nuffnangku

Friday, July 19, 2013

puasa part 2

Hahaha. Siap ada part lagi.

Ok.sehari sebelum puasa, aku pening nak bangun n tidur kul berapa kan?  Ok, bila dah start puasa, ni rutin aku-- aku tidur kul 2 pagi. Dalam kul 4 bangun untuk masak sahur. Kadang dok menung hadap kuali sebab ngantuk dan blurr nak masak apa. Sebelim tidur dah siap pk, tapi sebab ngantuk kadang2 lupa or buat keje lambat atau buat sesuatu yang entah apa2,, mamai kan. Hahaha.

Selalu berazam nak masak dalam kul 8 or 10, then sahur nanti just panaskan. Hmmm. Well
malas menguasai diri. Tapi sok tu bangun untuk masak,pun menyesal gak apsal tak masak malam sebelum. Hahaha. Isu terbesar adalah malas- menyesal- malas.

Hahaha.

Rutin aku bila puasa ni bermula seawal kul 4 pagi la kan.  Masak sahur, cuci pingan sikit ( ikut mood, dtg mood malas pagi nanti baru cuci.haha), dalam kul 6 lebih tidur. Kadang terdrag sikit sebab candy crush. Hehe. Tidur semula til pukul 10 sebab Iman bangun kul 9 or 10, kadang ngantuk sangat aku tidur dan biarkan dia main sendiri. Tapi pintu bilik kunci supaya dia main dalam bilik je. Selamat sebab semua yang berbahaya awal2 dah simpan. Tapi tak lama pun iman benarkan aku tidur sebelum mata aku dikorek or diraba -_-'

Then bangun mandikan dia. Siapkan dia. Pastu aku pula mandi. Dia duduk tengok babytv, aku kemas2 apa yang patut. Kadang dia 'tolong' sama. So bergaduhlah kami dua beranak. Siapkan makan dia, pung pang pung pang dah kul 3 lebih. Biasanya dia minum susu dan tidur. Dalam kul 5 bangun, tunggu papa dan bersiap g bazar. Waktu berbuka memang biasanya beli kat bazar je sebab nafsu puasa tu kan, hari2 pk makanan berbeza. Tapi kitorg tak beli banyak2 pun.

Berbuka.

Rutinku diteruskan lagi dengan iman bila husben g terawih. Badan dah letih, iman pula agaknya bosan asik hadap aku, then bermula lah peel dia. Merengek ke apa ke. Kadang geram gak aku dengan dia. Pastu husben balik, iman happylah,langsung tak merengek ke apa. Masa ni aku jahit sikit2 or pilih2 manik untuk order seterusnya. Dalam kul 12 iman tdo ngan papa dia.

Aku free.

Teruskan menjahit sebab tenang betul menjahit masa sunyi. Masa dorg tidur aku pun menjahit dalam bilik yang sama, sebab sunyikan. Takut aku terlelap pula hahaha. Pukul 2 pagi tidur dan pukul 4 pagi bangun.

Haaa. Berapa jam aku tidur tu.

Aku dah terbiasa tidur tak lama. Lagipun puasa ni even dengan seorang toddler yang tak reti dok diam,aku tak rasa letih,lapar or dahaga. Mungkin sebab siang aku pasif. Hahaha. Buat yang mana perlu je.

Rutin yang sama, diulang setiap hari.
  :)

2 comments:

  1. bestnya ...lepas sahur leh rileks golek..ni lepas sahur gigih basuh pinggan tak dan nak rehat bersiap gi keje..lambat jem

    ReplyDelete
  2. kalau saya tak tahu dah menguap berapa kali sehari, pastu sakit kepala

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...