nuffnangku

Wednesday, February 27, 2013

Resepi oat dengan labu dan epal yang yummy, 8m ++

Aku baru perkenalkan oat dekat Iman sebab aku dah boring hari-hari bagi dia bubur nasi. Aku tengah tunggu dia pandai kunyah je, pastu memang nak bagi segala jenis mi, segala jenis makanan untuk baby yang sesuai dengan umur dia.

Macam sekarang, semua kena blend.

Tapi alhamdulilah lah sebab dia ada selera nak makan. Aku perasan Iman ni kalau dua ke tiga hari ulang resepi lebih kurang, dia makan tapi buat muka tak excited, mesti cakap dalam hati lettew, boring dah hari-hari makan benda yang sama. Hihi.

Yang leceh bila nak bagi oat ni, sebab kena rendam oat paling kurang 12 jam sebelum nak masak, untuk rolled oat. The next entry, aku bagitahu macam mana nak rendam oat dan kenapa kena rendam. Sekarang aku taip guna tab, so agak susah nak update.

Jom, tengok resepi. Untuk korang yang nak cari resepi-resepi yang pernah aku letak, boleh cari di ruang sebelah kanan under label -solidfood.

BAHAN - BAHAN :

Rolled oat ( ambil sukatan untuk 2 kali makan, macam Iman aku ambil lebih kurang 10 sudu besar )
Bawang merah ( yang kecil )
Bawang putih (yang kecil )
Unsalted butter ( 1 sudu besar )
Sweet potato / keledek warna oren ( sepotong, di dadu)
Epal ( 1/2 biji, buang kulit, dadu kan)
Labu ( sepotong labu, dipotong dadu )
Cheese ( untuk pekatkan dan buat ia berkrim )
Kismis/kurma ( ikut suka, supaya ada rasa manis )


Cara :


Rolled oat yang dah direndam semalaman, di masak terlebih dahulu, macam masak nasi.



Labu dan epal dibuang kulit dan biji. Bawang merah dan putih.

Tumiskan bawang merah dan putih dengan unsalted butter. Kalau tak ada, tumis dengan minyak zaitun. Sampai bawang layu, masukkan air sedikit. Kemudian masukkan sweet potato dan labu serta kismis. Biar sekejap sampai lembut. Kemudian, masukkan epal. Bila semua dah lembut, masukkan oat yang dah dimasak tadi. Pastikan api kecil je, sebab taknak oat berketul. Gaul rata. Last sekali masukkan cheese. Siap!

Resepi ni untuk 2 kali makan.


Inilah rupanya. Sedap. Ada rasa manis-manis dan creamyyyy! Tapi versi Iman, semua blend. Hihi. Iman suka. Makan habis, alhamdulilah.

posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. i pulak yg kecur.haha!
    lagi 2 bulan boleh intro kat Alisha..yeay!tq for sharing

    ReplyDelete
  2. cam sedap.. nak bagi aisya try gak pas ni.. :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya...tiba2 nmpk bubur tu mcm masak lemak labu lak...yummy~

    ReplyDelete
  4. Cam sedap jer..Baby x de...mak baby jer la yg mkn...

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...