nuffnangku

Monday, December 30, 2013

Iman beriadah.

Salam.

8 Dec 2013 hari tu kitorang bawa Iman lepak-lepak/riadah di Taman Layang-Layang. Memandangkan hari tu memang kitorang tak ada agenda sangat, maka singgahlah kami 3 beranak ke situ.Pagi tu keluar settlekan urusan postage barang customer, balik tu singgah situ.

Aku check dekat website Poslaju, tengok mana branch or kiosk yang ada buka pada hari Ahad. Branch dekat Aeon Kepong buka, so pergi sana, lalu lah taman layang-layang ni. Rupanya tutup sebab ahad minggu pertama lol. Di sebabkan urusan postage tu sangat urgent, aku aim midvalley or KLCC je. Sebab sana, InsyaAllah everyday memang buka. Cuma dari kepong nak ke KLCC tu 'merasa' la kan. Singgah KLCC untuk pos je semata, then terus ke Taman Layang-Layang sebab dah janji dengan Iman. Even dia bukan faham pun apa itu janji, tapi sesekali bagi dia explore dunia sekeliling dia adalah seronok hokehh.

Hehe, mak bapak yang terlebih seronok :)


20131208_174002
meredah padang, melihat dia geli-geli main rumput :)


iman padang1
pandang langit, tengok layang-layang,redah rumput

iman padang2
berlari je kejenya-sibuk nak kejar baby girl yang naik basikal dengan parent dia yang baju oren tu.Iman nak kejar girl tu dan nak lari lintas baby girl tu. motif? nak tunjuk dia lagi cepat or nak tunjuk dia pandai lari? ahaha.


iman padang3
tengok. lagi cepat dari papa.


kenapa mama tak ada dalam pic? mama tukang amik gambar dan mama tukang jaga makanan dan duduk setempat je,kakaaaakaka. Cuaca elok, taman tu bersih, orang-orangnya pun elok,so lainkali memang datang lagi,insyaAllah.


Seronok tengok anak belajar mengenal dunia yang luas, kenal alam, kenal rumput, langit, tengok persekitaran.Aktiviti ni memang tak maal pun tapi priceless :)

2 comments:

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...