nuffnangku

Wednesday, December 11, 2013

Ziyadh Iman: 18 bulan.

Salam.

Rasa macam lama sangat2 tak update pasal perkembangan ziyadh iman kan. Tapi memang niat bila dah start setahun(12 month) nak kurangkan update tentang dia.

Maybe nak update 2 bulan sekali.

Tapi biasalah, niat jeeee. Haha. Sejak setahun, tak pernah update kot. Then sekarang, dia dah 18 bulan, bermakna 1 tahun 6 bulan. Bermakna lagi 6 bulan je nak 2 tahun.zzzzzz.

Rasa macam kejap pula masa berlalu.

Ok. Aku update mana yang aku ingat la yea. Mana yang tak ingat tu,lenkali la update. Heee.

MAKAN
-anak aku memang seorang yang suka makan (setakat ni.dan Alhamdulilah). Kalau aku tengok dia macam tak berselera terutama kalau makan kat kedai or masa makan nestum,so aku akan masakkan untuk dia. So far, dia berselera je makan apa yang aku masak.

-Aku da letak garam dalam makanan dia tapi belum sampai tahap rasa sama macam makanan kita.

-Iman ni lain sikit. Dia tak reti kunyah.tak reti dan tak suka makan makanan bertekstur. So aku ikutkan je. Nak blend sokmo,so blend. Tak ada hal. Even ramai pelik sebab dia dah setahun lebih,gigi pun dah banyak tapi tak makan makanan macam kita.Dia cuma nak bubur yang di blend.so aku ikutkan je. Asalkan selera makan dia tahap memuaskan hati,aku anggap specialty dia lain sikit.

- baru2 ni dia tetiba pandai makan makanan kita.aku kagum sangat.padahal berapa lama aku dok ajar,tak berjaya.asik tercekik je.dan tetibe dia boleh kunyah,boleh makan macam biasa dengan begitu sekelip mata. Pelik dan kagum.

SUSU
dari dulu aku rasa dia ni memang kuat minum susu. Sekarang minum 9 oz x 5 kali. Tapi kadang tak cukup jugak. So ada masa 12 oz sekali minum.

Sebelum ni minum susu Ilham.Tapi kadang bila travel,susah sangat nak cari susu ni.so kitorang decide tukar susu pada S26

BERCAKAP
- belum ada gaya bahasa kita.masih di tahap bahasa alien -_-'
-pandai bagi arahan dengan nada suara lain2 dan aku boleh faham arahan2 atau permintaan dia tu, hahaha.

SKILL
- terer panjat segala tempat, termasuk meja makan.so umah kitorang,meja makan tak berkerusi.kerusi di simpan dalam bilik. Hahaha
-dah tahu kegunaan kebanyakan barang dalam rumah. Contoh kegunaan remote,kunci,alat pemutar skru
-Pandai buang pampers yang dah dipakai dalam tong sampah.tapi aku mendapati pampers yang belum dipakai pun akan dibuang di tempat yang sama.lol. mujurlah tong sampah untuk dalam bilik punya.kalau tong sampah dapur tu,memang tekanan jiwa jugakla aku ni.
- oh yea,baju dan seluar kotor dia juga akan di buang dalam tong sampah.-____-'
- ada sekali tu,dia ambil kunci umah papa dia,terus pergi drkat pintu dan godek2 macam orang tengah nak buka pintu. Masalah masa tu adalah pukul 2 pagi.saborrr jela.
-Pandai marah
-kalau kena marah,cembeng
-suke ketuk pintu dan dinding.huhhhuhu
-suke menjerit

Ni jela yang ingat.yang lain,tak ingat.hihi

Pic yang agak botak tu yang latest.hahaha.sebab payah sangat nak gunting rambut,melalak,meraung macam kena apa,jadi botakkan simit supaya take time nak g kedai gunting rambut lagi sekali. Hahaha

4 comments:

  1. hehe bab buang pampers Iman sama dgn Hannah :)

    ReplyDelete
  2. iman ni comel sangat. padanla bulat je pipi terletak rupanya 90z sekali minum hamik..hahaha..bila u cakap iman tak suka texture i lega sangat..sebab hamza adalah kawan. ada dok sound i napa x ajar makan nasik. kita dah ajar bagi spaghetti lah nasik mmg x makan la nampaknya...i pun dah pening nk masak bubur apa dah..hahaha..bila iman potong rambut macam baby bawah setahun lak muka dia

    ReplyDelete
  3. alolo..omeii sgt tau..vee nntie tgk ig lin ada minta no wasap..hihi

    ReplyDelete
  4. Banyaknya Iman minum susu. Elok la juga dia berselera nak makan masakan kita kan? Baru la berbaloi nak masak2 untuk anak.

    Nak exchange link boleh sebab Ayu tukar URL ni from bnsyg-stories.blogspot.com to ayuni-stories.blogspot.com
    Let me know nanti eh?

    Thank you

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...