nuffnangku

Thursday, January 31, 2013

Gigi pertama Iman dah muncul.



Officially pada 28 Jan 2013.


Pada usia dia 7 bulan 4 minggu, lagi 2 hari nak masuk 8 bulan.Ada dua gambar di atas. Gambar yang sama, satu aku tak highlightkan, satu lagi dah siap highlight. Patutlah kebelakangan ni dia asik masuk jari letak kat gusi depan tu je. Aku syak gigi nak tumbuh, tapi tengok dan rasa dengan jari, tak ada rasa apa-apapun.

Bila aku tengok ada benda keras warna putih, cepat-cepat bagitau papa dia. Papa dia cuba nak tengok tapi tak boleh sebab dia jelir-jelirkan lidah. So kitorang pun pegang dia. Sorang pegang, sorang buka mulut dia. Meronta-ronta mamat tu minta dilepaskan. Haha, peduli. Excited punya pasal.
memang kitorang excited. Macam dapat apa je kan. Padahal gigi anak nak tumbuh je. Pada orang lain memang je, tapi pada parent, oi happy sangatlah oi. Hahaha. Ok lepas ni kami kena siap sedia kena jadi tempat asah gigi dia -_____-'

Papa : macam mana syg boleh perasan gigi iman?
Mama : sebab hari-hari saya tengok gusi dia
Papa : -_________-'
Mama : krikk...krikkkkkkkk.............
Ye, i know... Aku excited mama kan. Hari-hari kot aku dok belek gusi dia, siap tanya bila gigi nak tumbuh ni?pada Iman. Cuma aku terleka dalam 3 hari sebab bz balik kampung papa Iman, ada wedding. So tak dan nak belek. Alih-alih semalam,gigi tu dah timbul dengan jelas. Mencikkk, terleka kejap dah muncul dengan jelas.....gambar di atas tu memang kitorang laki bini kerja keras nak amik okehh. Dapat satu je yang clear. Clear lah juga berbanding yang lain habis blurrr.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, January 30, 2013

Iman dah gunting rambut

Sabtu, 19 Januari 2013 kitorang bawa Iman pergi gunting rambut dekat kedai India.

Akhirnya papa dia berjaya jugak bawa dia pergi gunting rambut. Selama ni aku yang asik tak bagi, sayang rambut anak katanya. Hihi. Tapi makin lama, aku tengok pun makin serabut. Rambut compang-camping walaupun tak ketara. Mulanya kitorang planning nak botakkan kepala dia terus lepas Majlis Cukur Jambul Iman ( entry di sini ) tapi kitorang sendiri pun tak berani. Iman ni kalau meragam, siap mengelupur bagai.

gunting1
Masa ni muka rilex.
 
So kecutlah perut nak buat sendiri. Masa dia tidur pun leceh. So terbengkalai. Sampailah rambut dia dah panjang tak tentu hala sebab dah tobek masa cukur jambul tu, so aku gunting sikit-sikit bagi kemas. Sebab dia asik garu rambut yang mencucuk telinga dia tu, tu yang aku gunting sikit-sikit masa tidur tapi aku tak suka sebab rambut tu bersepah-sepah lekat kat bantalsana-sini, miang.

Akhirnya, kitorang bawa lah dia ke kedai gunting rambut India. Dia ambil RM6. hurmmm.Mahal tak mahal, malas fikir. 

gunting2
Iman buat muka boring.

Mula-mula gunting, Iman duduk diam je. Sampai dah dekat nak habis baru meraung. Mungkin dia rimas kepala kena pegang je.

gunting5
Masa ni dia kejap ok, kejap nangis.

gunting4
nampak dia macam happy kan? sebenarnya dah melalak pun, kitorang agah tu yang dia gelak.

Tak percaya? 
Ini buktinya...

20130119_191311
dah settle dah masa ni. Ni masih berbaki nangis dia tu.


PERBEZAAN SEBELUM GUNTING RAMBUT DENGAN SELEPAS GUNTING
gunting sblm slps
Kiri : anak dan papa, dua-dua belum potong rambut
Kanan : dua-dua dah potong rambut.





























Last sekali, Meh tengok muka kelakar budak ni,
TARAAAAA.....

gunting3
Kelakarkan muka Iman masa ni. Masam-berkerut-boring.

Tuesday, January 29, 2013

Update Iman : 7 Bulan.

Iman dah nak 8 bulan.

Cepat sangat masa berlalu!! Ini antara update dia yang aku ingat, sebab dia rasanya hari-hari ada je perkembangan dia yang aku alert dan tak berapa nak alert :)

- Sangat terrer merangkak.
-Suka berpaut pada sofa atau rak tv untuk berdiri. Biasanya sebelah tangan untuk ampu, sebelah lagi untuk 'mengemas' atau mengacau barang-barang yang bersusun
-sangat terrer turun katil. Dan boleh panjat naik smeula jika tak terlalu tinggi.
-Skill turun katil, akan turunkan kaki terlebih dahulu before badan. Tapi ada masa salah skill juga. Bila salah skill, benjol adalah hadiah. -___-
-memang dah pandai pegang barang or ambil barang.Campak pun terrer dah.
-selama ni tak reti menangis menjerit-jerit, tapi sekarang dah pandai. Biasanya akan gunakan skill tu untuk dapatkan apa yang dia nak. Hai sabar jela. Termasuk bila taknak duduk dalam carseat. Maka akan menjerit-jeri sambil melengkungkan badan macam apa je.
-dah pandai suruh orang turutkan kemahuan dia.
-Kalau didukung, tangan dia akan mengarah ke mana dia nak pergi.
-dia ok dengan sesiapa sahaja. Akan minta sesiapa sahaja untuk dukung dia, tak ada hal. Dia bukan pemilih orang.
-Masih suka melompat. Selalunya melompat macam dekat kaki ada spring :(

ini je yang aku mampu ingat setakat ni. kalau ada lagi , nanti update yea

Thursday, January 24, 2013

Me and him from 2008 til now :-)

Our journey, from 2008 til now, with all ups and down, tears and smile, hate and love, drama and conflict, hopefully you and me, holding hands forever till jannah. InsyaAllah and amin.

From the first time that i saw you, i knew it you are my destiny. Itu instinct.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, January 23, 2013

Muka Iman yang lawak.

gunting3


Hahahahaha. muka masam, kening berkerut, mulut muncung. nampak macam tak puas hati pun ada jugak, kan?

Monday, January 21, 2013

Walker Untuk Baby?

walker

8 atau 9 Disember 2012, aku dan suami belikan walker untuk Iman. Beli lepas kitorang decide. Aku memang tahu walker tak elok untuk baby. Malah banyak negara oversea haramkan penjualan benda alah ini.

Tapi kenapa aku beli juga?

Sebab ia memudahkan aku. Memudahkan Iman sekali. Sebab bila nak suap dia makan, aku letak dia dalam tu. Selamat. Kalau siang hari, aku dan Iman je yang ada di rumah. So macamana aku nak suap dia makan kan. Nak tampung dengan bantal, sekejap je pun, lepas tu mesti tergolek. Bila aku nak buat kerja rumah, aku letak dia dalam tu. So dia berlegar-legar dalam kawasan yang sepatutnya. Kalau aku tak letak dia dalam tu, dia mungkin akan merangkak ke sana-sini, main benda bukan-bukan yang merbahaya.

walker2

Aku fikir positif je pasal walker ni. Sebab aku letak Iman dalam 20 minit je pun paling lama. Lepas 20 minit, aku angkat dia, layan dia main or bagi dia merangkak. Bila dah lama sikit, aku letak semula untuk tempoh yang sama. Pada walker tu pun advice untuk letak dalam anggaran 20 minit je. Aku tak pernah nak letak sampai dekat sejam. Serius tak. Aku particular pasal masa, Hahaha.

Lagipun aku letak dia dalam tu bila dia dah masuk 6 bulan. Bukan kecik-kecik, leher pun belum tegak, dah masukkan dia dalam tu. Aku letak Iman bila dia dah start nak merangkak. Mula-mula letak dekat sebulan jugalah dia statik je duduk dalam tu. Dia buat walker tu macam kerusi je untuk tengok babytv. Heehe.Tapi masuk 7 bulan, barulah terrer nak ke hulu-ke hilir dengan kereta hijau dia tu.

So untuk parent yang was-was, macam nilah. Walker ni ada function untuk jadi kerusi je. maksud aku, statik je, tayar boleh kunci. so korang bolehlah pilih nak guna roda or jadikan kerusi je. Sebab lagi senang suap anak dalam walker berbanding dalam rocker. then jangan letak dia lama-lama sangat. Buat anggaran masa dalam 15- 20 minit je untuk elakkan anak lenguh.

Jangan gunakan walker semata sebab nak suruh anak cepat berjalan. Aku letak dia dalam walker sebab aku nampak kecenderungan dia suka berpaut sana-sini tu. So merbahaya bila dia berpaut untuk berdiri pada kabinet tv, almari dan sofa. Dia boleh terlentang ke belakang. Kalau aku depan mata dia, bolehlah aku awasi dia. Kalau aku jarak 10 langkah, mana sempat nak sambutkan. So walker antara penyelesaian, bagi aku lah.

181220124146
brand : sweetcherry

yang kaler merah tu boleh angkat untuk keluarkan dan jadikan tempat letak mangkuk makanan dia.

roda boleh adjust untuk jadi kerusi sahaja atau jadi walker.

harga : rm179 kot. serius lupa. beli dekat sogo.





Apa-apapun, ikutlah masing-masing. anak masing-masingkan.

Boleh refer artikel ini : http://www.babycenter.com/404_will-baby-walkers-and-jumpers-help-my-baby-learn-to-walk_6878.bc

Bumble Bee Yang Bz


Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

HAI.
Join lagi segmen tambah follower dari blog : http://yayaonly.blogspot.com



Aku follower ke 1362.

segmen nieh hanya untuk satu bulan till 15 Februari 2013

kawan-kawan yang sudi, tingal link k. nanti aku follow semula :)

Segmen Tambah Followers 2013 By Hotmasakini

 Tengah blogwalking, then terjumpa ini. Di sebabkan aku tak ada apa nak buat, so aku join lah. Syarat-syaratnya adalah :


Syarat-syarat very simple :

 Follow Blog Hot Masa Kini-done

 Buat Entri bertajuk"Segmen Tambah Followers 2013 By Hotmasakini"-done

 Copy banner di atas dalam entri korang-done

 Lau dah siap,tinggalkan link entri korang tu di ruang komen aku-done

Saturday, January 19, 2013

Inilah dia kepakaran terbaru ziyadh iman, 7 bulan

Di mana-mana tetap nak berdiri. Makin lama makin confident, tapi masih belum berani lepas dua tangan. Biasanya sebelah pegang apa-apa, sebelah lagi sibuk mencapai.

Gaya macam pemain piano pro.... hishh.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, January 18, 2013

IMAN.

Its fridayyyy. Yeayyyy

Published with Blogger-droid v2.0.10

Celebrate Birthday Dengan Keluarga

Birthday aku 11 Januari.

bday5
tak faham, apsal aku nampak pendek. hahaha.

So pada 12 Januari, parent aku ajak pergi makan-makan sefamily. Balik kali ni, berangan konon nak pergi cari Puteri Erra Roti John dengan Kuih Keria sira Gulam melaka hasil terpengaruh dengan Puan Sri Lienda ( langsung jumpa Etty ) tapi tak terlaksana. Banyak benda aku nak kena buat, so memang tak sempat jalan-jalan. Bilalah nak dapat jumpa dengan Etty. Duduk je sama negeri -___-'

bday2
famili kecilku.

Mula ingat nak pergi Mahkota Parade, tapi ya ampun, aku sangat tak kuasa. Jem teruk punya area sana. So pilih Aeon yang dekat tu je la. Kitorang pilih Pizza Hut :) Famili aku orang biasa, so celeberate pun biasa-biasa je, tapi aku bersyukur dan happy sebab dapat berkumpul sefamily. Itu yang penting, sambut ke tak, tak penting.

Tapi kalau sambut, lagi best lah. Hahaha.

bday3
orang tua ku dan adik serta anakku.

bday4
whateva......

bday1
buah hati si atok dia.wuwuwu.

20130112_214338
center of attention. bukan aku, walaupun birthday aku ni -__-'

20130112_220226
mak ngah si Iman.

20130112_220446
asik nak berdukung je si kenit ni.


bday6
1 + 1 = 3

Aku bersyukur. Pada tahun 2013, pada birthday ke 28, aku masih dapat berkumpul dengan mak ayah, adik-adik,suami dan anak. Harap tahun depan masih dapat peluang seperti ini lagi.

Tanpa keluarga, aku tak akan mampu bertahan. Tidak walau sehari.

Thursday, January 17, 2013

Dapat porch dari Yana - bilaupttestmulapositif




Aku dapat porch ini dari Mrs Yana @ K.M & B.U.M.P :
http://bilaupttestmulapositif.blogspot.com//


padahal aku tak ikut pun syarat yang Mrs Yana suruh buat. Tapi dia dengan pemurahnya tetap bagi dengan aku dan Fifi. Terharu..... thanx Yana :)

Porch yang dia bagi ini telah selamat ku isikan dengan barang-barang grooming si Ziyadh Iman. mudah dan senang nak bawa ke mana-mana. Nak travel pun mudah. Aku isi cotton bud, sikat,krim-krim dan nappy rash cream untuk Iman. Sebelum dapat porch mi, aku campak je semua dalam bakul kecil. Bila nak gna, kena lah aku kirai-kirai satu persatu. heheheh.




Nanti kalau aku buat contest agak2 korang nak join tak? kalau nak...nanti aku pergi cari barang baby or hadiah apa yang menarik... hihi... :

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila anak susah tidur malam.

Masa dalam pantang, Iman memang jenis tidur siang tapi berjaga malam. Masa tu aku bergilir dengan mak ayah aku dan weekend bila suami balik. Memang hectic sangat. Tapi alhamdulilah, aku dah lalui tanpa meroyan. hehe.

Kemudian bila dah masuk 3 bulan, aku tengok jadual tidur dia dah mula tersusunsedikit. Malam dia tidur dalam pukul 12 am dan bangun pukul 8 pagi. Antara tu, bangun beberapakali untuk minum susu. Sampai lah ke usia 5 bulan. Tapi makin bertambah usia dia, jumlah bangun minum susu antara jarak waktu tu semakin berkurang.

TAPI...

Masa dia betul-betul 6 bulan, tiba-tiba dia tak nak tidur malam langsung. Aku amatlah geram. Dah tak tahu dah nak buat apa dekat dia. Kata jangan bagi tidur siang banyak sangat, YES, aku tak bagi dia tidur sangat. Lagipun dia tidur kejap je dalam 20 minit then bangun dah. Bagi dia tidur dalam pukul 11 malam, CONFIRM dia bangun semula lepas sejam dua tidur. Aku blurr sangat, dah tak reti nak buat macam mana dah. Kalau masa dia 3 bulan - 5 bulan tu, kalau pukul 11 malam dia dah mengantuk, InsyaAllah dia akan terus tidur sampai pagi. Aku hari-hari sakit kepala sebab jadual tidur kucar-kacir dek penangan Ziyadh Iman ni.

Dia tidur pukul 4 pagi. Bangun pukul 5 petang. Aku sendiri serius tak larat nak ubah, sebab aku pun sama. mengantuk dengan dia. Weekend pula kitorang bangun awal walaupun tidur pukul 4 pagi. Walau berjalan seharian, dia tidur kejap or lama dalam stroller or dekat carseat ke, walau letih macam mana sekalipun, dia tetap tidur pukul 3 or 4 pagi.

Aku makin lama, redho je.

TAPI... again...

Masuk lagi 2 or 3 hari nak 7 bulan, tiba-tiba jadual tidur dia berubah kepada normal. Memang syukur, syukur, syukur sangatlah. Tak payah lah aku malam-malam berdrama swasta or marah-marah Iman sebab taknak tidur.

Dari info yang aku baca, kalau anak taknak tidur, kita buat beberapa perkara supaya dia tidur. Antaranya :
-mandikan dia dengan air suam supaya dia selesa nak tidur ( tak buat sebab tak elok mandi malam, cuma lap-lap je dia)
-hari-hari masuk tidurkan dia pada waktu yang sama ( buat, tak jalan juga)
-elakkan suasana bising ( buat, tetap tak jalan )
-malapkan lampu ( ini aku akui aku tak buat)

Yes, malapkan suasana or tutup lampu. Ini aku tak buat. Iman belum pernah tidur bergelap sejak lahir sampai umur 6 bulan. Tapi bila dia dah mula tidur macam biasa, aku ambil peluang praktikkan tutup lampu ni.Aku rasa ini antara cara yang buat aku berjaya tackle semula masa tidur dia.

Sebelum ni aku tak buat sebab aku risau jadi apa-apa dekat dia, sebab gelap kan. Tapi sekarang, aku buat juga, cuma aku buka sedikit ruang pintu biar cahaya malap dari hall masuk samar-samar dalam bilik. Kadang-kadang dia terjaga tengah malam nak minum susu, tapi sebab gelap, dia minum susu dalam mamai-mamai dan sambung tidur.

Im a happy mama now, alhamdulilah.

Tuesday, January 15, 2013

Terima Kasih Suami, wink.

11 jan, aku genap 28 tahun.

Yeay! and nay?!

Yeay sebab dapat hadiah. Nay sebab dah makin tua. Hoho. Tapi tetap bersyukur sebab di usia ini aku dah kahwin, dah ada suami, dah ada anak, dah rasa sakit beranak ( ehh? ) walaupun cser, maknanya macam dah lengkap kitaran hidup aku sebagai perempuan. Lepas ni tunggu cucu pula ( insya Allah ) kalau panjang umur ye dak.

6 Jan, aku yang ajak suami jalan-jalan gi Wangsa Walk. Suami ajak pergi Midvalley tapi masa tu jam dah pukul 6 lebih. Kang nak bersiap itu ini, siapkan anak bujang lagi, dengan jalan jam, aku rasa dekat pukul 8 lebih ada kot yang kitorang baru sampai. So aku ajak pergi Wangsa Walk sebab dekatlah jugak dengan rumah kitorang.

Suami tanya nak hadiah apa tahun ni?

Krik....krik.....
Serius, aku tak reti nak minta apa. Aku tak ada wishlist. Tak pernah.

Suami kata tak kisah ke kalau bagi perfume sebotol.

Krikk...krikkk....
Hahaha. Tak kisah pun, kalau bagi bajet tu untuk shopping baju Iman, lagi terbaik.

Terbaik, sampai aku boleh tidur dalam senyuman. Sejak ada anak, shopping barang dan baju dia adalah satu ketagihan baru untuk aku lol. Aku ikut suami pergi survey-survey area jual phone. Masa tu aku rasa macam nak dapat phone baru je ni ( senyum sampai telinga ). Tapi yang dia tanya dari kedai ke kedai adalah samsung galaxy note dan samsung s III. Aku macam tak berkenan sebab besar. Aku dah dapat samsung galaxy tab dari suami masa birthday tahun lepas, so aku tak perlukn another baby yang besar, hehe. Aku mahu yang cute-cute aje untuk aku guna sambil-sambil jaga Iman, sambil-sambil masak ke kan.

Then ada satu kedai ni jual Samsung Galaxy SIII Mini.

Suami aku berkenan yang itu. Then terus belikan untuk aku. So aku adalah birthday girl yang happy, kahkahhkah.

Function samsung galaxy s3 mini ni tak banyak beza dengan sIII besar tu. Tapi ada la beza sikit-sikt,aku tak kisah pun. Bezanya sIII ni HD. Mini punya skrin biasa je, 1Ghz Dual Core, kamera 5MP.Aku dah 2 tahun tak tukar phone. Phone 2 tahun lepas tu pun hadiah dari suami. Hehehe. Masa bel tu oran kedai kata, s3 mini ni baru je release :-) sebab tu ramai tak tahu.

Apapun, terima kasih suami.
Terima kasih sebab memahami diriku...
Sentiasa membahagiakanku dalam perkahwinan ini.
Tak bagi hadiah pun tak apa....hehe

Suami aku kenal aku masa aku umur 23 tahun. Sekarang aku dah 28 tahun. Dia kata cepatnya masa berlalu, haha

Ini entry review sebab ada kawan tanya. Alang-alang tu, aku tulis sekali buat my soulmate.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, January 11, 2013

Birthday saya adalah hari ini. im turning 28!

Happy Birthday to me. Hihi.

Juga pada Siti Nurhaliza. Saja nak tumpang glamer.

Syukur alhamdulillah sebab masih hidup, masih dapat melihat dunia pada tahun 2013. Tapi selama mana tu, tak tahu. Paling tidak, biarlah selepas ziyadh iman dan juga anak-anak lain sempat besar. Dah jangan nak main teka2 aku pregnant pula. Nooooo. Hihi.

Masa kecik, banyak sangat permintaan / wish / doa aku sempena birthday. Tapi makin dewasa, i guess wishlist tu pun macam tak berapa nak banyak. Bagi aku la. Sejak jadi mak orang, aku macam tak berapa kisah pasal certain-certain benda. Sedangkan masa aku belum kahwin, hari-hari nak window shopping, tak kisahlah window shopping yang turun naik mall tu ke or online shopping kat Zalora tu je sebab hari-hari nak lawa. Bila dah ada anak ni, malas dah nak keluar rumah selalu. So online shopping kat Zalora je,best, semua di hujung jari, yang penting tetap boleh cuci mata dan melawa.Hehe. Sekarang, aku still nak nampak kemas jela. Taknak serebeh-serebeh macam anak 10 orang, padahal anak baru sorang.

Laki aku tanya, tahun ni nak hadiah apa. Setiap tahun pun dia tanya dan setiap tahun pun aku tak pernak aim nak apa-apa. Aku lebih suka dia beli sesuatu ikut kemampuan dan ikut pilihan dia. Dia suami aku, buat apa aku nak bebankan dia dengan permintaan yang dia tak berapa nak mampu pun kan. Even kalau dia mampu pun, aku lagi suka dia simpan untuk anak kitorang. In case di masa depan, jadi apa-apa dekat kitorang, anak kitorang ada duit nak teruskan hidup. Teruskan hidup ye, bukan tampung hidup :-)

Dah 28 tahun aku hidup.

Kadang-kadang terfikir juga, apa yang aku dah capai, apa yang dah aku berjayakan, apa yang dah aku usahakan selama umur tu. Kadang-kadang aku sendiri lost mencari apa yang jiwa aku nak sebenarnya. Bila kawan baik aku sambung study dekat korea, aku pun rasa macam nak ikut jejak dia. Bila kawan aku yang lain pergi vacation oversea, aku pun rasa macam nak pergi. Bila orang asik shopping sana-sini, aku pun rasa macam nak. Bila orang naik pangkat or dapat bonus masyuk, aku pun nak rasa macam tu. Kadang-kadang aku rasa aku nak apa yang orang lain ada ( normal la kan ) sampai aku lupa apa yang aku ada.
Hishh, nafsu perempuankan.
Bila aku sedar apa yang aku ada, aku bersyukur. Paling utama, syukur sangat aku dapat peluang jaga anak sendiri. Tengok dia dan bermacam ragam dia depan mata aku sendiri. Aku bersyukur ada suami yang baik, yang tak banyak kerenah, yang sentiasa terima aku seadanya, ada keluarga yang memahami, ada kawan-kawan yang baik. Ada anak yang gewdixx, hahaha.
Tapi aku harap umur 28 ni, aku dapat apa yang aku impikan. Korang doakan lah ye :-) doa korang antara yang memainkan peranan penting dalam hidupku.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, January 10, 2013

Kita ni mudah lupa terutama bila diberi kesenangan.

Dalam life ni memang banyak perkara yang tak mungkin kita dapat walaupun kita nak sangat. Ada yang kita tak berapa nak, tapi kita dapat. Ada yang kita taknak langsung., tapi kita dapat. Mungkon itu antara cara Allah menguji hambaNya atau itu antara cara membuatkan kita dekat dengan Dia.

Kadang-kadang bila diberi kesenangan pada sesuatu tu, kita macam take advantage, macam lupa diri dan jarang nak fikir, macam mana semua ni akan berlaku kalau nikmat tu Dia tarik semula. Kita bangga sebab dah dapat yang terbaik walaupun kita bukan senonoh sangat. Sudahlah macam tu, siap nak perkecilkan orang lain pula yang baik tapi dapat sesuatu yang tak se best kita. Aku rasa semua itu pun ujian dari Dia.

Biasalah manusia. Kadang-kadang lupa diri. Kadang-kadang pelupa. Aku pernah diberi kesenangan untuk dapat apa yang aku nak, tapi kadang-kadang bila dah senang dapat, mulalah tak reti nak hargaikan. Bila terhantuk, baru terngadah, baru nak peka.

Entri ini untuk diri sendiri tapi kalau membawa manfaat untuk korang juga, then jomlah sesama muhasabah. No offense.

Wednesday, January 9, 2013

Merangkak.

Officially pada 28 Disember 2012, lagi 2 hari je nak masuk 7 Bulan!

Sekarang jangan haraplah nak rehat banyak sangat. Kejap-kejap ada je tempat di tuju. Ada orang kata awal juga dia merangkak. Aku pun tak pasti. Mungkin sebab gigi dia belum tumbuh langsung, so dia lebih pantas merangkak. Maybe?

Tuesday, January 8, 2013

Mula melasak.

Sekarang dia dah belajar melasak.

Serius. Tak sampai 5 minit, dia dah ada dekat kepala katil. Kena amik dia, takut jatuh. Kang 5 minit lagi kat tepi katil pula sedang tengok ke bawah dengan aksi nak terjun ( bukan sekadar aksi, memang niat dia nak terjun pun ). Aku ngeri ya amat ok.


memanjat, untuk naik ke atas.


Pernah beberapa minggu lepas, masa tu public holiday kalau tak silap, kitorang anak beranak tidur tengahari tu ( papa, mama dan iman sekali ). Tengah sedap tidur, aku terjaga bila dengar suara merengek. Tindakan refleks aku terus cari dia area bawah katil. Memang! ? Berderau darah aku tak usah cakap. Kalau ada sakit jantung, aku memang zzzzzz selamanya. Dia jatuh tertiarap. Entah bila masa dia bangun, aku pun tak sedar.

Terus angkat dia yang menangis tu.

Ok, suspen sangat citer aku kan.

Sebenarnya kitorang tak pakai katil yang tinggi tu. Kitorang guna katil ala japanese tu, katil rendah. So selamatlah iman walaupun jatuh, masih tak dasyat kesannya. Tapi dia stil bengkak dan luka dekat bibir.



terselit / tersepit! good!

Pada hari yang sama, petang pula. Dia jatuh lagi. Masa tu kitorang rehat-rehat sambil tiga-tiga tidur sekali. Aku paling last tidur sebab bila iman tidur baru aku tidur. Mesti korang pelik, apsal banyak naw kitorang tidur kan. Hahaha. Gini kisahnya, sejak masuk 6 bulan, en Iman kita ni suka overnight. Selalu tidur dalam pukul 4,  5 atau 6 pagi. Keadaan aku? Usahlah cakap. Hari-hari aku meroyan tahan kepala tingtong semata ikut jadual si Iman ni. Bila tidur pukul 6 pagi, sudahnya bangun tidur pukul 5 petang. Boleh gitu? Tapi bukan straight la. Ada beberapa kali bangun minum susu juga. Selalu dekat pukul 6 petang, baru lah tergesa-gesa mandi pagi sebab papanya nak balik dari kerja dah. So saat tu memang aku pun dah tak reti nak buat macam mana lagi dengan ragam Iman ni.

Call nenek dia. Bagitau dia jatuh. Punyalah mak aku terkejut, hahaha. Lepas tu mak aku suruh bentang toto atau tilam dekat bawah tu. So aku pun buat. Settle masalah. Sekarang dia terjun dan bergolek ke bawah sesyka hati dia. Macam-macam gaya, ada masa kepala jatuh dulu, ada masa kaki terbongkang naik ke atas.

Baby boy kan. So aku pun malas larang. Biar dia explore dunia dia sendiri. Jatuh, sakit, terhantuk tu perkara normal dalam pembelajaran asalkan tak sampai luka berdarah segala. Aku memang sentiasa ada sebelah dia je



Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, January 7, 2013

Test

Testtt.....

Friday, January 4, 2013

DJ Iman In Da House


Kemain lagi.....
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, January 3, 2013

Tahun Baru.

Tahun ni rasa malas giler nak buat wishlist yang betul-betul specifik.

Tapi wishlist aku memang banyak. Mostly tentang diri dan keluarga. Untuk berholiday, aku tak rasa macam perlu sangat buat masa sekarang, sebab aku ada anak yang perlu difokus. Well, kalau dalam negara, ok lah kot.

Paling utama, aku nak perbaiki diri supaya dapat jadi anak yang menyenangkan mak bapak, dapat jadi isteri yang tak banyak 'hal' pada suami dan mama yang mithali. Err, mithali tak semestinya tak garang kan? Hahaha. Dan dapat jadi kakak yang boleh berkongsi beban dan senang bersama adik-adik. Aku mengharapkan.

Kalau dari segi kehidupan, aku memang sedang menanti sesuatu dan mengharapkan ianya jadi kenyataan. Lama giler dah aku tunggu saat tu. Harap permintaanku di makhbulkan Yang Esa. Tapi kalau tak dimakbulkan pun, tak apa, aku redha, pasti Dia punyai agenda yang lebih baik untuk kehidupan aku. Insya Allah.

Dari segi persahabatan, aku rasa aku dah cukup tua untuk selalu keep in touch dengan kawan-kawan yang suka endah tak endah. Penat kot. So better aku catch up dengan kawan-kawan yang simple yang tak payah asik aku nak kejar. Setahu aku, persahabatan tu perlu give and take, kalau asik aku nak kena mesej kau dulu, asik aku kena pergi hadap kau dulu, aku rasa better aku bla sebab aku pun ada banyak benda nak buat dalam hidup aku. Ini azam tahun baru juga ni, hahaha.

Kurus. Ini masalah terbesar aku ni. Tapi aku malasssss. Huh. Please save me, haha

Tambah anak? Err, not this year. Insya Allah. Lain tahun boleh?

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...