nuffnangku

Tuesday, December 31, 2013

... Selamat Tinggal 2013.

Salam.

Hari terakhir di tahun 2013. Tak sure tahun 2014 nanti, masih panjang umur atau tidak. Moga masih diberikan peluang oleh Allah untuk terus perbaiki diri. Kalau tak diberi peluang untuk hidup sehari lagi?Tak tahu nak kata apa, Allah! tak tertangung rasa takut tu...

Oklah. Entri ni sekadar untuk aku kenang kembali apa yang dah berlaku tahun ni, mungkin sebagai sempadan untuk diri sendiri, sebagai kenangan atau sebagai pelajaran untuk tempuh hidup yang bakal mendatang.Tahun ni memang banyak benda jadi, kalau nak difikirkan, memang rasa macam tak happy, tapi selain tu, sebenarnya banyak lagi yang indah dari yang tak best.

Ini just nak imbas kembali apa yang aku dah buat or apa yang dah terjadi untuk tahun ini.



DIRI SENDIRI
-SAHM sepenuhnya untuk this year. Tahun 2012, aku mula jadi SAHM sejak Mei 2012(Ziyadh Iman lahir).So 2012, aku bukan sepenuhnya SAHM( Stay At Home Mom).

-Awal-awal jadi SAHM dulu, aku selalu rasa tak best. Rasa tak best sebab tengok orang sekeliling sibuk berkejar membina kerjaya, sambung study, sambung buat master,kumpul harta benda, melancong sana-sini, tapi aku, sejak tak kerja, begitulah semua impian dan cita-cita pun ikut tepu macam aku. Berlalu macam tu aje.Tapi aku tak ada rasa nak sambung master pun. Cukuplah dengan ijazah sarjana muda yang ada tu. hehehe

-Tapi menjadi SAHM ni banyak mengajar aku- mengenal diri aku sendiri, ajar diri sendiri untuk berpada-pada dalam hidup ni. Dulu masa pegang duit(ketika masih kerja) aku boros. Tiap-tiap bulan shopping, beli barang branded,dari designer,nak melawa je, sekarang, aku tahu mana letak duduk diri aku ni. Sesuatu yang buat aku insaf dan audit diri :) sebab duit kalau sendiri punya, memang rasa tak ingat dunia nak shopping, tapi kalau duit yang suami bagi untuk guna, memang aku pilih yang paling minimum, hehehe. Siap survey yang paling murah, paling best.Sebab titik peluh suami, memang tak tergamak la aku nak buat membazir kepada yang bukan-bukan.Bukan mudah kot nak tangung anak bini pada zaman segala benda pun naik harga. Tapi syukur, rezeki dari Allah tak pernah putus kalau diusahakan.

-Hijrah. siapa yang frend dekat FB dan intagram aku, tahulah aku dah beberapa bulan berhijrah. Dorongan dan didikan suami, antara pengerak utama.Sanggup dia berbelanja besar nak tolong aku tukar wardrobe dari baju-baju tak muslimah kepada yang bercirikan islamik. Aku masih merangkak dalam mencari diri sendiri, doakan aku tetap istiqamah yea.Perlahan-lahan aku cuba ikut seperti yang dituntut syariat. Moga ada lah jalan untuk aku dekatkan diri yang hina ni dengan Allah. 


KERJAYA
-tahun ni aku mula bekerja dari rumah, walaupun sekadar online business, tapi aku curahkan segalanya untuk itu. Sesuatu yang aku impikan sejak tahun 2010 tapi tak ada kekuatan untuk memulakannya. So rasanya 2013 adalah tahun di mana hati aku tergerak nak mulakan nya. Dari SAHM kepada WAHM (Working At Home Mom).

-Cita-cita, impian dan apa yang aku angankan, aku jadikan realiti. Tapi tak mudah. Bukan senang. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang perlu aku tempuh, tapi tu tak patahkan semangat aku. Aku anggap itu asam garam dalam bisnes.Berapakali airmata jatuh, hati terluka dan rasa 'down' yang aku hadap. Tapi bila pandang muka anak, aku kuatkan hati-aku buat ini sebab dia-kerana dia-demi dia.

-WAHM ni memang bukan mudah kalau kita jual benda-benda yang custom-made/ handmade ni. Kau perlu berlari lebih pantas dari detik jam, perlu tidur lebih kurang dari tidur orang lain, perlu bekerja lebih masa dan lebih skop kerja dari orang yang makan gaji, perlu lebih gigih dan perlu lebih tabah. itu yang aku belajar selama tempuh online bisnes ni sebab kau perlu jadi mak dan isteri untuk jawatan housewife, bos dan kuli untuk WAHM

-Tapi bila dapat customer yang baik, yang berpuas hati dengan hasil kerja kita, memang buat aku rasa bersemangat

-Bila dapat bagi duit hasil titik peluh pada mak ayah, hanya Allah je yang tahu perasaan tu camne rasa bestnya. Bila dapat bantu suami (suami tak pernah minta pun) dalam hal ehwal Iman, rasa berbaloi sangat aku selalu tidur kul 4 -6 pagi, hehe.


FAMILY
Alhamdulilah sebab masih ada suami yang penyabar, anak yang menguji kesabaran( hahaha) , famili aku dan famili mentua yang sangat baik dan supportive. Mil dan Sil selalu beri aku barang-barang untuk bisnes. Syukur.




Harapan untuk 2014
-Nak KURUS ( hahaha)
-Nak majukan diri lagi
-Nak jadi muslimah yang baik
dan banyak lagi...malas nak taip. hahaha

Even 2013 bukan tahun yang agak baik kalau di bandingkan dengan 2012, tapi tak apalah. Hidup bukan selalunya berada di atas. Kadang kita di bawah. Mungkin Allah letak kita di bawah supaya kita discover benda-benda yang selama ni mata kita tak berapa nampak sebab bz pandang yang atas je. Itu aku. Aku redha dan bersyukur dengan apa yang aku ada. Walau tidak gah macam orang lain, tak apa. Ada anak dan suami, cukup dah untuk jadi nadi yang buat aku masih mampu bangun tiapkali jatuh.Lagipun itu bahagian dan rezeki masing-masing. Perlahan-lahan mula semula dari bawah......



Hopefully 2014 lebih manis dari 2013. InsyaAllah, amin! Selamat Tahun Baru 2014!


2 comments:

  1. selamat tahun baru lara~ xpe.bisness sendiri pon boleh success! semoga awak berjaya lara~

    ReplyDelete
  2. hurm.. sedih plak baca.. as a SAHM, za rasa juga apa yg sarah rasa. rasa mcm bodoh kdg2 sbb org sekeliling pndg mcm, "bljr tggi2 tp xkeje, dok umh".. sedih..

    tp, darwishlah buat za tiap hari bangun pg utk ignore segala benda. mungkin blm ckup kuat dan tabah mcm org lain. hopefully semuanya makin baik..

    psst : za dtg dr geng gojes.. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...