nuffnangku

Wednesday, July 3, 2013

Resepi Cheesekut.

Salam.
Dekat group mommy gojes blogger tu resepi ni dah jadi fenomena baru untuk mak-mak. Memandangkan bahannya pun mudah, so rajinlah aku nak membuatnya  :)
Kebetulan, sabtu tu tak ke mana, tinggal berdua dengan Iman, jadi resepi simple menjadi pilihan.

Resepi dari nadia hairi.

Aku buat versi aku sendiri sebab aku malas nak g beli susu fullcream tu. Kan sebab tinggal berdua je ngan Iman.Bahan-bahan lain memang dah sedia ada kat umah ni, termasuk creamcheese. Creamcheese tu aku beli sesaja hari tu, sebab belum datang mood nak buat apa dengan creamcheese tu.

Resepi :
biskut creamcrackers
susu pekat manis
creamcheese(turtura)
susu fullcream(aku gantikan dengan white coffee)

cara :
-putar creamcheese sampai dah kembang, tapi jangan cair la
-masukkan suku cawan susu pekat manis, rasa dulu. Kalau x cukup ok manisnya macam yang korang nak,tambah la lagi yea. Ikut suka.
-Masukkan 2 or 3 sudu susu fullcream tu.*aku tak letak sebab x beli kan

Siap.

then,
-Celup biskut dalam air white coffee tadi
-Celup taw. Bukan rendam. Tapi jangan terlalu sekelip mata, sebab kalau biskut tu tak lembut(lembut ye,bukan lembik) nanti potong, jadi tak senonoh sebab keras
-Letak biskut tu dalam bekas. Susun elok2
pastu lapiskan dengan adunan creamcheese tadi. Buat sampai habis adunan creamcheese tadi. Nak lawa dan sedap, pastikan creamcheese tu tebal di bahagian atas yea.
Then sejukkan dalam peti ais.

Pic step by step, tak amik. Hehe.

Boleh tengok resepi asal dekat blog nadia hairi
* resepi ni sama konsep dengan kek batik milo or ala2 tiramisu.so if xda biskut creamcrackers,ok je kot tukar pada biskut marie,or if susu xda pun,ok je tukar ke coffee,milo,coklat--suka hati koranglah. Be creative.hihi

My own version of cheesecake biscuits  : cheesekut.

Makan sejuk2 adalah best

Yummy.

16 comments:

  1. Replies
    1. Iman x suke manis2,so mama mkn sorg.hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. Senang sgt ekin.dlm 10 min settle.kite blend je.haha

      Delete
  3. sarah pun dah buat gak ke...huhu ai je belum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kak.gerenti nikmat btul bl mkn.hahaha

      Delete
  4. omg omg!kecur kecur.dah la tgh ganti puasa ni..hihihi

    ReplyDelete
  5. DAH BUAT kelmarin. tp ramai dah share kt blog, maka tak payah lah i publish. haha

    ReplyDelete
  6. Boleh gak ek derhaka pada resepi nad rupernyer...tunggu umi Qi nk derhaka sikit pada resepi cheese kut hahahha sodapp ar mommy vee buat

    ReplyDelete
  7. Teringat2 rase die ms mkn kat gathering ritu,..oohhh...nk buat tp bhn tak cukup...

    ReplyDelete
  8. jom support bisnes sy sis .. http://cartadiarysibudaksengall.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. alaaa xbuat ag.sbb takut muak kalau mkn.hehe

    ReplyDelete
  10. i xde dlm grup tu. tp i bc smlm kt blog someone.yana . hehe. fenomena cheesekut la ni eh.tempting btul.nsb sng.hrp2 1 day i tbukak hati nk try. (mls) kekekek

    ReplyDelete
  11. memang fenomena sungguh ni! hihi...tp cheesekut ni mmg sedap kn

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...