nuffnangku

Wednesday, April 10, 2013

Rumah, perasaan yang susah nak diterangkan...

Tak lama lagi dah nak pindah.

Tapi rasa sedih pula fikir rumah yang ditinggalkan ni. Sebab di rumah ni la, kitorang berdua memulakan perjalanan hidup baru kami lepas kahwin. Di sini kitorang belajar bagaimana hidup berdua-- berkongsi susah dan senang, bergelak tawa dan bergaduh manja semua.

Berdikit kitorang memulakan hidup sebagai suami isteri. Tapi disebabkan kitorang memang dah plan nak pindah dalam setahun dua lepas kahwin, kitorang memang tak beli banyak barang-barang besar, leceh nak berangkut bagai. Kitorang beli yang asas je macam peti ais, mesin basuh, katil. tu je. Yang lain macam sofa, memang tak beli sebab dekat rumah tu memang ada sofa. meja makan pun. sebab memang dah planning nanti masuk rumah baru, baru beli semua baru.

Di rumah ini juga kitorang mula membuat persiapan menyambut ahli baru kami. Perlahan-lahan ubahsuai suasana dalam rumah ni demi anak yang bakal lahir (iman ). di sini juga kitorang menjadi papa mama pada Iman. ahh, banyak sangat kenangannya kan.

Iman pun dah nak setahun......
adik ipar aku pun dah pindah lepas setahun tinggal dengan kitorang, memang terasa bila dia tak tinggal dengan kitorang dah.
adik ipar aku baik, berdikari dan selalu tolong aksk ipar dia ni basuh pingan, hehe.

Rasa sayang nak pergi dari rumah ni.....
tapi apakan daya, tentu saja rumah sendiri lebih baik dari rumah sewa...
berharap yang baik-baik saja bakal menemui kami nanti....
moga perjalanan baru kami sekeluarga dilindungi, dirahmati dan sentiasa di bawah rahmatNya.


aku ni bercakap, macamlah aku nak pindah dok oversea. hahaha. padahal pindah rumah je pun.. -____-'

9 comments:

  1. hehe..takpe vee, rumah tu ditinggalkan tp bukan moment kt sane yg hilang..

    ReplyDelete
  2. seronok pindah rumah sendiri ni... =)

    ReplyDelete
  3. i can feel u babe. i yg belum pindah ni pn dh terase syg nk tgl kan rumah skrg yg dr mula kawin tgl, pregnant,smpai ada anak, huhuhuhu. touching la pulak. huhu. anyway all d best at the new place :) im sure you will hehe

    ReplyDelete
  4. i pun rasa sedih gak nak tinggalkan rumah sewa ni if rumah baru siap.rumah ni land house, rumah beli tu apartment aje.mcm2 moments ada. Alisha's my kid pun address rumah ni gak..huhu

    ReplyDelete
  5. i pun begitu bila pindah thn lps. walhal kat bgnan yg sama je nih. tgkat je lain. haha.. tp bila da pindah, lps seminggu rs excited kat rumah baru. ;)

    ReplyDelete
  6. sebab rumah tu banyak kenangan kot antara korang suami isteri. sebab tu rasa macam sedih je nak pindah. namee pulak rasa sedih nak tinggalkan mak bapak lepas kahwin ni. hehe.

    ReplyDelete
  7. it's ok vee...i'm sure u akan lagi sayang rumah baru u nanti...hihi...i xde experience cmni coz i duk dgn family...tp xtau la lepas pindah nnti tiba2 rasa lain macam utk tinggalkn rumah family...hehe

    ReplyDelete
  8. hiasi rumah baru anda dengan lampu hiasan comel...
    layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...