nuffnangku

Tuesday, March 26, 2013

Anniversarry yang ke 2. ohmaiii.


Semalam, 25 mac 2013.
pada tarikh yang sama 2 tahun lepas, 25 mac 2011, aku sah jadi isteri pada suami aku, tepat pukul 4.02pm. Alhamdulilah dan syukur sebab dalam tak sedar, kitorang dah 2 tahun kahwin.

rasa macam 'eh, 2 tahun dah?'

dan untuk tempoh 2 tahun yang syahdu ni -- ZIYADH IMAN adalah satu bundle of joy untuk hidup kitorang, ganjaran dan saham untuk dunia dan akhirat, insyaAllah, juga our lifetime comitment.

Dulu sebelum kahwin aku lalui bermacam ujian dan dugaan, juga 'drama' sampai tak pasti kenapa aku jumpa atau ayat lebih tepat 'dijumpakan' dengan lelaki ini. Aku cari jawapan,
tak dapat pun. Rupanya jawapan tu hanya ALLAH yang tahu. Jodoh pertemuan tu kan rahsia Allah.

Syukur. Itu saja yang mampu aku sebut. Takde kata lebih manis dari rasa bersyukur sebab ada suami macam dia. Tak banyak kerenah, tak banyak hal dan sentiasa cuba permudahkan aku. Jarang nak cakap pasal kekurangan aku, keburukan aku. Jarang nak judge aku, nak kongkong atau suruh aku ikut cakap dia. Jarang, kalau ada pun, mesti bersebab. Ya, bersebab.

Dia suami yang baik. Juga papa yang penyayang. Kalau pergi mana-mana, memang Iman tu dengan dia, aku pula merewang ke tempat lain :-) serba boleh bab uruskan anak. Tukar pampers, buat susu, suap makan, mandikan dan basuh poopoo, semua pass dengan baik sekali. Juga pandai entertain anak. Pernah tak aku mention yang iman lebih rapat dengan papa dia berbanding mama!sobssss.

Aku tak tahu masa depan akan membawa kami ke mana. Aku cuma harap dapat hidup dan mati sebagai isteri dia sahaja. Harap doa dan permintaanku di tunaikan Allah, AMIN.
posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Hepi aniberseri lara.semoge terus kekal hingga ke syurga...amin..:-)

    Smlm tak dpt nk wish kat fb...

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...