nuffnangku

Tuesday, August 20, 2013

Iftar Bersama my dear love, 403

Assalamualaikum.

Sorry baru sekarang nak update tentang iftar yang dah berlalu. Update ketika syawal pun dah berapa hari berlalu. Hmmm, better late than never la kot. Hahaha.

Mereka ni, aku anggap seumpama famili aku. Someone yang begitu dekat dalam hati aku. Even tak selalu contact ( tapi sekarang, dah ade group wassap) diorang ni tak pernah dan takkan (insyaAllah) aku lupakan sampai bila-bila. Sayang sangat aku dekat diorang.

Sebabnya, diorang tak pernah judge aku. Selalu memahami aku dan paling penting, tak pernah lupakan aku. Sebab tu aku sayang giler dekat dorang. Susah nak cari kawan yang macam ni. Kitorang kenal since tahun 2005. Dan sampai sekarang, masih tak lost contact. Masih tahu update masing-masing.

Aku bersalin diorang sudi datang jauh2. Sudi jenguk aku dan Iman dekat rumah. Kalau ajak keluar, jarang dorang tolak, kecuali kalau dorang ada hal yang betul-betul tak dapat di elakkan. Alhamdulilah, aku dapat kawan-kawan yang macam ni.

Kitorang pernah serumah dulu. Jadinya masing-masing dah tahu perangai sorang-sorang, baik buruk sorang-sorang. Diorang kenal aku. Kenal baik buruk aku, cara aku marah, cara aku tidur,cara aku bebel,cara aku ngamuk,cara aku putus cinta ( wakakaka) dan cara aku bercinta pun dorang tahu. Diorang tengok jatuh bangun aku.

Tapi sampai sekarang, aku tak percaya, aku yang kahwin dulu di antara diorang. Sebabnya, dulu aku yang paling heartbroken ( bukan dengan suami aku ni. Masa tu lelaki itu tak wujud lagi dalam hidup aku okeh). Wakakaka. Lepas tu kawan dengan ramai orang. Tak sangka aku settle down dulu dan aku datang reunion kali ni dengan bawa anak. Ahh,mak mak sangat dah aku ni. Sobssss.

Ok, cerita aku menyimpang jauh.

Tahun lepas aku masih berpantang dekat Melaka, jadinya iftar dengan 403 ni suam-suam kuku kot. Seingat aku, berapa je yang ada. Tahun ni alhamdulilah ada rezeki kita iftar semeja kan.


Masanya singkat, tapi sangat bermakna :) 

u5
Kami.
Dari kiri yang berdiri : azreen, zarien,kimi
Dari kiri duduk : hajar,mas,nuril,diela,aku dan Mr.baby You, hahaha.

u8
kami pilih makan berhidang. menu discuss dalam wassap hokeh :) dengan pemantauan guru besar. zarin

u7
suasana. Sibuklah kena umpan anak aku dengan gadget dulu baru dapat sentuh dia, kakaka.

u6
suasana.

u3
Mr. little Gentleman yang bz amat. Sibuk nak SABOTAJ kuah tomyam dalam mangkuk aku tengah pegang tu. Aku makan paling last hokehh. Cara sabotaj adalah dengan cubaan memasukkan sudu ke dalam mangkuk itu dengan cara yang seganas boleh -___-'

u2
nampak tak muka dia. pic1 : cubaan mencari peluang
pic 2 : agak bengang sebab macam gagal. hahaahah.

965386_479904995436853_90841273_o-1
ni muka tensen.

Mula-mula Iman agak merengek, biasalah dia. Kalau dah berdukung tu, jangan haraplah nak jejak tanah. Letak sikit nangis. Papa dia rajin lah nak layan kerenah anak. Aku? Jangan haraplah. Teeheee. Lepas tu makin lama, makin ok sebab dia dapat bergerak bebas, disamping perutnya kenyang sebab makan bubur ikan salmon yang mama bekalkan dari rumah. So dia ok lah sebab orang lain makan, dia pun makan. Buktinya pic yang ada Iman tu, ada pic termos ok dekat dengan dia tu.


Ok, jom berkenalan dengan AHLI PERSATUAN, wahaha.


u4
ATAS
kiri: diela dan arif
kanan : azreen dan suami, nuar

BAWAH
kiri : mas dan suami, hazizan
kanan : aku dan familiku yang gebu sokmo.kakakaak.

704782_479909568769729_1186957743_o-1
ni pula, untuk golongan single, single not available or single and available, mana-mana pun boleh.
dari KIRI :Kimi, Zarien, Hajar dan Nuril

u1
Atas : pic time duduk tak aci lah, tak dapat dikesan sape rendah tapi pura-pura tinggi (kurang tinggi) dan sape yang betul-betul tinggi.hahaha
Bawah : haaa. tak leh tipu da.kakakaak.

Sorry, usik2 je. Jangan marah. Ala, aku tahu korang semua memang faham sangat dah ngan aku.

rindu korang
rindu UNITAR
rindu kenangan kita
rindu kelana jaya
rindu rumah bernombor 403
rindu lepak brothers
rindu. rindu yang aku tahu macamana rindu pun, aku tak dapat putarkan saat yang pernah berlalu. Tapi aku tak menyesal. Kenal korang, macam satu rahmat yang Allah bagi dekat aku. Alhamdulilah.

4 comments:

  1. i pun mcm rndu kawan kawan lama dulu....

    ReplyDelete
  2. seronok ada kawan cmni kan. tp i sejak kawen xde kawan pun xpe asal ada suami haha

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...