nuffnangku

Thursday, February 21, 2013

Fariza sambung belajar di Korea.


Perasaan yang susah aku nak ungkap. Sedih. Sebab dia bukan sahabt 7 tahun aku, tapi 17 tahun. Bayangkan lah. Even haluan kitorang lepas sekolah dah tak sama, tapi tetap tak lost contact. Tetap bestfriend.

Aku dengan dia, banyak sangat perbezaan. Paling penting, aku pun tak tahu kenapa kitorang boleh jadi kawan baik. Aku pendiam ( masa sekolah ) dan dia sangat peramah. Ramai orang suka kawan dengan dia. Aku dah tentulah tak ramai kawan :P

Dia pandai math, aku paling lemah math. Masa form 4, dia sanggup buat exam sambil lewa sebab nak sama kelas dengan aku dan Hajar. Nak duduk sama-sama kitorang dalam kelas yang sama. Setiapkali ujian Add Math, aku dapat 5/ 100. Dia dapat 98/100. Gilerkan perbezaan kitorang. Sampai cikgu pun pelik. Dah ah bestfriend, tapi ketara sangat dalam banyak aspek.

Banyak sangat yang kitorang lalui. Macam-macam.


17 tahun membawa banyak erti dalam hidup aku.

Masa kitorang sekolah menengah, aku kerap sangat datang lepak dekat rumah dia. Masa tu kitorang habiskan masa dengan bersembang, bergosip dan macam-macam lagi. Bila hari ni aku kenang semula, aku gembira sebab kitorang pernah buat tu semua sesuatu masa dulu, dan itu antara kenangan persahabatan kami.

Aku ni jenis manusia yang jarang nak tegur orang dulu. Kau tegur aku, insyaAllah aku pasti boleh balas dengan mesra.  Gitu lah aku. Tapi untuk buat-buat peramah, memang bukan aku. Tu memang Yah pandai buat.

Sebagai kawan dia, aku selalu bangga dengan pencapaian dia, biarpun aku tak setanding dia, aku tak kisah. Aku cuba bagi sokongan dan dorongan untuk dia terus berjaya. Lepas habis universiti, dia saja-saja isi borang untuk uji bakat GADIS MELAYU MUSIM PERTAMA. Mungkin dah rezeki, dia terpilih. Dipertengahan rancangan tu, dia dapat tawaran kerja dengan Jabatan Meteorologi ( kaji cuaca ), dan sebab itulah dia ambil keputusan tarik diri dari Gadis Melayu musim pertama tu. Kemudian dia jadi pembaca ramalan cuaca dekat TV1, dan dirisik oleh TV1 untuk kerja under dorang, tapi Yah tolak. Aku tahu bidang glamer ni bukan jiwa dia. Dia tak suka.

Dan kemudian dia dapat tawaran sambung belajar di Korea. Bukan senang nak dapat tajaan penuh sebab tu dia kena lalui  bermacam ujian dan interview. Sebab tempat kekosongan untuk Asia hanya ada beberapa je, persaingan sengit. Dia pun tak yakin dia akan dapat. Tapi aku, dari dulu, sekarang dan Insya Allah akan datang pun,tetap percaya pada kebolehan dia.Aku dapat rasa dia akan dapat. Akhirnya alhamdulilah.

Tapi aku tak dapat hantar dia dekat airport sebab aku masih stuck dekat melaka. Sngat sedih. Aku pun tak tahu bila aku dapat jumpa dia lagi. Aku rasa macam hilang lagi sekali separuh diri aku. Sebenarnya berkali dah aku rasa kehilangan tapi hilang-hilang yang itu semua pun, aku masih tahu dia masih di negara yang sama dengan aku.

Lepas ni?

Entahlah. Dia jauh nun di Korea.

Aku harap semuanya dipermudahkan untuk dia. Ya, benar-benar berharap.


7 comments:

  1. sahabat yang baik pasti akan dirindui.. doakan kawan akak selamat belajar kat sana. rezeki dia kan fully sponsor

    ReplyDelete
  2. sedih pulak baca entry awk.. Hmmmm.. T___T

    hope persahabatan ni kekal ke akhir hayat :)

    ReplyDelete
  3. Uwaaaa... jgnla sedih :') walaupun jauh tp ni semua xjadi halangan utk kite ok.. aku try cekalkan hati kt sini. 1st day dh terasa byk sgt perbezaan tp insyallah kena tabah utk terusk hidup kt sini. walaupun xdpt hatar aku, insyallah ada rezeki ko utk dtg melwt aku kt sini :)

    ReplyDelete
  4. jgn sedey2 k, nnti ajak fariza skype selalu :) on the bright side, lara dah ada sbb utk holiday ke korea hihihi

    ReplyDelete
  5. salam...sedenye...emm xpe2...ade rezeki jupe dye kat sane..hehe...=)

    ReplyDelete
  6. saya pn ad seorang sahabat baik mcm awk... kami sgt berbeza... die sgt pndi sedangkan sye biasa2 sje... tp sye pn xtau mcm mne sya gn die leh jd mmbr smpi la sekarang since kami drjah 6... huhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...