nuffnangku

Friday, February 8, 2013

Hello Friday... Dan solid food jar?

Cuti panjang lagi sekali. Syukur.

Kan dah kata bulan ni adalah bulan yang best. Bulan penuh kasih sayang ( bukan sebab valentine ) tapi sebab masing-masing ada banyak masa untuk pulang ke pangkuan famili tercinta, kan. Atau mungkin holiday. Whatever, hihi. Yang penting aku happy. Aura positif ni dah menjelma semenjak isnin lagi. Hihihi.

Ok, tajuk entri macam tak berapa nak kena, tapi malas nak fikir tajuk yang sesuai. Hihi

Semalam pergi Aeon Maluri, sebab gigih nak cari food jar untuk si anak. Aku taknak dah skip-skip jadual makan dia sebab dia dah 8 bulan. Kalau sebelum ni, kalau keluar berjalan atau travel balik kampung, dalam perjalanan tu aku tak bagi dia makan pun. Sebab umur 6 ke 7 bulan bagi aku, dia pun masih belajar-belajar makan lagi kan. So tak berapa nak jadi rutin untuk dia. Tapi bila dah masuk 8 bulan ni, aku dah mula tegas jaga jadual makan dia. Sehari mesti 3 kali makan. Itu tahap aku paling malas. Kalau tahap rajin sikit, between that ada la snack. Hihi. Tapi snack pun buah je masuk dalam food feeder tu. Iman baru ada gigi sebatang, belum reti nak kunyah atau makan makanan bertekstur kasar.

Aku memang tengah cari pun food jar yang ok, pastu veesakura update bagitau kat jusco ada less untuk foogoo jar brand thermos. Terus mesej papa Iman bila dia balik kerja nanti nak pergi Aeon Maluri sebab nak beli. Bila pergi, memang ada less, jadilah dalam rm64++ kot, lebih kurang tapi tinggal satu tu je. Grrrr. Yang tu dah jadi display. So tak jadi beli. Aku pergi Aeon Maluri sebab itu yang terdekat sekali dengan rumah aku kan. So akhirnya aku beli juga food jar ke food flask, entah under brand yang sama, tapi lain sikit. Hihi. Agak besar sikit, tapi oklah, pilihan papa Iman.

Sebelum ni, kalau nak keluar berjalan, aku biasanya bagi dia makan bubur. Tapi bila balik tu kan macam dah letih, so aku bagi nestum. Tapi kalau boleh, aku nak elakkanlah bagi nestum terlalu kerap sebab aku berupaya untuk masak kan. Lainlah kalau aku tak ada masa. Tapi kitorang laki bini memang tak minat nak ajar Iman makanan bergaram gula ni. Tapi kitorang tak strict tentang bagi nestum tu. Tapi tak adalah nak jadikan makanan hari-hari. Mostly, aku lah yang lebih strict dan lebih gigih nak bagi dia makan makanan yang mama dia masak sendiri. Biarpun masa masak tu, gigih berperang dengan dia, sambil aku masak, sambil dia melalak dekat tepi aku dengan walker dia, tapi aku pekakkan telinga je, haha.


Cumanya, aku rasa seronok masak dan dia berselera makan. Dan syukur, Iman tak berapa ketagih nak nestum atau biskut milna. Kalau kita bagi, dia makan tapi sekadar makan. Dalam 8 or 9 sudu je. Tapi kalau bubur keledek campur labu dalam 30 -40 suap sudu baby tu boleh jalan. Im so happyy...... Hehe. Eh. Tapi of coz iman pun ada fasa reject makanan. Itu nanti lainkali lah aku citer ok.


Ini. Pandangan sisi.



Aku pilih tutup kaler oren. Hiii.



Bahagian dalam.



Untuk 500 ml.




Nanti dah guna, aku review lah ye. Sekarang, tak guna lagi. Tak tahu ok ke tak. Dalam ni siap sudu dah.
posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. insyaallah kalau dah set in mind, nak buat mesti boleh buat kan .. untuk anak sendiri jugak ;)

    ReplyDelete
  2. selama ni i igt u duduk melaka okkk. rupanya cheras je laaaa.aiyoooo.haha. i dpt free termos food ni ms beli termos air pns utk bancuh susu kt OBW huuhuu. ms tu rm80 utk termos free termos jar ni ha. i pn bg hannah nestum je ms 1st day anta nursery bile dia msk 6bln aritu. tu pn bg ms lunch je. balik rumah i buat puri epal.tp xbuat stock. i kdg2 smpt,kdg2 x. tp if travel i bg nestum je hehe.xtry lg lenyek biskut milna ke ape. hehe. skrg pn hannah mkn cm sekali 2 je sehari. myb makin bsr cm ur baby nt br bg 3x mcm u hehe

    ReplyDelete
  3. Aty pon same...masuk 8 bln aty kosisten bg die mkn...kalau kuar bawak bekal...carelec pon aty tak nk bg sgt..sbln dlm sekali 2 jer aty bg..sudahnyer beli sekotak tak habes2 buang jer...huhu..:-)

    ReplyDelete
  4. Oh,jadi penting gak termos ni ye.ok2,nanti nak kira bajet..i tengok foogoo tu comey sgt.kaler pink..harganya pun comel.napela brg budak ni mahal kan...

    ReplyDelete
  5. salam sis..
    nak tnya food jar nie tahan panas lama mana ye? boleh review sikit. by email pun boleh khalziey@gmail.com
    urgent nie nak tahu hehehe...tq in advance

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...