nuffnangku

Monday, February 25, 2013

Resepi Bubur Nasi campur Telur. Dan cara nak perkenalkan telur pada baby usia 8 bulan.


RESEPI :
1 biji bawang merah ( aku pilih yang kecik je )
1 ulas bawang putih, pun yang paling kecil
beberapa ekor ikan bilis
beberapa helai daun bayam
1 sudu besar kuning telur.


CARA :
tanak bubur.
sambil tu tumis bawang merah, putih dan bilis semua tu dengan olive oil.
masukkan dalam bubur.
bila dah nak masak, masukkan 1 sudu besar telur merah dalam bubur. akhir sekali bayam.

p/s : kalau nak tumis, guna Pure Olive Oil ye. Tu memang untuk menumis.


Ini pertamakali aku letak telur dalam bubur nasi Iman. Untuk yang belum tahu, telur ni macam makanan yang paling kita nak alert bila nak bagi pada baby, sebab takut baby alergic. Sebab tu digalakkan untuk intro pada baby bila dia dah 8 bulan. Penting sebab ada baby memang alah pada telur. Nanti masa dia usia 1 tahun before kena cucuk,  kena pastikan anak lulus ujian telor ni. Kalau masa korang intro telur ni anak ada tanda-tanda alergik dengan telur, better pergi klinik untuk dapatkan injection.

Updated cara introduce telur (ikut PPUM - MMRTELUR)

kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat.
- telur kena pastikan betul2 masak
- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.

Cara nk intro:
Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja 
Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)

Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur 
Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya 
Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu



sumber dari : HSFFYB

3 comments:

  1. sedaplah bubur letak telur.. harap2 Imann ok je ngan telur

    ReplyDelete
  2. thank you for sharing this info. br tau ada kaitan dgn injection 1yr.. i igt psl allergic je.huhu

    ReplyDelete
  3. dh lame cari info ni.. thanks mommy.. afiq dh 10 bulan blom introduce telur lg kat dia..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...