nuffnangku

Thursday, October 31, 2013

Tips Rancang Majlis Perkahwinan Sederhana

Salam.Ini tips untuk bride yang bajet terkawal atau agak terkawal.Tak applicable untuk bride yang memang mampu dari segala segi ok :) Ini untuk bride yang nak kahwin- tapi tak nak over spend atau nak kahwin-tapi duit tak banyak sangat, maka semua wajib dalam keadaan terkawal.

Ini 6 point penting, sebelum dihuraikan ok :)

1) Bajet
2)Survey
3)Keutamaan
4)Kehendak atau Keperluan
5)Beli Berperingkat
6)Orang sekeliling

1)Bajet
Make sure korang tahu bajet korang untuk wedding korang nanti dalam anggaran berapa. Ada bride mengidam macam-macam tapi bajet tak besar. Memang tak salah nak berangan tapi jangan sampai membebankan diri sendiri semata nak laksanakan impian yang gah-gah tu ye.

Then, mengamuk if hasil yang di angankan tak jadi kenyataan.

Kiranya berpijak di bumi yang nyata. If bajet korang dalam 10k ,so make sure korang berangan untuk wedding yang berharga 10k. Jangan berangan untuk wedding yang 100k. Masak nanti lepas kahwin nak pusing duit.

2) Survey
Penting untuk selalu survey, buat perbandingan harga. Hasil rajin survey, rajin bertanya, mungkin mampu membuatkan kita dapat save beberapa ribu ringgit ok. Ada bride yang malas nak survey, malas nak ding dong sana-sini, so dia tak kisah sangat perkara-perkara macam ni, padahal kalau rajin survey, benda yang sama, mungkin jauh beza harganya di kedai A dan di kedai B. Kena usaha lebih sikit if bajet kita tak berapa nak besar. Kalau berminat dengan hasil kerja Wedding Planner gah A, tapi memang awal-awal tahu tak mampu, so apakata survey dan cari wedding planner lain yang berpotensi juga tapi harga masih dalam bajet kita :)

InsyaAllah ada.

3) Keutamaan
Paling penting, asingkan siap-siap duit yang kita ada/ buat bajet siap-siap untuk benda-benda/perkara2 penting dalam sesebuah wedding. Contohnya,jamuan untuk orang makan, berapa jemputan tetamu. Itu yang terpenting sekali sebab memakan belanja yang agak besar dari keseluruhan majlis perkahwinan tu. Dan lebihan duit yang ada, baru lah di cabangkan ke part lain yang penting, macam baju untuk pengantin ke.

4) Kehendak atau Keperluan
Penting untuk korang kenalpasti sebab nak makesure itu memang keperluan atau sekadar kehendak.Kalau tak ada, cacat tak majlis?Tak salah untuk majlis yang sepenting itu, korang ada satu senarai kehendak untuk wedding korang, tapi boleh cut cost untuk benda-benda yang korang boleh diy sendiri je, macam photobooth, candy buffet,signage,doorgift merepek.

Sekarang bersepah di youtube, dengan bermacam tutorial diy, maka nah,rajinkan je diri korang tu if nak save cost. If memang ada banyak duit lebih, memang why not korang dapatkan sentuhan orang yang pro dalam bidang sekian-sekian tu kan :)

If bajet cukup makan, tapi tetap ada kehendak yang perlu di penuhi, pilihlah option untuk diy.


5)Buat Persiapan Secara Berperingkat
If korang ada tempoh setahun lagi nak kahwin, boleh cut list korang tu untuk perkara yang simple-simple dulu. Macam setiap bulan, korang spend sikit untuk hantaran ( Ada orang memang tak nak ada hantaran bagai sebab macam membazir, tapi orang tua-tua kita memang suka ada hantaran bagai, so kalau boleh ikut, ikutkan je) tapi korang boleh beli secara berperingkat, so that nanti tak adalah terasa sangat duit tu keluar mengalir macam air. Bila ada sale, terus je beli. Jangan tunggu last minit nak kahwin. Sebab time tu lagi banyak nak guna duit.

Kalau jumpa pelamin yang berkenan, letak depo terus. so nanti korang dah boleh bajet berapa untuk pelamin, berapa untuk itu ini.

6)Orang sekeliling
If kita memang mampu, confirm dah hired sorang wedding planner untuk handle majlis kita kan.Tapi kebanyakkannya memang tak mampu. Memang buat sendiri segala benda. So apakata, if korang ada kawan-kawan rapat yang sudi nak tolong korang, korang bagi tugas siap-siap dekat dorang. Jangan nak harapkan kawan-kawan tu faham-faham sendiri je.Itu majlis korang, manalah kawan korang tahu idea sebenar korang kan.

Jangan bermasam muka if korang nak 4 kuntum bunga je atas hantaran, tapi member letak 3 je? hehehe.Yang penting, kesudian dorang meringankan beban korang tu memang tak terbalas. Terangkan siap-siap konsep dan apa yang korang nak supaya kawan-kawan senang nak faham. Sebab bila kita yang jadi wedding planner untuk majlis sendiri, pada hari majlis nanti,kita dah memang dekat pelamin tu je, jadi memang perlukan famili dan kawan-kawan rapat untuk pantau dan makesure semua berjalan lancar


sorry point agak kucar kacir, explaination pun tak berapa nak mendalam sebab agak bz sikit. Harap ini dapat membantu.Nanti i update lagi tips lain pula ye.InsyaAllah.

Reminder : ini memang untuk bride yang betul-betul nak bajet, yang taknak bajet atau tak setuju, jangan mengamuk taw.hihi.ini pendapat berdasarkan pengalaman lalu :)


2 comments:

  1. hehe.... teringat time buat preps kawen aritu..... semua benda nak save. tapi ter over spent kat OP ngan family doorgifts. tapi puas hati. hehe.... semua buat sendiri, semua ikut kemampuan yang tak berapa nak mampu....... and paling best, semua online!!!! hehe.....

    ReplyDelete
  2. Sgt2 bermanafaat entry mama vee nih tau....khas bg mereka yg merancang nak kahwin harus ikut entry mcm nih....good job!

    Iman sihat?

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...