nuffnangku

Wednesday, February 20, 2013

Ukuran sebuah kejayaan dalam hidup seseorang?

to be specific la, ok. Semua tentang success indicator/ pengukur kejayaan hidup seseoranglah kot senang cerita ( baca : aku ).


Sebab ini pendapat aku. Dan sebahagiannya adalah kisah aku, berkisar tentang apa yang pernah aku hadap dan bakal aku hadap.

Well, masa aku baru lepas sekolah, aku memang nak sangat masuk U, buat ijazah sebab nak ada kerja dan duit yang banyak. Normal la kan, semua orang nak dapat kerja yang elok-elok, gaji yang banyak. Bila dah lepas masuk U,  kehendak aku masih sama. Masa tu aku anggap orang yang da jawatan tinggi, gaji ribu-ribu dan mampu pakai barang branded adalah orang yang berjaya. Sangat berjaya.

Sehinggalah aku masuk alam pekerjaan.
Beberapa tahun kerja, menghadap pelbagai kerenah manusia. Hadap bermacam kerenah customer bank. Serius, aku rasa stuck. Aku rasa jiwa aku bukan dekat situ. Sangat-sangat. Aku rasa serabut setiapkali ada customer complaint, satu organisasi jadi kecoh. Dari semut hingga ke gajah dok heboh. Yang mana boleh lepas tangan, cepat-cepat nak sorok tangan.  Kemudian aku tengok life-life mereka ni. Ada yang masih mengutamakan kualiti hidup berkeluarga, tapi sangat ramai yang lagi gila kerja. Well, aku faham. Untuk nak dapatkan famili berkualiti, duit antara peranan penting, aku bukan defensive. Malah taknak cakap pasal orang. Aku nak cakap tentang diri sendiri je. Apa yang aku rasa. Apa yang aku pendam :)

Sesetengah perkara yang dipendam, hanya sesuai cerita dekat blog je kan :)

Lepas dah lalui zaman gelap, aku pun dah nak masuk umur 30 tahun. Aku lalui bermacam suka-duka, jatuh, bangun dan tergolek sendiri yang mana aku sendiri je faham apa yang aku lalui. Tak semua aku perlu cerita dekat orang kan :) , pendapat aku tentang orang yang berjaya pun dah berubah. Matlamat aku dalam hidup ni pun dah banyak berubah.

Kalau kawan aku berjaya dapat kerja elok, sambung belajar ( leih tinggi dari aku la ), of coz aku happy dan aku jeles. Tapi sekadar jeles sebab dia dah melangkah. Aku bila lagi? Tapi masing-masing antara kita, kalau melangkah, haluan tak mungkin sama sebab fokus, keutamaan dan kehendak kita masing-masing adalah berbeza. Aku benci terlibat dengan financial institusi, sebab aku memang tak minat sesuatu yang straight, sesuatu yang bernombor. Err, aku benci math ok. Aku suka sesuatu yang dekat dengan jiwa aku. Lama juga aku mencari, apa yang kena dengan jiwa aku. Tapi of coz lah masih tak jumpa lagi, Hihihi. Tapi itu tak bermakna aku tak akan masuk berlumpur semula dalam bidang yang aku tak suka ni. Pengalaman aku lama kot dalam banking line, cuma masa belum menentukan semuanya.

Aku memang tak minat dah nak sambung study sebab aku tak minat pun nak buat master ( setakat hari ni lah, esok lusa, aku belum tahu ). Tapi masa lepas habis ijazah dulu, memang target aku nak buat master. Lepas bermacam yang berlaku,  buat master bukan lagi sesuatu yang aku perlukan dalam hidup aku buat masa sekarang. Aku ada tanggungjawab yang lebih penting, anak.

Orang tak faham atau mungkin tak berapa nak faham. Tapi aku perlu memilih yang mana satu, lagi aku perlukan buat masa sekarang. Sejak Iman lahir, sebenarnya sebelum dia lahir lagi, masa aku pregnant, aku dah mula risau bila bayangkan aku terpaksa hantar dia pagi-pagi dekat rumah orang. Sampai sekarang aku cakap terus-terang, aku tak suka orang layan atau jaga anak aku tak macam yang aku nak. Aku tak suka orang pandai-pandai buat macam-macam dekat anak aku. Aku bukan mak yang obses atau cerewet. Anak aku minum fm, sesekali ada juga makan nestum dan macam-macam lagi yang mana aku boleh tolak-ansur. Tapi kalau orang lain yang jaga, mampu ker dia bertolak ansur dengan aku? Boleh ke dia betul-betul jaga anak aku macam yang aku nak?

Selama ni, mak aku je yang menepati dan faham cara aku. Mak aku terima cara aku seadanya. Famili aku hormat cara aku dan tak pernah nak memandai. Kalau kau jenis yang memandai, buat anak aku macam anak kau, jangan harap dapat sentuh anak aku k.

Gitu lah aku. Aku tak suka botol susu Iman tak bersih. Tak suka orang buat susu dia sejuk je, aku nak suam-suam ( banyak songeh mama iman ni taw ), tak suka orang sumbat dia makan benda yang tak ikut umur dia, walaupun sekadar rasa. Tak suka tengok baju dia ada apa-apa tanda, tak suka orang lalai tukar pampers dia setiap 2 atau 3 jam sekali. ok, malas nak tulis lagi sebab listing tu makin lama makin panjang.

Err, dan lagi... Iman dah 8 bulan. Aku tak pernah bagi orang lain ketip kuku dia setakat ni. Hanya aku sorang je yang buat, sebabnya? Aku tak boleh nak terima kalau orang tu salah ketip. No!

Aku tak pandai pun jaga anak. Kadang-kadang aku pun moody bila penat layan kerenah anak. Aku pun baran bila susah sangat nak uruskan Iman yang semakin aktif. Macam-macam lagi. Tapi aku tetap tak dapat terima kalau orang buat anak aku sakit. terbaru, pasal video amah lambung baby tu. Aku tengok sekejap sangat. Cukuplah, aku taknak teruskan.

Ok, cukuplah kot penerangan aku. Motif aku cuma nak cakap untuk jangka masa pendek ni, keutamaan aku memang pada anak. Aku hadap dia hari-hari, 24 jam tanpa gagal. Dia tidur aku kat sebelah. Dia celik mata bila-bila pun aku dekat sisi dia.

Dunia aku berubah dari apa yang aku nak masa umur aku 20 tahun. Kalau aku tak kerja bagus, pegang duit banyak, pakai kereta mewah, handbag ribu-ribu, adakah aku dalam kategori orang yang gagal dalam hidup? Kalau itu pendapat korang, aku hormati. Kan aku dah cakap awal-awal, setiap orang jalan hidup dia berbeza. Keutamaan, kehendak dan matlamat masing-masing adalah berbeza.

Kadang-kadang kita tengok bapa anak 7, membanting tulang buat kerja buruh demi anak-anak. Hidup daif, duit yang ada cukup-cukup untuk makan pakai dan sekolahkan anak-anak je, adakah kita anggap dia orang yang gagal dalam hidup? Kita tak tahu apa matlamat dia, apa yang buat dia rasa bahagia. Mungkin berhempas pulas sekolahkan anak-anak sampai masuk U adalah kebahagiaan yang dia cari. Mungkin.

Janganlah fikir orang yang tak ada macam yang kita ada tu, tak berjaya. Dia ada definisi berjaya dia sendiri. Semua orang pun ada.  SAHM ( stay at home mom ) pun dikira berjaya sebab dapat didik anak sendiri, jaga anak sendiri. Ibu-ibu berkerja pun hebat. macam tu la. Semua orang ada alasan mereka sendiri, keutamaan dan matlamat maing-masing.

Aku yang pilih jalan aku sendiri.





entri ini tiada kaitan dengan sesiapa. No offense, kbai


4 comments:

  1. Betul sangat.i kan..rasa agak ralat sikit sbb kalau i simpan duit banyak2 dari i start keja..sekarang i boleh ambik cuti jaga anak jer..tp tula kan.betul apa u cakap la pendek kata

    ReplyDelete
  2. salam. saya sebenarnya jeles sangat dengan SAHM. masa pantang 2 bulan tu seronok sangat duduk rumah dengan anak berdua je bila husband pegi keja. lagi-lagi bila saya memang menguruskan anak dengan husband sebab berpantang sendiri...

    tak payah pening nak fikir pasal redah jam, duit minyak kereta nak layan karenah boss yang pelik-pelik...

    saya tak kisah pun kalau tak bertukar baju baru atau tak dapat handbag mahal...
    tapi cemanapun terpaksa kerja jugak sebab diri sendiri ni ada banyak tanggungjawab tak habis especially hutang kereta, ptptn...

    my son dah nak masuk 6 months dan tak pernah sehari pun saya rasa lega everytime dia pergi rumah babysitter eventhough bs dia so far so good. tak tahula sampai bila macam ni...but hopefully in 5 years saya dapat cari something yang saya boleh buat from home...kerja sendiri

    Bila hantar BS ni terpaksa la compromise a few thing...saya pakai sanitizer everytime handle anak...sanitizer saya bagi dia tak habis pun sebotol. tapi takpe bersangka baik sahaja sebab Alhamdulillah buat masa ni my son sihat. no doubt hanya ibu yang dapat berikan yang terbaik kepada anak...so that's why saya jealous sangat bila tengok orang dapat jaga anak sendiri :)

    and sama lah kita so far memang saya sorang je yang ketip kuku anak..hahaha..

    ReplyDelete
  3. hmmm i pham isi post ni. like u, i pn xpernah ada cita2 nk smbg master or phd even though most coursemates i smbg ke prgkt tggi.aim i ms lps bljr, cr duit,kawin,dpt anak ada suami happy. lol.
    my husband and I gave a very deep thought psl what if i quit. Tp after do the math, xbole.
    everyone life priorities lain2 kan..

    bak kata one of the blogger yg i bc smlm:
    "Tanya la sorang-sorang dalam Malaysia ni
    ada ke yang sukarela nak bagi orang jaga.
    aku yakin 100% kata tak.
    semua terpaksa sebab nak cari rezeki, nak bantu keluarga dan mak bapak
    nak naikkan taraf hidup keluarga
    nak sama-sama contribute pada suami supaya kehidupan lebih selesa
    dapat contribute beli rumah
    dapat bayar hutang kereta, hutang belajar dan bagai-bagai
    sekarang milo kosong pun RM 1.50
    bayangkanlah betapa tingginya kos sara hidup especially yang tinggal di bandar."

    so we cant compare.
    ada yg kutuk mak budak tu dlm FB :katanya kenapa mak tu bodoh sangat bagi maid jaga, kalau tau beranak taula jaga anak...

    xsensitif lgsg masyarakat skrg.cuba ltk kaki dlm kasut org tu tgk apa rasa.huhu

    i masih berangan dan berhrp dpt jd SAHM. if not now myb later. its a matter of time.
    SAHM with degree okkk. cool apa. hahah. so u jgnla rs u xberjaya ke apa.u should be grateful and proud u dpt jaga anak u 24/7. bkn semua org lucky to be SAHM..huhu

    oh man so panjang i komen

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...