nuffnangku

Wednesday, September 11, 2013

Cara didik Iman yang berusia setahun lebih

Salam.

Ada terbaca dari blog nana farhana trntang cara dia didik farish. Aku pun nak share cara aku didik Iman. Hihi. Sebenarnya lama dah datang idea, tapi tak tahu macam mana nak cerita. So marilah saya bercerita ikut cara yang senang aku dan korang faham.kekeke.

Orang kata baby ni otak diorang macam span. Senang serap ilmu. senang terima ilmu. Aku tak nafikan. Aku percaya memang baby mudah terima ilmu, terang hati. Yelah, diorang makan apa je kan. Mana ada makan makanan yang diragui halal haram, jarang makan makanan yang tak elok, dosa pun besar mana sangat,maka tu antara punca kenapa dorang ni mudah serap ilmu.

Aku kagum dengan parent yang rajin buat home tuition kat umah. Rajin ajar anak. Macam mimi. Rajin giler ajar rafif.

Lain anak,lain parent nya. Maka lainlqh cara ajar dan cara asuhannya,ye dak?

Bagi aku, aku personally (read : pendapat aku untuk hidup anak aku,jangan blame aku atas pendapat aku ni pulak yea.ni pendapat aku sebagai ibu iman dan pendapat ini untuk iman, ngeee).ok sambung. Aku personally lebih prefer bagi dia kebebasan explore dunia sekeliling dia. Nak panjat? Nak melompat? Nak berlari? Nak sepahkan barang? Go on. Tak apa. Aku ada untuk kemaskan semula, untuk pantau. * bab kemaskan semula bila aku rajinla.kahkahkah.

Aku x tetapkan apa2 jadual untuk dia. Sebab aku sendiri pun bukan manusia berjadual.aku jenis manusia gaya time frame. Contoh, dalam pukul 8 nanti nak kuar berjalan.

So aku akan bajet sendirilah apa nak buat,apa nak disiapkan,nak kemas. Aku tak boleh ikut jadual contohnya,kul 7 kena bersiap sebab pukul 8 nak keluar.ahh,gitu la.

Senang cerita,aku bukan manusia yang specific. Aku jenis yang boleh adjuat something untuk disesuaikan dengan something.gitu.

Weyy.jauh betul aku melalut.

Macam iman pun sama. Aku rasa dia bosan dan tak fokus kalau aku dok suh dia hadap aku sambil aku baca abc ke 123.

Aku perasan iman jenis yang cepat belajar kalau benda tu kita bagi dia buat sendiri sambil kita betulkan mana yang dia silap. Dia akan buat silap banyak kali tapi lama2 dia akan mampu serap ilmu tu.

Sekarang dia baru setahun lebih, jadi aku prefer dia main ikut suka dia,buat apa yang dia nak,tapi tetap tegah kalau dia buat something yang berbahaya.

Mungkin bila dia dah 3 tahun,baru aku mulakan dengan buku. Tapi tak bermaksud, sekarang dia x sentuh buku. Ada je buku kat umah ni. Cuma dia sekadar tengok gambar tak sampai berapa saat sebelum panjat sofa, tekan button remote dan bermacam lagi.so biarlah.

Sementara dia masih kecil, masih belum ada masalah dalam hidupnya,belum ada bimbang dalam hatinya,belum ada beban dalam kepalanya,belum ada berat nak digalas, aku nak biarkan dia melalui zamannya dengan tenang, dengan happy.

Nanti dah tua macam kita2 ni, dah bermacam masalah nak difikirkan. Aku memang nak disik dia mengikut zamannya,mengikut tahap usianya. InsyaAllah

Macam nana, aku pun tak memaksa atau mengidamkan untuk dia jadi apa bila besar nanti. Yang aku harapkan diajadi manusia. Jadi anak yang menyejukkan hati,jadi abang(aku x preggy lagi ok) yang menjadi pelindung adik2,jadi suami yang bertangungjawab.

Amin.

10 comments:

  1. SaMa la kita. Tp kekangan sebab jauh. Sobs! Cuma kita bagi dia bebas. Bebas untuk dia explore n we as parent kena pantau. But still, mainan dia semua mmg educational toys. Btw, everyone has their own way and there's no right or wrong. Semua org nak yg terbaik utk anak. :)

    ReplyDelete
  2. I pulak jenis manusia ikut jadual.kalau i nak kuar pukul 8..maka pukul 8 la tu.tapi bila didik anak,i pun bg kebebasan jugak.tak faham nape org asyik itu tak boleh...ini tak boleh..bila ajar anak

    ReplyDelete
  3. iman sama umar. kejap je tengok buku. sudahlah, buku tu kena pijak...hahahah

    ReplyDelete
  4. I sama dgn u lara. Biar anak explore sendiri but at the same time, i akan ajar benda yg simple and basic dulu like anggota badan, animal around her etc.

    ReplyDelete
  5. i rasa kita ni lebih kurang. i takde spesific time untuk dia tengok flash card ke apa..flash card dia akan main belek sendiri. lagipun dia lagi suka flash abc kat youtube. i akan letak a few toys sambil bukak tv. so terpulang la dia nak buat apa..kejap main toys, kejap tengok tv kang bosan merangkak pulak tawaf. i just assist and ajar sikit2. because apa2 yang dia buat semuanya adalah pembelajaran untuk dia.

    i suka tweet Doktor zahilah filzah baru2 ni "2.5 years old, can't remember ABC. can't even count 1-10.mom worried. don't be competitive. all they need to know is 'play'. Let kids be kids".

    how lovely :)

    ReplyDelete
  6. sama lah
    ida pun bgi elman explore pe die suke
    jemput singgah blog ida ye
    ida baru follow blog ni
    umielman.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. samalah! utk umur mcm anak kita sekarang ni i lebih bagi kebebasan utk dia...tunggu la dah 4-5 tahun nanti baru garang sikit...hihi

    betol, lain anak lain ibubapa lain cara didik dia...kita dgn cara kita kan :)

    i suka tgk aktivi home schooling tp kadang2 i masih tak reti nk follow...kita parents ni pon still byk kena belajar jugak kn..hehe

    ReplyDelete
  8. hahaha..cpt2 ade kurungan belum pregnant lg kan..harus la..babies are genius..!
    apa yang die explore die belajar dan sgt cpt meniru kita..shahadah pon jenis xfokus bab belajar, bg la buku ke mainan seme seminit dua je tp bab meniru org tua tu pandai sgt..

    ReplyDelete
  9. samalah kita.
    lin pon biar arai explore dunia dia sendirie.
    kenkadang dari situe pon dia dah belajar macam2.

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...