nuffnangku

Wednesday, May 8, 2013

PRU13,annoying?

Salam.

Pening kepala aku baca news feed yang bermacam tu. Hehehe. Yang dok sharing bermacam, yang update status ada yang update elok-elok, yang marah-marah pun ada. Bermacam ragam.

Aku pun ada sharing, tapi satu ke dua je kot pastu malas. Yang aku sharing pun, bukan yang nak membakar sape2.tak kuasa aku.Rasa macam tak perlu. Memang tak perlu pun. Sebab sebelum sharing, aku fikir ada faedah tak?

pada pendapat aku, ini pendapat aku je k, kalau orang tu memang dah pilih A, kau cerita atau bongkarkan macammana pun memang tak membawa apa-apa faedah.tak ada nye dia nak g tukar jadi B pula kan. Samalah kalau orang tu dah pilih B. Kau bagi 1 juta fakta pun dia memang tetap dengan B. Gitu lah.

Pada aku, apa-apa hal pun biarlah orang 'atas' yang buat kerja. Diorang leader kan. Kadang rasanya orang atas rilex-rilex aje, yang dok gaduh dok maki hamun orang2 bawah ni. Kalau dok mengamuk sindir-sindir pun, setakat kat fb kan. Fb tu kan yang jadi friend ngan kita hampir 95 percent adalah family, kawan-kawan sekolah, kawan opis, jiran.

Tak pasal-pasal putuskan silaturrahim. Nauzubillah.

Macam-macam isu keluar. Tuduh-menuduh, cerca mencerca. Maki hamun. Gaduh sesama sendiri. Apa dah jadi dengan rakyat Malaysia ek? (Read : rakyat malaysia)

Aku tak minat nak cari hal atau update status yang boleh buat kawan-kawan aku terasa or sakit hati. Bukan aku atas pagar k. Since 2006 /2008 lagi aku memang sokong pihak tu. Tapi aku ni tak minat nak bergaduh, tak minat nak sindir perli jadah tu semua. Dan aku pun tak minat nak baca segala maki hamun cerca cerca tu semua. Rasa annoying. Rasa otak macam terganggu -_-'


*stop spreading hate and fear, people....just stop...please.....semua benda/ hal dalam dunia ni ada caranya. Menegur jangan sampai memaki hamun. Berkias/sindir perli jangan sampai terputus ukhwah.
posted from Bloggeroid

10 comments:

  1. omg, membara2 hati rin ni nk update kt blog jugak pasal FB status ni, ya allah, dok share video sana sini, ko sendiri pun xtau betul ke tidak, tolongla, rimas gile kot, ayat nk provoke kemain, klu ini kali tak menang, lain kali je lah ye, x pyh nk provoke sini sana, aku pulak rasa nk memaki, sikit2 dhlah

    ReplyDelete
  2. tu lah.penat dh kan dear.huaaaa.i pon dh malas dh.pening kepala.

    ReplyDelete
  3. sama la..kita yg tengok pun pening kepala..huhu

    ReplyDelete
  4. betul naik rimas tau dgn bende ni semua..yang berckp tu kekdg rs diri bagus sgt....nyampah

    ReplyDelete
  5. mmg sgt annoying..pru dah habis pun dok kalut2 lg itu ini..nak buat perhimpunan haram bagai laa...aduyaiiii..sgt SEMAK tau

    ReplyDelete
  6. tah bising ah.mekak je kt newsfeed.rumah dh siap pahat berbunyi. move on.. :P

    ReplyDelete
  7. setuju sgt! bosan je tgk news feed duk ckp psl politik tak sudah2..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...