nuffnangku

Thursday, June 6, 2013

Pemakanan Anak.

Salam.

Anak makin dah setahun, rasa macam makin kurang cerita yang nak diceritakan. Tapi just nak tulis untuk kenangan mungkin. Aku bukan jenis yang cerewet bab makan anak. Tapi tak adalah simply hentam je bagi makan kat Iman, tidak. Certain makanan boleh, certain makanan is A BIG NO.

Nestum, aku bagi. Dalam seminggu sekali je or dalam 2 minggu sekali.

Makanan bergula memang tak bagi pun dia untuk makan sampai kenyang. Kalau sekadar cecah kat lidah, yes, aku ada buat. Tapi sangat jarang. Dia pun tak berminat kalau aku cecahkan makanan manis yang bukan makanan dia. Biskut heinz tu aku ada bagi sebagai snack. Tahu memang ada gula, tapi aku tak rasa itu akan memudaratkan dia. Aku bagi je kalau aku rasa tak memudaratkan.

Aku tak cerewet pun.

Tapi of coz aku prefer makanan yang dimasak di rumah dari yang instant. Sesekali boleh, tapi bukan selalu. Budak baru nak developt mental dan fizikal perlukan pemakanan yang seimbang dan kukuh. Err, macam mana nak terangkan bab kukuh tu ye? Senang cerita makanan berkhasiat.

Aku ni memang tak sempurna pun. Tapi dalam diri ni adalah juga cita-cita nak Iman mendalami ilmu agama(Insyaa Allah) dan ingin dia terang hati terima apa-apa pembelajaran, jadi kena lah jaga pemakanan dia sedari awal supaya tak masuk makanan-makanan subhah apatahlagi yang haram.

Macam aku kata tadi lah, aku tak cerewet pun tapi aku jaga apa dia makan. Setakat ni alhamdulilah sangat, aku duduk di kalangan famili yang menerima baik segala usaha aku, baik famili aku mahupun famili in law. Suami aku pun dek sebab dapat bini yang rajin membaca, dia pun terikut sama kawal pemakanan anak. Kitorang bukan kejam, bukan fussy atau nak tunjuk bagus, just kite bagi anak makan sesuatu tu ikut tahap umur dia lah ye. Before this memang aku tak bagi langsung yogurt berperisa, tapi sejak dah setahun ni, bagi lah sikit buat merasa. Suka dia, manis kan.

Aku pun tak berminat nak kawal pemakanan anak orang, no. Im not that type of person yang sibuk nak jaga tepi kain orang. Kalau orang tanya dan minta advice, yes aku bagi. Kalau tak tanya, aku pun rasa tak perlu nak tunjuk pandai, kekeke.

Dalam bubur dia, selalunya aku masukkan kismis doa atau kurma.Memang aku amalkan kurma / kismis sejak pregnant lagi. Ni dah lahir, bagi teruslah dalam makanan dia. Iman tak fussy bab makan.Cuma dia kurang suka ada protein dalam makanan dia kot. Kalau sikit dan terasa sangat, dia boleh tolerate. Kalau sampai boleh rasa, dia tak berapa minat. Contoh ayam, telor atau slamon, kalaububur dia ada rasa salah satu ni, memang tak habislah dia makan.

3 comments:

  1. anak2 memang perlu di ajar dari awal lg kan..kalau tidak nanti susah nak mula bila die dah besar...

    ReplyDelete
  2. Sarah kalau ada resepi2 yg pernah try bg iman mkn n dia suka share2 lah kt blog..hehehe..i dah run out of ideas nk bg mkn ape..balik2 bubur+labu, cous2+labu, oats+kurma..haha

    ReplyDelete
  3. Aah.share la.i pun dah bosan xtau nak bg rissa makan apa..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...