :
-Masak bubur macam biasa, masukkan bawang merah yang dihiris tadi.
-Bila bubur hampir nak masak, masukkan keledek, kemudian labu. Last sekali daun bayam. Siap.
-Blend dan tapis kalau anak belum pandai nak terima tekstur kasar macam Iman.

Ini pertamakali aku masukkan bawang dalam bubur dia. Sebelum ni aku tak letak, sebab masa dia 6 bulan dan 7 bulan, aku tak plan pun nak aja dia explore bermacam rasa dalam makanan dia. Ini cara aku sebab aku suka perkenalkan sesuatu step by step. Rasa enjoy, hihihi.

p/s : Iman tak kembung makan labu. Kalau masa puri dulu baby korang kembung makan labu atau keledek, masa masak tu, masukkan sehiris kecil halia. Tapi masa nak blend nanti, tak payah ambil sekali halia tu. Itu untuk buang angin :)

Resepi aku buat semuanya lebih kurang sama je, sebab Iman baru ada sebatang gigi dan baru 8 bulan. Dia belum reti nak terima makanan bertekstur kasar. So memang semua aku blend halus. Adjustlah ikut anak korang k.

700 hari sudah bernikah.

Wah.
Rasa tak sabar nak tunggu 1000 hari pula.

hehe.

Thursday, February 21, 2013

Fariza sambung belajar di Korea.


Perasaan yang susah aku nak ungkap. Sedih. Sebab dia bukan sahabt 7 tahun aku, tapi 17 tahun. Bayangkan lah. Even haluan kitorang lepas sekolah dah tak sama, tapi tetap tak lost contact. Tetap bestfriend.

Aku dengan dia, banyak sangat perbezaan. Paling penting, aku pun tak tahu kenapa kitorang boleh jadi kawan baik. Aku pendiam ( masa sekolah ) dan dia sangat peramah. Ramai orang suka kawan dengan dia. Aku dah tentulah tak ramai kawan :P

Dia pandai math, aku paling lemah math. Masa form 4, dia sanggup buat exam sambil lewa sebab nak sama kelas dengan aku dan Hajar. Nak duduk sama-sama kitorang dalam kelas yang sama. Setiapkali ujian Add Math, aku dapat 5/ 100. Dia dapat 98/100. Gilerkan perbezaan kitorang. Sampai cikgu pun pelik. Dah ah bestfriend, tapi ketara sangat dalam banyak aspek.

Banyak sangat yang kitorang lalui. Macam-macam.


17 tahun membawa banyak erti dalam hidup aku.

Masa kitorang sekolah menengah, aku kerap sangat datang lepak dekat rumah dia. Masa tu kitorang habiskan masa dengan bersembang, bergosip dan macam-macam lagi. Bila hari ni aku kenang semula, aku gembira sebab kitorang pernah buat tu semua sesuatu masa dulu, dan itu antara kenangan persahabatan kami.

Aku ni jenis manusia yang jarang nak tegur orang dulu. Kau tegur aku, insyaAllah aku pasti boleh balas dengan mesra.  Gitu lah aku. Tapi untuk buat-buat peramah, memang bukan aku. Tu memang Yah pandai buat.

Sebagai kawan dia, aku selalu bangga dengan pencapaian dia, biarpun aku tak setanding dia, aku tak kisah. Aku cuba bagi sokongan dan dorongan untuk dia terus berjaya. Lepas habis universiti, dia saja-saja isi borang untuk uji bakat GADIS MELAYU MUSIM PERTAMA. Mungkin dah rezeki, dia terpilih. Dipertengahan rancangan tu, dia dapat tawaran kerja dengan Jabatan Meteorologi ( kaji cuaca ), dan sebab itulah dia ambil keputusan tarik diri dari Gadis Melayu musim pertama tu. Kemudian dia jadi pembaca ramalan cuaca dekat TV1, dan dirisik oleh TV1 untuk kerja under dorang, tapi Yah tolak. Aku tahu bidang glamer ni bukan jiwa dia. Dia tak suka.

Dan kemudian dia dapat tawaran sambung belajar di Korea. Bukan senang nak dapat tajaan penuh sebab tu dia kena lalui  bermacam ujian dan interview. Sebab tempat kekosongan untuk Asia hanya ada beberapa je, persaingan sengit. Dia pun tak yakin dia akan dapat. Tapi aku, dari dulu, sekarang dan Insya Allah akan datang pun,tetap percaya pada kebolehan dia.Aku dapat rasa dia akan dapat. Akhirnya alhamdulilah.

Tapi aku tak dapat hantar dia dekat airport sebab aku masih stuck dekat melaka. Sngat sedih. Aku pun tak tahu bila aku dapat jumpa dia lagi. Aku rasa macam hilang lagi sekali separuh diri aku. Sebenarnya berkali dah aku rasa kehilangan tapi hilang-hilang yang itu semua pun, aku masih tahu dia masih di negara yang sama dengan aku.

Lepas ni?

Entahlah. Dia jauh nun di Korea.

Aku harap semuanya dipermudahkan untuk dia. Ya, benar-benar berharap.


Wednesday, February 20, 2013

Ukuran sebuah kejayaan dalam hidup seseorang?

to be specific la, ok. Semua tentang success indicator/ pengukur kejayaan hidup seseoranglah kot senang cerita ( baca : aku ).


Sebab ini pendapat aku. Dan sebahagiannya adalah kisah aku, berkisar tentang apa yang pernah aku hadap dan bakal aku hadap.

Well, masa aku baru lepas sekolah, aku memang nak sangat masuk U, buat ijazah sebab nak ada kerja dan duit yang banyak. Normal la kan, semua orang nak dapat kerja yang elok-elok, gaji yang banyak. Bila dah lepas masuk U,  kehendak aku masih sama. Masa tu aku anggap orang yang da jawatan tinggi, gaji ribu-ribu dan mampu pakai barang branded adalah orang yang berjaya. Sangat berjaya.

Sehinggalah aku masuk alam pekerjaan.
Beberapa tahun kerja, menghadap pelbagai kerenah manusia. Hadap bermacam kerenah customer bank. Serius, aku rasa stuck. Aku rasa jiwa aku bukan dekat situ. Sangat-sangat. Aku rasa serabut setiapkali ada customer complaint, satu organisasi jadi kecoh. Dari semut hingga ke gajah dok heboh. Yang mana boleh lepas tangan, cepat-cepat nak sorok tangan.  Kemudian aku tengok life-life mereka ni. Ada yang masih mengutamakan kualiti hidup berkeluarga, tapi sangat ramai yang lagi gila kerja. Well, aku faham. Untuk nak dapatkan famili berkualiti, duit antara peranan penting, aku bukan defensive. Malah taknak cakap pasal orang. Aku nak cakap tentang diri sendiri je. Apa yang aku rasa. Apa yang aku pendam :)

Sesetengah perkara yang dipendam, hanya sesuai cerita dekat blog je kan :)

Lepas dah lalui zaman gelap, aku pun dah nak masuk umur 30 tahun. Aku lalui bermacam suka-duka, jatuh, bangun dan tergolek sendiri yang mana aku sendiri je faham apa yang aku lalui. Tak semua aku perlu cerita dekat orang kan :) , pendapat aku tentang orang yang berjaya pun dah berubah. Matlamat aku dalam hidup ni pun dah banyak berubah.

Kalau kawan aku berjaya dapat kerja elok, sambung belajar ( leih tinggi dari aku la ), of coz aku happy dan aku jeles. Tapi sekadar jeles sebab dia dah melangkah. Aku bila lagi? Tapi masing-masing antara kita, kalau melangkah, haluan tak mungkin sama sebab fokus, keutamaan dan kehendak kita masing-masing adalah berbeza. Aku benci terlibat dengan financial institusi, sebab aku memang tak minat sesuatu yang straight, sesuatu yang bernombor. Err, aku benci math ok. Aku suka sesuatu yang dekat dengan jiwa aku. Lama juga aku mencari, apa yang kena dengan jiwa aku. Tapi of coz lah masih tak jumpa lagi, Hihihi. Tapi itu tak bermakna aku tak akan masuk berlumpur semula dalam bidang yang aku tak suka ni. Pengalaman aku lama kot dalam banking line, cuma masa belum menentukan semuanya.

Aku memang tak minat dah nak sambung study sebab aku tak minat pun nak buat master ( setakat hari ni lah, esok lusa, aku belum tahu ). Tapi masa lepas habis ijazah dulu, memang target aku nak buat master. Lepas bermacam yang berlaku,  buat master bukan lagi sesuatu yang aku perlukan dalam hidup aku buat masa sekarang. Aku ada tanggungjawab yang lebih penting, anak.

Orang tak faham atau mungkin tak berapa nak faham. Tapi aku perlu memilih yang mana satu, lagi aku perlukan buat masa sekarang. Sejak Iman lahir, sebenarnya sebelum dia lahir lagi, masa aku pregnant, aku dah mula risau bila bayangkan aku terpaksa hantar dia pagi-pagi dekat rumah orang. Sampai sekarang aku cakap terus-terang, aku tak suka orang layan atau jaga anak aku tak macam yang aku nak. Aku tak suka orang pandai-pandai buat macam-macam dekat anak aku. Aku bukan mak yang obses atau cerewet. Anak aku minum fm, sesekali ada juga makan nestum dan macam-macam lagi yang mana aku boleh tolak-ansur. Tapi kalau orang lain yang jaga, mampu ker dia bertolak ansur dengan aku? Boleh ke dia betul-betul jaga anak aku macam yang aku nak?

Selama ni, mak aku je yang menepati dan faham cara aku. Mak aku terima cara aku seadanya. Famili aku hormat cara aku dan tak pernah nak memandai. Kalau kau jenis yang memandai, buat anak aku macam anak kau, jangan harap dapat sentuh anak aku k.

Gitu lah aku. Aku tak suka botol susu Iman tak bersih. Tak suka orang buat susu dia sejuk je, aku nak suam-suam ( banyak songeh mama iman ni taw ), tak suka orang sumbat dia makan benda yang tak ikut umur dia, walaupun sekadar rasa. Tak suka tengok baju dia ada apa-apa tanda, tak suka orang lalai tukar pampers dia setiap 2 atau 3 jam sekali. ok, malas nak tulis lagi sebab listing tu makin lama makin panjang.

Err, dan lagi... Iman dah 8 bulan. Aku tak pernah bagi orang lain ketip kuku dia setakat ni. Hanya aku sorang je yang buat, sebabnya? Aku tak boleh nak terima kalau orang tu salah ketip. No!

Aku tak pandai pun jaga anak. Kadang-kadang aku pun moody bila penat layan kerenah anak. Aku pun baran bila susah sangat nak uruskan Iman yang semakin aktif. Macam-macam lagi. Tapi aku tetap tak dapat terima kalau orang buat anak aku sakit. terbaru, pasal video amah lambung baby tu. Aku tengok sekejap sangat. Cukuplah, aku taknak teruskan.

Ok, cukuplah kot penerangan aku. Motif aku cuma nak cakap untuk jangka masa pendek ni, keutamaan aku memang pada anak. Aku hadap dia hari-hari, 24 jam tanpa gagal. Dia tidur aku kat sebelah. Dia celik mata bila-bila pun aku dekat sisi dia.

Dunia aku berubah dari apa yang aku nak masa umur aku 20 tahun. Kalau aku tak kerja bagus, pegang duit banyak, pakai kereta mewah, handbag ribu-ribu, adakah aku dalam kategori orang yang gagal dalam hidup? Kalau itu pendapat korang, aku hormati. Kan aku dah cakap awal-awal, setiap orang jalan hidup dia berbeza. Keutamaan, kehendak dan matlamat masing-masing adalah berbeza.

Kadang-kadang kita tengok bapa anak 7, membanting tulang buat kerja buruh demi anak-anak. Hidup daif, duit yang ada cukup-cukup untuk makan pakai dan sekolahkan anak-anak je, adakah kita anggap dia orang yang gagal dalam hidup? Kita tak tahu apa matlamat dia, apa yang buat dia rasa bahagia. Mungkin berhempas pulas sekolahkan anak-anak sampai masuk U adalah kebahagiaan yang dia cari. Mungkin.

Janganlah fikir orang yang tak ada macam yang kita ada tu, tak berjaya. Dia ada definisi berjaya dia sendiri. Semua orang pun ada.  SAHM ( stay at home mom ) pun dikira berjaya sebab dapat didik anak sendiri, jaga anak sendiri. Ibu-ibu berkerja pun hebat. macam tu la. Semua orang ada alasan mereka sendiri, keutamaan dan matlamat maing-masing.

Aku yang pilih jalan aku sendiri.





entri ini tiada kaitan dengan sesiapa. No offense, kbai


Monday, February 18, 2013

Iman jumpa Aunty Yah yang bakal pergi oversea!

Kitorang date pada 02 / 02 / 2013.

20130202_213045
inilah aunty yah.

Sepanjang keluar tu Iman sangat behave. Pelik. Selalu kalau lama sikit berjalan, budak kecik ni akan cepat oring dan merengek minta dukung. Tapi masa kitorang keluar ni, Iman memang tak banyak peel. Senang hati aku, hehe.

20130202_184338
see, my Iman sangat behave.

20130202_200045
after 2yrs. aku je yang makin kombang. sigh -__-'

Selalu planning asik tak jadi, nasib baik kali ni punya planning untuk jumpa jadi. Akhirnya after 2 yrs uolls. Apa sebab after 2 yrs, entah, aku pun tak sure the real reason. Tapi apadehal kan, perkara lama. Yang penting dalam friendship kena ada selalu give and take. Kena selalu sharing, tak kisah lah sharing info ke gosip. lol.

ok, move on.

20130202_200147
my dear b.friend and hubby.

Kitorang jumpa dekat Pavillion. Dan inilah pertamakali Iman jumpa dengan bestfriend mama dia, bestfriend yang mama dia dah kenal selama 17 tahun! Terlalu banyak suka-duka dah ditempuh, pahit manis dah di rasa. Eh, macam-macamlah.

IMG_20130203_111540
kitorang, anak beranak. Macam ada warna tema plak semua pakai ala-ala biru. Sebenarnya tak plan pun kitorang ni.

IMG_20130203_111153
:)

Sebenarnya, jumpa ni pun ada tujuan yang lebih penting dari sekadar dating :) . Kawan aku ni, tak lama lagi akan pergi Korea untuk further study under tajaan penuh kau :). Lepas ni tak ada lah apa-apa pasal cuaca ke bencana alam ke aku boleh tanya dia. Dia kerja di Jabatan Meteorologi, so selama ni apa-apa update tentang tsunami ke ribut ke boleh terus tanya dia. Dan tak adalah lagi aku nak tunggu dia kat TV1 setiapkali berita untuk dengar pasal ramalan cuaca -_-'

Cuma, mungkin aku boleh pergi korea tanpa takut sesat dekat sana lah nanti kot :) KOREA.......kenapa kau jauh, tak macam jarak antara kl dengan melaka je. 2 tahun oi aku tak akan jumpa kawan aku ni, kalau dia tak balik cuti sem atau aku pun tak ada rezeki nak sampai ke korea :(




Wednesday, February 13, 2013

Buffet Dinner Di Hotel Istana,

Dinner sempena birthday aku. Hihi.

Tak kisah lah walau birthday telah lama berlalu, sebab setiap sabtu ahad ada je agenda nak kena urus. Tu yang belated sangat. Apa-apapun, aku bersyukur sebab masih dapat peluang duduk semeja bersama keluarga kecilku ini. Even anak aku dah bermacam akal dia, tapi dialah racun, dia lah madu kitorang :)

Ni gelagat dia,

dinner1
tengoklah gambar terakhir tu, cepat je dia capai kek tu. Macamlah dia boleh makan kan. Sabar jelaaa.
:Dari gambar di atas ni pun, korang dah boleh agak betapa tak reti duduk diam betul mamat ni. Ada je yang nak dicapai, nak direngekkan dan nak di bebelkn. Well, bebel dalam bahasa dia la kan :)

1 Februari kan hari KL cuti. So kitorang decide untuk pergi buffet dinner di Hotel Istana. Husben beli voucher dekat mydeal, so harga dapat murah :) Mulanya aku dah planning nak pergi dengan BFF aku, Puan Wani, tapi husben aku tak perasan kot aku cakap nak pergi hari ahad, so dia pergi buat booking hari Jumaat. Ok, ape-ape jelaa....apa-apa jela husben :p

dinner2
Famili.

Makanan sangat ok, puas hati :) Meh la tengok gambar, walau takbanyak pun sebab bz sangat melayan ragam dan kerenah si bujang sorang ni. Dia mana boleh duduk satu-satu tempat tu lama-lama, mesti bising merengek dan suka mengacau gak -____-

dinner3
Ziyadh Iman yang dah macam toddler dah. Grrr

Meriah sungguh bila ada anak kecik ni. Layan kerenah dia sorang jela sepanjang masa. Tambah bila dia dah pandai capai dan buang / baling. Redha jela mengutip. Asal jangan yang kaca sudahlah.

dinner5
Makanan.

Ini je sempat snap. Sebab makan bergilir. Haha. Tak pun, laki aku pergi ambil, aku duduk dekat meja, sambil makan sambil berperang dengan ziyadh iman, grrrrr.

dinner4
Patung tiruan tu dalam pegangan husben aku. Hahaha.

Friday, February 8, 2013

Hello Friday... Dan solid food jar?

Cuti panjang lagi sekali. Syukur.

Kan dah kata bulan ni adalah bulan yang best. Bulan penuh kasih sayang ( bukan sebab valentine ) tapi sebab masing-masing ada banyak masa untuk pulang ke pangkuan famili tercinta, kan. Atau mungkin holiday. Whatever, hihi. Yang penting aku happy. Aura positif ni dah menjelma semenjak isnin lagi. Hihihi.

Ok, tajuk entri macam tak berapa nak kena, tapi malas nak fikir tajuk yang sesuai. Hihi

Semalam pergi Aeon Maluri, sebab gigih nak cari food jar untuk si anak. Aku taknak dah skip-skip jadual makan dia sebab dia dah 8 bulan. Kalau sebelum ni, kalau keluar berjalan atau travel balik kampung, dalam perjalanan tu aku tak bagi dia makan pun. Sebab umur 6 ke 7 bulan bagi aku, dia pun masih belajar-belajar makan lagi kan. So tak berapa nak jadi rutin untuk dia. Tapi bila dah masuk 8 bulan ni, aku dah mula tegas jaga jadual makan dia. Sehari mesti 3 kali makan. Itu tahap aku paling malas. Kalau tahap rajin sikit, between that ada la snack. Hihi. Tapi snack pun buah je masuk dalam food feeder tu. Iman baru ada gigi sebatang, belum reti nak kunyah atau makan makanan bertekstur kasar.

Aku memang tengah cari pun food jar yang ok, pastu veesakura update bagitau kat jusco ada less untuk foogoo jar brand thermos. Terus mesej papa Iman bila dia balik kerja nanti nak pergi Aeon Maluri sebab nak beli. Bila pergi, memang ada less, jadilah dalam rm64++ kot, lebih kurang tapi tinggal satu tu je. Grrrr. Yang tu dah jadi display. So tak jadi beli. Aku pergi Aeon Maluri sebab itu yang terdekat sekali dengan rumah aku kan. So akhirnya aku beli juga food jar ke food flask, entah under brand yang sama, tapi lain sikit. Hihi. Agak besar sikit, tapi oklah, pilihan papa Iman.

Sebelum ni, kalau nak keluar berjalan, aku biasanya bagi dia makan bubur. Tapi bila balik tu kan macam dah letih, so aku bagi nestum. Tapi kalau boleh, aku nak elakkanlah bagi nestum terlalu kerap sebab aku berupaya untuk masak kan. Lainlah kalau aku tak ada masa. Tapi kitorang laki bini memang tak minat nak ajar Iman makanan bergaram gula ni. Tapi kitorang tak strict tentang bagi nestum tu. Tapi tak adalah nak jadikan makanan hari-hari. Mostly, aku lah yang lebih strict dan lebih gigih nak bagi dia makan makanan yang mama dia masak sendiri. Biarpun masa masak tu, gigih berperang dengan dia, sambil aku masak, sambil dia melalak dekat tepi aku dengan walker dia, tapi aku pekakkan telinga je, haha.


Cumanya, aku rasa seronok masak dan dia berselera makan. Dan syukur, Iman tak berapa ketagih nak nestum atau biskut milna. Kalau kita bagi, dia makan tapi sekadar makan. Dalam 8 or 9 sudu je. Tapi kalau bubur keledek campur labu dalam 30 -40 suap sudu baby tu boleh jalan. Im so happyy...... Hehe. Eh. Tapi of coz iman pun ada fasa reject makanan. Itu nanti lainkali lah aku citer ok.


Ini. Pandangan sisi.



Aku pilih tutup kaler oren. Hiii.



Bahagian dalam.



Untuk 500 ml.




Nanti dah guna, aku review lah ye. Sekarang, tak guna lagi. Tak tahu ok ke tak. Dalam ni siap sudu dah.
posted from Bloggeroid

Thursday, February 7, 2013

Iman balik kampung papa.

Kitorang balik dari 24 Jan 2013 sampai 27 Jan 2013.

Tujuan asal sebab nak pergi wedding sepupu husben. Alang-alang balik lama sikitlah kan. Sebab kitorang jarang balik Pekan. Bukan apa, mil aku selalu turun KL.Dalam sebulan tuadalah sekali. So sebab tu jarang kitorang nak balik sana :)

Kitorang balik berempat - aku, husben, iman dan yah, adik husben.

NENASI1
Iman layan blues menghadapi perjalanan yang jauh.

Kitorang sampai petang, malam tu mil suruh singgah rumah mak teh ( yang buat kenduri kahwin tu la) untuk makan-makan. Maka, singgahlah kejap walaupun sangat penat sebab perjalanan yang jauh tu kan.

nenasi2
pelamin diy je. Ketika ini dalam pembikinan lagi.

nenasi3
cuci mata meh.

Esoknya, tengahari lepas solat jumaat, kitorang singgah lagi rumah mak teh. Datang makan, lepak dan tolong isi telor. Hihi. Aku memang tak boleh lama sebab Iman mesti akan merengek kalau lama sangat. Lagipun husben dah cakap awal pagi tu, yang petang nanti dia nak ajak pergi Pekan. :)

nenasi4 dgn 2 pupu
Iman dengan dua pupu nya, yang beza hampir sebulan dari dia.

Then, siap isi telor, terus ikut husben pergi Pekan :) Balik tu singgah pantai. Lepak-lepak dan balik sebelum maghrib. Sebab malam tu akad nikah sepupu husben tu. So kitorang nak bersiap lah kan.

Harapan aku pergi pantai nak bagi Iman main pasir, sekali dia tak minat la. Siap geli dan nak nangis. Dia tak mahu pijak pasir tu

nenasi5
tengok,nak nangis. Pic kedua, dia buat muka tak ada perasaan pun.

nenasi6
papa-baby

nenasi7
lepak-lepak

nenasi8
amboi.

Malam tu masa akad nikah, Iman merengek. So aku dan husben balik dulu bawa Iman dan Iman tidur awal dan bangun lewat esoknya. Mesti letih sangat kan.

nenasi9
Sekitar majlis resepsi.

Pengantin ni laki bini sepupu husben. Sepupu kahwin dengan sepupu :) Sama cantik, sama padan.

nenasi10
tengoklah bukti. Dia tengah mengamuk tu ok. So kitorang, kena lah balik awal.

Ahad kitorang balik KL dah. Kali ni Yah balik KL hari isnin, follow kak long. So Ju, bil pula yang follow kitorang. Iman memang over manja dengan pak sedara dan mak sedara dia. Sepanjang dekat kampung, memang jarang jejak lantai mamat tu. Asik minta berdukung.Sabar jela kan.

nenasi11
Iman dengan to'ki dan aunty.




Nak tengok rupa adik perempuan Iman ?
Scroll ke bawah.
















scroll lagi


































tadaaa.
nenasi12
panas punya pasal, maka bertudunglah mamat ni. hihihi

Wednesday, February 6, 2013

Bila papa dan baby jamming!

Rumah jadi riuh-rendah.Si papa dengan gitarnya.Si baby dengan pianonya. Juga dengan lappy babynya.Kemudian, baby dan papa main gitar bersama. Hihi.

muzik2

kan dah kata, main gitar sama-sama.

muzik1

Ok, Iman fokus kembali. Dan meneruskan menghentak pianonya. Hentak ok, bukan tekan.

muzik3

Akhir sekali, begini pula aksinyaa......sambil menghentak keypad lappy ben10 dia tu.

Wordless Wednesday kot.

Monday, February 4, 2013

Gambar famili : kami bertiga.

Morning!

Entah kenapa aku suka giler bulan februari ni. Even aku memang tak pernah sambut valentine dan tak akan sambut,tapi aura bunga-bungaan tetap berada di sekitar aku.terapung-apung. Tahu kenapa?sebab banyak giler cuti. Aku suka giler.heaven.tak sabar nak tunggu cuti chinese new year. Hari ni isnin.....dan counting menanti jumaat. Ahakkk.

Ok. Sebenarnya nak letak gambar kitorang bertiga dekat sini. Tahu kenapa nak letak? A part of sharing, sebenarnya nak bagitau sejak dah bertiga ni memang susah nak dapat pic bertiga. Pic berdua pun sama gak. Tapi takpelah sebab sejak jadi mak-mak ni aku dah tak berapa minat nak amik pic sendiri. Serius tak.

Inilah pic kami bertiga


Iman taknak pandang kamera tapi mama papa dia tak misah. Sipi-sipi pun takpe asal ada pic ber3.



Ni masih dikira gambar famili kan? Hahaha.




-__-'
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...