nuffnangku

Tuesday, March 5, 2013

Perkembangan Iman : 8 bulan.

Iman dah masuk 9 bulan. Alamak, kejap betul masa berlalu. Lagi 3 bulan dah setahun. Hmm, tengah fikir nak buat birthday party Iman ni. Agak-agak ada yang nak datang tak? Of coz aku buat kat kl :-) Mood : tanya serius ni.hihi

Ok. Nak update apa yang dah dilalui oleh budak debab ni selama masuk umur 8 bulan.

Merangkak
Super fast. Kalau dia tahu orang larang dia pergi satu tempat tu, atau tahu orang datang nak angkat dia dari g tempat tu, dia akan merangkak laju giler macam nak lari, sambil gelak-gelak. Dah pandai merangkak ke mana-mana sendiri, normally suka pergi dapur sorang-sorang sebab nak main lesung batu yang aku memang letak bawah je. Aku suka guna lesung batu kalau nak tumbuk bawang, sebab tak berapa lumat macam pakai blender. Entah dah memang jenis aku masak suke tengok hampas-hampas bawang tu. Eh lari topik.

Makan
Sekarang makin seronok nak memasak makanan dia, sebab dia jarang taknak makan. Aku jarang buat stok frozen makanan dia, biasa serve fresh je. Aku selalu masak untuk 2 kali makan ( lunch and dinner), biasa minum petang aku buat makanan lain yang tak berat sangat tapi tetap mengenyangkan:-) lagipun dia dah 8 bulan, lagi banyak makanan yang dia dah boleh makan, so memang excited. Tapi kadang-kadang kalau balik berjalan, aku bagi nestum, sebab tak sempat nak masak. Kalau bawa bekal, kadang-kadang dia nak makan, kadang taknak. Tak tahu sebab apa.

Memanjat
Terrer dah.

Campak barang.
Lagi terrer. Blender mama dah cacat 1 kaki sebab kena campak ke lantai oleh ziyadh iman.

Gigi.
Gigi pertama di kesan pada 28 jan. Bila 28 feb, check semula, total gigi adalah 4 batang. Aik, dalam masa sebulan begitu pantas tumbuhnya? Alhamdulilah dia tak ada gatal gusi atau demam. Tapi, dia tak reti kunyah makanan lagi. Aku pernah try bagi yang tekstur kasar sikit, dia tercekik. Gila ar aku punya panik, dah la masa tu aku sorang je. Taubat takmo try lagi. Nantilah, bila aku dah yakin nanti, aku try lagi. Buat masa sekarang, tak apala, semua pun aku blend jerr -_-'

Tak pilih kasih.
Yesza, sesiapapun boleh dukung dia, pegang dia. Dia tak ada hal. Dia bukan jenis nak berkepit dengan parent je.

Respon.
Dah pandai bagi respon gelak2 bila tengok tv. Sebelum ni kalau dia suka sesuatu kartun tu, dia akan senyum memanjang je. Kalau nampak parent dia, dia akan bagi senyuman termanis sekali. Caiirrrrr.

Explore
Memang tengah suka explore benda2 dekat sekeliling dia termasuk remote astro, suis dan kipas. Grrrrr. Stresss,mama hokehhh.

Pampers.
Pakai pampers adalah umpama istihar perang dekat dia. Ahhh aku benci part pakai pampers.asik kena tendang dengan dia.

Itu je kot. Yang lain tu basic2 dan biasa2 aje la kot.
posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. bab pkai pampers tu msh terkawal wpn i rs geram sbb Hannah pulak asik nk tanggalkan pelekat. i lekat, dia kopek balik nk bukak, 2 3 kali dia nk tanggalkan.haha

    9 bln dh. happy 9mo in advance iman. xlama lg setahun. jgn jd mcm mak hannah dh berangan nk setahun pdhl ade lg few months.kehkeh

    ReplyDelete
  2. yeayyy iman dh besar...of coz la iman dah panjang akal mama! hehe

    bab makan tu sama dgn farish...nama je dh ada gigi, tapi x pandai kunyah kn? haha

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...