nuffnangku

Sunday, August 18, 2013

Ada apa dengan cinta.

Hari ni perut memulas, suami isteri kena. Hahaha. Tapi aku ni jarang teruk sampai kena ulang alik banyak kali ke toilet.

Tapi tak confident nak keluar. Risau jem, then memulas. Haaa mati. Ni penangan memulas, terus rasa macam dah kurus.

Tengah tengok cerita Ada Apa Dengan Cinta.

Dulu aku addict giler cerita ni. Sampai hafal puisi si rangga tu. Siap cari cd ori lagi. Sebab masa tu aku mmg remaja pun lagi. Hahaha. Cerita ni best. Lagu-lagu pun superb.

Cerita tentang persahabatan dan cinta. Masa kita remaja, memang dua perkara ni penting giler. Tapi bila dah kawen, bagi aku dua2 hal masih penting.

Cuma cara kita berkawan tu agak berbeza sikitlah dari zaman remaja. Dulu topik utama - budak lelaki hensem, skola, parent, cerita dekat tv

Sekarang tentang anak, resepi, rumahtangga( more to manage not the privacy part,jangan salah faham)

Memang rindu zaman remaja. Zaman cinta remaja. Zaman study,l. Zaman masa dekat U pun awesome.

Aku tak ramai kawan masa awal2 dekat U sebab aku anti sosial. Tapi aku ade kawan2 yg berkualiti.

Yang penting bukan kuantiti, tapi kualiti. Kalau berkawan dengan aku,mudah je. Aku tak peduli kau siapa, latar belakang kau, yang penting kau kawan dengan aku ikhlas tak? Kalau ikhlas, mari berkawan sampai mati. Boleh?

ok.jatuh cinta lagi dengan Rangga

3 comments:

  1. Ahhhh i pon layan ada apa dgn cinta..tp knp sekarang i mcm dh geli2 ek? Haha

    I mcm u la sara, kwn dkt U tak ramai sgt sbb asyik la duk berkepit dgn housemate je, tak berkembang langsung..hihi

    Skrg ramai yg dh kawin n ada anak, automatik topik pon dh lain kn? Rasa mcm makin matured gituuu..hehe

    ReplyDelete
  2. i dulu kan beli cd aadc ni.tapi i beli cd cetak rompak.pastu kat ending cd tu,dia setakat kat airport jer.so i ingat diaorang tak bersama.hadoi.semalam baru tahu yang rupanya rangga akan kembali..

    ReplyDelete
  3. ohh sama pendapat. cerita ni mmg syok layan. rangga, i love u too. haha

    btw, first time nanie komen kot kat entry sara :)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...