nuffnangku

Saturday, December 21, 2013

Nak kejar yang mana satu?

Bila dah kawen dan dah ada anak,life macam lebih fokus untuk anak dan suami. Banyak benda / perkara yang perlu kita lepaskan demi sebuah perkahwinan dan demi sebuah family.

Tapi yang indah tu lagi banyaklah dalam perkahwinan dan dalam sesebuah keluarga,kan?

Ini bukan entri komplen, or entri nak mengira kekurangan ,keburukan.entri ini lebih kepada saja2.

Sebelum ada anak, sebelum kahwin, aku berangan nak kerja best2, gaji pun best.Serius. Memang tu yang paling aku nak kan sangat. Dengan ijazah yang aku ada,aku target pada gaji dan kedudukan yang macam best. Hehe.

Tapi bila masuk dunia pekerjaan, even tempat macam best ( read : kepala rimau ) aku rasa macam dah alami mimpi buruk sangat.Serius,masa tu lagi harap aku dipengsankan sekejap ke dari nak hadap manusia2 bernama bos. Diulangi bos.bukan leader.yang kerjanya asik cover diri sendiri,tapi konon macam dah buat amal jariah sangat. Ada yang duduk goyang kaki,tapi time kerja sibuk buka website ibu2 bapak2 tapi tiapkali gaji,gaji dia 2 kali ganda dari aku.serius aku rasa nak giler. Bukan nak giler sebab jeles.

Tapi sebab aku terpaksa buat kerja dia jugak. Kerja sendiri pun dah berlambak,then tambah kerja orang.Selama 4 tahun, tak ada apa yang berubah.

Tensen sangat masa tu.Aku selalu sakit. Tiap bulan sakit.sebab luaran aku memang ok.otak aku,mental aku? Macam tunggu masa nak shut down je.Time tu, aku jaga sistem yang mengawal kredit kad. Tapi manual oh. Sakit kepala aku.

Dan lepas tu, aku preggy pun, tak ada siapa pun nak ambil kira tentang tu. Yang dorang tahu,lepaskan diri sendiri je.

Bila Iman lahir,yeah.aku ambil keputusan untuk jaga dia sendiri. Melepaskan apa yang aku cita2 kan, demi cita2 baru yang datang dalam hidup aku. Macam sekelip mata semuanya bertukar.

Then, serius kadang aku tak ada masa pun nak lepak dengan kawan. Jadual aku memang ikut jadual anak. Tapi sekarang dunia teknologikan.boleh wassap,fb dan instagram. Jadinya sesekali bila berwassap dengan kawan2, rasa best nya. Teringat zaman dulu2-zaman free and young.

Hehe.
Aku rasa masa terlalu cepat berlalu.iman pun kejap je dah nak 2 tahun. Membesarkan anak, bukan mudah. Tapi hari2 kena belajar tentang dia.

Dan sekarang, tak rasa nak kerja semula.Aku beri diri aku masa untuk setahun dua lagi untuk buat apa yang aku suka. Untuk ikut impian aku,cita2 aku. Aku nak tahu setakat mana aku mampu,aku nak uji. Aku nak cabar diri aku sendiri untuk pertahankan cita2 aku yang baru tu dan pertahankan keyakinan aku tu bahawa-- rezeki dari Allah.bukan manusia yang tentukan.doakanlah aku berjaya yea.

Suami pendorong kuat,tak pernah mengeluh bantu aku.iman pengacau paling tegar.kahhkahhkahhh.kidding.

Ok la.entri ni tak ada hala tuju sangat.tapi ini realiti diri aku.tata

4 comments:

  1. Chaiyok2..a man achieve according to wht he believe..:)

    ReplyDelete
  2. insyaallah..satu masa nantie vee...yakin pada diri..vee boleh buat dan buktikan.amin

    ReplyDelete
  3. All the best sarah! sahm pun mencabar jugakkan =)

    ReplyDelete
  4. r ye, mmg meluat kan kdg2 dgn bos ni. hihi.. bos ni tggungjawab dia besar, nak senang keja dia passing kat anak buah.. kalau dia delay takpa, anak buah jgn delay.. hihihi.. bak kata bos ajala yg paling bestos!

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...