nuffnangku

Saturday, July 6, 2013

Kawan

Salam.

Hi. Entri ni just nak isi masa sementara tunggu husben beli tiket apa ntah tu(aktiviti2 dia la tu).

Bila dah kawen, jumlah kawan yang selalu ada tu macam berkurang. Tak la kata life aku ni kosong benau tak berkawan. Tapi as a manusia, yes kita perlukan kawan kan. Kadang memang rasa lah kawan2 ni makin jauh. Mungkin masing2 dah ada life sendiri maka seorang kawan yang pernah jadi bestfriend dia ni, di lupakan terus. Ni bukan entri menuju pada orang perseorangan. Tapi general.just apa yang aku rasa,apa yang ada dalam fikiran aku,dalam hati.

Kalau tanya aku, bagi aku berkawan kalau boleh biarlah sampai mati. Bukan susah sesekali bila ada masa terluang, a simple hai dah boleh menceriakan hidup seseorang. Seaeorang yang bernama kawan. Kawan yang pernah mewarnakan hari2 lalu.

Kalau tanya aku, yea. Aku kecewa dengan certain kawan yang tenggelam timbul macam apa. I mean aku tak harapkan 24 hrs ko wassap aku, mesej aku untuk tanya khabar. Tapi sesekali sebulan,a simple hye, insyaAllah sudah membuatkan aku rasa happy.

Kan macam sesetengah perkara lagi syok kongsi dengan kawan baik
Even dah kahwin pun. Contoh, weyy aku tengok baju yang jual kat kedai dot dot tu lawa lah. Ko rasa ok tak kalau aku pakai?

Hal2 macam tu yang best dikongsi dengan kawan baik.

Sejujurnya, memang aku tak ramai dah bestfriend. Ada yang aku sendiri dah tak kuasa nak amik taw.  Tapi yang mana sudi selalu di sisi aku, melihat saat aku terjatuh,terduduk dan tergekincir dan sanggup menghulur tangan membantu ku, yeah. Terima kasih.

Kawan/sahabat..perlu saling menyokong. Perlu selalu ada walau jarak jauh mana pun.walau bz macam mana pun.

Rasa kecewa yang membuatkan aku memilih untuk berdiam. Memilih untuk melalui hidupku dengan jalanku sendiri.

Dan sahabat yang masih sudi mengambil tahu jatuh bangun ku, terima kasih. Kau sahabat yang tak mampu aku nilaikan dengan duit. Tak mampu aku nilaikan dengan apapun. Kau tak ternilai.

Terima kasih kawan. Atas semua rasa.

Entri bosan menunggu. Ngehngehngeh. Jem teruk area umah tadi. Fuhhh

3 comments:

  1. i setuju dgn entry u. tp kan sejak kawen i rasa mcm takde kawan baik pun takpe sebab husbandla kawan baik kita tempat kita mengadu. plus i ada adik dengan kakak tempat i luah segalanya. kawan ni biasanya ada masa suka je masa susah? pastu kdg2 kawan ni lah yg jadi lawan tetiba ada je isu tak puas hati dengan kita la apala. so bagi i takde kawan pun takpe huhu

    ReplyDelete
  2. i agreed. kawan ni macam musuh dalam selimut... sejak kecik ayah i selalu igtkan kawan ni suka bila kita gelak je, bila kita nangis takde sapa suka dengar cerita sedih kita.its true.. masa kita happy, kemain sume pun happy himpit2 time kita ssh sapa je lah yg datang n sudi mendengar kesusahan kita?
    tp alhamdulillah i still baik dgn kwn2 sekolah since darjah 4 smp skrg. tp diorg pun ada life masing2.. takde lah 24jam blh dengar masalah kita je
    skrg, i focus kat family je. org suka ke tak dgn kita pedulik.janji i bahagia dgn family.ada kawan ke takde kawan ke tak penting pun sgt skrg vee... mmg kadang2 rasa kosong tp pandang je muka anak kita tu... penyeri...

    cheer...

    ReplyDelete
  3. kawan i kakak i je la..sume i cite..kalau ada bestfriend pun tenggelam timbul. Hmm..tapi i memang takde kawan sangat. Ke org tanak kawan ngan i sebab i ni nampak sombong?

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...