nuffnangku

Wednesday, May 15, 2013

Iman Berjalan.

Salam.

Jarang sangat aku ni update sekarang ni kan. Apa yang di bz kan sangat aku pun tak tahu. Lagilah update pasal Iman pun jarang dah. selalu aku sempat upload pic dekat instagram jelah. Kawan-kawan blogger pun ramai dah dekat sana, so macam tak ada apa sangat pun kalau tak update dekat sini kan. Hehe.

Ini nak cerita...

Selama ni Iman ni memang berdiri berpaut pada something, macam sofa ke kerusi ke. Berjalan dari sofa ke sofa memang hebat dah. Memanjat pun sama. Tapi dia ni bukan jenis lasak. Mula-mula memang gerun je aku tengok dia nak turun sofa tu. Dari jatuh tak memasal, so aku ajar dia cara turun sofa dengan selamat, beberapakali ajar je dah pass. Legaa.

Masuk 10 bulan, dia dah pandai berdiri tanpa sokongan. Berdiri jela. Geraknya tidak.Lepas tu aku tengokdia dah boleh terus berdiri tanpa perlu berpaut, maknanyadari dia tengah duduk tu terus berdiri. Setiapkali dia buat benda baru, memang aku akan cakap - pandainya anak mama ni. pandainya iye. Lepas tu dia buat muka bangga dan gaya bangga giler. Faham kot orang puji dia, kan.

aku memang teringin nak dia cepat berjalan. Tapi tak adalah nak paksa.

Hari-hari dok cakap tatih kat dia. Dia buat tak layan je.Bila kita pimpin dia untuk berjalan, dia gi berjalan sambil berjingkit, hahaha.Kadang-kadang malas aku nak layan.

ada satu hari tu, masa Iman dah nak lena( belum lena sangat, sebab mata dia belum katup rapat) aku cakap dekat dia - berjalan lah cepat ye, kalau boleh sebelum birthday. Mama teringin nak tengok.

Aku tak paksa pun, cuma saja nak tengok, sebab tu aku cakap camtu. kan baby kalau dia dalam keadaan belum lena sepenuhnya, kalau kita cakap kita sayang dia, or pesan dekat dia, minda separuh sedar dia tu akan proses input.Aku baca dekat mana entah, lupa.


Dan tak pernah-pernah dia mampu berjalan tanpa sokongan, pada hari aku pesan tu 8 Mei 2013 (siang),malam tu dia berjalan 5 langkah tanpa berpaut pada apa-apa ( Kebetulan je la kan) tapi depan papa dia je sebab masa tu aku tengah cuci pingan so tak nampak dia. Kali kedua baru masa tu aku tengok sekali, terus record dan sent dekat atok nenek dia kat melaka tu. Happy giler la kitorang laki bini. Sejak hari tu memang berjalan -jatuh jelah kerja dia.



8 Mei 2013 - berjalan tanpa sokongan buat kali pertama.

10 Mei pula famili aku datang. Atok nenek dia ada kan, so dia pun nak eksen la kan. Berjalan sana-sini lah dia sampai dah lebih 10 langkah dah. Tapi kadang-kadang kalau nak cepat sangat, dia merangkak je. Hahaha. Bila orang happy dia tengah jalan tu, dia pun bangga lah -_-' Siap nak berlari tu sampai kadang-kadang tergolek. Sabar jelaaaa kan.

14 Mei 2013- makin confident dan mampu berjalan sambil pegang barang. contoh remote.

Terkedek-kedek berjalan.
Yeay! Lepas ni baru nak pergi cari sandal dan kasut untuk dia. Tapi dia belum bolehlah nak dibenarkan berjalan dekat mall tu. Practice lagi ok Iman!

11 comments:

  1. congratulations iman sayang! skarang i pun tgh tunggu mikhail nak jalan jugak..dah bole bediri lame cikit..tp mamat mikhail ni gediks sikit..orang suh jalan dia tergedik2, sengih2..pastu berlari..saje menduga kesabaran mama dia..nak bisik kat mikhail jugak la..hihi..

    ReplyDelete
  2. yeay..good boy iman..lepas ni main kejar2 dgn mama ye..hehe

    ReplyDelete
  3. hehe . bestnya kan . tak sabar nak tunggu afham berjalan jugak.
    Pasni nak cakap gak la malam2.

    ReplyDelete
  4. xsampai setahun dah boleh jalan? syabass iman.. tunggu turn abg afiq pulak..

    ReplyDelete
  5. serius comel .. ohh ,bangga yer die dapat jalan .. hee .. :)

    ReplyDelete
  6. Syabas Iman! semangat betul iman ni lah geram sangat tengok badan dia yang botot2 tu

    ReplyDelete
  7. Tersenyum umi Qi tgk progress Iman...seronok kan bila kita tgk perubahan dan daya maju dia setiap hari...yg bisik2 kt telinga baby separuh sedar itu ada bgus...pernah buat sambil usap kepala dan zikir..tahniah iman... :)

    ReplyDelete
  8. hi handsome boy!
    good job iman..nanti main lari2 ngn mama tau

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...