nuffnangku

Friday, February 22, 2013

Resepi Bubur Nasi Campur Labu dan Keledek.

Bahan-bahan :
-bawang merah, sebiji, dihiris
-3 biji kismis, nak letak lebih pun boleh. Aku nak pelbagaikan rasa, sebab tu aku letak sikit sebab nak baby lebih explore rasa keledek tu.sebelum ni dah selalu letak kismis ni :)
-labu, sepotong kecil
-keledek oren, sepotong kecil
-daun bayam, beberapa helai


Cara :
-Masak bubur macam biasa, masukkan bawang merah yang dihiris tadi.
-Bila bubur hampir nak masak, masukkan keledek, kemudian labu. Last sekali daun bayam. Siap.
-Blend dan tapis kalau anak belum pandai nak terima tekstur kasar macam Iman.

Ini pertamakali aku masukkan bawang dalam bubur dia. Sebelum ni aku tak letak, sebab masa dia 6 bulan dan 7 bulan, aku tak plan pun nak aja dia explore bermacam rasa dalam makanan dia. Ini cara aku sebab aku suka perkenalkan sesuatu step by step. Rasa enjoy, hihihi.

p/s : Iman tak kembung makan labu. Kalau masa puri dulu baby korang kembung makan labu atau keledek, masa masak tu, masukkan sehiris kecil halia. Tapi masa nak blend nanti, tak payah ambil sekali halia tu. Itu untuk buang angin :)

Resepi aku buat semuanya lebih kurang sama je, sebab Iman baru ada sebatang gigi dan baru 8 bulan. Dia belum reti nak terima makanan bertekstur kasar. So memang semua aku blend halus. Adjustlah ikut anak korang k.

6 comments:

  1. tq for sharing..soon bile Alisha dah besar sikit, boleh le try menu untie vee ni =)

    ReplyDelete
  2. rara takut lah nk introduce anak solid food ni.hehehe.nebes lak rasanya.

    ReplyDelete
  3. kalau masa nak buat puri tu letak halia boleh x kalau tak nak bagi kembung ke bila masak campur2 tumis camni je yg baru letak halia? hehehe..ammar senang kembung tapi nnt nk try bg dia keledek ngan labu..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...