nuffnangku

Tuesday, February 26, 2013

Rumah Kami, InsyaAllah.

Dengan Nama Allah dan Dengan Izin-Nya, hari ni aku nak kongsi sedikit pasal rumah kitorang-- Rumah Keluarga kecil Mr.Shamsyul.

aaa
... Di sini kami meneruskan kehidupan nanti. Again, hanya dengan izin Allah.

Seingat aku, aku tak pernah cerita secara khusus tentang rumah yang bakal kitorang duduk. Kalau ada, sorry, aku lupa. Suami aku beli rumah ni sejak tahun 2009 lagi. Ingat lagi masa tu dia cakap, nanti bila siap, aku lah suri dekat rumah tu, boleh hias-hias rumah tu. Padahal masa tu kitorang LANGSUNG tak ada perancangan nak kahwin, ada konflik drama swasta lagi. Tapi, yelah, dah jodoh. Alhamdulilah.

301220124326a
My Boss and My PA. Hahaha.

Dia submit loan dan beli rumah tu akhir tahun 2009, disember 2009. Rumah tu dijangka siap tahun 2012.

Alhamdulilah. Memang siap seperti jangkaan sejak Julai 2012 lagi. Tapi nak tunggu kunci tu je, azab, hihi. So pada 30 Disember 2012, kitorang disuruh datang opis ambil kunci dan boleh melawat rumah. Perasaannya, Allah aje yang tahu. Berkobar-kobar dan excited. Rumah sendiri punya feeling adalah berbeza dari rumah sewa. Jangan salah faham. Aku bercakap tentang diri aku sendiri. Sejak bulan mei 2011 kitorang menyewa sebuah rumah ni, memang sayang rumah sekarang ni sebab di rumah sewa itulah kitorang belajar hidup berdua. Belajar bagaimana bertatih nak mulakan kehidupan berumahtangga, dan beranak pinak pula.Lagipun tuan rumah pun baik dan memang boleh bertolak ansur, persekitaran pun dekat dengan LRT, shopping complex dan 10 min je ke Times Square, Pavilion. Memang best lah duduk area sekarang ni. Tapi sampai bila nak sewa kan, lagipun sebab ada rezeki masuk rumah sendiri. So feelingnya memang lain.

Hanya syukur yang dapat di ucapkan pada Allah atas rezeki ini. Rezeki Ziyadh Iman.

So sekarang ni memang tengah bz survey perabot dan macam-macam lagi. Kitorang tak renovate banyak. Kalau ada pun, berperingkat. Tapi buat masa sekarang, memang tak ada perancangan nak renovate segala sebab yang tingal kat rumah tu pun 3 orang je nanti kan. So no need major renovation untuk besarkan itu ini atau tambah itu ini.

Lagisatu, kitorang pun tak ada pening-pening sangat nak fikir banyak benda, sebab kitorang dua-dua ni jenis yang simple, so memang nak apply less is more. Dan paling penting, rumah itu syurga kami-begitulah konsepnya. Aku pening kepala kot kalau perabot banyak sangat atau banyak sangat hiasan. Dan tambah pening bila dah ada tukang kemas. Tahu-tahu jelah baby boy kan. Tak sanggup imagine barang bersepah atau pecah kena baling. Noooo!!!!

tingkap
pemandangan di luar rumah.

Ada anak kecik, buat cara ada anak kecik -_-' Ok, fahammm.

Dah saat akhir sebelum dapat kunci ni, memang ada banyak dugaan dan hanya Allah je yang maha mengetahui. Akhirnya syukur. Semuanya dah selesai. Lega. Tu yang baru nak share. Rumah kitorang ni of coz lah bukan banglo. Rumah panjang zaman moden je. Ini rumah kedua Ziyadh Iman lah. Sebab mama dah ada sebuah rumah dah. Kalau jadi apa-apa pada mama, rumah tu memang hak Ziyadh Iman, InsyaAllah. Rumah papa ni pun. Sobss. tetiba sedih. Tak pasal-pasal je kan. Haha.

736081_4838512516400_602878038_o
pasni hari-hari boleh letak budak ni dekat sini. hahaha. evil laugh.

Dan yang paling best, sebab kitorang berjiran dengan kawan suami aku. Masa bujang, laki aku duduk serumah dengan kawan dia ni. Kerja pun di tempat yang sama ( dulu ), so memang bestfriend. Bila dah kawen pun ,still bestfriend. Lepas tu aku pun dah berkawan dengan isteri dia, Kak Nani. So lepas ni lagi bestlah kan. Ada geng lepak. Iman pun boleh berkawan. Sebab macam sekarang ni, life Iman asik dengan orang yang lebih tua, so aku takut dia tak berapa reti berkawan. Lepas ni, ada kawan dah :)

aa
Iman nampak pelik sebab tengah melompat. See, ni rumah kosong semata, belum ada apa-apa perabot pun, kitorang dah rilex je lepak macam ni. Bila rumah dah siap nanti, hehehe.

Security 24 jam dan strict. Ada cctv,swimming pool,gim dan entah, ada macam-macam lagi kot.

Oklah, itu sahaja setakat ni. Nanti update lagi. Entri ini ditulis dengan kebenaran suami aku. Sebab ditulis, bukan ada niat apa-apa melainkan nak ceritakan kisah sebuah perjalanan hidup. Certain info dirahsiakan demi keselamatan. Hehe. Seronok tengok pic dekor rumah ni.

13 comments:

  1. Alhamdulillah.rezeki iman ni.seronokkan dah ada rumah sendiri,aset utk masa panjang

    ReplyDelete
  2. yeay..pasni kita wasap pasal umah pulak tau...i call jgn tak angkat. tu tanda i windu..hahahaha

    ReplyDelete
  3. bestnya dh ada rumah sendiri tak kesahla kecik ke besar ke asalkan rumah sendiri kan. i pun suka yg simple and kalau boleh taknak rumah banyak barang. less is more :D

    ReplyDelete
  4. seronok kan bila dah ada rumah sendiri, eh jgn risau ur name dh ada dlm guest list..hehe, just doakan birthday party tu jadi je..haha

    ReplyDelete
  5. Waaa..best dah ada rumah...:) Rezeki Iman. Alhamdulillah.. Cantikkkk rumah tu..biarlah besar mana pun janji bahagia.. :)

    ReplyDelete
  6. i tau rumah u kat mana...hehehe...

    u igt tak kita penah ckp nak bawak stroller bawak anak masing2 jln2 kat pool rumah masing2 ikut giliran dgn nadya, u n i? nad dh selamat pindah, u bakal...cuma i maybe another 1 year i pindah shah alam... dah tak geng gombak la..=(

    ReplyDelete
  7. loan umah i xlepas...sobsss...terus punah hrpan nk bli rumah..sobss lagikk..sonok tgk org bli umh...alahai naseb ku...huuuu

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. rezeki iman.. Rumah tu nampak sangat cun..!
    i belum ade rezeki lagi untuk rumah sendiri.. in shaa allah satu hari nanti.. aminn :)

    ReplyDelete
  9. Alhmdulillah,cantik umah u! Rezeki anak kan :)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...