nuffnangku

Friday, May 31, 2013

dari mama untuk iman.

31 Mei 2012, Hari yang mengubah hidup papa dan mama dalam sekelip mata. Err, not really sekelip mata lah kan, tapi dunia berputar menjadi begitu berbeza. Terlalu banyak bezanya sebelum ada kamu dan selepas ada kamu. Sebelum mama pregnant, selalu fikir, apa akan jadi pada aku bila ada anak nanti? Macam mana aku nak jaga anak nanti, sebab aku tak reti jaga bayi.

Bila dah pregnant, hati jadi makin bimbang, makin risau. Selalu mama nangis sebab takut tak dapat bentuk kamu, amanah Allah yang satu ni supaya dapat jadi anak yang soleh, supaya jadi anak yang baik, jadi pemimpin masa depan yang bertimbang rasa dan jujur, jadi suami dan bapa yang baik macam papa kamu.

Tapi bila lahirnya kamu...

Semuanya berubah ibarat sekelip mata. Mama tak kata mudah nya menjaga dan mengasuh kamu, tapi mama berazam, mama akan sentiasa berusaha mengenali kamu, berusaha menjadi mak yang terbaik supaya kamu rasa memang berbaloi syurga itu berada di bawah telapak kaki mama. Mama tak pernah ada pengalaman jaga baby, asuh baby. Pegang baby baru lahir pun tak pernah, dan mama melakukan yang PERTAMA KALI itulah semuanya bersama kamu.

Selalu orang lain pesan dekat mama( masa pregnant) supaya menghargai masa tidur yang ada. Mama angguk tapi setakat itu jela. Dalam hati siap rasa macam hal tu sengaja ditakut-takutkan pada mama. Nah.. Sekali hari pertama kamu berdua dengan mama di hospital lagi kamu meragam taknak tidur sepanjang malam, siap kasi hadiah melalak2. Lepas tu baby2 yang lain pun ikut sama. Kesian mak diorang, mesti marah kat kita kan -_-' dan betul la apa yang orang lain pesan tu. Struggle mama nak follow jadual tidur kamu. Sampai sekarang ni pun, dah setahun, mama masih ikut certain jadual kamu, tapi of coz mama dah leh bajet jadual kamu dan dah pandai manage masa.

Mama banyak belajar tentang kamu. Belajar dari zero sampailah sekarang kamu dah setahun, bermacam ilmu yang kamu bagi pada papa dan mama. Setiap hari adalah hari menimba ilmu buat mama. Dan setiap hari juga hari yang membanggakan mama. Dari seorang bayi yang baru lahir, belum reti apa-apa, sekarang kamu dah melangkah jauh. Membesar dan cerdik dan membentuk peribadi kamu sendiri, kamu bukan lagi newborn/ bayi tapi kamu manusia kecil yang ada personaliti kamu yang tersendiri. Yang dah ada kehendak dan keinginan sendiri, dah pandai tunjuk dan luah emosi.

Apalagi yang boleh mama katakan, yang mampu mama ucapkan...Hanya syukur sebab sehingga ke saat ini, Allah masih mengkurniakan pinjaman Dia yang satu ini pada mama, ya masih. Kamu lah pinjaman dan amanah dari Allah buat mama dan papa. Walaupun kami selalu leka dan lalai, dan belum tentu mampu jadi ibu ayah terbaik untuk kamu, tapi Allah yang maha pemurah telah kurniakan kami anak yang cukup sempurna. Allahuakbar!

Melihat sempurnanya kamu zahir dan mental, hanya segala pujian pada Allah yang telah memberikan segalanya.

Mama memang garang, panas baran, memang cepat marah tapi kamu tahukan mama sayang pada kamu. Papa kamu lagilah belum sekalipun selama kamu setahun ni dia marah pada kamu. Setiap ragam kamu, dia layan dengan penuh kasih sayang. Oh lupa, papa tak macam mama ok. Papa tak garang, bukan panas baran dan sokmo cool. Gituww. 

Mama rasa macam baru beberapa bulan melahirkan kamu. Baru beberapa bulan... Tapi sungguh cepat masa berlalu, padahal mama masih belum lupa segala suasana, kesakitan dan kegembiraan yang ada, demi kamu. Mama sayang kamu. Selalu dan sentiasa...




 31 Mei 2013.. Selamat hari lahir buat anak yang ku kandung selama 40 minggu 5 hari. Seorang anak yang kalau kau minta nyawa pun dari aku, akan aku beri. Insyaa Allah. Jadilah anak yang baik-baik yang menyejukkan hati dan jiwa kedua orang tuanya, yang tak melupakan keluarganya dan sentiasa merendah diri. Yang tak lupa pada agama dan tak hidup pada jalan yang salah. Amin. Luahan mama untuk iman.

7 comments:

  1. happy birthday ziyadh iman. semoga membesar dengan bijak n jadi anak yang soleh ye sayang =)

    ReplyDelete
  2. Happy 1st birthday Iman. Semoga menjadi anak yang soleh.

    Sebak pulak i baca huhu

    ReplyDelete
  3. Selamat ulang tahun Iman.. terharu baca ucapan mama ni

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Jadi Iman.. semoga membesar jadi anak yang bijak soleh.

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...