nuffnangku

Thursday, June 20, 2013

Birthday Iman.

Salam :)

Birthday Iman jatuh pada hari jumaat 31 mei 2013. Alhamdulilah genap setahun dah budak gedik tu :p

Masa memang cepat betul berlalu kan. Rasa macam baru je lepas bersalin, tapi sedar tsk sedar dah setahun dah. Agaknya bila umur makin meningkat, memang terasa sangat masa tu cepat berlalu kan.

Dulu masa zaman sekolah, asik cakap bila lah nak dewasa, nak kerja cepat, nak umur 20 cepat :'(

Kitorang balik Melaka jumaat malam, sebab atok nenek Melaka dah booking Iman sebulan lebih awal. Kitorang ikutkan je, sebab style aku mudah-- sape nak celebrate bday iman, buat aje, tak ada salahnya pun kalau Iman potong kek banyak2 kali pun. Dia budak lagi, apa tahu, yang penting dia seronok sebab jadi perhatian.

Ni hajat mak ayah aku untuk cucu diorang, aku sikit pun tak keluarkan bajet atau apapun. Memang tujuannya untuk kumpulkan family TERDEKAT je. So memang tak ramai pun, anak beranak je. Sebab tu aku pun tak ada jemput sesiapa. Deko pun sangat simple, setakat letak belon. Aku ingat nak jugak diy sikit, tapi tak sempat. Sebab masa tu aku ada tempahan veil urgent nak kena buat.

Ni kira birthday part MELAKA la ye. Part KL,insyaAllah papa n mama buat juga untuk Iman, tapi bulan syawal nanti. Masa tu insyaAllah akan jemput kwn2 papa n mama Iman ke teratak kecik kami. Aku nak guna dewan area umah tu, tapi belum available lagi sebab belum buka untuk sewaan. Ahhh, benci betul. Kalau tak, best betul sebab luas lah jugak. Harap menjelang syawal, dewan dah available.

Masa tu, i nak try deko. Hihi. Aku ni sebenarnya memang tak reti nak tengok majlis kosong je, mesti tangan gatal nak deko. Buruk pun buruk lah, janji aku sendiri puas hati.



Suasana.



Birthday boy yang tak reti duduk diam.



Potong kek!


Muka masam sebab tak dapat jalan, haha




Orang potong kek guna pisau, mamat ni?..



Yeah..tu dia. Guna jari pun bolehhh.




Terus main dgn hadiah yang paklong bagi.

Seronok. Terima kasih mak ayah sebab sambut birthday Iman. Alhamdulilah.

posted from Bloggeroid

10 comments:

  1. iman, sep sep ng kita. kita pun dapat motor tu tauuuu ~ umar raihan

    ReplyDelete
  2. iman!!kenapalah pipi kamu tu dabooom sgt..untie geram sgt2 tawwww

    ReplyDelete
  3. bestnya vee...kita org xtau la nak buat ke x...mgkin potong kek besday je kot...

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Iman, Iman comel..!

    ReplyDelete
  5. happy 1st belated bday Iman. Sorry lmbt wish. agak2 dh bsr nt pipi labuh tu ade lg x? haha. Hannah pn br dpt motor tu dr nenek dia.i xtau nk pgl apa. motor rupanya lol..kire u rjin jgk nk deco2 diy etc. i xrajinnn huhuhu

    ReplyDelete
  6. 1st time jumpa iman ari tu masa gathering..terus rasa geram ngan dia sbb spti sedia maklum pipi dia ituuu huhuhu...salam kenal dear ;)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...