nuffnangku

Friday, March 29, 2013

My Love Story : How We Met.

25 Mac 2013
Genap 2 tahun, kitorang bernikah.

Alhamdulilah.
Segala puji pada Maha Suci Allah yang telah menentukan ikatan jodoh ini. Aku rasa tak pernah lagi aku cerita pasal kisah kitorang. Kalau tak tulis, takut nanti lama-lama nanti jadi lupa, walaupun tak logik boleh lupa, tapi perlu tulis supaya tak ada part pun yang tercicir. Dan ini juga untuk Iman, juga untuk anak-anak yang bakal datang, kalau diizinkan suatu hari nanti, InsyaAllah.

Disclaimer : Ada nama watak yang mungkin aku tukar nama. Dan apa yang aku ceritakan adalah dari side seorang aku. Aku tak cerita dari side orang lain. Lagisatu kalau ada persamaan kisah aku ni dengan kisah korang, aku nak bagitahu, semua ini adalah secara kebetulan dan tak ada kena-mengena dengan korang.

2) cerita agak panjang, harap jangan bosan dan sudi baca, peace

-- pause


Jun 2008.
Masa aku study dekat kolej, aku ada bestfriend yang sangat rapat dengan aku- Diela. Sehinggalah kitorang habis study, aku masih stay dekat rumah sewa tu. Rumah tu terlalu selesa buat aku, cuma tak semesra masa kitorang ramai-ramai duduk situ. sampai satu hari tu, Diela buat desicion untuk pindah keluar dari rumah tu, sebab nak stay dengan adik dia. Aku rasa kehilangan yang amat sangat. Macam patah tangan sebab kitorang terlalu banyak berkongsi suka duka, rahsia dan macam-macam lagi.

Kemudian, Diela dapat kerja di company yang cukup kalau  aku namakan sebagai ABC je.Oh ye, before tu kitorang bertiga walau duduk lain-lain rumah gigih cari kerja sama-sama ( aku, Diela dan Nuril ). Bila Diela dah dapat kerja, so aku dan Nuril je lah masih gigih ke hulu ke hilir dengan resume. Sampai satu hari aku dapat kerja dekat company GHI. Company ABC ni sub-company pada GHI. Dan kebetulan di tempatkan bangunan yang sama dengan Diela. Aku tingkat 9, Diela tingkat 11.

Alhamdulilah, tak ada yang lebih buat aku happy bila dapat bersama dengan bestfriend aku tu. Serius. Sampai sekarang, kalau dengan dia, memang aku happy.

Lunch dengan Diela.

Dan bermulalah episod aku lunch hari-hari dengan Diela. Sesekali dia bawa sekali akak-akak opis dia. Atau dia bawa budak-budak laki opis dia. Diela nak kenalkan aku dengan seorang budak opis dia, nama ape ntah aku dah lupa. Orang panggil Kia kot. Aku lupa daaa :( So aku kawan kejap dengan mamat tu tapi aku tak leh go on pun, sebab mamat tu semacam. Lagipun masa tu serius, aku ramai giler kawan lelaki. Yela masa tu aku betul-betul single. Baru setahun putus cinta dengan couple yang masa tu akucintamatipunya. Tapi aku ada relationship dengan sorang lagi mamat ni, tapi masing-masing tak ada kata putus sebab dia balik JB, aku pun tak rasa nak teruskan lagi relationship tu. Tapi kalau dia datang KL, kitorang jumpa ramai-ramai lah, gitu.

Masa tu aku happy dengan life aku.Aku tak memilih kawan asalkan senonoh dah la. Yang tak senonoh ni memang aku tak minat. Tapi tu cerita lama. Sila ingat part ni, sebab nanti korang terpaksa dengar kisah sedih aku pula. Teheee.

Ok, sambung semula.

Marah Dan Berasap!

Hinggalah one fine day, seperti biasa aku tungu Diela di Ground Floor. tunggu sebelah lif. Diela turun dengan 6 ke 7 orang opismate dia. Aku macam 'Erkk. ramai giler?' tapi dalam hati jelaaa. Aku ni ada satu perangai, kalau aku tak kenal, memang susah sangat aku nak ramah atau buka mulut. Muka pun jangan harap nak bermanis. Seriussss. Ni sejak azali, tak boleh ubah pun. Diorang ramai-ramai gelak-gelak jalan depan. Aku dengan Diela jalan belakang diorang. Diela mesti tahu yang aku segan dan kekok. Kitorang makan dekat foodcourt area opis.

Semua dah ada makanan masing-masing.  Aku pun. Meja yang kitorang duduk tu, meja panjang. Aku duduk paling tepi. Sebelah aku Diela. Depan aku ni ada seorang lelaki yang nampak friendly sangat. Sangat okehh. Diela dan officematenya yang perempuan tak sudah2 usik-usik dan bergurau dengan lelaki depan aku ni. Aku? aku terasa diri mcm lutsinar di situ :) tapi sempatlah aku komen dalam hati, kalau tak silap - aku cop laki tu laki gedik, uewww. So makan dengan senyap aje. Aku tak kuasa nak beramah mesra.


officemate lain punya kedudukan, aku malas lukis. teheeee.

Ok, lepas tu terjadi sesuatu yang kalau aku fikir hari ni, aku pun taktahu kenapa aku annoying giler dengan mamat tu. Hahaha. Begini ....

Sambil kitorang makan tu, datang sorang peminta sedekah berpakaian sami buddha ( pakaian kaler oren tu, tanpa kasut)dekat dengan meja makan kitorang. Dekat dengan aku lah kan. Lelaki annoying tu dan beberapa kawan dia bagi sedekah dekat orang tu. Tapi aku tak bagi. Sebab tak rasa nak bagi pun.

" Hish...tak baik tak derma" tetiba laki tu tersengih-sengih cakap macam tu dekat aku ( ayat ni memang sebijik macam ni uolls)
Darah aku menyirap sampai ke otak. Gitu. Tapi betul tau. Aku sangat hangin, berasap dan bermacam lagi lah. Dah lah aku menyampah dengan perangai dia yang macam gedik dan suka buat lawak entah apa-apa tu.

"suka hati sayalah.ini duit saya, bukan duit awak,yang awak nak sibuk kenapa!  suara aku meninggi, keras. marah yang memang langsung tak fikir nak cover cun :) aku bangun, terus cuci tangan (nasib baik sudah habis makan). Arghh. Tak boleh bla la mamat tu. Benci giler aku. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh segarang tu, itu kali pertamakali aku marah seseorang begitu direct pada kali pertama jumpa. Kali pertama jumpa ok. Gilerrr.

Laki annoying tu Acoi / Shamsyul.



Bersambung...

entah apsal annoying sangat dia waktu tu kan - sekarang, padan lah muka. Dah jadi syurga aku pun, grrrr Lara 2013

5 comments:

  1. sebab tu orang kate jgn benci sangat ,,,nanti lame2 jatuh sayang

    ReplyDelete
  2. haah rsnye xpenah citer lg.hehe. annoying2 last2 jd husband kehkehkeh. even skrg dh kawin pn, if husband i ckp bgla derma skit pn i mcm malu n bengang sndri. cz to me itu hak i la nk derma ke x.irs nk derma i derma la.xnk xnk la.haha. bole? sbb dh sll kne yg sindiket2 ni. kesian tp xnk galakkan.ha cmtu lah :D

    ReplyDelete
  3. hehe!mesti sweet aje bile kenang semulakan..i mmg kureng skit nak derma kat org yg dtg2 camni.lg2 time tgh mamam ke,kat tepi kaki lima ke.tp kalau my husband,laju aje derma.reason kesian tgk muka si peminta sedekah tu T____T

    ReplyDelete
  4. hehe so sweet....teringat pertemuan pertama smpi la nih dah beranak pinak kan hehhe

    ReplyDelete
  5. haha org yg annoying yg suka menyakat tulah yg bahaya kalau kita benci kan. cepat update nak baca lagi

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...